Support My Blog

Thursday, June 27, 2019

BUAH MATOA - KENALI DIA

TANAMAN BUAH MATOA (Pometia pinnata) atau buah tiga rasa mula mendapat tempat di hati pengusaha tanaman buah-buahan di Malaysia khususnya dibeberapa negeri seperti di Melaka, Sarawak, Pahang dan Negeri Sembilan. Pokok daripada keluarga Sapidaceae ini unik kerana ia masih kurang popular sebab ada yang kata ia adalah buah Nadir. Dikalangan orang di Malaysia kurang kenal buah Matoa atau Buah Kasai akan tetapi sudah popular di negara jiran Indonesia dan beberapa negara tropika lain didunia. Pokok ini natif di Asia Tenggara termasuk di Malaysia yang tumbuh dikawasan tepi sungai dan ada dikawasan Asia Pasifik. Tumbuhan ini juga adalah spesis pokok kayu keras tropika yang besar juga dikenali dengan nama lain sebagai Matoa, Pokok Taun, Laichi Pulau dan Tava. Ada dilaporkan sesetangah orang Malaysia yang memanggilnya sebagai Buah Kristal dan Buah Kasai. Ia mampu tumbuh sehingga ketinggian lebih 30 meter (100 kaki) dengan mempunyai daun berbentuk pinnate dimana pokok ini mampu menghasilkan buah yang boleh dimakan berwarna hijau kekuningan dan merah gelap apabila masak. Buah yang berukuran 4 cm panjang ini mengandungi isi yang seakan buah longan atau laici dimana manis serta banyak khasiatnya. Walau pun buah Matoa amat jarang dijual dikedai buah-buahan akan tetapi apabila musim banyak buah mereka yang bernasib baik sahaja akan boleh jumpa untuk mendapatkannya. Penulis blog berpeluang melihat sendiri akan pokok matoa yang ditanam di Melaka dimana ia telah dikomersilkan. Ditanya mengapa menanam pokok Matoa kepada pengusaha tersebut dinyatakan dimana dari segi pengurusan tanaman didakwa pokok Matoa mudah dijaga dan diuruskan. Benih boleh ditanam daripada biji matoa yang disemai dalam semaian sehingga ia sesuai untuk dipindahkan. Lazimnya pokok buah matoa ini sesuai dengan cuaca Malaysia dan boleh dimajukan. Pokok ini juga memang perlukan cuaca yang ada hujan dan panas dengan sinaran cahaya matahari yang banyak. Ada yang dakwa dimana rasa buah matoa ini seakan memberikan kombinasi rasa diantara buah durian dengan rambutan atau buah laici sehinggakan ia diberi gelaran sebagai 'Buah 3 Rasa'. Ia memang manis rasanya dari isinya yang masak. Daripada beberapa temuan dilaporkan pokok matoa akan berbuah dalam masa 3-4 tahun sahaja selepas ditanam dengan penjagaan yang baik. Artikel subuh ini dalam blog popular "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai Buah Matoa yang perlu anda kenali sebagai bahan rujukkan dan bacaan semua pembaca.

Buah Matoa adalah salah satu jenis buah yang popular di negara jiran Indonesia. Di Malaysia bagaimana pun ia lebih dikenali sebagai Buah Kasai atau Buah Terajang. Buah Kasai agak mudah dijumpai di Sepanjang Sungai Pahang dan di Sibu, Sarawak. Di negara jiran Indonesia pula buah ini popular dibeberapa lokasi seperti di Papua, Maluku iaitu di kawasan Indonesia Timur. Pokok ini mempunyai akar tunjang dengan mampu tumbuh dengan ketinggian 20 - 40 meter dan diameter batang sehingga maksima akan dapat mencapai 100 cm. Pokok ini berbunga sekali dalam setahun iaitu antara bulan Julai hingga bulan Oktober dengan masa buah untuk matang sekitar 4 bulan. Tumbuhan ini perlukan curahan hujan tinggi dan perlukan banyak cahaya matahari. Dilaporkan di Papua mereka memiliki dua jenis Buah Matoa dikenali sebagai Matoa Kelapa dan Matoa Papeda. Perkara yang membezakan kedua jenis ini adalah tekstur buahnya dimana untuk Matoa Kelapa buahnya kenyal dan padat seperti buah rambutan sedangkan Matoa Papeda memiliki tekstur buah yang mana isi daging lebih lengket dan lembek. Walau pun ada yang kata bentuk buah Matoa kelihatan seperti buah pinang akan tetapi apabila dikopek ia berbeza sama sekali isinya. Buah matoa ini mempunyai kulit keras berwarna hijau, merah dan hitam dengan bentuk bulat lonjong dengan panjang sekitar 5 - 6 cm. Buah masak memberikan citarasa manis dan wangi seperti kombinasi diantara buah rambutan, longan dan laici. Memang didakwa selain mempunyai rasa yang enak didapati buah matoa pun memiliki khasiat yang cukup banyak. Ini kerana kandungan vitamin C dalam buah matoa ini mampu meningkatkan tahap ketahanan tubuh yang lemah dan berfungsi meningkatkan antioksidan yang mampu untuk mencegah kanser.  Buah matoa juga mengandungi vitamin E yang berguna sebagai agen untuk menghilangkan tekanan (stress), meningkatkan kesuburan dan meminimakan potensi dari terkena Sakit Jantung. Namun demikian juga perlu diingat dimana ada kandungan glukos dalam buah matoa juga cukup tinggi dimana jika dimakan buah matoa terlalu banyak akan boleh menyebabkan pening kepala atau pun sehingga ketahap mabuk.

Kalau Pokok Buah Kasai menjadi tanaman yang diusahakan oleh beberapa usahawan di Malaysia akan tetapi pokok buah Matoa yang dilaporkan ada banyak tertumpu di Indonesia Timur walau pun sebenarnya buah ini memang tersebar luas di seluruh wilayah Indonesia. Di wilayah Sumatera utara pula Buah Matoa dikenali dengan nama Pakam semantara di Minangkabau dikenal sebagai Langsek Anggang dan di Jawa Barat dikenal dengan sebutan iaitu Leungsir serta di Pulau Jawa disebut Kayu Sapi. Buah Matoa adalah didakwa tanaman yang natif di Malaysia dan juga di Indonesia dan sangat sesuai untuk dijadikan tanaman penghijauan dan landskap. Matoa sangat disyorkan ditanam kerana ia didakwa dapat tumbuh dalam banyak keadaan dan memiliki akar tunjang dan batang yang kuat. Pokok Matoa juga mempunyai daya ketahanan terhadap segala jenis ancaman oleh serangga perosak. Buah Matoa yang masak didakwa memang sangat manis dan walaupun harganya di laporkan agak mahal tatapi masih ramai membelinya sebab rasa enaknya. Kajian mendapati di Indonesia harga buahnya setanding dengan ciri keistimewaannya iaitu Rp40.000 sekilogram (RM13.50 /kg). Dalam pada itu sistem menanam buah matoa sesuai dilakukan dengan mudah asalkan ada kawasan, tanah sesuai dan benih serta ilmu menjaganya. Tanaman buah ini sesuai hidup dan tumbuh di kawasan dataran rendah dengan ketinggian sekitar 1,200 meter dari paras laut. Kini disahkan dimana beberapa kawasan di Indonesia yang telah berhasil menanam dengan buah matoa secara komersil seperti Sulawesi, Papua dan Maluku. Tanah yang sesuai untuk menanam pokok matoa sebaiknya mempunyai tekstur kering dan tidak tergenang air. Keperluan curahan hujan dengan kadar lebih 1,200 mm setahun amat sesuai uuntuk pertumbuhan tanaman pokok matoa.

Penanaman pokok buah Matoa menggunakan benih yang diambil daripada bijinya yang telah matang. Biasanya sebelum petani hendak  memulakan penanaman buah matoa sebaiknya disediakan benih yang berkualiti dahulu. Jadinya pilih biji buah matoa yang berasal dari buah matoa matang dan sihat semasa diperiksa. Petani perlu mengambil biji matoa yang matang dengan jumlah mencukupi untuk penanaman. Ia kemudian bersihkan di bawah air yang mengalir. Semasa merendam biji buah matoa di dalam air pastiak dalam jangkamasa kurang lebih selama 15-30 minit. Biji matoa yang berkualiti biasanya perlu ditandakan dengan ianya terdiri dari biji benih yang temggelam dalam air. Semai biji dalam bekas yang ada  media tanaman  sesuai dalam tapak semaian atau dalam polibeg. Menyemai dalam polibeg memudahkan proses mengali dan menanam diladang. Sediakan jadual menyemai dan jadual penanaman yang sesuai. Menyediakan lubang penanaman buah matoa sebaiknya dengan kaedah menggali lubang tanaman dicampur baja asas seperti baja organik, baja MOP, Baja Urea dan juga kapur yang sangat baik untuk tingkatkan pertumbuhan benih matoa. Ketika baja serta tanaman galian hal yang demikian bisa dicampur menjadi satu. Benih matoa yang berukran setinggi antara 40-50 cm sesuai untuk ditanam dikebun. Segala amalan agronomi penanaman benih matoa dilakukan dengan hati-hati dengan teliti dan tidak merosakkan polibeg dan bahagian akarnya. Benih Matoa yang sudah ditanam dikebun masih perlu dipelihara dengan beteul dan sistematik. Benih matoa tersebut perlu diberikan baja setiap 2 bulan sekali untuk menrengsang pertumbuhannya. Pokok yang ditanam dari benih apabila berumur 2 tahun tumbuh sekitar ketinggian 1.5 - 2.0 meter. Penjagaan tanam pokok Matoa  Sistem pemeliharaan buah matoa ini sangatlah mudah dimana apabila pokok matoa sudah mulai berbunga bermakna ia menghasilkan bunga dan buahnya akan dapat dimakan dalam jangka waktu 2-3 bulan kemuidan. 

Dalam pada itu untuk mengelakkan daripada serangan serangga perosak buahmatang  maka pokok ini akan dipasang jaring. Ada juga petani yang akan terus membungkus buahnya dengan plastik agar terselamat walau pun akan beremungkinan jika jika dibungkus dengan beg plastik akan menyebabkan buahnya akan menjadi lebih cepat jadi busuk. Ada juga petani percaya jika membalut dengan beg plastik akan mempercepatkan proses buah cepat matang sedia untuk dipetik. Kawalan rumpai dan pembajaan mengikut jadual membolehkan tanaman buah matoa akan tumbuh subur dan lebih cepat berbuah. Tanaman buah matoa akan cepat menuai apabila semua amalan agronomi dipatuhi. Pokok matoa akan berbuah apabilat usianya sekitar 4-5 tahun. Pokok yang ditanam dari biji benih buat pertama kali menghasilkan buah walau pun pada peringkat awal ia agak rendah penghasilan buahnya. Pokok muda yang baru belajar berbuah mampu untuk menghasilkan buah sekitar 5 kg sepokok dan akan meningkat apabila pokok lebih lama dijaga dengan baik. Semasa muda lazimnya pokok matoa ini masih rendah ia boleh dipetik gunakan tangan atau ada petani akan menggunakan galah pendek atau galah aluminum. Buah yang masak ini dikumpulkan dan ianya mesti dibersihkan sebelum dijual. Buah ini enak dimakan semasa ia segar dan penyimpanan boleh dalam peti sejuk dengan kawalan suhu yang sesuai. Buah yang diikat pada tangkainya atau tercerai dari tangkainya mempunyai nilai jualan yang berlainan.


Dalam akhbar Harian Metro bertajuk ''Hebatnya buah 3 rasa'' amat menarik saya untuk membuat kupasan. Berita daripada Kuala Lumpur ini dakwa dimana dalam tiga tahun lagi rakyat Malaysia berpeluang melihat dan merasai sejenis buah unik yang mempunyai tiga rasa buah-buahan berbeza iaitu laici, rambutan dan durianIni kerana buah yang dipanggil buah matoa sudah ditanam di negara ini oleh seorang aktivis alam sekitar bersama rakan kongsinya di sebuah ladang di Kelana Jaya, Selangor dan tanah rizab kerajaan di Taman Melawati, sejak setahun lalu. Encik Abdul Shariff Walat dakwa buah matoa asing di Malaysia kerana ia berasal dari Papua New Guinea, tetapi cukup popular di Indonesia. Kini buah matoa ini yang berbentuk bulat, berwarna kekuningan pada bahagian kulitnya dan bertukar kepada coklat jika disimpan dalam tempoh lama selepas dipetik (Sila anda lihat foto disebalah). Biasanya isi buahnya berwarna kuning cair dan rasanya lemak manis gabungan tiga jenis buah-buahan terbabit (laici, rambutan dan durian). Ada yang dakwa buah matoa ini mempunyai 3 rasa dalam 1 iaitu Rasa Durian, rasa Laici dan rasa Rambutan. Ada dakwa bentuk buah seakan-akan buah ambra. Isinya seakan buah laici dan bijinya pula seakan-akan biji buah durian. Dalam laporan lain yang saya rujuk dilaporkan dimana pokok Matoa ini adalah tanaman buah-buahan asli khas dari Papua New Guinea. Pokok buah adalah sejenis tumbuhan yang pokoknya besar dan berbuah sekali dalam setahun dan biasanya berbuah pada bulan September, Oktober dan November setiap tahun. Buah matoa memiliki rasa manis dan beraroma seperti campuran antara rambutan, durian dan laici. Bentuk buahnya lonjong dengan ukuran buah pinang (keluarga Arecaceae dimana ketika muda berwarna hijau dan setelah matang berwarna hijau kekuningan atau coklat kemerahan atau kehitaman.

Pernah dengar khasiat dan kegunaan buah matoa? Mungkin sebahagian besar orang Malaysia akan merasa asing dengan jenis buah ini. Pokok matoa termasuk salah satu tanaman asli di Malaysia dan di Indonesia. Tanaman yang tingginya dapat mencapai 18 meter dan banyak khasiatnya. Pertama di didakwa kaya dengan bahan vitamin dan mineral dimana membekalan zat tersebut dengan kadar banyak. kandunagn vitamin yang tinggi ini adalah untuk Vitamin C dan Vitamin E yang ada tidakbalas bebaskan radikal bebas. Vitamin C juga berguna untuk ianga dapat mempertahankan sistem kekebalan tubuh. Dalam pada itu  vitamin E dapat membantu memelihara kesihatan kulit dan kesuburan kejantanan lelaki. Dalam buah yang isinya agak kenyal ini terkandung pula beberapa mineral seperti kalsium (Ca_dan Kalium (K). Khasiatnya didakwa mampu merawat untuk elakkan penyekit Kronik seperti sakit jantung, stroke dan diabetis. Buah matoa ternyata juga kaya akan unsur seperti Tanin yang merupakan unsur Antioksidan.  Kajian lebih lanjut boleh dan perlu dibuat mengenai kehebatan khasiat buah matoa. Buah matoa juga mampu menghalang bakteria yang masuk kedalam saluran pernafasan dan ia juga berfungsi sebagai antibiotik. Antara khasiatnya didakwa ia membantu mengawal masaalah tekanan darah tinggi sama ada daripada bahagian isi buah ataupun bijinya serta ekstrak daripada daunnya. Ekstrak buah matoa didakwa mengandungi unsur yang bersifat diuretik dimana ia akan  meningkatkan jumlah cairan yang dikeluarkan dari dalam badan. Ketika cecair ini banyak dalam badan maka tekanan darah akan otomatik akan meningkat. Kemudian apabila kadar cairan kembali normal membolehkan ia menjadikan tekanan darah turun. Kehebatannya dimana dengan mengambil sebanyak 100 mg ekstrak matoa akan dapat membuang air dan garam melalui urin kencing sehingga tekanan darah seseorang boleh menurun. Kajian lanjut akan khasiat buah matoa masih dijalankan banyak pihak untuk mendapatkan khasiatnya. Semuga anda semua mendapat info terbaik daripada penulisan ini dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!....
BUAH MATOA... DIPERKENALKAN...
DARIPADA BIJI.. IANYA DISEMAIKAN...
ADA 3 RASA...LAICI DAN  RAMBUTAN...
PALING UNIK... ADA RASA DURIAN ...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1610, Super Deluxe Room,
Hotel Imperial Heritage,
Bandar Hilir, Melaka,
Malaysia.
(16 Syawal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...