Support My Blog

Thursday, November 8, 2018

DAGING PAPRIK - RESEPI ENAK!

PAPRIK DAGING (Sama ada daging Lembu atau Ayam) merupakan sejenis makanan yang semakin popular dimana ia dipercayai berasal daripada dari negara Thailand tetapi kini sudah menjadi menu makanan terkenal di Malaysia. Perkataan ''Paprik'' itu sendiri berasal dari perkataan 'Pad Prik' dalam bahasa Thai yang bermaksud daging dimasak dalam sos cili (meat cooked with sauteed chili paste). Penulis blog merupakan diantara peminat makanan daging paprik yang memang amat enak dimakan dengan nasi putih dan pelbagai lauk lain sama ada dimakan semasa tengahari atau makan malam. Terdapat berbagai cara menyediakan masakan daging paprik ini sama ada ia dimasak khusus sebagai lauk untuk dimakan dengan nasi putih atau dimasukkan terus semasa dihidangkan dengan nasi putih atau nasi goreng. Terdapat beberapa resepi menu makanan daging paprik sama ada Nasi Putih bersaa Daging Paprik atau Nasi Goreng Daging Paprik. Penulis blog mendapati menu Nasi Goreng Paprik merupakan menu yang sangat popular dikalangan peminat makanan ala-thai yang mana premis tersebut ujud bertaburan ada diseluruh negara. Di restoren Ala-Thai ini daging paprik merupakan diantara hidangan disediakan kepada pelanggan selain daripada masakan TomYam, SomTam, Ikan Masak Tiga Rasa, Kailan Ikan Masin, Telur Dadar, Sambal Belacan, Puyuh Goreng Kunnyit, Ayam Berlada, Ayam Masak Kunyit, Ikan Bakar dan banyak lagi menu yang disediakan. Permintaan untuk menu daging paprik memang sentiasa menjadi pilihan pelanggan di restoren ini. Bagaimana pun jika anda ingin menyediakan makanan enak ini dirumah juga mat mudah untuk disediakan asalkan anda tahu memasak dan mempunyai bahan yang mencukupi. Artikel subuh ini dari tingkat 12, APA Hotel and Resort, Shibuya-Ku, Tokyo, Japan dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis makanan daging paprik sebagai salah satu makanan popular dimasa ini. 


Menydiakan makanan daging paprik ini boleh dilakukan sendiri dirumah untuk dimakan oleh seisi keluarga. Ia juga sesuai dimakan makan tengahari dan malam serta selalunya amat menyelerakan semasa bulan Ramadan. Pada penulis blog mengenai hidangan daging paprik menyelerakan dimakan semasa sahur apa lagi kalau dimasak panas dan ia terus dihidangkan (Sila lihat foto disebelah). Memasak paprik daging untuk saiz hidangan 4 - 5 orang memerlukan bahan iaitu 400 gram daging lembu segar atau daging ayam. Bagaimana pun kali ini kita tumpukan kepada daging lembu untuk artikel ini. Bahan lain adalah 3 ulas bawang putih yang diketuk, 1 batang serai yang juga perlu diketuk, ½ batang lobak merah (perlu di potong kecil), 1 sudu makan pes tomyam, 1 sudu makan kicap pekat serta 5 sudu makan sos cili. Bahan untuk paprik ini juga memerlukan bahan 3 sudu makan sos tiram, 3 batang kacang panjang yang dipotong pendek, 1 biji cili merah perlu dihiris, 1 labu bawang besar yang dihiris, 5 biji cili api yang perlu diketuk, 5 helai daun limau purut, 3 sudu makan minyak masak dan ½ cawan air. Pada penulis blog bahan untuk masak daging paprik memang banyak diperlukan berbanding dengan masakkan biasa ala-Thai. Keperluan daun limau purut dan sos juga merupakan antara perkara asas yang menyebabkan makanan daging paprik ini signifikan. Bahan keperluan masak daging paprik ini mudah didapati dipasar basah, pasar malam, pasar tani malahan ada juga di hypermarket dan juga kedai runcit.


Cara menyediakan dan memasak hidangan daging paprik dimulakan dengan anda perlu memotong daging kecil dan nipis agar ia mudah dimasak dan senang dimakan. Daging yang siap dipotong ini perlu dibasuh dan mesti di toskan dahulu. Kemudian siapkan semua bahan yang disebutkan diatas dengan membaduhnya terlebuh dahulu dan dihiris, dipotong atau diketuk mengikut kaedah dan kesesuaian dipremis yang anda sedang memasaknya. Seterusnya perlu di panaskan minyak masak dalam kuali dan kemudian tumiskan bawang putih dan serai sehingga wangi. 
Masukkan semua hirisan daging kemudian kacau hingga rata (Sila lihat foto disebelah). Kemudian perlu dimasukkan lobak merah, pes tomyam, kicap pekat, sos cili, dan sos tiram mengikut sukatan yang sesuai kepada tukang masak. Kuali tersebut kemudian akan dibiarkan mendidih. Seterusnya perlu dimasukkn pula kacang panjang, cili merah, bawang besar, cili api, dan air. Pastikan tumisan tersebut dikacau rata dan apabila mendidih maka dimasukkan daun limau purut dan kacau. Tidak lama lepas itu perlu di tutup api. Kepada tukang masak boleh buat ujirasa dahulu jika masak sendiri dirumah untuk menentukan kualiti masakkan. Kalau kurang masin, ditambah garam dan sebalikny. Sebaiknya masakan daging paprik ini dihidangkan bersama nasi putih. Ada juga yang dimasak daging paprik ini dan dituang terus dalam pinggan nasi putih dan ada nasi goreng daging paprik yang enak dimakkan.


Bab akhir dalam kisah mengenai paprik daging adalah bagaimana mudahanya untuk menyediakan masakan Paprik Daging Ayam yang banyak diminati ramai penduduk Malaysia (Sila anda lihat foto disebelah). Makanan ini enak dimakan dengan nasi putih atau nasi goreng dan sebagainya bersama keluarga. antara bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan paprik daging ayam adalah pastinya daging bahagian isi ayam, Cili padi merah, Cili padi hijau, Bawang besar (potong bulat),  Bawang putih, Kacang panjang (dipotong), Lobak (potong2 bulat), Brokoli, Serai (dititik), Daun limau nipis, Garam, Air dan pastinya pes paprik segera. Cara membuatnya amat mudah dengan pertama sekali perlu digoreng isi daging ayam terlebih dulu dan biarkan sejuk. Kemudian adalah kerja menumis kesemua bahan seperti bawang besar, bawang putih dan cili sudah dipotong dalam kuali panas. Masukkan lobak, brokoli, serai, daun limau nipis dan goreng bersama bahan-bahan tadi. Tuangkan pes paprik mengikut keperluan dan tambah sedikit air bersama garam secukup rasa. Pada akhir masakan di masukkan semula ayam yang sudah digoreng tadi kacau semua bahan-bahan hingga sebati. Kini paprik daging ayam yang enak dan mudah disediakan sudah sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas. Semuga anda mendapat info terbaik dari anim agro technology kali ini. Salam dari Tokyo... Wasallam!!!.


Try pula makanan Wagyu halal di Tokyo semasa disana.
PAPRIK DAGING ... MAKANAN ISTIMEWA...
MUDAH DISEDIAKAN...ENAK RASANYA...
NASI PUTIH ... MENJADI JADI LAUKNYA...
MALAS MASAK... TEMPAH DIKEDAI JADINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1213, APA Hotel and Resort,
Shibuya-ku, Tokyo,
Japan.

(23 Safar 1440H).


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...