HEMP (Canabis sativa Linn) adalah salah satu jenis tumbuhan hijau yang terkenal dapat tumbuh sangat cepat dan mampu menghasilkan biomass sehingga 25 mtan sehektar setahun. Terdapat beberapa negara yang menanam hemp ini dengan terkawal seperti di USA, UK, Australia, South Africa, New Zealand dan China dengan tujuan industri. Hemp juga dikenal sebagai tanaman paling mudah dijaga, tiada banyak masaalah musuh perosak dan penyakit serta hanya sedikit perlukan bahan kimia racun rumpai atau racun lain untuk proses pertumbuhannya. Hemp yang biasa dikomersilkan adalah jenis Cannabis Sativa L. subsp. sativa var. sativa adalah sejenis tumbuhan yang berguna untuk berbagai keperluan industri berbanding dengan spesis Lactococcus Canabis sativa.indica yan mana ia memiliki kualiti serat yang sedikit dimana ia digunakan untuk penghasilan ubat-ubatan dan juga kegunaan rekreasi. Perbezaan utama antara kedua jenis tanaman ini adalah kandungan dan jumlah bahan didalamnya iaitu Delta-9-tetrahydrocannabinol (THC) yang mana ia dikeluarkan dalam campuran resin dengan rerambut epidermis yang disebut kelenjar walaupun ianya juga dapat dibezakan secara genetik. Jenis cannabis yang boleh diterima sebagai bahan penghasilan dalam industri adalah jenis yang sedikit mengandungi bahan psikoaktif dan tidak menimbulkan kesan fizikal atau kesan psikologi. Biasanya tumbuhan Hemp hanya mengandungi THC di bawah 0,3%, sedangkan cannabis boleh mencapai kandungan THC diantara 6% sehingga 20%.cDalam banyak jurnal dituliskan dimana Hemp dan Ganja kedua-duanya adalah datangnya dari tumbuhan Cannabis sativa yang sama. Perbezaan antara hemp dan ganja terletak dalam kandungan delta- 9 -tetrahydro cannabinol atau ianya lebih dikenali sebagai THC (sebatian psikoaktif utama terdapat dalam ganja). Hemp Industri biasanya hanya mengandungi hanya kira-kira 0.3 - 1.5 peratus unsur THC, manakala ganja mengandungi sekitar 5 -10 peratus atau lebih THC. Walaupun minyak hemp yang belum diproses mempunyai sebatian psikoaktif terkenal ganja dalam jumlah minit (kurang daripada 1 peratus) sksn tetapi pengeluar minyak rami menggunakan jenis rendah resin dan kemudian mensterilkan benih sebelum digunakan dan akhirnya tidak ada bahan THC yang masih wujud dalam produk akhir. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai bagaimana kaedah penanaman Hemp di luar negara tertentu yang melesenkan untuk dikomersilkan di negara mereka.
Kawalan penanaman Hemp dilakukan dibanyak negara dimana antara negara yang membenarkan penanaman hemp untuk tujuan industri seperti USA, Canada, United Kingdom, German, China, Australia dan India (Semua negara maju). Bagaimana pun di Malaysia penanaman hemp masih belum dibenarkan kerana ia tertakluk dibawah Akta Dadah Merbahaya 1952 dimana ia menjadi satu kesalahan dibawah akta tersebut. Beberapa negara yang telah menanam dimestikan mempinyai LESEN (Licence) iaitu USA yang dikawal oleh USDA (United State Department of Agriculture) hanya kepada 4 buah negeri sahaja iaitu Kentucky, Pennsylvania, Winsconsin dan Washington. Ini bermakna negeri-negeri lain di USA tidak dibenarkan sama sekali penanaman hemp. Ia menunjukkan mereka yang dilesenkan sahaja diberi hak menanam hemp untuk kegunaan industri. Sama juga bagi Canada yang mana penanam hemp perlu mendapatkan lesen daripada Kementerian Kesihatan Canada (Ministry of Health) jika hendak menanam henp secara komersil. Berlainan pula dengan UK dimana penanam henp perlu mendapatkan lesen daripada Pejabat Keselamatan Dalam Negeri (Home Office - Drugs Licensing and compliance). Perkara ini juga sama dilaksanakan di German.
Negara Australlia pula membenarkan penanaman hemp hanya dibenarkan di dua buah negeri sahaja iaitu di State of Victoria dengan lesen dikeluarkan oleh Agriculture Voctoria. Negeri kedua adalah Negeri New South Wales dimana lesen dikeluarkan oleh Depertment of Primary Services and Regional Development. Ini bermakna penanaman hemp untuk industri memang dikawal ketat di Australia. Di negara China pula penanaman hemp juga dikawal dimana pengusaha mesti mendapatkan lesen daripada Local Police Department dan hanya dibenarkan di Yunan sahaja. Di China sebuah negara yang sangat ketat peraturannya hanya membenarkan satu kawasan sahaja untuk penanaman hemp. Sementara itu di New Zealand pula penanaman hemp memberikan kebenaran untuk menanam, membiak dan menghasilkan benih (cultivate, deal, breed, import or sel seed) yang mana lesen dikawal oleh Ketua Pengarah Kesihatan (Director of Health, Ministry of Health). Perkara ini juga diamalkan di Afrika Selatan dimana penanaman hemp hanya dibenarkan untuk menanam dengan lesen dikeluarkan oleh pihak Department of Health under the Medicines Control Council. Hanya negara tersebut yang ada membenarkan penanaman hemp untk industri yang dilaporkan didunia dan mungkin ada negara lain yang menanam hemp tetapi tidak diregulate dengan rapi.
Bukan mudah untuk mendapatkan lesen bagi menanam hemp dikebanyakan negara disenarai diatas. Pemohon mesti memberikan maklumat terperinci (Nama, alamat perniagaan, nombor kontak, jawatan) dan namakan pegawai yang menjaga penanaman hemp. Mereka akan dikenakan kawalan keselamatan, saksi yang ada autoriti dan juga mematuhi undang-undang regulatori. Pejabat Pengawal mesti menyiasat pemohon dan berpuashati dengan tahap kelayakan, kejujuran, sikap, reputasi dan intergriti. Pemohon juga tidak pernag terlibat dengan kesalahan dadah dinegara tersebut. Aktiviti penanaman Low-THC memenohi keperluan spesifikasi khusus sepertimana dinyatakan didalam Akta dan Peraturan didalam Manual Lesen diberikan. Pemilihan lokasi penanaman mestilah sesuai dari aspek kesuburan tanah, terletak jauh dari jalan utama yang selalu digunakan pengguna, lokasi mestilah berjauhan dengan kawasan perumahan, tempat perhimpunan awam dan sekolah. Pengusaha sentiasa memberitahu polis akan lokasi penanaman hemp. Sebagai syarat tambahan, analis makmal canabis berkaitan kandungan THC mesti dilakukan oleh makmal yang diakreditasi sahaja oleh kerajaan.
Dalam dunia moden sekarang hemp telah dikenalpasti sebagai salah satu tanaman yang ada nilai ekonomi tinggi dibeberapa negara maju. Secara umumnya hemp akan digunakan sebagai bahan Gentian Fiber, Benih, Kosmetik dan pelbagai produk lain. Terdapat 2 jenis gentian fiber yang boleh diperolehi daripada tangkai hemp iaitu Gentian Panjang (Bast) dan juga Gentian Teras (Pendek). Gentian panjang ini daripada tangkai hemp dengan purata sekitar 20-30% bast fiber. Lazimnya bast fiber digunakan untuk penghasilan tekstil khusus, kertas (termasuk kitar semula) dan juga tali pinggang. Walau bagaimana pun biasanya bast fiber ini hanya sebahagian kecil daripada batang tumbuhan dan kos pengasingannya adalah tinggi. Bagi Gentian Teras pula merupakan serat teras pendek yang lebih mirip dengan serat kayu keras. Bahan alternatif menggantikan hemp adalah seperti flax, kenaf, jute dan ramie. Dsri segi kegunaan ia sesuai dibuat tali, tekstil dan bahan bangunan. Bagi tekstil daripasa bast fiber dilaporkan salah satu fiber semulajadi yang pling kuat dan tahan lama berbanding dengan gentian tekstil yang lain. Hemp juga tahan terhadap serangan kulat dan cahaya ultraviolet, Bagi serat teras ia sesuai digunakan sebagai bahan bangunan seperti dijadikan animal bedding, garden mulching dan pelbagai bahan binaan seperti hempcrete. Hempcretes yang dibuat dari kombinasi serat teras, kapor dan pasir telah digunakan diseluruh eropah sebagai alternatif kepaa batu konkrit. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technolohi air tawar. Wasallam!!!...
MENANAM HEMP ... DILUAR NEGARA...

DILESENKAN... CARA MENANAMNYA...
PELBAGAI GUNA... TEKSTIL FIBERNYA...
NEGARA MALAYSIA.. INGIN MENCUBA?...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Ramadan 1440H).
PELBAGAI GUNA... TEKSTIL FIBERNYA...
NEGARA MALAYSIA.. INGIN MENCUBA?...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Ramadan 1440H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.