Support My Blog

Sunday, June 2, 2019

PADI KETAN DI INDONESIA (PADI PULUT)

PADI KETAN atau BERAS KETAN adalah jenis padi pulut (Glutinous Rice) yang banyak digunakan didalam menyediakan makanan di Indonesia. Beras pulut ini dijual didalam bentuk beras biji atau dikisar menjadi tepung pulut yang sedia digunakan untuk membuat kuih mueh. Kebanyakan makanan bersaskan pulut juga menggunakan bahan santan untuk penyediaannya atau hidangannya. Pada penulis blog yang minat makanan berasaskan pulut ini memang mudah untuk mendapatkan makanan berasaskan pulut di Indonesia. Walau pun beras pulut bukan menjadi makanan ruji atau makanan harian di Indonesia akan tetapi permintaannya juga agak tinggi dimana sebahagian besar beras ketan mereka adalah diimport daripada Thailand atau Vietnam sama seperti keadaanya di Malaysia. Penduduk Thailand dan Vietnam dilaporkan antara negara yang paling banyak menggunakan beras pulut sebagai makanan mereka dan menanam padi pulut ini dengan luas sebagai satu industri. Padi Ketan atau Padi Pulut (Oryza sativa var. glutinosa) merupakan tanaman padi yang mana kebanyakan jangkamasa penanamannya akan mengambil masa lebih lama daripada padi biasa (Oryza sativa). Petani di Indonesia tidak mahu mengambil risiko menanam padi ini kerana ia mengambil masa lama dimana ia menjejaskan penghasilan akibat serangan musuh dan penyakit, masaalah sistem pengairan padi (tidak sama dengan padi biasa), mudah diserang perosak dan juga hasil yang tidak menentu. Oleh itu ramai pesawah yang lebih suka menanam padi biasa dimana ada jaminan harga dan penghasilan yang cepat berbanding dengan menanam padi ketan. Ada laporan dimana adalah lebih murah atau lebih ekonomik untuk mengimport beras ketan daripada menanamnya di negara mereka. Analisa kos melepas juga menunjukkan menanam padi biasa lebih menguntungkan daripada menanam padi ketan walau pun harga padi ketan mencecah Rp21,000 sekilogram (RM7.00/kg) berbanding dengan padi biasa sekitar Rp11,000 sekilogram (RM3.60/kg). Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology'' mengenai industri penanaman padi Ketan di Indonesia untuk bahan rujukkan dan bacaan anda semua.

Dalam laporan artikel bertajuk ''Prospek Usahatani Padi Ketan'' penulis blog membaca dan mengupasnya. Padi Ketan adalah sejenis padi (Oriza Sativa var. glutinosa) yang mempunyai sedikit perbezaan dengan padi biasa kerana padi ketan atau beras ketan lebih dikenali untuk dijadikan sebagai bahan makanan ringan atau membuat kuih yang mempunyai ciri-ciri lebih kenyal dan melekit. Laporan menyatakan pada musim sekarang ini seorang pesawah yang dikaji mencuba untuk menanam ketan di kawasan sawah seluas sekitar 300 Bata (1 Bata = 14 Meter Persegi). Pesawah ini memilih padi ketan disebebkan ia mempunyai beberapa alasan seperti petani jarang yang menanam ketaningin mencubanya walau pun kebanyakan petani menanam padi hampir jarang sekali untuk menanam semula padi ketan. Bagi alasan keduanya adalah beras ketan harganya cukup tinggi hampir 2 kali ganda dari harga padi biasa dikira ia mempunyai prospek bisnes yang cukup menjanjikan oleh keana kurangnya penanam padi ketan (Sila lihat foto disebelah). Permintaan pasaran di Indonesia untuk beras ketan sangat tinggi dan harga pasaran padi ketan adalah dikira stabil tinggi walau pun risiko penghasilannya adalah tinggi untuk capai sasarannya. Pemilihan jenis padi ketan sesuai bermula daripada benih yang berkualiti dan mencukupi serta mampu berikan pulangan baik. 

Beberapa pesawah yang menanam padi ketan di Indonesia ini telah mengetahui akan kehebatan dan khasiat beras ketan sebagai makanan. Antara dakwaan mereka dimana beras ketan ini mampu bekalan tenaga yang banyak, membantu melepaskan radikal bebas dan mengaturkan aktiviti hormon tiroids. Makan beras ketan juga mampu mengurangkan kes serangan jantung dan ia didakwa juga menjaga sistem metabolisma badan untuk badan kita lebih sihat. Dalam perkembangan lain makan beras ketan akan menjaga tulang kesihatan, melancarkan sistem pencernaan pemakannya dan banyak khasiat kesihatan lain. Apa yang perlu diketahui juga dimana pulut atau ketan ini mencegah anemia dan mampu mengawal nafsu makan kerana setelah malan pulut jangkamasa lapar balik adalah lambat.Apa yang paling disukai ramai orang dimana makan beras ketan akan menjadi awet muda. memang sangat banyak manfaat dari beras ketan ini diman ia seharusnya diminatti oleh pengguna dan pesawah untuk menghasilkannya. Tanaman padi ketan yang berjaya mampu memberikan pulangan baik kerana ia mempunyai nilai ekonomi lebih baik daripada penanaman padi biasa. Adapun untuk cara budidaya ketan sebenarnya sama halnya dengan budidaya padi, akan tetapi perbedaan umur panen yang cukup lebih lama dibandingan dengan padi, dan juga ketan biasanya rentan terhadap serangan penyakit dan hama hal ini tentu perlu diantisipasi sehingga kendala-kendala yang akan dihadapi petani dapat ditangani. Antara kawasan penanaman padi ketan di Jawa adalah deperti di Kabupaten Indramayu, Subang, Cirebon, Majalengka, Karawang dan Purwakarta yang mana semua kawasan ini masih mempunyai kawasan sawah yang masih luas.  

Dalam pada itu dilaporkan disebabkan oleh kadar permintaan yang tinggi maka pesawah di Lampong menanam varieti padi ketan putih.
Kperluan dan permintaan kulinari berasaskan beras ketan telah memberikan peluang bagi masyarakat di wilayah Kecamatan Palas, Lampong seperti di Desa Kalirejo, Desa Rejomulyo hingga wilayah lain menanam padi ketan dan terus mempertahankan usaha tanam padi varieti ketan. Temubual dengan seorang pesawah bernama Sumarni (59 tahun) warga Desa Rejomulyo Kecamatan Palas menyebut permintaan beras ketan sangat tinggi dikalangan masyarakat Jawa disekitarnya sehingga ke wilayah Lampung Selatan. Kini wanita asal Blora Jawa Tengah tersebut mengusahakan tanaman padi ketan dengan penuh keyakinan (Sila lihat foto disebelah). Sebagai petani dia mempunyai kawasan sawah seluas satu hektar dimana sawah ditanam dengan dua varieti padi yang berbeza di antaranya varieti IR 64 jumbo dengan benih unggul sebanyak 20 kilogram dan sebahagian sawahnya ditanam dengan benih sebanyak 5 kilogram varieti jenis padi Ketan Putih (Pulut Putih). Jenis padi ketan putih diakuinya dominan ditanam petani dengan harapan ia akan berhasil untuk digunakan didalam beberapa majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, kenduri berhatan, kenduri Raya Haji dan hari lebaran. Dia yang menggunakan lima kilogram benih dengan hasil panen masa tanam sebelumnya boleh mendapat hasil sebanyak tiga kuintal yang akan diproses menjadi beras pulut bagi kegunaan keluarganya.  Aktiviti penanaman varieti ketan putih diakui lebih dominan ditanam petani dibanding ketan hitam dan kalaupun menanam jumlahnya tidak sebanyak varieti ketan putih yang tingkat keperluan pasaran lebih tinggi. Beras ketan putih diakuinya banyak digunakan sebagai bahan pembuatan kuih tradisional diantaranya sebab ia melekit dibanding beras biasa. Ciri-ciri melekit atau dan merekat erat tersebut menjadi salah satu alasan dalam suku Jawa banyak menggunakan ketan terutama dalam pembuatan kuih semasa majlis perkahwinan bertujuan dihidangkan kepada tetamu bagi tujuan khhusus iaitu mempererat dua keluarga dan penduduk kampong.

Bagaimana pun penerimaan penanaman padi ketan ini berbeza mengikut lokaliti dan juga keperluan. Mengikut kenyataan oleh Dr Ir Sunarwan MP, Dosen Fakultas Pertanian Universitas Islam Malang (Unisma) dikatakan dimana petani enggan menanam padi ketan kerana persepsi masa panen yang lama (Sila lihat foto disebelah). Menurut beliau petani enggan menanam padi ketan karena persepsi masa panen lama daripada beras biasa walau pun dilaporkan dimana harga padi ketan cukup mahal iaitu Rp 21,000 per kg dipasaran tempatan.Ia amat berbeza dengan harga padi atau beras biasa yang dijual pada harga pasaran sekitar Rp11,000  Rp12,000 sekilogram iaitu beras yang telah diproses. Petani masih tidak mahu menanam padi ketan walau pun ada varieti padi ketan yang jangkamasa menuainya adalah hampir sama dengan padi biasa. Pihak kerajaan bagaimana pun masih menggalakkan agar lebih banyak padi ketan ini  diusahakan dengan lebih meluas. Perlu ada kempen berterusan untuk negara meraka mampu menghasilkan bahan makanan yang lebih banyak. Jika lebih ramai pesawah yang menanam padi ketan bermakna kadar pengimpportan beras ketan dan tepong ketan akan dapat dikurangkan dengan lebih signifikan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada anda pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PADI KETAN... PADI PULUT SAMA...
KURANG DITANAM...DIINDONESIA...
BANYAK IMPORT...MACAM MALAYSIA...
BACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Ramadan 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...