Support My Blog

Sunday, June 30, 2019

DURIAN TELUR BUAYA - APA DIA

DURIAN TELUR BUAYA (Durio zibethinus) merupakan satu varieti durian yang diberikan kepada spesis ini dengan nama lokaliti yang menarik. Varieti durian ini penulis blog dapati hanya popular setempat sahaja mengikut perakuan yang dibuat oleh pemilik pokok atau pun penjual durian sahaja. Daripada semakan penulis blog mengenai 128 varieti durian yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian didapati memang tidak ada nama varieti Durian Telur Buaya.  Anda boleh membuat rujukkan sebanyak 5 artikel mengenai semua varieti durian di Malaysia yang telah didaftarkan di Malaysia dengan pautan berikut (Sila klik disini), (Sila Klik Disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Penelitian saya mendapati hanya ada satu varieti durian yang mempunyai nama yang hampir serupa iaitu D167 dengan nama varieti 'Buaya' sahaja yang didaftarkan pada tahun 1997 dari Selangor. Varieti ini telah didaftarkan dibawah nama En Yap daripada Kuala Langat, Selangor. Ada berkemungkinan varieti buaya dengan varieti telur buaya adalah varieti yang sama dan juga ia berkemungkinan merupakan varieti yang berlainan. Ini kerana keterangan mengenai varieti buaya yang diberikan amat mudah dan tidak mempunyai pencirian khusus. Dalam lamanweb Jabatan Pertanian keterangan durian varieti Buaya diterangkan sebagai ''Buah besar, bentuk bujur panjang berkulit tebal dan berwarna hijau perang. Ulasnya besar, berwarna kuning oren rasanya lemak manis dan mutunya baik''. Melihat foto diatas dan dibawah penulis blog dapati pencirian diatas seakan serupa dengan buah durian telur buaya yang dipaparkan diatas (Sila lihat foto diatas dan paling bawah). Bagaimana pun penulis blog tidak berupaya menyatakan bahawa varieti durian D167 (Buaya) itu adalah sama atau sinonim dengan Durian Telur Buaya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya paparkan satu penulisan mengenai durian varieti telur buaya sekadar untuk menjadi bahan rujuak anda semua.


Dalam pencarian info melalui temubual dengan beberapa penjual benih durian, penanam durian, peraih durian dan juga di dalam lamanweb, ada beberapa individu menyatakan mereka ada mendengar varieti durian telur buaya. Bagaimana pun ianya hanya 'hear and say' sahaja sebab penulis blog dapati memang tidak ada didaftarkan varieti ini. Bagaimana pun dalam laman web memang ada benyak juga artikel mengenai varieti ini dimana kebanyakannya dipelopori oleh mereka yang menjual benih durian varieti telur buaya. Dalam iklan yang mereka dakwa dimana mereka tulis harga benih ini diantara semurah RM10 sepokok sehingga RM35 sepokok. Ada juga pengusaha nurseri yang menjual benih ini dengan harga jauh lebih tinggi. Penulis blog rasa oleh kerana kepandaian penjual benih ini meyakinkan pembeli maka mereka sanggup membayarnya dengan kos agak tinggi bagi mendapatkan benihnya (Sila lihat foto disebelah). Pada saya sebaiknya pembeli benih durian boleh bertanya kepada penjual akan kesahihan benih durian tersebut dengan minta Sijil Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) yang mana ia dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Sijil ini dikeluarkan kepada pemilik nurseri yang telah mereka memohonnya dimana kemudian pemeriksaan anak pokok dan pokok induk oleh pakar akan mengesahkan sesuatu varieti buah-buahan (terutama durian) dengan betul dan dijamin. Bagaimana pun penulis blog masih belum melihat durian varieti telur buaya ini ada didalam sistem persijilan SPBT. Ini bermakna mereka yang ada mendakwa benih durian telur buaya sebenarnya masih tidak menjamin akan kualiti benih mereka.


Melihat sendiri penjual durian varieti telur buaya yang ada dijual dibeberpa lokasi seperti di Perak, Langkawi, Kelantan dan beberapa lokasi lain ia memang seronok. Drurian ini mempunyai warna kulit hijau keperangan dimana ianya mempunyai tangkai agak panjang dan durinya yang sederhana saiz dan bentuknya (Sila lihat foto disebelah). Buah durian ini juga dijual dengan harga yang agak baik iaitu sekitar RM12 - RM18 sekilogram mengikut lokaliti. Cili bentuk buah, tekstur isinya dan tahap kemanisan serta aromanya tidak dinyatakan dengan piawaian khusus kerana varieti ini tidak didaftarkan dengan jelas. Bagaimana pun didalam beberapa temubual juga dinyatakan kebanyakan peminat durian telur buaya nyatakan buah yang mereka beli memang enak dan sedap rasanya seakan durian premium yang lain. Beberapa peminat buah durian akan membeli lebih daripada biasa setelah mereka merasakan keenakan buah ini yang manis, warna menarik, aroma yang sesuai dan harga yang berpatutan. Bagi tujuan 'way foward' sebaiknya ada orang atau pemilik pokok durian telur buaya di Malaysia yang mendaftarkan varieti ini dengan mengisi borang DK-1 secara percuma dan menghantarkan ke Jabatan Pertanian. Pegawai pakar di Jabatan Pertanian kemudian akan datang membuat pencirian durian untuk periksa ciri varieti ini sehingga disahkan dan sesuai untuk didaftarkan. Cara ini membolehkan dakwaan varieti durian telur buaya ini akan diketengahkan pada masa akan datang lebih terjamin. Semuga anda semua mendapat info berguna membaca artikel ini terutama pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!....
ADA VARIETI... DURIAN TELUR BUAYA...
BELUM DIDAFTAR... DALAM NEGARA...
BENIHNYA MAHAL...UNTUK BELI DIMANA...
BACA ARTIKEL... BARU DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Merdeka Indah,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(24 Syawal 1440H).

Saturday, June 29, 2019

BUAH KRISTAL - APA DIA?

BUAH KRISTAL (Pometia pinnata) atau Buah Matoa atau Buah Kasai atau Buah Tiga Rasa merupakan sejenis buah nadir yang kini semakin mendapat tempat di hati pengusaha tanaman buah-buahan di Malaysia khususnya dibeberapa negeri seperti di Melaka, Sarawak, Pahang dan Negeri Sembilan. Pokok daripada keluarga Sapidaceae ini unik kerana ia masih kurang popular sebab ada yang kata ia adalah buah Nadir. Dikalangan orang di Malaysia kurang kenal buah kristal akan tetapi sudah popular di negara jiran Indonesia dan beberapa negara tropika lain didunia. Pokok ini natif di Asia Tenggara termasuk di Malaysia yang tumbuh dikawasan tepi sungai dan ada dikawasan Asia Pasifik. Tumbuhan ini juga adalah spesis pokok kayu keras tropika yang besar juga dikenali dengan nama lain sebagai Matoa, Pokok Taun, Laichi Pulau dan Tava. Ada sesetangah orang Malaysia yang memanggilnya sebagai Buah Kasai. Ia akan mampu tumbuh sehingga ketinggian lenih 30 meter (100 kaki) dengan mempunyai daun berbentuk pinnate dimana pokok ini mampu menghasilkan buah yang boleh dimakan berwarna hijau. kekuningan dan merah gelap apabila masak. Buah yang berukuran 4 cm panjang ini mengandungi isi yang seakan buah longan atau laici dimana manis serta banyak khasiatnya. Walau pun buah kristal ini amat jarang dijual dikedai buah-buahan akan tetapi apabila musim banyak buah mereka yang bernasib baik sahaja akan boleh jumpa untuk mendapatkannya. Penulis blog berpeluang melihat sendiri akan pokok kristal yang ditanam di Kuching dimana ia telah dikomersilkan. Ditanya mengapa menanam pokok Matoa kepada pengusaha tersebut dinyatakan dimana dari segi pengurusan tanaman didakwa pokok Matoa mudah dijaga dan diuruskan. Benih boleh ditanam daripada biji matoa yang disemai dalam semaian sehingga ia sesuai untuk dipindahkan. Lazimnya pokok buah kristal ini sesuai dengan cuaca Malaysia dan boleh dimajukan. Pokok ini juga memang perlukan cuaca yang ada hujan dan panas dengan sinaran cahaya matahari yang banyak. Ada yang dakwa dimana rasa buah kristal ini seakan memberikan kombinasi rasa diantara buah durian dengan rambutan atau buah laici sehinggakan ia diberi gelaran sebagai 'Buah 3 Rasa'. Ia memang manis rasanya dari isinya yang masak. Daripada beberapa temuan dilaporkan pokok buah kristal akan berbuah dalam masa 3-4 tahun sahaja selepas ditanam dengan penjagaan yang baik. Artikel subuh ini dalam blog popular "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai Buah Kristal yang perlu anda kenali sebagai bahan rujukkan dan bacaan semua pembaca.

Buah kristal mempunyai kulitnya keras dan perlu diketuk baru pecah untuk mendapatkan isinya yang manis (Sila lihat fotoo disebelah). Dalam pada itu mungki sekali rasa sahaja rmai akan terus teringatkan buah laici. Memang buah kristal ini sedap dimakan. Itulah boleh digambarkan me­ngenai sejenis buah tempatan yang biasanya boleh ditemui di Sarawak iaitu buah kristal. Apa yang penulis blog tinjau dimana pokokk kristal akan berbuah dua kali setahun de­ngan harga pasaran mencecah RM10 - RM12 sekilogram menjadikan buah kristal atau laici hutan ini di Sarawak mampu memberi sumber pendapatan yang agak lumayan kepada pengusaha tanaman tersebut. Penulis blog yang pernah bertugas beberapa tahun di Jabatan Pertanian Sarwak menyedari potensi cerah dalam tanaman itu. Dalam laporan media tempatan disinimereka melaporkan dimana seorang wanita Bida­yuh Selako dari Kampung Serayan di sini bernama Aminah Undong dengan usia 50 tahun sudah tidak teragak-agak menerima tawaran daripada Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) untuk membantunya mengusahakan kebun buah kristal. Beliau kini berbekalkan tunjuk ajar pertubuhan telah memulakan tanaman pokok kristal daripada bijinya dan berjaya mengaut hasilnya dalam tempoh empat tahun kemudian. Pokok kristal mula berbuah dan boleh dikutip hasilnya selepas empat tahun ditanam.

Beliau yang ada menanam pokok ini secara berperingkat agar tidak berbuah serentak dan boleh mengutip serta menjual hasilnya sepanjang tahun. Terkini dia mempunyai 500 pokok buah kristal yang terdapat di kebunnya ketika idan dia mampu mengeluarkan buah sebanyak 500 kilogram sehari. Kini selain dijual secara harga borong kepada peraih buah pada harga RM8 sekilogram dimana beliau sendiri turut menjual buah-buahan itu di Pasar Tamu Lundu dengan harga RM12 sekilogramDalam sehari biasanya dia mampu memperoleh RM500 daripada hasil jualan buah kristal. Ibu kepada tiga anak dan tiga cucu itu memberitahu dimana selain keenakan rasanya yang manis dan berlemak didakwa buah kristal juga digemari kerana ditanam secara organik.  Buah kristal amat mudah dita­nam iaitu hanya menggunakan bijinya. Selepas itu hanya perlu membersihkan rumput di sekitar pokok dan meletakkan baja untuk membolehkan ia membesar dengan subur dan berbuah. Pokok buah kristal juga perlu dipotong sekali-sekala agar sentiasa rendang bagi memudahkan buah­nya dikutip. Dia diantu seramai tiga orang pekerja untuk membantu di kebun. Dakwa beliau terdapat dua jenis buah kristal iaitu mempunyai Buah Kristal Kulit Ungu dan Buah Kristal Kulit Warna Hijau walau pun didapati keduanya mempunyai kualiti rasa yang sama. Kini kepada peminat yang ingin mendapatkan buah kristal daripada Aminah, boleh menghubungi beliau di talian 011-29961500 atau datang sendiri kekebunya.

Dalam akhbar Harian Metro bertajuk ''Keistimewaan buah tiga rasa'' atau buah kristal atau buah matoa memang menarik dirujuk. Berita dipetik dari Serdang, Selangor ini menunjukkan En Sarip menunjukkan benih pokok Matoa atau Pokok Buah Kristal. Dakwa beliau sebiji buah kristal akan mempunyai tiga rasa buah-buahan berbeza iaitu laici, durian dan rambutanItu keunikan buah matoa yang terdapat di Pmeran MAHA di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS). Buah yang berasal dari Papua New Guinea itu berbentuk bulat, berwarna kekuningan pada kulitnya manakala isinya berwarna kuning cair apabila masak. Buah itu juga asing di negara ini dan ramai tidak mengetahui keenakan rasanya yang lemak manis serta kandungan 11 khasiat yang baik untuk kesihatan. Dalam paa itu antara kelebihan itu mendorong petani dengan nama Sarip Walat berumur 50 tahun dalam mengusahakan tanaman 30 pokok berkenaan di ladangnya di Taman Melawati Ulu Klang dalam usaha mengkomersialkan di negara ini. PAda beliau rupa bentuk pokok itu seperti pokok longan dan sudah boleh mengeluarkan hasil selepas tiga tahun ditanam. Buahnya lebat pada tangkai juga seperti mata kucing dan harganya tinggi iaitu mencecah RM60 sekilogram. Dalam pada itu aktiviti penjagaan pokok ini mudah dan ketinggiannya sehingga 18 meter dakwa beliau kepada wartawan Harian Metro. Katanya, anak pokok matoa yang berusia dua bulan dijual pada harga RM30. Tanaman pokok Matoa popular di Indonesia sejak 20 tahun lalu kerana kayu tumbuhan itu digunakan dalam pembuatan jam tangan. Semakin ramai bertanya akan bagaimana hendak menanam pokok buah krital atau pokok matoa atau pokok kasai. Semuga artikel iini memberi info berguna kepada seua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BUAH KRISTAL... ADA TIGA RASA...
DURIAN, RAMBUTAN.. LAICI PUN ADA...
MUDAH DITANAM... 4 TAHUN BUAH DIA...
INGIN MENANAM... CARI  BENIHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1610, Mayor Suite Room,
Hotel Imperial Heritage,
Badar Hilir, Melaka,
Malaysia.
(17 Syawal 1440H).

Friday, June 28, 2019

TANAMAN KUCAI - SATU TINJAUAN

KELOMPOK KUCHAI KAMPONG RUMPUT merupakan satu komuniti pengeluar sayuran berdaun dikenali dengan nama KUCAI (Allium tuberosum) atau nama lain juga sebagai Allium ramosum yang produktif di Daerah Manjung, Perak. Tanaman di kampung ini telah dimulakan smenjak 40 tahun lalu oleh masyarakat Cina yang melibatkan hampur 2-3 keturunan. Tanah dikampong ini yang terdiri daripada tanah berpasir dan salah satu daripada penempatan Kg Baru semenjak lama dahulu mendapat khidmat nasehat daripada Jabatan Pertanian dengan beberapa bantuan infrastruktur dan khidmat nasehat teknikal. Keluasan tanaman kucai di kampong ini adalah sekitar 33 hektar (80 ekar) melibatkan seramai 30 orang petani. Tinjauan penulis blog bersama rombongan mendapati selain daripada tanaman utama kucai terdapat beberapa petani yang menanam daun kesum, daun pudina, ulam raja, kangkong, sawi dengan skala agak luas. Hampir semua petani di kampong ini memasang jaring pelindung hujan dikebun masing-masing bertujuan untuk mempastikan hasil sayuran kucai dapat dikutip walau pun pada musim hujan. Ini kerana daun kucai akan rosak (lembik dan lecuh) apabila terkena hentaman dan percikan hujan lebat dan menyebabkan kerugian kepada petani disini. Daripada salah seorang pekebun kucai yang dikunjungi iaitu En Chia menyatakan peranan jaring pelindung hujan ini adalah sangat penting dipasang dan dibersihkan. Kucai yang dikeluarkan dari kampong ini dipasarkan terutamanya ke Pasar Ipoh dan sebahagian besar pula ke Pasar Borong Selayang untuk pasaran sekitar Lembah Kelang. Pada masa ini ada lebikurang 4-5 orang pemborong yang mengambil bekalan daripada kampong disini. Daun kucai merupakan sejenis sayuran daun yang tidak tahan lama selepas dipetik. Ia hanya tahan untuk 2-3 hari sahaja sebelum mutunya turun. Artikel malam ini daripada Hotel Sofera Manjung saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai penanaman kucai secara komersil dsn luas di Kg Rumput, Manjung, Perak sekadar bahan rujukkan anda.


Tanaman kucai dikampong ini telah bermula sekitar tahun 1965 apabila masyarakat Cina di Kg Baru ini mendapat idea menanam pelbagai jenis sayuran untuk kegunaan sendiri dan dijual. Menurut En Chia lagi, beliau telah mula menanam pelbagai tanaman sayuran dan tanaman kontan di kampongnya termasuk tanaman keledek, ubikayu, kacang tanah, sayur daun seperti sawi, kangkong dan sebagainya. Bagaimana pun pada awal tahun 1980'an terdapat pasaran dan permintaan baik untuk sayuran daun bawang dan kucai. Kini tanaman kucai telah dijadikan tanaman utama di kampong ini dimana kepakaran mereka menghasilkan kucai berkualiti telah menjadikan ia sebagai salah satu pengeluaran sayur kucai di Malaysia sehingga artikel blog saya ditulis selepas lawatan saya ke lokasi disini. Peringkat awal penanaman dahulu petani disini akan membeli benih kucai (diimport daripada negara China) dan menyemainya dalam petak semaian. Apabila sudah hidup kemudian ianya akan dituai berperinglkat. Bagaimana pun kini benih yang digunakan untuk penanaman adalah rizomnya (Sila lihat foto disebelah). Rizom kucai ini akan terbentuk didalam tanah dan mempunyai banyak rimpang (ruas) dimana ia akan dipecah-peahkan semasa hendak menanamnya. Bagaimana pun penggunaan rizom ini sebagai benih akan digantikan dengan biji benih baru setelah 4-5 tahun digunakan apabila ia sudah kurang produktif.


Kawasan penanaman kucai perlukan batas tanaman setinggi 20 cm dengan ukuran 20 kaki panjang dan 2.5 kaki lebar. Amat penting menyediakan batas tanaman tinggi kerana rizom kucai akan rosak jika terendam dalam air. Batas tanaman disesuaikan dimana dicampur dengan pasir sungai diatas tanah asal dengan kadar 40:60 kerana tanaman kucai perlukan tanah yang peroi dan banyak baja organik. Terdapat longgokan pasir sungai (mungkin juga pasir lombong) disetiap kebun petani di kampong ini kerana mereka akan jadikan sebagai stokpile. Penulis blog dapati batas tanaman ini dibuat dengan jarak setengah kaki untuk lorong penyelenggaraan dan juga ia adalah lorong tuaian antara batas tanaman. Pengalaman En Chia menyatakan jika tanah tidak dicampur dengan pasir maka pertumbuhan rizom kurang baik dan penyerapan baja organik juga kurang cekap. 


Apa yang penting dimana semua kawasan penanaman kucai dipasang dengan jaring putih pelindung hujan. Pemasangan jaring ini setinggi 6 kaki dan menutupi semua ruang penanaman (Sila lihat foto disebelah). Jaring ini sangat penting untuk melindungi tanaman kucai terutama pada musim hujan kerana titisan hujan lebat akan menyebabkan daun kucai menjadi lebam dan busuk. Jaring ini juga menghalang sinaran panas matahari terus kena kepada daun kucai yang menyebabkan duan tersebut akan menjadi hijau gelap dan terksturnya menjadi keras dan menghasilkan rasa sedikit pahit. Apa yang penulis blog teliti dimana jaring iniakan berkulat selepas beberapa lama digunakan danakan dicuci menggunakan air sabun dan panctan air deras menggunakan High Power Sprayer (SPH). Bagaimana pun setelah banyak koyak maka petani akan menggantikannya dengan yang baharu. Jaring pelindung hujan ini juga mempengaruhi pertumbuhan rumpai dikawasan penanaman kucai disini.


Penanaman kucai memerlukan baja organik dan air yang banyak. Baja organik tahi ayam diberikan setiap kali aktiviti memetik hasil dijalankan dengan ditabur merata diatas batas tanaman. Baja lain seperti NPK15:15:15 ada diberikan mengikut jadual pembajaan. Tanaman kucai memerlukan air yang banyak dan sentiasa perlukan aktiviti penyiraman kecuali hari hujan. Pemasangan sistem pengairan dilakukan menggunakan sprinkler dan renjis dengan pam air daripada kolam yang disediakan. Kalau tanaman tidak disiram terutama pada musim panas dan kemarau maka ia akan menganggu kadar pertumbuhannya dan menjejaskan jadual penuaian dan penjualan. Pokok kucai yang subur dapat dilihar akan pertumbuhannya yang sekata dengan warna daun kucai juga seragam. Ada juga petani yang menambah pembajaan mereka dengan baja foliar terutama jika harga kucai ini membaik. Tanaman kucai tidak ada masaalah serangan musuh dan penyakit. Hanya ada serangan koya pada musim tertentu. 


Tanaman kucai akan dituai setiap 40 hari dimana daun kucai akan dipotong dengan pisau tajam pada paras tanah. Daun kucai ini akan dikumpulkan dalam baku sebelum dibawa kepusat pengumpulan dimana kerja memproses dilakukan. Daun kucai yang dipotong akan bercampur dengan daun tua yang berwarna kuning atau daun yang telah kering. Perdu kucai ini akan diperiksa dan daun kering tersebut dibuang dan pekerja akan menyusun mengikut saiz sebelum mengikat dan membungkusnya dalam kertas suratkhabar (Sila lihat foto disebelah). Satu bungkusan kucai ini biasanya seberat 3-4 kg dan akan disusun pula didalam bakul plastik besar sebelum disusun untuk pihak pemborong mengambilnya. Penulis blog dapati jika penuaian dijalankan musim hujan (atau selepas hujan) maka daun kucai ni perlu dikeringkan dahulu dari air dengan menjemurnya dibawah matahari atau menggunakan kipas angin. Jika daun basah ia akan merosakkan kualiti daun kucai. Pada masa ini harga ladang daun kucai diladang diantara RM2.50 - RM3.00 sekilogram. Daun kucai yang telah dipotong ini idak tahan lama sebelum kualitinya menurun maka a perlu dipasarkan dengan segera. Menurut En Chia lagi aktiviti menuai daun kucai cuma berhenti 2 kali sahaja dalam setahun iaitu pada Hari Raya Puasa dan Tahun Baru Cina. Daun kucai paling enak dijadikan ramuan Char Keu Tiow, Kue Tioe Goreng Kerang, Mee Hoon Goreng, Mee Goreng, Mee Kenduri Jawa dan juga didalam telur goreng. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog naim agro technology kali ini. memang artikel mengenai tanaman kucai amat jarang ditulis dinegara kita. Wasallam!!...
MENANAM KUCAI... DI MANJUNG SANA...
KAMPONG RUMPUT.. 80 EKAR LUASNYA...
DALAM 40 HARI... PUSINGAN PETIKNYA...
DALAM MAKANAN...TAMBAH ENAK RASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 308, Sofera Hotel,
Manjung, Lumut,
Perak, Malaysia.
(18 Syawal 1440H).

Thursday, June 27, 2019

BUAH MATOA - KENALI DIA

TANAMAN BUAH MATOA (Pometia pinnata) atau buah tiga rasa mula mendapat tempat di hati pengusaha tanaman buah-buahan di Malaysia khususnya dibeberapa negeri seperti di Melaka, Sarawak, Pahang dan Negeri Sembilan. Pokok daripada keluarga Sapidaceae ini unik kerana ia masih kurang popular sebab ada yang kata ia adalah buah Nadir. Dikalangan orang di Malaysia kurang kenal buah Matoa atau Buah Kasai akan tetapi sudah popular di negara jiran Indonesia dan beberapa negara tropika lain didunia. Pokok ini natif di Asia Tenggara termasuk di Malaysia yang tumbuh dikawasan tepi sungai dan ada dikawasan Asia Pasifik. Tumbuhan ini juga adalah spesis pokok kayu keras tropika yang besar juga dikenali dengan nama lain sebagai Matoa, Pokok Taun, Laichi Pulau dan Tava. Ada dilaporkan sesetangah orang Malaysia yang memanggilnya sebagai Buah Kristal dan Buah Kasai. Ia mampu tumbuh sehingga ketinggian lebih 30 meter (100 kaki) dengan mempunyai daun berbentuk pinnate dimana pokok ini mampu menghasilkan buah yang boleh dimakan berwarna hijau kekuningan dan merah gelap apabila masak. Buah yang berukuran 4 cm panjang ini mengandungi isi yang seakan buah longan atau laici dimana manis serta banyak khasiatnya. Walau pun buah Matoa amat jarang dijual dikedai buah-buahan akan tetapi apabila musim banyak buah mereka yang bernasib baik sahaja akan boleh jumpa untuk mendapatkannya. Penulis blog berpeluang melihat sendiri akan pokok matoa yang ditanam di Melaka dimana ia telah dikomersilkan. Ditanya mengapa menanam pokok Matoa kepada pengusaha tersebut dinyatakan dimana dari segi pengurusan tanaman didakwa pokok Matoa mudah dijaga dan diuruskan. Benih boleh ditanam daripada biji matoa yang disemai dalam semaian sehingga ia sesuai untuk dipindahkan. Lazimnya pokok buah matoa ini sesuai dengan cuaca Malaysia dan boleh dimajukan. Pokok ini juga memang perlukan cuaca yang ada hujan dan panas dengan sinaran cahaya matahari yang banyak. Ada yang dakwa dimana rasa buah matoa ini seakan memberikan kombinasi rasa diantara buah durian dengan rambutan atau buah laici sehinggakan ia diberi gelaran sebagai 'Buah 3 Rasa'. Ia memang manis rasanya dari isinya yang masak. Daripada beberapa temuan dilaporkan pokok matoa akan berbuah dalam masa 3-4 tahun sahaja selepas ditanam dengan penjagaan yang baik. Artikel subuh ini dalam blog popular "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai Buah Matoa yang perlu anda kenali sebagai bahan rujukkan dan bacaan semua pembaca.

Buah Matoa adalah salah satu jenis buah yang popular di negara jiran Indonesia. Di Malaysia bagaimana pun ia lebih dikenali sebagai Buah Kasai atau Buah Terajang. Buah Kasai agak mudah dijumpai di Sepanjang Sungai Pahang dan di Sibu, Sarawak. Di negara jiran Indonesia pula buah ini popular dibeberapa lokasi seperti di Papua, Maluku iaitu di kawasan Indonesia Timur. Pokok ini mempunyai akar tunjang dengan mampu tumbuh dengan ketinggian 20 - 40 meter dan diameter batang sehingga maksima akan dapat mencapai 100 cm. Pokok ini berbunga sekali dalam setahun iaitu antara bulan Julai hingga bulan Oktober dengan masa buah untuk matang sekitar 4 bulan. Tumbuhan ini perlukan curahan hujan tinggi dan perlukan banyak cahaya matahari. Dilaporkan di Papua mereka memiliki dua jenis Buah Matoa dikenali sebagai Matoa Kelapa dan Matoa Papeda. Perkara yang membezakan kedua jenis ini adalah tekstur buahnya dimana untuk Matoa Kelapa buahnya kenyal dan padat seperti buah rambutan sedangkan Matoa Papeda memiliki tekstur buah yang mana isi daging lebih lengket dan lembek. Walau pun ada yang kata bentuk buah Matoa kelihatan seperti buah pinang akan tetapi apabila dikopek ia berbeza sama sekali isinya. Buah matoa ini mempunyai kulit keras berwarna hijau, merah dan hitam dengan bentuk bulat lonjong dengan panjang sekitar 5 - 6 cm. Buah masak memberikan citarasa manis dan wangi seperti kombinasi diantara buah rambutan, longan dan laici. Memang didakwa selain mempunyai rasa yang enak didapati buah matoa pun memiliki khasiat yang cukup banyak. Ini kerana kandungan vitamin C dalam buah matoa ini mampu meningkatkan tahap ketahanan tubuh yang lemah dan berfungsi meningkatkan antioksidan yang mampu untuk mencegah kanser.  Buah matoa juga mengandungi vitamin E yang berguna sebagai agen untuk menghilangkan tekanan (stress), meningkatkan kesuburan dan meminimakan potensi dari terkena Sakit Jantung. Namun demikian juga perlu diingat dimana ada kandungan glukos dalam buah matoa juga cukup tinggi dimana jika dimakan buah matoa terlalu banyak akan boleh menyebabkan pening kepala atau pun sehingga ketahap mabuk.

Kalau Pokok Buah Kasai menjadi tanaman yang diusahakan oleh beberapa usahawan di Malaysia akan tetapi pokok buah Matoa yang dilaporkan ada banyak tertumpu di Indonesia Timur walau pun sebenarnya buah ini memang tersebar luas di seluruh wilayah Indonesia. Di wilayah Sumatera utara pula Buah Matoa dikenali dengan nama Pakam semantara di Minangkabau dikenal sebagai Langsek Anggang dan di Jawa Barat dikenal dengan sebutan iaitu Leungsir serta di Pulau Jawa disebut Kayu Sapi. Buah Matoa adalah didakwa tanaman yang natif di Malaysia dan juga di Indonesia dan sangat sesuai untuk dijadikan tanaman penghijauan dan landskap. Matoa sangat disyorkan ditanam kerana ia didakwa dapat tumbuh dalam banyak keadaan dan memiliki akar tunjang dan batang yang kuat. Pokok Matoa juga mempunyai daya ketahanan terhadap segala jenis ancaman oleh serangga perosak. Buah Matoa yang masak didakwa memang sangat manis dan walaupun harganya di laporkan agak mahal tatapi masih ramai membelinya sebab rasa enaknya. Kajian mendapati di Indonesia harga buahnya setanding dengan ciri keistimewaannya iaitu Rp40.000 sekilogram (RM13.50 /kg). Dalam pada itu sistem menanam buah matoa sesuai dilakukan dengan mudah asalkan ada kawasan, tanah sesuai dan benih serta ilmu menjaganya. Tanaman buah ini sesuai hidup dan tumbuh di kawasan dataran rendah dengan ketinggian sekitar 1,200 meter dari paras laut. Kini disahkan dimana beberapa kawasan di Indonesia yang telah berhasil menanam dengan buah matoa secara komersil seperti Sulawesi, Papua dan Maluku. Tanah yang sesuai untuk menanam pokok matoa sebaiknya mempunyai tekstur kering dan tidak tergenang air. Keperluan curahan hujan dengan kadar lebih 1,200 mm setahun amat sesuai uuntuk pertumbuhan tanaman pokok matoa.

Penanaman pokok buah Matoa menggunakan benih yang diambil daripada bijinya yang telah matang. Biasanya sebelum petani hendak  memulakan penanaman buah matoa sebaiknya disediakan benih yang berkualiti dahulu. Jadinya pilih biji buah matoa yang berasal dari buah matoa matang dan sihat semasa diperiksa. Petani perlu mengambil biji matoa yang matang dengan jumlah mencukupi untuk penanaman. Ia kemudian bersihkan di bawah air yang mengalir. Semasa merendam biji buah matoa di dalam air pastiak dalam jangkamasa kurang lebih selama 15-30 minit. Biji matoa yang berkualiti biasanya perlu ditandakan dengan ianya terdiri dari biji benih yang temggelam dalam air. Semai biji dalam bekas yang ada  media tanaman  sesuai dalam tapak semaian atau dalam polibeg. Menyemai dalam polibeg memudahkan proses mengali dan menanam diladang. Sediakan jadual menyemai dan jadual penanaman yang sesuai. Menyediakan lubang penanaman buah matoa sebaiknya dengan kaedah menggali lubang tanaman dicampur baja asas seperti baja organik, baja MOP, Baja Urea dan juga kapur yang sangat baik untuk tingkatkan pertumbuhan benih matoa. Ketika baja serta tanaman galian hal yang demikian bisa dicampur menjadi satu. Benih matoa yang berukran setinggi antara 40-50 cm sesuai untuk ditanam dikebun. Segala amalan agronomi penanaman benih matoa dilakukan dengan hati-hati dengan teliti dan tidak merosakkan polibeg dan bahagian akarnya. Benih Matoa yang sudah ditanam dikebun masih perlu dipelihara dengan beteul dan sistematik. Benih matoa tersebut perlu diberikan baja setiap 2 bulan sekali untuk menrengsang pertumbuhannya. Pokok yang ditanam dari benih apabila berumur 2 tahun tumbuh sekitar ketinggian 1.5 - 2.0 meter. Penjagaan tanam pokok Matoa  Sistem pemeliharaan buah matoa ini sangatlah mudah dimana apabila pokok matoa sudah mulai berbunga bermakna ia menghasilkan bunga dan buahnya akan dapat dimakan dalam jangka waktu 2-3 bulan kemuidan. 

Dalam pada itu untuk mengelakkan daripada serangan serangga perosak buahmatang  maka pokok ini akan dipasang jaring. Ada juga petani yang akan terus membungkus buahnya dengan plastik agar terselamat walau pun akan beremungkinan jika jika dibungkus dengan beg plastik akan menyebabkan buahnya akan menjadi lebih cepat jadi busuk. Ada juga petani percaya jika membalut dengan beg plastik akan mempercepatkan proses buah cepat matang sedia untuk dipetik. Kawalan rumpai dan pembajaan mengikut jadual membolehkan tanaman buah matoa akan tumbuh subur dan lebih cepat berbuah. Tanaman buah matoa akan cepat menuai apabila semua amalan agronomi dipatuhi. Pokok matoa akan berbuah apabilat usianya sekitar 4-5 tahun. Pokok yang ditanam dari biji benih buat pertama kali menghasilkan buah walau pun pada peringkat awal ia agak rendah penghasilan buahnya. Pokok muda yang baru belajar berbuah mampu untuk menghasilkan buah sekitar 5 kg sepokok dan akan meningkat apabila pokok lebih lama dijaga dengan baik. Semasa muda lazimnya pokok matoa ini masih rendah ia boleh dipetik gunakan tangan atau ada petani akan menggunakan galah pendek atau galah aluminum. Buah yang masak ini dikumpulkan dan ianya mesti dibersihkan sebelum dijual. Buah ini enak dimakan semasa ia segar dan penyimpanan boleh dalam peti sejuk dengan kawalan suhu yang sesuai. Buah yang diikat pada tangkainya atau tercerai dari tangkainya mempunyai nilai jualan yang berlainan.


Dalam akhbar Harian Metro bertajuk ''Hebatnya buah 3 rasa'' amat menarik saya untuk membuat kupasan. Berita daripada Kuala Lumpur ini dakwa dimana dalam tiga tahun lagi rakyat Malaysia berpeluang melihat dan merasai sejenis buah unik yang mempunyai tiga rasa buah-buahan berbeza iaitu laici, rambutan dan durianIni kerana buah yang dipanggil buah matoa sudah ditanam di negara ini oleh seorang aktivis alam sekitar bersama rakan kongsinya di sebuah ladang di Kelana Jaya, Selangor dan tanah rizab kerajaan di Taman Melawati, sejak setahun lalu. Encik Abdul Shariff Walat dakwa buah matoa asing di Malaysia kerana ia berasal dari Papua New Guinea, tetapi cukup popular di Indonesia. Kini buah matoa ini yang berbentuk bulat, berwarna kekuningan pada bahagian kulitnya dan bertukar kepada coklat jika disimpan dalam tempoh lama selepas dipetik (Sila anda lihat foto disebalah). Biasanya isi buahnya berwarna kuning cair dan rasanya lemak manis gabungan tiga jenis buah-buahan terbabit (laici, rambutan dan durian). Ada yang dakwa buah matoa ini mempunyai 3 rasa dalam 1 iaitu Rasa Durian, rasa Laici dan rasa Rambutan. Ada dakwa bentuk buah seakan-akan buah ambra. Isinya seakan buah laici dan bijinya pula seakan-akan biji buah durian. Dalam laporan lain yang saya rujuk dilaporkan dimana pokok Matoa ini adalah tanaman buah-buahan asli khas dari Papua New Guinea. Pokok buah adalah sejenis tumbuhan yang pokoknya besar dan berbuah sekali dalam setahun dan biasanya berbuah pada bulan September, Oktober dan November setiap tahun. Buah matoa memiliki rasa manis dan beraroma seperti campuran antara rambutan, durian dan laici. Bentuk buahnya lonjong dengan ukuran buah pinang (keluarga Arecaceae dimana ketika muda berwarna hijau dan setelah matang berwarna hijau kekuningan atau coklat kemerahan atau kehitaman.

Pernah dengar khasiat dan kegunaan buah matoa? Mungkin sebahagian besar orang Malaysia akan merasa asing dengan jenis buah ini. Pokok matoa termasuk salah satu tanaman asli di Malaysia dan di Indonesia. Tanaman yang tingginya dapat mencapai 18 meter dan banyak khasiatnya. Pertama di didakwa kaya dengan bahan vitamin dan mineral dimana membekalan zat tersebut dengan kadar banyak. kandunagn vitamin yang tinggi ini adalah untuk Vitamin C dan Vitamin E yang ada tidakbalas bebaskan radikal bebas. Vitamin C juga berguna untuk ianga dapat mempertahankan sistem kekebalan tubuh. Dalam pada itu  vitamin E dapat membantu memelihara kesihatan kulit dan kesuburan kejantanan lelaki. Dalam buah yang isinya agak kenyal ini terkandung pula beberapa mineral seperti kalsium (Ca_dan Kalium (K). Khasiatnya didakwa mampu merawat untuk elakkan penyekit Kronik seperti sakit jantung, stroke dan diabetis. Buah matoa ternyata juga kaya akan unsur seperti Tanin yang merupakan unsur Antioksidan.  Kajian lebih lanjut boleh dan perlu dibuat mengenai kehebatan khasiat buah matoa. Buah matoa juga mampu menghalang bakteria yang masuk kedalam saluran pernafasan dan ia juga berfungsi sebagai antibiotik. Antara khasiatnya didakwa ia membantu mengawal masaalah tekanan darah tinggi sama ada daripada bahagian isi buah ataupun bijinya serta ekstrak daripada daunnya. Ekstrak buah matoa didakwa mengandungi unsur yang bersifat diuretik dimana ia akan  meningkatkan jumlah cairan yang dikeluarkan dari dalam badan. Ketika cecair ini banyak dalam badan maka tekanan darah akan otomatik akan meningkat. Kemudian apabila kadar cairan kembali normal membolehkan ia menjadikan tekanan darah turun. Kehebatannya dimana dengan mengambil sebanyak 100 mg ekstrak matoa akan dapat membuang air dan garam melalui urin kencing sehingga tekanan darah seseorang boleh menurun. Kajian lanjut akan khasiat buah matoa masih dijalankan banyak pihak untuk mendapatkan khasiatnya. Semuga anda semua mendapat info terbaik daripada penulisan ini dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!....
BUAH MATOA... DIPERKENALKAN...
DARIPADA BIJI.. IANYA DISEMAIKAN...
ADA 3 RASA...LAICI DAN  RAMBUTAN...
PALING UNIK... ADA RASA DURIAN ...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1610, Super Deluxe Room,
Hotel Imperial Heritage,
Bandar Hilir, Melaka,
Malaysia.
(16 Syawal 1440H).

Wednesday, June 26, 2019

KACANG SOYA (Part 7) - ANALISA EKONOMI

TANAMAN KACANG SOYA atau KEDELAI (Glycine max (L.) Merill) di Indonesia setiap tahun selalu meningkat seiring dengan pertambahan penduduk dan tambahbaik pendapatan perkapita negara tersebut. Bagaimana pun masih diperlukan bekalan kacang soya tambahan di Indonesia yang harus diimport disebabkan pengeluaran dalam negara merka masih belum mencukupi akibat banyaknya industri makanan berasaskan kacang soya dinegara tersebut yang sangat popular iaitu TEMPE. Walau pun tahap pengeluaraan kacang soya dan kawasan tanaman telah diperluaskan dengan nilai produktivitinya ditingkatkan namun permintaan juga terus meningkat untuk kecukupan mandiri. Kini pihak berkuasa mereka membuat kempen kepada petani memperluaskan tanman kacang soya dengan agressif. Kacang Soya atau Kedelai merupakan tanaman diercayai natif atau berasal dari Cina dan telah ditanam oleh manusia sejak 2500 SM. Pada awal abad ke-19 dilaporkan dimana tanaman kacang soya disebar luas kebeberapa negara pengeluar utama kacang soya seperti Jepun, Korea, Indonesia, India, Australia dan Amerika (USA). Kedelai mulai dikenal di Indonesia sejak abad ke-16 dimana pada peringkat awal pengenalannya adalah dikawasan di Pulau Jawa dan ianya kemudian berkembang ke Bali, Nusa Tenggara dan ke beberapa buah Pulau lainnya. Dahulu tanaman kedelai dikenali dengan beberapa nama botani seperti Glycine soja dan Soja max. Namun pada tahun 1948 telah disetujupakai nama botani yang dapat diterima sebagai Glycine max (L.) Merill saja. Kementerian Pertanian Indonesia sasarkan produktiviti kedelai boleh mencapai 2.9 mt/ha pada tahun 2018. Jika target tersebut tercapai ini bemakna Indonesia akan dapat mencapai target saaradiri (SSL) kedelai. Kenyataan dari Kementerian Pertanian mengatakan penanaman di kawasan tanaman baru pada Oktober 2017 dan produktivitinya dicatitkan sebanyak 1.5 tan/ha akan mendorong peningkatan hasil kacang soya tempatan. Pada masa ini jumlah keperluan kedelai nasional di Indonesia sebanyak 2.4 juta tan metrik. Disasarkan kawasan baru tanaman kacang soya ini seluas daripada 500,000 hektar (2017) kepada seluas 710,000 hektar pada tahun 2019 dengan bajet sebanyak Rp1.3 trilliun. Bantuan kerajaan ini sebanyak Rp1.3 trilliun adalah berbentuk subsidi benih, baja dan juga Rhizobium bagi kawasan tanaman baru sluas 300,000 hektar pada 2019. KAwasan sasaran adalah terletak di 20 propinsi iaitu di Smatera (153,000 ha), Jawa (130,000 ha), Kalimantan (27,000 ha), Sulawesi (110,000 ha) dan NTT/NTB (80,000 ha). Disasarkan ia akan mampu menghasilkan kacang soya sebanyak antara 800,000 - 1 juta metrik tan setahun dengan tahap produktiviti disasarkan sekitar 2.5 - 3.0 mt/ha. Projek ini dijangka mampu mengurangkan kebergantunga import kacang soya dari luar negara terutamanya dari USA. Apa pun di Malaysia masih belum ada kempen atau galakkan penanaman kacang soya seperti di negara jiran. Artikel subuh ini saya berusaha menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai marfologi tanaman kacang soya untuk rujukkan semua terutamanya petani di Malaysia yang inginkan info.


Bagaimanakah tanaman kacang soya ini boleh maju dan memberikan pendapatan kepada negara serta tidak bergantung kepada import. Malaysia tidak menanam kacang soya sebagai tanaman komersil dan masih mengimport 100% dari luar negara. Perkembangan tanaman kedelai di Indonesia selama 10 tahun terakhir kini telah dilapor amat berjaya menunjukkan penurunan inport yang cukup besar iaitu lebih dari 50%. Ini kerana ia berlaku kempen penanaman soya akibat program menambah keluasan penanaman dan nilai pengeluaran tempatan. Data mereka menunjukkan pada tahun 1992 keluasan tanaman soya di Indonesia seluas 1,6 juta ha sahaja akan tetapi pada tahun 2003 jumlah luas kawasan soya telah menurun kepada 600,000 ha sahaja. Kesannya pengeluaran soya mengalami trend menurun iaitu daripada dari 1,9 juta mt kepada hanya sekitar 700 ribu metrik tan. Dilaporkan ada dua masalah yang saling berkait dan berpengaruh terhadap tambahluas tanaman soya di negara ini iaitu faktor teknologi soya dan masaalah sosial-ekonomi. Faktor teknikal dan teknologi ini amat berpengaruh terhadap perkembangan tanaman kedelai iaitu kualiti benih yang ditanam, Apa pun cara menanam, amalan agronomi kawalan perosak serta cara menuai pula dikaitkan dengan produktiviti dan pengeluaran soya. Pemantauan terhadap industri kacang soya di Indonesia diteruskan mengenai aspek pemilikan tanah, status tanaman kedelai, modal dan risiko tanaman soya secara berfasa


Dalam pada itu pertanaman kedelai di Indonesia masih terpusat di Pulau Jawa (sebanyak 60%), Sumatra (15%); Nusa Tenggara Barat (5%) serta yang selebihnya tersebar di Pulau Sulawesi, Kalimantan, Bali, NTT, Maluku dan Papua. Keadaan ini mencerminkan adanya perbezaan sumber kawasan yang mana ia pada  akhirnya menyebabkan adanya pelbagai keragaman dalam usaha menanam kedelai yang dilakukan oleh petani (Sila lihat foto disebelah). Perkara ini pula akan menyebabkan modal dan keuntungan pekebun atau petani yang didapati akan bervariasi dimana ada yang untung tetapi ada juga yang rugi atau mereka hanya mendapat pulangan marginal sahaja. Pengeluaran kos dalam usaha pengeluaran dan modal dalam usaha menanam kacang soya yang berbeza tersebut antara lain kos membeli harga benih, baja, racun serangga (pesticide) dan lain-lain termasuk upah kerja. Pihak petani sering diberikan latihan dan tunjuk ajar mengenai bagaimana menentukan dan mengira akan untung rugi akan usaha penanaman kacang soya. 


Dalam pada itu bagi tujuan untuk memberi gambaran umum sebaiknya analisa perlu dibuat selalu dan dikaji semula beberapa tahun kemudian. Analisis untungrugi penanaman soya ini mengambil data dari salah satu Pusat Pertanian Soya di Jawa Timur. Data yang diperolehi daripada Kabupaten Mojokerto pada tahun 2004 diatas kawasan tanaman soya seluas 1 hektar dikumpulkan. Kadar kos menyewa Tanah dikira. Sementara itu kos upahkerja bagi selama 1 hari tenaga kerja pria (HKP) bernilai sekitar Rp15,000/hari (RM5.00/hari). Upah 1 hari tenaga kerja wanita (HKW) senilai Rp10.000/hari (RM3.50/hari) iaitu jauh lebih murah daripada di Malaysia. Harga jual biji kacang soya semasa menuai pula dikebun adalah sekitar Rp3,000/ kg (RM1.00/kg) sahaja. Apabila jumlah pengeluaran sebanyak 2,000 kg maka anggaran pendapatan sekitar Rp6 juta (RM2,000). Kos pengeluaran atau pembiayaan secara umum boleh dibahagikan kepada Kos Tetap dan Kos Berubah. bagi Kos Tetap ia adalah jumlah kos yang mesti dikeluarkan dalam jumlah yang tetap dan tidak terpengaruh oleh jumlah produk yang akan dihasilkan. Sementara yang apa yang dimaksudkan denganKos tidak tetap adalah jumlah kos yang dikeluarkan dimana jumlah tersebut akan terpengaruh dengan jumlah produk yang dihasilkan. Ini bermakna dimana semakin besar produk yang hendak dihasilkan maka akan semakin besar pula jumlah kos yang akan dikeluarkan. Kos Tetap yang terlibat adalah seperti KOS TETAP iaitu kos yang diperlukan pada kegiatan penanaman soya seluas 1 hektar selama satu musim tanaman (3 bulan) seperti sewa tanah seluas 1 ha sebanyak Rp 500.000 (RM165). Dalam pada itu  KOS BERUBAH adalah kos yang berubah mengikut item dan jumlah diperlukan atau pun kos yang tidak tetap pada penanaman soya. Kos Input Benih sebanyak 60 kg (Harga Benih Rp 5.000/kg - Rp 300.000 atau pun RM100.00). Kos Baja Urea sebanyak 50 kg sebanyak  Rp72,500 (RM25.00), Kos Baja SP36 sebanyak 50 kg atau sebanyak Rp 105,000 (RM35.00), Kos Baja KCI sebanyak Rp112,500 (RM37.50) menjadikan jumlah besarbagi kos membeli input baja sebanyak Rp 290,000 (RM96.60). Kos Input Bahan Kimia adalah Racun Serangga iaitu Racun Padat Rp15,000 (RM50.00), Racun Cair Rp100.000 (RM33.30) menjadikan jumlah kos bahan kimia sebanyak Rp115.000 (RM38.30). Kos Upah Kerja dikira sebanyak Rp 1,300,000 (RM433.30). Jumlah kos berubah adalah sebanyak Rp 2,005,000 atau (RM668.30). Analisa tersebut juga menunjukkan Jumlah Kos Pengeluaran sehektar tanaman kacang soya di negara jiran kita ini adalah sebanyaRp 2,505,000 (RM835.00).


Analisa Ekonomi tanaman kedelai di Indonesia berdasarkan kepada bahan rujukkan yang penulis buat rujukkan amat berguna. Penghasilan biji soya atau kedelai yang diperoleh dari luas kawasan tanaman seluas 1 hektar adalah selama satu musim tanam (3 bulan) mencapai 2 mt/ha. Bila harga jual pada masa menuai dapat mencapai Rp3.000/kg atau RM1.00/kg) maka pendapatan kasar yang diperoleh petani sebanyak  Rp6,000,000 (RM2,000). Maka jika dikira keuntungan yang diperoleh dari usaha tani kedelai seluas 1 hektar dimana sebanyak Rp 3,495,000 (RM1,165)  sehektar selama 3 bulan. Jika dinilai bebepana kaedah untuk mengira analisa ekonomi boleh digunakan seperti mengira  Teknik Return of Investment (ROI) dan perbandingan kos dengan pendapatan (benefit cost ratio, B/C ratio). Bagi analisa ROI dikirakan  ukuran perbandingan antara Keuntungan dengan julah kos pengeluaran. Cara ini digunakan untuk mengetahui tahap keuntungan penggunaan modal atau mengukur kadar keuntungan. Analis amenunjukkan nilai ROI sehektar tanaman kacang soya adalah sebanyak  2.39. Ini bermakna  setiap modal Rp 1 yang dikeluarkan untuk usaha tani kedelai akan menghasilkan keuntungan sebanyak Rp 2,39. Dengan demikian maka menanam kedelai tersebut dinilai efisien dalam penggunaan modal. Bagi analisa Benefit cost Ratio (B/C ratio) yang merupakan suatu ukuran perbandingan antara keuntungan bersih dengan jumlah kos pengeluaran sehingga dapat diketahui keuntungannya. Bila nilai B/C ratio lebih besar dari 1 ia bermakna menanam soya tersebut layak untuk dilaksanakan. Sebaliknya apabila nilai B/C ratio lebih kecil dari 1 maka usaha tani tersebut tidak layak untuk dijalankan. Perhitungan B/C rasio tanam kedelai 1.39 dimana setiap satuan biaya yang dikeluarkan akan diperoleh hasil penjualan sebesar 1,39 kali lipat. Hasil ini menunjukkan bahwa penanaman soyai layak untuk diusahakan. Akhir kata sebagai kesimpulan penanaman kacang soya di Indonesia ini adalah boleh dilaksanakan berasarkan analisa ekonomi.

Bagaimana pun beberapa perkara perlu diambil kira seperti dimana tanaman kedelai umumnya tumbuh tegak, berbentuk semak dan merupakan tanaman semusim. Morfologi bagi tanaman kedelai ditentukan komponen utamanya seperti akar, daun, batang, polong, dan biji sehingga aktivitii pertumbuhannya bisa optima.  Tanah dan iklim merupakan dua komponen penentu pertumbuuhan yang berpengaruh pada kadar pertumbuhan tanaman kedelai. Pemilihan varieti yang memegang peranan penting dalam pertumbuhan dan hasil.  Penanaman kedelai bertujuan untuk mencapai produktiviti yang tinggi sangat ditentukan oleh potensi daya hasil dari varieti unggul yang ditanam. Pastikan guna varieti unggul yang disyorkan bagi pastikan produktiviti kedelai yang tidak dapat dipecahkan melalui pendekatan agronomi.  Tanaman kedelai dapat tumbuh di berbagai agro-ekosistem dengan jenis tanah, kesuburan tanah, iklim dan pola tanam yang berbeza sehingga kendala satu agro-ekosistem akan berbeza dengan agroekosistem yang lain. Pertumbuhan tanaman kedelai yang optima tidak akan mempunyai produktiviti yang baik bila serangga dan penyakit tidak dikendalikan dengan baik. Salah satu faktor penting yang dapat menentukan produktiviti kedelai iaitu aktiviti menuai dan lepas tuai. Adapun perkara penting perlu diperhatikan antara seperti umur menuai, penjemuran, pembijian, pembersihan biji dan penyimpanan. Semuga artikel ini ,eberi info berguna kepada semua pembaca anima gro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA KEDELAI... ITU KACANG SOYA...
LUAS DITANAM... DI INDONESIA RAYA...
TEKNOLOGI TANAMAN... SUDAH ADA...
MARI MEMBACA... TAMBAH ILMU DIDADA..`

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tmn Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka,
Melaka, Malaysia.
(6 Syawal 1440H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...