Perubahan cuaca kini semakin sering berlaku dan ada banyak dinyatakan dalam media perdana memberikan kesan ekonomi kepada sektor pertanian dan sektor lain di Malaysia. Memang banyak perkara dikaitkan di kawasan khatulistiwa apabila dijangka cuaca panas tahun ini boleh memberikan perubahan kepada kehidupan manusia. Selain sektor pertanian yang membekalkan makanan dijangka ia akan menjejaskan aspek kesihatan juga. Sektor pertanian memang sangat memerlukan keberadaan air untuk proses pertumbuhannya dimana ada jenis tanaman seperti padi dan sayur-sayuran yang memang perlukan banyak air untuk tumbuh dengan baik. Penghasilan dari tanaman perladangan seperti kelapa sawit dan getah juga sangat berkait dengan cuaca dan suhu. Terkini dilaporkan dibanyak media dimana kesan dari fenomena cuaca panas akan menyebabkan kos pengeluaran pertanian akan meningkat sebanyak 20% yang mana kesannya akan menjejaskan harga makanan dipasaran pula. Selain itu keadaan cuaca panas juga boleh menjejaskan sektor pelancongan, perindustrian, kegiatan sukan outdoor dan sebagainya. Perubahan cuaca berlaku disebabkan beberapa faktor diantaranya seperti kesan rumah hijau, kesan pulau haba (kawasan bandar), hujan asid, berlaku kejadian pembakaran terbuka yang menyebabkan jerebu dan sebagainya. Kesan rumah hijau terjadi apabila berlakunya kes peningkatan gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida, CFC, Nitrogen oksida dan lain-lain. Gas rumah hijau menyerap haba yang akan menyebabkan haba diserap di atmosfera dimana situasi ini menyebabkan suhu di bumi akan meningkat. Apabila suhu bumi meningkat maka beberapa fenomena lain seperti pencairan ais di kutub, perubahan sistem cuaca serta kebakaran hutan berlaku. Pulau haba pula ialah fenomena yang berlaku di kawasan bandar disebabkan oleh peningkatan suhu di bandar berbanding dengan kawasan sekitarnya. Ia akan berlaku apabila ada banyak bangunan konkrit, bangunan yang ada bercermin, bangunan rapat serta padat dan juga kekurangan dari segi litupan tumbuhan hijau. Kes hujan asid berlaku dimana selalunya hujan berasid ini terjadi apabila ada kehadiran bahan-bahan kimia daripada pelbagai sumber yang dibebaskan ke atmosfera yang membolehkan air hujan akan bertukar menjadi asid lemah. Kesannya 'air hujan asid' akan memberi kesan buruk seperti kecacatan kepada pucuk tumbuhan, pH air kolam, kualiti air sungai berubah, kes sakit kepala serta menjadikan sistem imun manusia menjadi lemah. Bila berlaku jerebu dimana ia juga merupakan fenomena cuaca yang sering berlaku di Malaysia yang mana ada pepejal terampai di udara melebihi sukatan yang biasa disebabkan oleh kesan asap kenderaan, asap kilang, pembakaran terbuka, pembakaran hutan di negara jiran dan lain-lain lagi. Fenomena ini akan bertambah buruk jika tiada angin yang bertiup.
Dilaporkan dalam hmetro.com dimana 'Panas berpanjangan punca pesawah terjejas' dimana keadaan sawah padi yang kering kontang dan tanah merekah di beberapa kawasan tanaman padi dimana ia berkait fenomena cuaca panas dan kekurangan hujan yang melanda negara. Salah satu kawasan terjejas seperti di Kota Belud, Sabah dimana ramai pesawah mulai bimbang dengan cuaca panas berpanjangan di negeri kerana ia akan memberi kesan kepada aktiviti penanaman padi. Apa pun hasil tinjauan di Kampung Tempasuk 2 dan Kampung Sangkir mendapati ada tapak sawah merekah berikutan cuaca panas sejak hampir sebulan lalu (Sila lihat foto disebelah). Bagi beberapa petani yang ditemui turut melahirkan rasa bimbang cuaca panas berpanjangan akan menyebabkan sawah merekah selain hasil padi terjejas. Ada beberapa petani yang mula menanam bagi musim baharu pada awal Februari lalu kini berdepan risiko padi menjadi rosak. Kini bagi mereka hendak mendapatkan air yang mencukupi adalah satu isu dan cabaran terutama pada musim kemarau. Petani berharap cuaca panas yang melanda ketika ini tidak berpanjangan, sekali gus tidak merugikan petani. Sementara itu, Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud, Salmah Labulla, berkata jika cuaca panas berterusan sehingga bulan depan dimana pihaknya menasihatkan pesawah untuk menangguh jadual penanaman padi di kawasan terbabit sehingga cuaca kembali seperti biasa. Cuaca panas sekarang memang menjejaskan pesawah termasuk air sungai surut. Oleh sebab itu kini IADA ambil beberapa langkah termasuk nasihatkan mereka tangguh jadual penanaman sehingga cuaca kembali seperti biasa. Kalau lazimnya dalam keadaan cuaca panas melanda makan pihaknya akan menasihatkan pesawah untuk melakukan kerja pembersihan dan pembaikan sawah sebagai persediaan sekiranya cuaca kembali seperti biasa.
Dalam portal mstar.com dilaporkan dimana 'Musim Panas Jejas Tanaman Sayur-Sayuran, Buah-Buahan' berkait dengan artikel ini untuk dikongsikan. Musim panas memberi kesan terhadap sayur-sayuran, buah-buahan dan juga bunga-bungaan dimana ia bukan sahaja harganya dijangka meningkat akan tetapi kualiti pertumbuhan tanaman juga memang dijangka terjejas. Bagi Setiausaha Persatuan Pekebun Sayuran Cameron Highlands Chay Ee Mong dakwa kekurangan hujan, kekurangan bekalan air dan cuaca panas telah menyebabkan kejatuhan tahap pengeluaran sayur-sayuran. Pada bulan Mac, sudah terdapat penurunan dalam pengeluaran sayur-sayuran pada kadar 10 dan 20 peratus. Didakwa kualiti sayur-sayuran juga terjejas dan bagi petani yang menanam sayur-sayuran kawasan tanah tinggi apabila nerlaku suhu yang semakin meningkat tidak sesuai untuk diusahakan sayuran temperate. Di kawasan-kawasan tertentu sudah terdapat masalah pengairan dan kekurangan air. Kisah dari Cameron Highlands yang biasanya akan menghasilkan sekurang-kurangnya 600 tan metrik sayur-sayuran setiap hari kini bermasaalah apabila suhu yang semakin meningkat juga membawa kepada masalah serangga perosak yang akhirnya menyebabkan sayur-sayuran berkualiti rendah. Beberapa sayur-sayuran berdaun seperti sawi dan kangkung adalah murah kerana ia dihasilkan di kawasan tanah rendah dan tidak terjejas oleh cuaca panas. Hanya sayur-sayuran tertentu seperti kacang panjang Perancis dan kobis akan menjadi lebih mahal. Kacang panjang Perancis yang biasanya berharga RM3 - RM4 sekilogram kini berharga lebih dari RM5.kg manakala harga kobis yang biasanya berharga antara RM1.20 dan RM1.50, kini berharga lebih dari RM2. Kawasan Cameron Highlands menghasilkan kira-kira 20 jenis sayur-sayuran termasuk tomato, daun bawang, selada air, lobak dan saderi. Dalam pada itu pengeluaran buah-buahan juga terjejas akibat musim kemarau. Pengeluaran dijangka mengalami lebih penurunan pada bulan depan berikutan cuaca panas yang melanda negara. Sama seperti sayur-sayuran, beliau berkata terdapat penurunan dari segi kualiti terhadap buah yang ditanam. Terdapat kemungkinan berlakunya kenaikan harga tetapi ia juga bergantung kepada kuasa pasaran. Jika berlaku kekurangan bekalan dan terdapat permintaan, harga akan meningkat dimana pada masa yang sama, jika kualiti yang dihasilkan tidak begitu baik dan pengguna mungkin tidak akan membelinya. Bagi Presiden Persatuan Florikultur Cameron Highlands Lee Peng Fo juga menyalahkan cuaca panas dan kekurangan bekalan air yang telah menyebabkan penurunan 10 ke 20 peratus dalam pengeluaran bunga di sana. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KESIHATAN MANUSIA... TERGANGGU JUA...
TANAMAN ROSAK...HASILNYA NAIK HARGA...
MEMBACA ARTIKEL... MENDAPAT INFONYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist.
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 Syawal 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.