Restoran yang menyediakan masakan daging wagyu dari kobe semakin terkenal di negara kita dengan pembukaan beberapa rangkaian restoran yang menawarkan hidang tersebut. Bagaimana pun penulis blog dapat merasa daging wagyu original yang halal di restoren Halal Wagyu Yakiniku di Tokyo bersama Amy Search, ACO Jepun dan ramai kawan-kawan lain yang mengikuti Malaysia Fair 2018 dari 2-4 November 2018 (Sila lihat foto dibawah sekali). Selapas itu baru penulis blog kenal akan daging wagyu yang sebelum ini tidak pernah ambil kisah mengenainya. Nama 'daging wagyu' sering kali disebut sebagai sejenis daging yang terlalu lazat, sehinggakan rasanya sukar untuk ditandingi daging jenis lain namun seperti yang sudah diketahui ramai cuma harganya pula sangatlah tinggi. Kenapa daging wagyu ini cukup mahal berbanding daging tempatan dan daging import biasa atau yang banyak dijual di pasaraya kita?. Jom kita belajar serba sedikit berkenaan daging unik ini. Mungkin sebelum ini ada yang salah faham istilah wagyu. Gelaran 'daging wagyu' atau 'wagyu beef' seringkali disebut seolah satu gelaran istimewa, namun dari istilah bahasanya - wagyu itu membawa makna yang am iaitu 'lembu Jepun.' 'Wa' bermakna Jepun dan 'gyu' bermakna 'lembu.' Ini bermakna tidak kiralah daging murah atau daging mahal sekalipun, jika di Jepun daging itu akan digelarkan wagyu kerana lembu itu hidup di Jepun. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai beberapa kisah pengalaman sendiri penulis blog di Tokyo, mitos dan info berguna mengenai industri daging wagyu yang mempunyai nilainya yang tersendiri untuk bahan bacaan anda semua.
Kini teleh wujud satu istilah lagi yang kita sebutkan sebagai 'Daging Kobe.' Daging kobe ini pula adalah gelaran yang telah diberikan kepada daging yang datang daripada lembu daripada wilayah Hyogo maka dengan ibu negerinya pula Kobe. Nama 'Kobe' digunakan bagi merujuk semua jenis daging yang dikeluarkan pengeluar dari wilayah tersebut (Sila lihat foto disebelah). Kini selain daripada daging Kobe terdapat juga beberapa label daging lain di Jepun adalah daging Matsusaka, Yonezawa, Mishima dan Omi dengan nama-nama tersebut kesemuanya merujuk kepada asal datangnya daging itu. Jadi pembaca blog anim agro technology haruslah memahami dimana istilah 'daging wagyu' merujuk kepada semua jenis daging yang datang daripada penternak lembu di Jepun. Sementara 'daging Kobe' atau 'daging Yonezawa' pula merujuk kepada daging yang datang daripada wilayah lain dalam negara Jepun. Bagi tujuan ini maka beberapa negara lain seperti Australia telah mengambil baka lembu wagyu Jepun untuk dikacukkan dengan lembu mereka tetapi orang Jepun sendiri tidak mengkelaskan lembu tersebut sebaga lembu yang dipanggil wagyu asli. Hanya lembu diternak di Jepun sahaja yang melalui proses penternakan khusus akan diberi pengiktirafan sebagai Wagyu Sebenar.
Sejarah ringkas wagyu perlu difahami sebelum kita pergi jauh membincangkan perkara ini. Setelah anda faham makna sebenar wagyu yang ada di Jepun maka sebenarnya terdapat empat jenis lembu yang menghasilkan wagyu paling popular dengan sebanyak 90% daripada jumlah keseluruhan industri wagyu ini menternak lembu jenis 'Japanese Black.' Lembu ini adalah jenis lembu khusus terbaik (Sila lihat foto disebelah). Penternakan lembu wagyu moden dimulakan pada zaman pemulihan Meiji ketika tahun 1868. Kerajaan Jepun mahu memperkenalkan lebih banyak makanan berorientasikan barat kepada masyarakat mereka. Oleh itu kemasukan ternakan lembu luar ke Jepun, bagi tujuan penghasilan daging diperbanyakkan dengan banyak baka daripada Britain, Amerika Syarikat, Scotland dan juga Korea dibawa masuk. Pada tahun 1910 dilaporkan dimana kerajaan Jepun menghentikan sebarang aktiviti kacukan lembu dengan tiga kacukan lembu hitam yang dinamakan Tajiri, Fujiyoshi dan Kedaka berjaya dihasilkan sebagai baka majoriti, dengan dua baka lain lembu berwarna merah Kochi dan Kumamoto menjadi baka minoriti. Diatas usaha mengawal kualiti penghasilan lembu-lembu ini maka kerajaan Jepun memperkenalkan larangan mengeksport keluar kebanyakan lembu mereka dengan pengenalan sekatan ke atas lembu-lembu yang diternak, pada tahun 1997. Kini janin-janin lembu atau anak lembu yang telah dieksport sebelum sekatan itu diperkenalkan berjaya diternak di negara-negara luar seperti Australia, sehinggakan Australia menjadi pengeluar lembu wagyu Jepun terbesar dunia, mengalahkan Jepun sendiri.
Mengapa daging wagyu sangat mahal?. Itu juga persoalan yang penulis ingin bertanya sebelum memasukki restoren Wagyu Halal Yakiniku di Tokyo. Bagaimana pun untuk menulis mengapa wagyu sangat mahal adalah lebih senang untuk brtanya kepada ACO Jepun iaitu Taqiyuddin. Beliau telah menerangkan beberapa kali dan juga merujuk kepada jenis wagyu paling mahal iaitu daging Kobe. Dakwanya untuk melayakkan sesuatu jenis wagyu itu dapat diletakkan ke dalam kategori daging Kobe maka lembu itu perlu datang daripada baka lembu Japanese Black yang mana ia mesti dilahir dan dibesarkan di wilayah Hyogo, Jepun (Sila lihat daging wagyu disebelah). Lembu jantannya akan dikasikan (dimandulkan) dan lembu betinanya pula perlulah dipastikan tidak pernah melakukan hubungan dengan lembu jantan lain. Maknanya, lembu betina itu perlulah kekal dara sebelum disembelih. Jepun tidak tipu perkara ini seperti dijelaskan beliau. Makanan lembu itu pula sepanjang hidupnya hanyalah bijirin dan rumput yang datang daripada wilayah tersebut. Mana-mana lembu yang sudah bersedia untuk diproses mestilah mempunyai berat badan keseluruhan 780 - 800 kg dengan berat rangkanya selepas dilapah iaitu kurang daripada 470kg. Lembu-lembu ini juga mestilah dilapah di rumah-rumah sembelihan yang dilantik oleh pihak berkuasa Jepun dan dua rumah sembelihan sudah pun diiktiraf halal untuk pembelian orang Islam. Setelah dilapah, daging yang ada akan digredkan mengikut tahap kualiti kandungan lemak itu. Ada empat kategori diambil kira iaitu tahap lemak, warna, kepejalan dan kualiti lemak dalam daging itu. Semua daging akan diberikan gred A, B dan C, dengan markah 1 ke 5 akan menentukan tahap kualiti daging itu mengikut gred. Oleh itu, pembeli akan faham daging gred B5 lebih baik daripada daging gred B2, tetapi tak boleh lawan gred A1. Selain itu, semua daging turut sama akan dinilai tahap yang digelarkan 'sashi' atau 'Beef Marbling Score' (BMS), yang akan menentukan tahap kecairan daging itu ketika di makan, dengan skor 1 hingga 12. Selepas penilaian dilakukan dan markah penuh dikira, daging-daging bertaraf wagyu gred A akan diberikan gred A1 hingga gred A12, dengan A12 adalah daging bertaraf lejen dan merasainya merupakan pengalaman yang luar biasa. Apa lagi setelah ia layak digelarkan sebagai daging Kobe maka daging itu perlu mendapatkan sekurang-kurangnya A4 dan nilai BMS melebihi 6. Kurang daripada itu, pek daging itu tidak layak untuk menggunakan label 'daging Kobe.'
Penulis blog amat tertarik dengan kisah ''Mitos tentang wagyu'' yang ACOjelaskan kepada saya. Dalam lambakan informasi zaman sekarang, mitos-mitos yang tidak diketahui ada kebenarannya amat mudah tersebar seperti kisah daging wagyu sendiri ia tidak terkecuali. Ada tiga mitos yang penulis blog ingin berkongsi berkenaan wagyu yang tersebar luas. Mitos yang pertama dimana semua lembu wagyu di Jepun diberikan minuman beralkohol iaitu bir untuk menambahkan selera makan mereka. Selain itu, lembu-lembu ini juga dikatakan akan diurut setiap hari oleh tukang urut bertauliah sebagai salah satu cara menyedapkan lagi dagingnya kelak. Mitos ini juga mendakwa urutan yang telah dilakukan mampu melembutkan lemak dalam badan lembu dan lembu yang diurut setiap hari dimana ia akan lebih cair dagingnya dalam mulut. Mitos terakhir pula berkenaan usaha penternak memasang lagu-lagu klasikal bertujuan untuk diperdengarkan lembu-lembu yang diternak agar mereka tenang senantiasa serta lebih gembira tinggal beramai-ramai. Begitulah serba sedikit tulisan tentang wagyu ini. Saya mengakhiri artikel ini dengan satu soalan berapa agaknya seorang kena bayar semasa makan daging wagyu di Tokyo di Restoren Wagyu Halal Yakiniku?. Kira punya kira akhirnya kami seramai ber-10 orang makan potongan daging wagyu membayar RM 300++ seorang . Dapat juga akhirnya saya dan kawan-kawan merasa sepotong kecil daging wagyu original di Tokyo. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
Amy Search pun kecur depan penulis blog untuk makan Wagyu di Tokyo. |
DAGING LEMBU.... KUALITI ISTIMEWA...
NAMANYA WAGYU... MAHAL HARGA...
PERGI KETOKYO... KENALAH MERASA...
WAGYU HALAL... YAKINIKU NAMANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1213, APA Hotel and Resort,
Shinjunku, Tokyo,
Japan.
(27 Safar 1440H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.