PAU D'SANJUNG merupakan satu jenama kueh pau yang popular di Selatan Tanah Air hasil usaha usahawan Bumiputra yang berjaya. Penulis Blog telah membuat tinjauan teknologi ke Syarikat Industri Makanan D'Sanjung Sdn Bhd dialamat KBS 2-4, Kilang IKS, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Pengurus Syarikat Norhayati Saleh (Sila lihat foto diatas) memberikan penerangan operasi kilang dan juga bagaimana strategi pemasaran dan keunikan produk pau D'Sanjung yang dahulunya adalah menggunakan Pau Tanjung. Bermotokan slogan "Dulu Pau Tanjung, Kini Di Sanjung" ia menghasilkan banyak jenis inti pau yang istimewa. Pada penulis blog dan anda yang sering singgah di RnR PLUS Highway pastinya akan singgah makan dan berehat dan akan nampak kiosk menjual pau. Lazimnya pau yang dikukus ini memang sangat lembut dan gebu serta aroma yang enak. Selain daripada harganya yang murah pau merupakan makanan yang sihat kerana ia dikukus dan tidak menggunakan minyak selain daripada tepungnya yang putih gebu. Bagaimana pun uniknya penulis blog sering melihat orang makan pau dengan membuang kulit luarnya. Rakan saya PPN Johor En Hishamuddin menceritakan bagaimana ramai kita ada budaya membuang kulit pau sebelum memakannya. Dia dakwa dahulu kuih pau ini hanya dimasak dan dibuat oleh orang Cina sahaja dan oreng Melayu Islam yang makan agak kurang percaya akan kebersihannya dan mereka membuang kulit atasnya. apa pun penulis blog dapati kueh pau dahulu memang mempunyai kulit atas yang tebal dan keras berbeza dengan kuih pau D'Sanjung yang kulit luarnya tersangat lembut dan nipis. Kueh Pau dahulu memang hanya berintikan kelapa dan kacang sahaja akan tetapu kuih pau moden seperti produk D'Sanjung ada Pau Kaya, Pau Kacang Merah, Pau Kelapa, Pau Sambal Ikan Bilis, Pau Daging, Pau Ayam dan Pau Coklat. Artikel petang 3 hari sebelum Ramadan ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai usahawan IKS Pau di Batu Pahat Johor untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.
Penulis blog merujuk kepada artikel dari wikipedia mengenai kueh pau. Menurutnya Kueh Pau juga dipanggil sebagai baozi, bao, bau, humbow, nunu, bausak atau powmerupakan sejenis kuih yang mana ia diperbuat daripada tepung dan yis dan kemudian perlu ia diuli dan dibentukkan bulat yang mempunyai inti di dalamnya. Konsep ini hampir dengan membuat roeti berinti dengan intinya sama ada manisan atau berdaging atau sayur-sayuran. Teknik popular untuk memasak pau ialah dengan menggunakan cara mengukus dahulu dan kemudian disimpan dalam tempat sejuk beku. Kalau anda ingin makan lagi keluarkan dan kukus semula untuk tujuan menikmati keenakannya. Selain menggunakan teknik mengukus, teknik memasak secara goreng dan bakar juga boleh dilaksanakan. Dijelaskan bagi mengenalpasti jenis-jenis pau yang dimasak apa yang dibuat adalah mereka biasanya setitik pewarna diletakkan di atas pau bagi menandakan jenis inti yang terdapat di dalam pau tersebut. bagi Pau D'Sanjung juka tiada warna adalah Pau Kacang Merah, Biru adalah Pau Sambal Ikan Bilis, Kuning adalah Pau Daging, Merah adalah Pau Kelapa, Coklat untuk Pau Coklat dan Hijau adalah Pau Ayam. Di Malaysia pau biasanya dihidangkan panas-panas iaitu ia sentiasa dibuat secara segar ataupun yang sejuk beku kemudinan dikukus dengan wap panas. Apa yang unik dengan Pau D'Sanjung adalah kerana ia diperbuat dari tepong dan inti yang berkualiti dan berstatus HALAL serta ada sijil MeSTI.
Dalam pada itu dari segi sejarah sebenarnya kueh pau ini adalah berasas daripada negara China. Tepung asas yang selalu menjadi pilihan ialah dari jenis tepung gandum. Namun menurut Pn Yati lazimnya penggunaan tepung khusus atau tepung pau menjadi pilihan kerana komposisi tepungnya iaitu kadar kelembapan (13.0 - 14.0%), protein (9.5 - 10.5%) dan kandungan abu (0.50 - 0.60%) yang membolehkan tekstur warna putih salji dan bentuk fizikal yang gebu terhasil. Dalam memproses pau dengan teknologi moden dan peralatan serba moden ini sebenarnya amat kurang sentuhan tangan semasa memprosesnya. Hanya pada peringkat awal menguli tepung sahaja yang gunakan tangan mengangkat adunan tepung akan tetapi proses seterusnya seperti meleper, mengisi inti, membentuk, meletak kertas asas dan menyusun adalah semuanya dilakukan oleh mesin khas. Syarikat ini telah menerima bantuan melalui jabatan Pertanian dibawah High Impact Project berupa Matching Grant HIP pada tahun 2018 bernilau RM143,000. Mesin ini tekah membantu syarikat mengeluarkan kueh pau bergganda jumlahnya berbending sebelumnya. Penulis blog memantau sama ada peralatan ini ada digunakan atau tidak dan mempastikan tahap pengeluaran kilang adalah bergganda jumlahnya. Menurut Pn yati dia amat berterimakasih kepada kerajaan melalui Jabatan Pertanian yang memberikan bantuan ini dan sememangnya sangat berbaloi. Dalam pada itu alatan untuk mengukus, seperti pengukus buatan dari buluh, elektrik atau lain-lin perkakasan dari bahan atau besi tahan karat. Biasanya sebanang usaha penggunaan kuali untuk dijadikan dasar atau tempat letak air untuk membolehkan proses pengewapan air berlaku untuk pengukus jenis buluh tetapi kini semuanya sudah modan. Ketuhar gelombang mikro juga boleh digunakan pada waktu tertentu.
Kini syarikat telah memasarkan produk pau D'Sanjung ini dibanyak outlet termasuk Pusat Perhentian RnR (PLUS) di Machap, Stesyen Minyak dan juga banyak premis lain. Biasanya ada juga dikalangan individu atau agen yang datang kekilang membeli untuk kegunaan sendiri atau kenduri atau untuk jualan sendiri. Pada penulis blog kualiti kueh pau d'Sanjung memang enak dimana semasa teklimat pengurus syarikat tidak kurang 5 biji dari semua perisa dapat ujirasa sama dengan pengunjung yang lain. Ini kerana dihidangkan jenis pau bersaiz paling kecil dan bukannya yang bersaiz besar (Sila anda lihat foto disebelah). Pada ramai orang mereka membeli pau terutama untuk diberikan kepada anak-anak bagi bersarapan waktu pagi sebelum kesekolah. Selain daripada ia berkhasiat akan tetapi enak dimakan dan banyak memebrikan tenaga. Kos kueh pau dimana-mana adalah yang paling murah dan boleh dimakan oleh semua peringkat umur apa lagi kalau orang tua yang tidak ada gigi lagi pun boleh memakannya. Ditanya seguni tepung berapa boleh dapat Pn Yati nyatakan kalau dibuat Pau Besar dapat 500 biji dan kalau untuk Pau Kecil ia mendapat 900 biji. Dalam website syarikat ini menawarkan harga berbeza diantara pau jenis manis dengan pau jenis pedas. Pau jenis manis lebih murah berbanding dengan pau jenis pedas (Pau Daging, Pau Ayam dan pau Sambal ikan Bilis). Harga Sepeket pau D'Sanjung yang mengandungi 6 biji pa untuo Pau Daging, Pau Ayam dan Pau Sambal Ikan Bilis adalah RM 9.00 sepeket. manakala bagi jenis pau manis iaitu Pau Kacang Merah, pau Kaya, Pau Coklat dan Pau Kelapa adalah RM 7.50 sepeket. Harga diatas adlah khusus untuk daerah Kluang sahaja manakala untuk penghantaran kelokasi lain atau pembelian borong boleh hubungi Encik Radin Syazan.Semuga tulisan artikel ini dapat memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SELAMAT HARI RAYA 2019...
KOMPLKES IKS ... BERADA DI PARIT RAJA...
PENULIS BLOG DATANG.. DAPAT RASANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1001, Junior Suite,
Hotel Katerina, Jalan Zabedah,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(26 Syaaban 1440H).
Published on 2 Sywal 1040H
Selamat Hari Raya 2019...

PAU D'SANJUNG... POPULAR NAMANYA...
PELBAGAI PERISA... IA ADA DIJUALNYA...KOMPLKES IKS ... BERADA DI PARIT RAJA...
PENULIS BLOG DATANG.. DAPAT RASANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1001, Junior Suite,
Hotel Katerina, Jalan Zabedah,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(26 Syaaban 1440H).
Published on 2 Sywal 1040H
Selamat Hari Raya 2019...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.