Support My Blog

Friday, November 30, 2018

PRODUK NANAS PINEQAF DILANCAR

PRODUK BERASASKAN BUAH NANAS PINEQAF telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia sempena MAHA 2018 di Laman Nanas. Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut adalah Ketua Pengarah LPNM Dato' Hj Mohd Anim Hosnan, TSUB (Dasar) Dato' Naimah Ramli, Pengasas Syarikat PineQAF En Mohd Adli dan ramai para jemputan. Terdapat tiga produk utama yang dilancarkan pada majlis ini iaitu PineQAF Iceceram, PineQAF Pineapple Grill dan PineQAF Titbits. Produk ini yang dihasilkan dengan kerjasama LPNM merupakan salah satu strategi pemasaran produk hiliran berasaskan buah nanas selain daripada memakan nanas sebagai buah segar sahaja. Produk berasaskan buah nanas sebenarnya telah ada lebih daripada 40 jenis daripada produk makanan seperti kuih muih, jus minuman, produk kosmetik, makanan kesihatan dan sebagainya. Buah Nanas varieti MD2 yang premium dan berkualiti memberikan rasa yang manis, aroma yang kuat serta tidak lidas menjadi pilihan ramai usahawan makanan untuk dijadikan bahan asas bagi menghasilkan produk berasaskan buah nanas. Pada masa ini negara menanam seluas 13,455 hektar nanas dengan menghasilkan sebanyak 438,500 metrik tan nanas dengan nilai pengeluaran sekitar RM618 juta. Sebahagian buah adalah untuk pasaran eksport bernilai RM208 juta pada tahun 2017. Lazimnya produktiviti sesuatu ladang untuk menghasilkan buah berkualiti gred A dan keatas adalah 80% bergantung kepada amalan agronomi yang dijalankan dan juga keadaan cuaca. Sekitar 20% lazimnya akan jatuh dalam gred B dan kebawah dimana buah nanas ini amat sesuai untuk dijadikan buah diproses.  Usaha syarikat QAF Food yang beroperasi di Seri Kembangan, Serdang, Selangor ini merupakan satu lagi kaedah mempelbagaikan produk berasaskan buah nanas yang sesuai. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai 3 jenis produk berasaskan buah nanas yang dilancarkan untuk pengetahuan semua dan pembaca blog ini.


Produk AisKrim Nanas memang macam sudah biasa kita mendengarnya. Produk 'Pinaco Icecream' keluaran Syarikat QAF Food ini bagaimana pun memang berbeza dengan jenis aiskerim lain yang penulis blog pernah jumpa. Resepi khusus diformulasikan oleh pengasas syarikat ini menggunakan hanya nanas MD2 yang berkualiti dan beberapa rauan lain yang khusus. Ais Krim Nanas Pinaco ini adalah dari jenis 'Soft Ice cream' yang lembut dengan citarasa nanas sebenar yang unik dan aroma yang harum (Sila lihat foto disebelah). Bergantung kepada lokasi dan saiz cawan, ais krim ini dijuak dengan harga RM2.00 satu cawan dan biasanya pelanggan akan membeli 2-3 cawan baru puas menikmatinya. Menusut pengasas ais krim ini, beliau telah beberapa lama membuat RnD sendiri bagi mendapatkan satu kombinasi terbaik nanas Asikerim Pinaco ini dengan bantuan rakannya yang juga seorang pakar masakan (Chef) dihotel terkemuka. Beliau kini mempunyai beberapa buah tong membuat aiskerim Pinaco dan sering menerima tempahan daripada beberapa pihak seperti didalam Majlis Perkahwinan, Jamuan Rasmi Kerajaan dan sebagainya. Di premis kedainya juga ada ruangan untuk pelanggan datang menikmanti ais krim nanas ini bersama sajian lain. Kepada mereka yang inginkan menikmati keenakan aiskerim nanas MD2 yang terbaik boleh mendapatkannya dengan pergi kepremis syarikat ini yang berada di Sri Kembangan.

Produk kedua yang dilancrkan kali ini adalah makanan berasaskan buah nanas iaitu PINEQAF PINEAPPLE GRILL atau dalam bahasa mudah sebagai 'Nanas Panggang'. Penulis blog amat suka dengan makanan ini dimana ia dapat memberikan keunikan rasa nanas panggang yang tersendiri dan dikelaskan sebagai produk makanan nanas yang sihat. Dalam pada itu antara keunikan hidangan produk ini adalah dimana diatas kepingan nanas panggang ia ada potongan buah strawberry, ketulan aiskerim dan juga daun pudina diatasnya (Sila lihat foto disebelah). Hiasan yang menarik ini dengan aroma nanas panggang yang ditabur dengan serbuk kayu manis (cinnamon) ini memberikan rasa manis dan rasa kayu manis yang enak sekali. Hodangan ini dijual dengan harga diantara RM4.00 - RM5.00 satu set bergantung kepada saiz buah nanas panggang dan juga lokasi jualan. Ia amat sesuai untuk dijadikan kulineri yang sesuai dihidangkan sebagai makanan pencuci mulut dihotel-hotel atau majlis-majlis keraian ramai dan majlis rasmi. 


Produk ke 3 yang dilancarkan didalam majlis ini adalah PINEQAF TITBITS iaitu buah nanas potong yang diisikan didalam cawan atau 'cup'. Produk ini adalah potngan buah nanas dalam bentuk kiub yang diisikan dalam cawan dengan ada cairan yang mampu mengekalkan kenakkan nanas MD2 yang berkualiti (Sila lihat foto disebelah). Menurut dakwaan pengasasnya, produk ini mendapat permintaan yang baik dikalangan pelanggan dan murid-murid sekolah disekitar Lembah Kelang dan di Ipoh. Satu cawan produk ini dipasarkan atau dijual dengan harga kilang RM2.00 dan ia memang sejenis makanan kesihatan berasaskan buah nanas yang berkualiti. Pada masa ini beberapa agen untuk bantu pemasaran produk nanas titbits ini telah ada dan syarikat akan menghantar produk ini kepada agen yang dilantik. Kini dengan adanya beberapa produk makanan berasaskan buah nanas, Syarikat QAF Food telah menambah peralatan untuk memproses di premisnya dengan lebih cekap dan produktif. Bantuan daripada LPNM, Kerajaan Negeri Selangor dan pihak lain kini dimanafaatkan dalam industri nanas negara. Beliau merancang untuk mendapatkan pinjaman ban bagi menambahkan peralatan memproses nanas dimasa akan datang. semuga dengan pelancaran produk berasaskan nanas oleh syarikat WAF Food ini akan menjadikan industri nanas negara terus berkembang. Semuga anda mendapat info berguna membaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

PRODUK PINEQAF... TELAH DILANCARKAN...
AISKRIM NANAS... TERBAIK RASA DIMAKAN...
NANAS GRILL... PERTAMA DIPERKENALKAN..
BUAH NANAS... KINI SUDAH DIPELBAGAIKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 960, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(27 RabiulAwal 1440H).

Thursday, November 29, 2018

PELANCARAN KOPI PHEWIT DI MAHA 2018

KOPI NANAS PHEWITT telah dilancarkan di Laman Nanas MAHA 2018 olrh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 25 November 2018 sempena MAHA 2018. Turut hadir dalam maljis pelancaran tersebut adalah Penyanyi Amy Search selaku pemilik jenama tersebut, Ketua Pengarah LPNM Dato' Hj Mohd Anim, Ahli Parlimen Jeli Dato Mustapha Muhamad, Pengerusi FAMA En Ishak Ismail dan beberapa pegawai kanan di bawah MoA dan LPNM (Sila lihat foto diatas). Majlis pelancaran ini bertujuan untuk mejadikan produk berasaskan nanas seperti kopi nanas sebagai produk minuman baru berkhasiat yang semakin popular di Malaysia. Di Laman Nanas sempena MAHA sebenarnya beberapa produk hebat berasaskan nanas telah diperkenalkan seperti minuman terhebat PINACOLAMA, NANAS PANGGANG, PINEQAF PINEAPPLE ICECERAM, Nanas Varieti MADU KACA, JUS NANAS MD2, FOTO KERTAS NANAS, BENANG NANAS, COKLAT NANAS, BROMELIADS, KOSMETIK NANAS  dan sebegainya menarik minat pengunjung. Kopi Nanas ini merupakan minuman gabungan diantara serbuk kopi (Coffea spp) dengan serbuk nanas (Ananas comosus) yang dipelopori oleh KP LPNM sendiri didalam mempelbagaikan produk berasaskan nanas. Pada masa ini terdapat beberapa syarikat swasta yang telah menceburi penghasilan kopi nanas seperti kopi nanas NGENCES yang telah penulis blog laporkan sebelum ini (Sila klik disini). Memang kopi nanas menjadi kegemaran ramai terutama mereka yang menyukai minuman perisa kopi dan juga mempunyai aroma dan rasa nanas didalamnya. Kopi yang ada dipasaran pada masa ini mempunyai pelbagai kombinasi seperti kopi herba, kopi jantan, kopi Latte, Starbuck Coffee, Capucino dan berpuloh jenis lagi. Apa pun pada penulis blog kopi perisa nanas ini paling unik kerana ia memberikan citarasa kopi dengan buah nanas yang amat unik. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai pelancaran Kopi Nanas Phewit sebagai satu info untuk dikongsi bersama pembaca semua.


Suhaimi Abd Rahman atau lebih popular sebagai Penyanyi Lgenda Rock Amy Search amat popular dengan beberapa buah lagu seperti Isabella, Fantasia Bulan Madu, Rozana, Kejora dan banyak lagi kini menceburi bidang perniagaan lain. Penulis blog yang juga meminati laggu-lagu Amy sempat berkenalan untuk menjadikan kopi nanas menjadi realiti (Sila lihat foto disebelah). Dalam kenyataan Amy semasa memberikan taklimat pelancaran, beliau telah lama merancang menghasilkan produk seperti kopi nanas, teh tarik dan pelbagai produk makanan lain dengan jenama 'Phewit' semenjak 2013 lagi. Beliau telah mendapatkan kerjasama baik daripada LPNM dalam membagunkan produk kopi nanas dimana telah dipasarkan di Malaysia, Indonesia, Brunei malahan sampai ke Tokyo, Jepun. Beliau telah memasarkan produk kopi nanas Phewit di Malaysia Fair Tokyo dari 1-3 Oktober 2018 dimana mendapat sambutan amat menggalakkan disana (Sila klik disini). Beliau dalam ucapannya mengucapkan terimakasih kepada MoA, KP LPNM dan lain-lain yang bersama-sama dalam memperkenalkan produk kopi nanas di Malaysia. Beliau berhasrat untuk menambahbaik didalam usaha untuk kaedah pembungkusan, strategi pemasaran dan promosi dimasa akan datang. Kopi nanas secara tidak langsung membantu usahaawan dan penanam nanas di negara ini.


Menteri Pertanian dalam ucapannya pula menyatakan apabila ada sifat kesungguhan dan usaha gigih sesiapa juga akan mampu berjaya seperti ditujukkan oleh artis Amy Search. Walau pun beliau adalah seorang penyanyi lagenda yang popular tetapi apabila menghasilkan produk seperti kopi nanas akan memerlukan perancangan strategik dan promosi sesuai dengan produk makanan seperti ini. YB Menteri berharap usaha Kopi Nanas Phewit ini akan disusuli dengan banyak produk makanan lain berasaskan nanas akan dimajukan dimasa akan datang. Kopi nanas sama dengan beberapa jenis minuman lain merupakan satu produk yang akan menjadi produk tempatan yang dipilih rakyat tempatan. YB Menteri juga ada menyatakan kelebihan sebagai artik rock membolehkan Amy Search mudah untuk melaksanakan strategi pemasarannya. Amy yang berasal daripada Johor Bahru, Johor katanya perlu menjadikan buah nanas yang paling luas ditanam di Negeri Johor untuk menjadikannya satu produk berasaskan nanas yang dibanggakan rakyat Johor. Kilang memproses kopi nanas Phewit ini juga berada di Johor Baru juga. Kopi Phewit ini boleh dibeli melalui On-line atau terus mendapatkannya daripada beberapa agen penjual yang lain.


Dalam akhbar Utusan Malaysia pada 25 Nov 2018 dengan tajuk "MAHA 2018: Amy Search usahawan kopi berperisa nanas" dipaparkan. Foto disebelah juga menunjukkan YB Menteri Salahuddin Ayub mencuba Kopi Nanas Phewitt yang dibancuh Amy Search. wartawan KhairulAnuar Yahaya melaporkan dimana penyanyi rock legenda, Amy Search menjadi antara empat usahawan pertama kopi berperisa nanas di Malaysia. Amy Search menggunakan jenama Kopi Nanas Phewitt sementara tiga jenama lagi adalah Kopi Nanas Maisara, Kopi Nanas Anasia dan Kopi Nanas NgencesKopi nanas hasil usahasama antara Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang dibangunkan menggunakan biji kopi dan buah nanas terpilih di Malaysia.  Pengurusan Kopi Nanas Phewiit merupakan idea asal Amy di bawah syarikat Qasander KL Sdn. Bhd. Kopi nanas dijangka akan mendapat sambutan kerana rasanya yang tersendiri hasil kreativiti dan inovasi yang mampu menarik minat orang ramai dan pengguna serta pelancong. Kopi ini akan menghasilkan rasa dan aroma nanas yang lazat dan unik. Pasarannya telah menembusi Indonesia, Singapura dan Brunei. Kopi Nanas Phewitt juga menarik perhatian rakyat Jepun ketika dipromosi di Malaysia Fair Tokyo 2018 pada awal bulan lalu. "Selama tiga hari kita di sana. Hari pertama sahaja kopis nanas ini habis dijual. Saya terpaksa minta rakan sekerja datang ke Jepun malam tu jugak sebab stok habis. "Hari kedua juga habis stok yang dibawa. Memang rakyat Jepun gemarkan perisa kopi campur nenas," kata Amy pada majlis pelancaran, hari ini. Kopi Nanas Phewitt dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018.- UTUSAN ONLINE.
Pelancaran rasmi kopi nanas Phewit ini memeriahkan Featival MAHA 2018 yang dirasmikan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Semuga tulisan ini memberikan info terbaik kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

KOPI NANAS... PHWEITT JENAMANYA...
AMY SEARCH...DIA PENGASASNYA...
SUDAH DILANCAR...MAHA LOKASINYA...
BILA LANCAR...DIAKAN IA BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 960, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(21 RabiulAwal 1440H).

Wednesday, November 28, 2018

PERSATUAN PENANAM NANAS DI LANCAR

PERSATUAN PENANAM-PENANAM NANAS MALAYSIA (MPPA) telah dilancarkan oleh YB Menteri Pertanian dan  Industri Asas Tani Malaysia Dato Salahuddin Ayub pada 24 November 2018. Majlis yang diadakan di Laman Nanas sempena MAHA 2018 ini melibatkan Jawatankuasa Penaja MPPA dengan kerjasama pihak LPNM. Maljis ini dianjurkan oleh Persatuan Penanam Nanas Malaysia yang di pimpin masa ini oleh JKuasa penaja iaitu En Razak Aya dan AJK MPPA yang telah ditubuhkan bertujuan untuk kebajikan ahli-ahlinya. Penubuhan MPPA ini adalah didaftarkan dibawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan nombor pendaftaran PPM-001-10-16032108 bertarikh 16 March 2018. Penulis blog difahamkan mesyuarat agung pertama yang akan diadakan pada April 2019 bersempena dengan Simposium Industri Nanas Kebangsaan dianjurkan oleh MPPA. Pada masa ini terdapat lebih daripada 4,000 orang usahawan, syarikat, estet dan sebagainya yang dikenalpasti LPNM sebagai mereka yang terlibat dengan penanaman nanas. Angka ini terus bertambah saban tahun apabila tanaman nanas yang kini diangkat sebagai komoditi penting dalam Sumber Kekayaan Baru negara bersama sektor tanaman durian, sektor ternakan ruminan dan tenusu serta sektor kulinari. Penanaman nanas MD2 yang juga dikenali dan kategorikan sebagai nanas kualiti premium telah mendapat sambutan dikalangan penanam kerana potensinya untuk memberikan hasil yang lebih baik dan lumayan daripada jenis-jenis nanas tradisional sedia ada. Penanaman nanas kini dilaporkan seluas 13,455 hektar mampu menghasilkan buah nanas sebanyak 485,500 metrik tan setahun dengan nilai hasil pengeluaran sekitar RM618 juta. Malaysia kini mengeksport sebantak RM208 juta pada tahun 2017 buah nanas segar, nanas kaleng, jus nanas, produk berasaskan nanas, bunga-bunga bromeliad atau ornamental dan sebagainya. Industri nanas negara kini digelar "The rising industry" apabila negara China membuka ruang pasarannya dengan menendatangani perjanjian protokol pengeksportan nanas segar MD2 pada tahun 2017. Artikel petang Selasa ini dalam "Anim Agro Technology" mengenai majlis pelancaran penubuhan MPPA oleh YB Menteri sebagai satu titik mula pembangunan industri nanas negara.


Industri Nanas di Malaysia telah bermula semenjak tahun 1930'an lagi dan mula dikomersilkan semenjak tahun 1950'an apabila Lembaga Peusahaan Nanas Tanah Melayu di tubuhkan. Kemudian pada tahun 1957 Akta 427 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) di gunakan bagi pembangunan industri nanas negara yang banyak di tanam di Negeri Johor. LPNM seterusnya berkembang dengan pengenalan nanas premium MD2 sekitar tahun 2010 untuk pasaran domestik dan eksport. Kawasan tanaman nanas tradisional di tanah gambut kini telah banyak bertukar kepada tanaman kelapa sawit termasuk beberapa ladang nanas swasta. Penanaman nanas moros, nanas gandul dan beberapa varieti keleng lain kini telah bertukar kepada penanaman nanas varieti untuk kegunaan makan segar seperti nanas Josapine, N36 dan juga MD2. Perubahan sistem tanaman juga berlaku dimana kini ramau petani menanam nanas di tanah mineral dengan teknologi amalan pertanian yang berbeza dengan amalan agronomi diatas tanah gambut. Lebih ramai golongan muda dan pihak swasta yang menanam nanas MD2 dimana mereka menanam untuk pasaran domestik dan eksport. Kini ada kesedaran dikalangan penanam-penanam nanas yang ingin bergabung untuk berpersatuan bagi tujuan kebaikan mereka sendiri. 


Nanas merupakan salah satu tanaman buah yang bernilai tinggi yang selalunya memang mampu menjana pendapatan baik kepada pengusahanya dan dapat meninggikan ekonomi negara. Ada juga laporan dimana aktiviti penanaman nanas yang premium mampu memberikan pendapatan sekitar RM5,000 sebulan jika dijaga dengan baik dan menghasilkan buah berkualiti. Penulis blog yang telah membuat pemantauan lebih dari 100 kebun nanas dalam masa 1.5 tahun mendapati penanaman nana telah memasukki era baru apabila amalan teknologi penanaman nenas disesuaikan dengan penggunaan baja foliar, pengurusan penyakit bersepadu dan penggunaan hormon buah yang tepat untuk penghasilan buah (Sila lihat foto disebelah). Kini ada dikalangan penanam nanas yang masih belum mencapai tahap pengamalan teknologi baru menyebabkan mereka tidak dapat menghasilkan buah nanas dan varieti nanas premium untuk mendapatkan pulangan lebih baik. Ini kerana diantara faktor yang menjadi penghalang kemajuan sektor nanas adalah kurangnya usahasama diantara penanam, pemborong, pengilang, penjual, pemproses IAT dan juga agensi kerajaan terlibat. Mereka dilihat masih kurang usaha untuk membina satu jaringan industri yang mapan melalui perancangan yang teliti serta usaha yang teratur.


Terdapat banyak juga laporan dimana telah banyak pengusaha yang terlibat dengan sektor pertanian namun usaha ini agak kurang berjaya akibat ianya dilakukan secara bersendirian sahaja. Ini kerana merek yang membuat aktiviti pertanian dengan bersendirian tidak mendapat maklumat tepat akibat tahap kominikasi yang terhad berbanding jika mereka ada persatuan yang sentiasa dapat menyalurkan lebih banyak maklumat dengan tepat dan cepat. YB Menteri dalam kenyataannya ada menyatakan dimana dia berharap dengan adanya persatuan penanam nanas Malaysia (MPPA) ini ianya akan menjadi satu platform jaringan perhubungan bagi membentuk kerjasama yang mantap serta menggalakkan perkongsian sumber, maklumat pasaran dan teknologi sesama penanam dan poengusaha nanas di Malaysia. Usaha kerjasama ini nanti dapat mempastikan semua penanam nanas mampu meneroka penyelesaian bagi menghadapi cabaran didalam industri nanas dimana ini sekali gus mampu melonjakkan industri nanas negara. Selain itu persatuan ini juga dijangka akan meningkatkan peranan didalam proses pengeksportan nanas dari Malaysia keluar negara di pasaran dunia. Walau pun kini eksport nanas negar sudah bermula dengan baik tetapi untuk masa akan datang apabila lebih banyak nanas premium dihasilkan mereka semestinya bersatu dengan semua ahli dan ppihak kerjaan dalam usaha mengeksport nanas. Kualiti buah, kadar harga, indeks kematangan, perawatan, penyimpanan, penghantaran, harga FOB dan sebagainy persatuan boleh bermuafakat dikalangan mereka untuk mendapatkan piawaian yang diterima pakai oleh semua pihak. Kaedah ini membolehkan nanas Malaysia akan dijadikan nanas segar atau nanas proses berkualiti premium yang disukai dan diterima oleh lebih banyak negara.

Antara matlamat dan objektif MPPA berpersatuan adalah bagi mengawal harga jualan mengawal pengeluaran buah agar seimbang dengan kehendak pasaran serta menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Persatuan dengan kerjasama pihak kerajaan beoleh bergabung bagi mengadakan seminar, kursus, perjumpaan, lawatan dan banyak aktiviti lagi. Persatuan juga boleh juga bertindak sebagai 'orang tengah' bagi menyalurkan sebarang rintihan, pendapat dan cadangan kepada kerajaan jika timbul sebarang isu dan masaalah. Mereka akan mewakili pihak usahawan dan penanam nanas di Malaysia. Dalam masa sama, persatuan ini juga akan dapat menyampaikan hasrat dan hakatuju mereka dalam membangunkan industri nanas kepada ahli-ahlinya dengan tersusun. Hubungan erat sedia adaa degan pihak kerajaan akan diteruskan terutamanya dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan LPNM serta MPPA secara berterusan. Kedua-dua pihak boleh berbincang demi pembangunan industri nanas dimasa akan datang yang dijangka akan lebih mengembang dengan tersusun. Menteri pertanian menyokong penubuhan persatuan MPPA ini sebagai satu langkah baik untuk industri nanas negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
PERSATUAN NANAS.. RINGKASNYA MPPA...
SUDAH DITUBUHKAN... UNTUK SEMUANYA...
BOLEH BERDAFTAR... SEBAGAI AHLI BIASA...
MENJADI ORGANISASI... BANGUNKAN NEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 960, Aras 9, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(23 RabiulAwal 1440H).

Tuesday, November 27, 2018

PENGENALAN BROMELIADS DI MAHA 2018

TANAMAN NANAS BROMELIADS (Ornamental Pineapple Plants) merupakan salah satu acara penting di Festival MAHA 2018 di Laman Nanas. Tanaman Bromeliads merupakan satu tanaman hiasan berpotensi besar untuk di majukan di Malaysia kerana negara kita mempunyai iklim dan kepakaran yang sesuai utuk industri ini. Terdapat banyak jenis tanaman hiasan dinegara ini yang sesuai dimajukan seperti tanaman keluarga orkid, keluarga tanaman Palmae (Aeraceeae), Keluarga Tanaman Musaceae dan sebagainya. Kementerian Pertanian melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah mengambil langkah strategik dengan menjadikan tanaman bromeliads sebagai salah satu daripada program pembangunan nanas hiasan tersebut. Menurut Ketua Pengarah LPNM Dato' Hj Mohd Anim Hosnan dalam Majlis Pengenalan Bromeliads tersebut, potensi industri ini di Malaysia adalah amat baik dengan pelbagai jenis perancangan dan penglibatan semua pihak. Bromeliads adalah sejenis tanaman yang sama dengan tanaman nanas iaitu famili Bromeliaceae yang mempunyai sebanyak 3,495 spesis daripada 51 genus semuanya. Bagaimana pun umumlebih mengenali dengan jenis Ananas comosus iaitu nanas yang berbuah dan ianya dikomersilkan sebagai sejenis buah tropika yang manjadi tahap status tanaman buah komersil diseluruh dunia yang dikatakan memberikan pulangan baik kepada penanamnya. Di Malaysia terdapat lebih dari 70 spesis nanas berbuah yang dikenalpasti tetapi hanya 11 varieti sahaja yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian daripada Nanas Moris (AC1) sehingga varieti Nanas Madu Kaca (AC11). Keluasan tanaman nanas di Malaysia adalah seluas 13,433 hektar pada tahun 2017 dengan pengeluaran mencapai 443,500 metrik tan bernilai sebanyak RM618 juta. Pembangunan nanaman nanas premium MD2 kini dijadikan program utama LPNM untuk pasaran domestik dan pasaran eksport. Ia menjadi tanaman untuk kegunaan domestik dan dieksport ke luar dengan nilai sebanyak RM208 juta ke negara seperti Singapura, Timur Tengah (negara Arab), Korea, China, Mesir dan banyak lagi. Apa pun industri bromeliads sebenarnya menyumbang sebanyak RM20 juta untuk pasaran eksport pada tahun 2017 terutama ke negara jiran Singapura. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog  "Anim Agro Technology" mengenai pelancaran dan pengenalan tanaman hiasan bromeliads sempena MAHA 2018 di laman nanas.

Majlis ini dilancarkan oleh Yg Bhg Dr Zunika binti Mohamed iaitu Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Beliau tiba di laman nanas jam 11.00 pagi dimana beliau seterusnya menanam sepokok bromeliads jensi Aechmea faciata diatas sebatang kayu di laman nanas(Sila lihat foto disebelah). Spesis bromeliads ini adalah spesis yang memangnya cantik dan mempunyai nilai baik dipasaran. Turut hadir didalam penanaman bromeliads tersebut adalah selebriti Abby Abadi serta pegawai-pegawai kanan PNM serta media. Seterusnya adalah djalankan tayangan montaj mengenai tanaman bromeliads dan taklimat bromeliads oleh En Imran iaitu Pengarah LPNM Negeri Terengganu. Dalam taklimat tersebut dijelaskan bagaimana LPNM menjaikan Pusat LPNM Sg Tong, Setiu, Terengganu dimana disana telah mempunyai lebih daripada 80 spesis untuk dibiakkan dan dijadikan pusat rujukkan tanaman bromeliads di Malaysia. Beberapa spesis bromeliads pula akan dibiakan di Pusat LPNM Alor Bukit, Pontian , Johor menggunakan teknologi kultur tisu. Menjelaskan lanjut dinyatakan dimana tanaman bremeliads mamu hidup diantara 1 - 3 tahun jika dijaga baik bergantung kepada spesisnya. Ia sesuai untuk disusunatur dikawalan halaman rumah, dalam pejabat (indoors) dan juga dipremis-premis perniagaan atau hotel-hotel sebagai tanaman hiasan yang cantik dan menarik. Sama dengan pokok nanas biasa, lazimnya tanaman bromeliads akan menghasilkan bunga yang cantik dan seterusnya boleh menghasilkan sulur untuk dijadikan baka atau benih untuk tanaman. Secara semulajadinya tanaman bromeliads boleh dijumpai hidup didalam 3 cara iaitu bergantung kepada bentuk fisiologi pokok tersebut iaitu ditanam secara TERS ATAS TANAH, DICELAH-CEALAH BATU atau pun di GANTUNG (atau diatas pokok - tanaman epifit). Kepakaran pemiliknya akan mempelbagaikan cara menanam mengikut landskap yang sesuai.

Dalam pada itu pokok bromeliads genus Tillandsia pula merupakan genus paling sesuai dan mudah ditanam kerana ia adalah lebih dikenali sebagai "Air Plant" atau dalam bahasa kita tanaman bergantungan di udara. Jenis ini tidak memerlukan tanah sebaliknya ia hanya mendapatkan air daripada akarnya iaitu Trichomes yang terdapat dibawah daun. Genus ini dilaporkan antara genus yang paling banyak mempunyai spesisnya dengan sebahagian besar telah dikomersilkan. Sementara itu kumpulan bromeliads dari genus Dyckia pula merupakan spesis bromeliads yang mempunyai struktur daun yang tebal, berduri tajam dan ianya seakan-akan pokok kaktus dan sacculent dimana ia sesuai tumbuh dikawasan berbatu, kering dan juga lasak. Penulis blog telah membawa Tan Sri Dr Nadzmi (CEO NNADI) lawat pameran tanaman bromeliads di Laman Nanas sempena MAHA 2018 dan beliau amat berminat untuk mencuba menanam bromeliads sebagai satu industri oleh syarikatnya (Sila lihat foto disebelah). Beliau nyatakan ada 50 ekar kawasan tanahnya di Rawang, selangir yang mungkin sesuai untuk dibangunkan dengan tanaman nanas komersil dan juga tanaman bromeliads dimana akan datang.

Dalam pada itu YAB Menteri Besr Johor, Dato Osman Sapian pula dalam lawatan ke lokasi bromeliads dilaman nanas teruja dengan tanaman tersebut yang beratus-ratus jenis dipamerkan (Sila lihat foto disebelah). Diantara jenis bromeliads yang dipamerkan dan popular di Malaysia masa kini adalah seperti Aechmea fascinata, Aechmea chantini, Guzmania allura, Crypttanthus bivittatus, Tillandsia houston, Tillnadsia xerographic, Tillandsia cotton candy, Tillandsia bulbosa dan Tillandsia lonatha. Kesemua spesis ini telah ada di LPNM dan dijual oleh beberapa usahawan bromeliads yang berdaftar dengan LPNM. Harga bromeliads ini didapati diantara semurah RM5.00 satu unit sehingga RM300 sepokok yang dijual oleh usahawan bunga bromeliads di laman nanas dan dianggap sebegai harga promosi. PAda penulis blog mendapati industri bromeliads amat baik dari segi nilai komersil dimana nlai dagangan bromeliads seluruh dunia USD162 billion melibatkan sebanyak 156 buah negara (Sumber: FAO Report 2027). Negara Belanda merupakan negara mendudukki tangga pertama dalam industri bromeliads dengan nilai eksport sebanyak USD10 billion (RM41.9 bilion) diikuti dengan negara Colombia, Jerman, Equardo dan Itali. Di Asia Tenggara Thailand adalah antara negara yang maju dalam sektor bromeliads ini selain Singapura dan Indonesia. Malaysia pula mendudukki tangga ke 15 dengan jumlah nilai eksport sebanyak RM138 juta seperti direkodkan. Program pelancaran dan pengenalan bromeliads semasa MAHA 2018 oleh LPNM akan membolehkan kesedaran usahawan tempatan dan semua pihak bersama-sama didalam membangunkan industri ini dimasa akan datang. semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN BROMELIADS...IA DIKENALKAN....
MAHA 2008... MAJLIS TELAH DIRASMIKAN...
ADA SPESIS... DIDAKWA MENGUNTUNGKAN...
POTENSI TINGGI... UNTUK DIUSAHAKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Laman Nanas, MAEPS Serdang,
Serdang, Selangor, 
Malaysia.
(20 RabiulAwal 1440H).

Monday, November 26, 2018

SANTAN KELAPA - KONGSI INFO

SANTAN KELAPA atau 'Coconut Milk' merupakan satu produk dari biji kelapa (Cocos nucifera) yang banyak kegunaannya. Santan Kelapa dihasilkan dari perahan isi kelapa iaitu cecair yang berwarna putih serta mengandungi banyak zat makanan. Pada zaman dahulu, secara tradisional isi kelapa akan diparut dengan menggunakan alatan 'Parut' atau 'Kukur' kemudian dicampur dengan air sebelum diperah bagi menghasilkan santan. Pada masa kini santan kelapa dapat diperah terus secara cekap menggunakan Alatan Mesin Pemerah Santan Kelapa. Terdapat beberapa varieti kelapa yang mengandungi santan yang banyak dan ada juga varieti kelapa yang kurang kandungan santannya. Umur pokok juga memainkan peranan penting mengenai kualiti santan dimana pokok muda kualiti santanya rendah (cair) berbanding dengan pokok tua. Lazimnya biji kelapa dari pokok yang tua memberikan kualiti santan lebih baik kerana ianya lebih pekat. Santan Kelapa banyak mengandungi zat permakanan seperti Vitamin, Lemak, Asid Laurik serta banyak kandungan mineral (Kalsiam dan Ferum) . Setiap 15 gram santan mengandungi sebanyak 35 kilokalori tenaga, Lemak (3.6 g atau 6% dimana 3.2 gram adalah Lemak Tepu dan sebanyak 0.2 gram adalah Lemak Tidak Tepu), Protin (0.3 gram), Gula (0.2 gram), Serat (0.2 gram) dan bahan Karbohiderat (0.8 gram) serta Vitamin A dan Vitamin C. Kandungan zat dalam permakanan ini banyak bergantung kepada varieti kelapa dan umur pokok kelapa. Kandungan air dalam santan kelapa adalah komponen paling tinggi. Proses memerah santan kelapa kini telah menjadi mudah dengan penggunaan beberapa mesin seperti mesin parut kelapa, mesin pemerah santan kelapa dan juga alatan lain. Kelapa perlu di buang kulit sabut secara manual menggunakan 'Penyadap' di kebun kelapa sehingga menjadi kelapa bulat. Kelapa ini perlu dipecahkan dan keluarkan airnya (Air kelapa boleh diproses menjadi Nata de Cocoa atau CocoJelly). Keluarkan isi kelapa kemudian dimasukkan terus kedalam mesin pemerah santan kelapa dan menghasilkan santan. Kaedah lain adalah dengan membelah kelapa kepada 2 bahagian dan diparut menggunakan mesin parut kelapa. Parutan kelapa ini perlu dicampur dengan air untuk diperah santannya atau dimasukkan kedalam 'press machine' bagi kuantiti yang banyak. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Santan Kelapa dan beberapa info mengenai harga dan permintaan seperti yang dilaporkan oleh media tempatan untuk bacaan dan juga bagi tujuan pengetahuan semua pembaca blog ini.

Pada masa ini penulis blog dapati ramai yang masih menganggap santan kelapa penyumbang lemak tidak baik untuk kesihatan. Hakikat­nya, santan kelapa mengandungi banyak khasiat yang diperlukan tubuh badan. Malah kita digalakkan untuk mengambil masakan mengandungi santan kelapa setiap hari. Bukan omongan kosong jika kita tahu senarai khasiat yang dinyatakan seperti berikut. Kita seringkali percaya khasiat kalsium daripada susu sudah cukup untuk membuatkan tulang kita sihat dan kuat. Itu tidak tepat kerana badan kita memerlukan fosforus bersama kalsium untuk memiliki tulang sihat, kuat dan kukuh. Percaya atau tidak, santan mengandungi fosforus yang tinggi. Seperti mana minyak kelapa didakwa santan juga mengandungi asid lemak rantaian sederhana. Selain itu ada laporan dimana tahap asid laurik tinggi santan dalam badan juga menukarkannya kepada monolaurin. Bahan itu boleh membantu menurunkan kolesterol LDL sekali gus memberi manfaat kepada penghidap diabetes. Santan juga kaya dengan antioksidan yang mampu melindungi tubuh daripada gangguan radikal bebas serta melambatkan proses penuaan. Selain itu, keperluan vitamin C dan zat besi dalam santan, masing-masing amat penting untuk meningkatkan sistem kekebalan serta menjaga fleksibiliti dan kekenyalan kulit serta pembuluh darah (baik untuk anemia). Malah kandungan serat makanan terdapat dalam santan juga mampu membuatkan perut anda mudah kenyang dan bertahan lama. Ini sangat baik untuk mengawal berat badan. Bagi penghidap penyakit hipertensi, pengambilan santan bersama air kelapa yang mengandungi potasium sangat baik dalam menstabilkan tekanan darah. Khasiat zat zink dalam santan sangat baik untuk kesihatan kelenjar prostat dan membantu mengatasi kekejangan otot yang teruk. Bagi melengkapkan nutrien, santan juga adalah suplemen multivitamin dan multimineral semula jadi mengandungi pelbagai vitamin iaitu E, B1, B3, B5, B6 serta mineral penting seperti folate, selenium, sodium dan kalium.

Dalam laporan media Utusan Malaysia bertajuk ''Harga kelapa dan santan segar meningkat'' walau pun pihak FAMA sudah beri jaminan perkara tersebut tidak berlaku. Foto sebelah menunjukkan Peniaga Luthufulla khan dimana bekalan kelapa yang terhad di kedainya yang terpaksa dijual dengan harga lebih mahal pada bulan Ramadan tahun ini di Seberang Jaya, Pulau Pinang, semalam. Berita tersebut mendapati di sebalik jaminan yang diberikan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bahawa harga kelapa tidak akan mengalami kenaikan, perkara sebaliknya dapat dilihat berlaku awal Ramadan ini. Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Seberang Jaya mendapati pekedai memberi alasan terpaksa menaikkan harga sehingga RM1 berikutan kenaikan kos pembe­lian daripada pemborong. Pemilik kedai runcit , Luthufulla Khan berkata, tahun ini dia menjual kelapa pada harga RM2.55 sebiji berbanding RM1.55 ketika Ramadan tahun lalu. Tindakan berkenaan terpaksa dilakukan kerana pembekal menjual bekalan kelapa kepadanya dengan harga mahal. “Harga sekilogram santan segar pada tahun ini pada kadar RM8 berbanding RM6 pada tahun lepas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. FAMA sebelum ini menasihatkan orang ramai supaya tidak bimbang akan berlaku kenaikan harga kelapa dan santan memandangkan kerajaan telah mengimport tambahan sejuta biji kelapa dari Indonesia bagi memenuhi permintaan pada Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. Mengulas lanjut, Luthufulla berkata, bekalan kelapa yang berkurangan sehingga 20 peratus tahun ini juga mendorong harga barangan tersebut meningkat mendadak. “Biasanya saya memperoleh sehingga 250 biji kelapa untuk dijual dalam tempoh seminggu, tetapi kali ini saya mendapat kurang daripada itu atas alasan bekalan kurang,” katanya. Pada masa sama katanya, bekalan kelapa yang dieksport dari negara jiran didapati tidak berkualiti dan mudah rosak. Sementara itu seorang lagi peruncit iaitu G. Meheron berkata, dia juga terpaksa menaikkan harga jualan kelapa dan santan segar di kedainya memandangkan dia membelinya dengan harga lebih mahal daripada pembekal.  Katanya, tahun ini harga kelapa dijual antara RM2.40 dan RM2.70 sebiji bagi kelapa parut berbanding RM1.80 hingga RM2.40 tahun lepas. “Bekalan pada tahun ini agak berkurangan, namun saya berharap akan mendapat sekitar 300 biji kelapa seminggu untuk dijual,” katanya. Sementara itu, seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Asiah berkata, dia terpaksa membeli kelapa tersebut walaupun berlaku peningkatan harga yang mendadak.  Katanya, ada beberapa kedai yang menjual pada harga RM1 lebih mahal berbanding tahun lalu. “Saya terkejut kerana kerajaan memberi jaminan bekalan kelapa mencukupi dan harga tidak naik, tetapi pada hari pertama puasa harga sudah naik. Saya harap pihak berwajib dapat pantau kenapa jadi begini,” katanya.

Pada masa sama di Kampar, Perak pihak media melaporkan dimana ''Harga santan mungkin naik'' seperti dinyatakan oleh Samsudin (dua, kiri) bertanya sesuatu kepada salah seorang peniaga ketika memantau harga barangan kawalan bersama KPNDKK Perak di Pasar Awam Kampar (Sila lihat foto disebelah). Akibat permintaan tinggi terhadap santan kelapa pada musim perayaan dilihat menjadi faktor utama kepada peningkatan harga bahan mentah itu sepanjang minggu ini. Dalam pada itu Exco Kerajaan Negeri, Datuk Samsudin Abu Hassandakwa pihaknya tidak akan menolak sebarang kemungkinan kenaikan harga santan pada kali ini. Ppihaknya hanya mengawal harga melibatkan penjualan kelapa parut sahaja. “Kita hanya kawal harga kelapa biji peringkat pemborongan dan pada peringkat peruncitan ia tidak dikawal,” katanya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pemantauan harga barangan kawalan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak di Pasar Awam Kampar di sini, semalam. Samsudin berkata, hasil pemantauan mendapati ada peniaga menjual sekilogram santan dengan harga yang berbeza bermula dari RM11 hingga RM8.50. Kini ada pembeli perlu meninjau harga untuk memastikan santan yang dibeli pada tahap harga yang sepatutnya dengan bijak memilih harga berpatutan,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan, peniaga dinasihatkan supaya mempamerkan tanda harga barangan kawalan pada tempatnya bagi memudahkan pengguna melihat terutamanya pada musim perayaan. Samsudin berkata, hasil pemantauan selama tiga hari sebelum menjelangnya Aidilfitri di Pasar Awam Kampar mendapati pengguna memahami tentang barangan terkawal namun peletakan label warna merah jambu pada barang kawalan oleh peniaga didapati masih belum teratur. “Ada yang menulis pada plastik merah jambu, tulisan begitu kecil dan tidak dipamerkan di bahagian sepatutnya di dinding menyukarkan pembeli membuat pemilihan harga. “Peletakan tanda harga tidak sepatutnya dianggap remeh sama ada dalam musim perayaan atau bukan kerana ia menjadi kemestian dan perkara penting kepada peniaga mudahkan pengguna mengetahui harga sebenar,” katanya.

Samsudin berkata, ada peniaga yang meletakkan harga lebih murah dari harga siling yang ditetapkan oleh pihaknya dan ia memang memberikan keuntungan kepada pengguna. Dalam pada itu, beliau berkata, kesedaran pengguna perlu ditingkatkan kerana kefahaman terhadap harga kawalan masih kurang memberangsangkan. Katanya, dalam pemeriksaan yang dijalankan, beliau mendapati pengguna kelihatan tidak kisah kawalan harga yang diperkenalkan oleh kerajaan. “Bila tanya kepada orang ramai, mereka rasa tidak kisah sangat asalkan barangan yang mereka mahu ada dijual. "Saya mahu pendidikan kepenggunaan juga ditingkatkan dalam kalangan pengguna. “Sistem kawalan harga digunakan sejak tahun 2000, sasaran pemahaman 100 peratus tetapi setakat ini hanya 80 peratus bukan satu perkara baru setiap perayaan dapat memenuhi objektifnya,” katanya. Katanya, tinjauan barangan kawalan Penguatkuasa KPDNKK dijalankan di seluruh daerah di negeri ini melibatkan pasar awam dan pasar raya. “Pengguna di saran supaya membuat persediaan awal dengan membeli barangan dapur dan mentah terlebih dahulu. “Ia bagi mengelakkan kesesakan dan barangan yang berkualiti jangan beli saat akhir dan membuat persediaan awal,” katanya.

Di Kelantan pula akhbar Sina Harian laporkan ''Permintaan santan turun''  iaitu berita dari Machang kerana isu kelapa kurang atau terputus bekalan bukanlah asing, namun kini sebaliknya berlaku apabila kelapa mudah didapati tetapi permintaan santan kurang memberangsangkan. Rata-rata peniaga santan menyifatkan Ramadan ini waktu untuk mereka berehat dan menambah amal ibadat apabila perniagaan yang diusahakan kurang mendapat sambutan berbanding bulan-bulan biasa. "Orang ramai tak ada duit, mereka semua berjimat dan jarang beli lauk-pauk dan kuih-muih di kedai. Kalau sebelum ini, kami bergantung kepada permintaan daripada kedai-kedai makan namun pada bulan Ramadan, mereka tutup. "Peniaga bazar Ramadan juga mengehadkan kuantiti barangan jualan mereka bagi mengelakkan kerugian. Kalau tahun lepas, mereka biasa tempah lapan kilogram santan tapi tahun ini mereka hanya ambil empat kilogram," kata peniaga santan, Halimah Mat Daud berumur 59 tahun (Sila lihat foto disebelah)Halimah berkata, harga santan kekal seperti sebelum Ramadan iaitu RM11 bagi sekilogram dan harga kelapa yang ditawarkan pembekal juga masih sama sekitar RM1.90 hingga RM2 sebiji. Tambahnya, faktor ekonomi dan kos sara hidup yang tinggi memaksa orang ramai berjimat cermat sekali gus mengurangkan kuasa beli pengguna.

Sementara itu di Kuantan dengan laporan bertajuk ''Permintaan santan meningkat'' pula dimana  permintaan terhadap santan ketika Ramadan di daerah ini meningkat berbanding hari biasa. Peniaga santan di Pasar Besar Kuantan, Shamsiah Ibrahim, 49,berkata, permintaan tinggi bahan masakan itu mencecah jualan sehingga 600 biji sehari berbanding 400 biji sehari pada hari biasa. Bagaimana pun katanya, harga santan tidak berubah iaitu RM8 sekilogram (kg) bagi santan segar manakala RM12 kg bagi kelapa parut (Sila lihat foto disebelah). "Buat masa ini, harga masih sama. Permintaan santan pada bulan puasa lebih sikit. Mungkin ada yang berniaga kuih-muih pada bulan ini, "katanya.  Bagaimanapun, menurut Shamsiah, dia tidak mengalami masalah bekalan kerana kelapa yang diambil dari Indonesia itu sentiasa mencukupi.  Shamsiah mengusahakan perniagaan keluarga itu sejak 30 tahun lalu bersama isteri, Aida Fakirah Yaacob, 40, dan dibantu seorang pekerja.  Shamsiah berkata, pelanggan lebih gemar mendapatkan santan segar berbanding santan segera. "Kelapa parut juga sentiasa mendapat permintaan. Biasanya kelapa parut habis dijual pada jam 10 pagi. Beliau  memproses santan seawal jam 6 pagi hingga 4 petang yang mempunyai ramai pelanggan tetap. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

SANTAN KELAPA... BANYAK GUNANYA...
BIJI KELAPA.. DIKUPAS DIPARUTNYA...
ADA KALA MAHAL... MURAH TAK JUMPA...
BELI SANTAN KOTAK... MUDAH SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria 11, Bandar BAru UDA,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(11 RabiulAkhir 1440H). 

Sunday, November 25, 2018

EKSPORT PERTAMA NANAS JOSAPINE KE DUBAI

EKSPORT NANAS VARIETI JOSAPINE pertama ke Dubai, UAE telah dilancarkan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato Salahuddin Ayub semasa MAHA 2018. Turut hadir dalam pelancaran tersebut adalah Ketua Pengarah LPNM Dato' Hj Mohd Anim Hosnan, SUB(PE) Kementerian Pertanian Dr Hanisah Husin, Ketua-ketua Pengarah di MoA dan juga pengeksport iaitu dari Syarikat Jutawan Enterprise. Majlis pelancaran pada 23 November 2018 ini diadakan di Laman Nanas dan gimik pelancaran kontena diadakan di Laman Tiba MAEPS jam 4.30 petang. Kontena sepanjang 20 kaki ini diisikan dengan 1,100 kotak nanas Josapine dengan nilai sekitar RM35,000. Lazimnya pengeksportan nanas segar ke Dubai adalah menggunakan kontena sepanjang 40 kaki yang diisikan dengan 2,200 kotak nanas gabungan varieti nanas segar N36 dan varieti nanas MD2 dengan nilai sekitar RM35,000 bagi nanas N36 dan RM70,000 bagi nanas MD2. Pengeksportan nanas segar dari Malaysia ke Timur Tengah telah dijalankan sejak beberapa tahun dahuludengan kapasiti penghantaran sebanyak 7-8 kontena sebulan. Selain UAE, nanas segar Malaysia juga di eksport ke Mesir, Iran dan beberapa negara-negara teluk lain (GCC). Pasaran nanas segar dari Malaysia merupakan salah satu daripada komoditi dari Malaysia yang dieksport ke pelabuhan Jabar Ali di Dubai selain daripada produk lain seperti tomato segar, rock melon, betik dan juga beberapa jenis sayuran lain. Anda boleh melayari info syarat-syarat penting mengenai prosedur pengimportan produk pertanian dan makanan ke Dubai seperti mana tulisan saya sebelum ini dikuatkuasakan oleh pihak Dubai Municipality. Penulis blog juga terlibat didalam taklimat tersebut disana (Sila klik disini)Data eksport produk daripada Malaysia untuk tahun 2016 dan 2017 ke Dubai pada tahun 2016 sebanyak 3,577 konsainan dimana ia membabitkan sebanyak 5,696 buah kontena dengan sejumlah 11,729 items. Kuantiti produk yang di intervene sebanyak 2,919 kontena dengan jumlah kemasukkan sebanyak 107,835 tan metrik. Daripada jumlah tersebut sebanyak 541 sampel diambil untuk pemeriksaan dimakmal kesihatan. Bagaimana pun dilaporkan DM dimana sebanyak 151 tan metrik produk telah dimusnahkan akibat tidak ianya mengikuti syarat kemasukkan. Penulis blog tertarik juga denga data pada tahun 2017 dimana sebanyak 3,645 konsainan diterima melibatkan sebanyak 6,734 kontena (bertambah sebanyak 1,038 komtena atau 18%) dengan jumlah kuantiti sebanyak111,494 metrik tan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pelancaran pertama satu kontena nanas segar Josapine ke Dubai untuk dijadikan bahan bacaan anda.


Nanas Josapine meruapak salah satu daripada 11 varieti nanas yang telah didaftarkan dengan kod AC5 yang paling luas ditanam di Malaysia. Selain daripada dikeluarkan untuk pasaran domestik, nanas Josapine merupakan sejenis nanas yang tradisinya di eksport ke Singapura dengan kuantiti yang tertinggi berbanding dengan varieti nanas lain. Penanaman nanas Josapine dijalnankan oleh pekebun kecil dan estet swasta semanjak ianya di hasilkan oleh pihak MARDI sebagai varieti nanas yang diminati ramai pekebun. Keistimewaan nenas Josapine adalah kerana daunya tidak berduri seperti pokok nenas Varieti Moris. Bentuk daunnya yang berwarna hijau tumbuh melempai apabila membesar. Kawasan tanah gambut di Johor dengan saliran baik sesuai ditanam nenas Josapine. Kemasaman tanah antara 3.5 - 4.5 juga boleh ditanam dengan nenas ini. Nenas Josa akan masak dalam tempoh 12 bulan selepas di tanam. Bentuk buahnya adalah Selinder dengan anggaran berat buah sekitar 1.0 -1.5 kg sebiji. Nanas dipasarkan dalam 3 gred iaitu Gred C (Kurang 800 gram/biji), Gred A (800 -1,200 gram/biji) dan Gred B (Lebih dari 1.2 kg/biji). Warna kulit buah ungu jingga dan akan kemerahan sedikit apabila masak. Penelitian penulis blog mendapati buah nenas Josapine tahan selama 5 hari dalam keadaan biasa dan selama 2 minggu jika disimpan dalam suhu sejuk.  Nenas Josapine mempunyai warna isi kuning keemasan dengan tekstur yang rangup dan kering. Nenas ini juga mempunyai aroma sederhana dan sesuai untuk dimakan segar. Kemanisan buah Josapine dalam grup manis iaitu sekitar 16 -18 darjah Brix. Pokok Nenas Josa memerlukan aruhan hormon untuk menghasilkan bunga dan buah. Lazimna selapas membubuh hormon buah akan dikutip dalam masa 120 -130 hari kemudian. Nenas ini adalah rentan terhadap penyakit nanas iaitu Buah Hantu (Ervinia chrysanthemi) dan juga Penyakit Mata Hitam (Penicillium funiculosum) sering berlaku pada waktu musim hujan dan saliran kurang sempurna. Penanaman nenas Josapine telah lama dijalankan di Malaysia untuk pasaran segar dan hanya sedikit sahaja diproses.


Usaha mempromosi nanas Josapine dilaksanakan oleh pihak LPNM pada bulan 1-3 September 2018 dalam Ekspo Word of Perishable (WOF) dan Promosi Nanas di Rangkaian Pasaraya Lulu di UAE. Ekspo yang diadakan di Dubai World Trade Cnter ini melibatkan sebanyak 36 negara yang mempromosikan produk makanan berasaskan pertanian dari seluruh dunia. Penulis blog dan 3 eksporter nanas segar dari Malaysia telah mengikuti program di WOF ini dengan membuat banyak perundingan pengimport di sana (Sila lihat foto disebelah). Nanas N36 dan MD2 telah lama di eksport ke Dubai tetapi belum pernag dipromosikan nanas Josapine atas faktur kekurangan promosi. Nanas Josapine adalah nanas hasil kajian saintis MARDI diperkenalkan pada Julai 1985 dan kini merupakan varieti nanas paling luas ditanam di Malaysia melebihi 2,400 hektar. Ia merupakan nanas jenis hibrid iaitu hasil kacukan varieti Nanas Johor (JO) dengan varieti nanas Sarawak (SA) digabungkan menjadi JOSAPINE. Malaysia menghasilkan sebanyak 434,900 metrik tan nanas pada 2017 dengan nilai sebanyak RM610 juta dimana sebanyak RM34 juta adalah untuk dieksport bagi segmen pasaran nanas segar (Sumber: LPNM). Pada masa ini Malaysia mendudukki tangga ke 18 dalam senarai 89 buah pengeluar nanas dunia dan mendudukki tangga ke 22 dalam senarai negara pengeksport nanas dunia.


Potensi pasaran nanas ke Timur Tengah ini merupakan satu strategi yang tepat kerana nanas Josapine mempunyai potensi baik dan penerimaan baik dipasaran timur tengah. Menurut pemilik syarikat Jutawan Enterprise, Ah Heng menyatakan beliau akan menghantar sekitar 2 kontena nanas Josapine ke Dubai seperti mana permintaan pengimport dari negara tersebut dan oleh rangkaian pasaraya Lulu Hypermarket (Sila lihat foto disebelah). Terdapat sebanyak 33 buah rangkaian hupermarket Lulu diseluruh UAE dan merupakan rangkaian terbesar di sana dengan bilangan pelanggan jutaan orang. Walau pun nanas di negara tersebut menerima bekalan daripada negara jiran Indonesia, Filipina serta negara dari benua Afrika tetapu kajian penerimaan yang dilakukan di 2 pasaraya Lulu Hypermarket di Dubai mereka amat suka dengan nanas ini yang lebih baik daripada nanas dari negara pengekport tradisional sedia ada. Bagaimana pun perancangan dan penghantaran nanas Josapine perlukan buah yang tepay semasa tuaian dan pengendalian tepat bagi membolehkan buah masih segar setelah dihantar dengan kapallaut selama 2 minggu dalam kontena bersuhu terkawal sejuk. 


Dalam akhbar Utusan Malaysia Online pada 23/11/18 dengan tajuk "100 tan nanas Josapine ke Dubai tahun hadapan" mengesahkan berita ini. Foto disebelah menunjukkan dimana Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub (empat dari kanan) selepas program pelepasan eksport buah nanas ke Dubai di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mensasarkan untuk mengeksport sekurang-kurangnya 100 tan nanas jenis Josapine ke Dubai dalam enam bulan pertama tahun hadapan. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd. Anim Hosnan berkata, jumlah itu mampu dicapai menerusi maklumat positif yang diterima daripada kerajaan di Asia Barat itu. “Kita tiada masalah untuk membekalkan nanas segar iaitu jenis Josapine di Dubai memandangkan nanas jenis itu sudah lama ditanam dan keluasannya mencukupi sekiranya dieksport. “Hari ini pertama kali kita akan mengeksport 20 tan nanas Josapine yang akan dihantar ke 33 kedai di Dubai nanti,” ujarnya.  Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program pelepasan eksport buah nanas ke Dubai oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini. Menurut Mohd. Anim, pihaknya turut menerima permintaan nanas daripada beberapa negara termasuk Turki, Jepun dan Mesir. “Kita sedang mencari jalan untuk mengeksport nanas berkenaan ke negara-negara memandangkan kita mempunyai masalah dari segi pengangkutan untuk menghantar. “Kita mendapat permintaan penghantaran nanas ke negara berkenaan melibatkan nanas jenis MD2,” ujarnya. Sementara itu, Mohd. Anim memberitahu, draf rang undang-undang Lembaga Perindustrian Kelapa dan Nanas Malaysia (LPKNM) sedang dalam proses semakan dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada tahun tahun hadapan sebelum ianya dapat dimuktamadkan seawal-awalnya akhir tahun hadapan.  “Sekarang pelaksanaannya dalam peringkat Penilaian Impak Perundangan (RIA) dan akan dibentangkan di parlimen pada sesi akan datang,” ujarnya. UTUSAN ONLINE. Potensi pasaran di Dubai ini telah direalisasikan dengan majlis pelancaran penghantaran satu kontena nanas segar Josapine oleh YB Menteri Pertanian sempena MAHA 2018 kenegara tersebut semalam. Semuga anda semua mendapat info terbaik dari blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
NANAS JOSAPINE... DI EJSPORT PULA...
HANTAR KE DUBAI... DILANCARKANNYA...
NANAS VARIETI LAIN ... SUDAH BIASA...
DILANCAR SUDAH... PASTIKAN BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 960, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(16 Rabiulawal 1440H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...