Support My Blog

Monday, June 10, 2019

POKOK ASOKA - APA DAN KEGUNAANNYA

POKOK ASOKA (Polyalthia longifolia var. pendula) ianya  merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh meninggi dan tidak ada bercabang macam tanaman lain. Pokok ini yang dikatakan berasal dari selatan India dan Sri Lanka ini digelar dengan nama Asoka sempena nama seorang Maharaja yang bermaksud 'Penakluk'. Penulis blog sering menyebut pokok Asoka semasa membuat lawatan ke projek-projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Jabatan Pertanian untuk menjadikan tanaman ini yang tinggi dan lurus sebagai pokok penghalang tiupan angin (Wind breaker). Ini kerana terdapat banyak di TKPM yang mempunyai Struktur Pelindung Hujan (SPH) yang menggunakan kerangka logam (Pipe GI) dan bumbung menggunakan plastik telus cahaya. Plastik ini apabila agak lama dan ditiup angin kencang dari beberapa sudut akan menyebabkan plastik tersebut koyak dan agak sukar untuk memperbaikinya. Tiupan angin kencang ini boleh dihalang dengan membuat beberapa penambahbaikan seperti menyediakan bangunan khas, menanam pokok menghalang angin dan rekabentuk SPH yang tidak melawan arah tiupan angin. Dalam laporan sesetengah buku yang lain, pokok ini juga disebut pokok kayu penduduk dan mempisang.  Tumbuhan ini juga ada nama lain seperti Mast tree, False Asoka dan Weeping Mast tree. Penulis blog suka pokok ini kerana pokok ini memiliki batang yang lurus dengan tahap ketinggian sehingga lebih dari 15 meter dan bentuknya adalah tirus di atas. Pokok Asoka yang ditanam rapat ini didakwa mampu menghalang tiupan angin kencang daripada ianya merosakkan plastik SPH daripada koyak dan tercabut (Sila lihat foto diatas). Pokok ini mudah ditanam dan dijaga kerana ia tidak ada banyak masaalah serangan musuh dan perosak. Mungkin kos anakbenih pokok asoka yang besar (Advanced Planting Material) ini agak mahal akan tetapi ianya amat berbaloi berbanding dengan kos pembinaan struktur SPH itu sendiri di TKPM. Penulis blog sering beritahu pengurus TKPM agar mereka menanam pokok ini di sekeliling dan diantara struktur SPH agar ianya melindungi kerosakan. Didalam pada itu anak benih Asoka sebenarnya mudah diperolehi daripada surseri swasta yang ada menyediakannya.  Pokok Asoka pada penulis blog anim agro adalah mempunyai akar dalam dan kukuh apaabila ditiup angin dan sehingga kini amat jarang dapat melihat pokok asoka ini tumbang akibat ditiup angin atau ribut. Batangnya yang tumbuh tinggi menegak dengan susunan daun yang banyak disekelilingnya amat mampu untuk menahah kelajuan tiupan angin yang melaluinya. Artikel tengahari Ahad ini dalam ''Anim Agro Technology'' iaitu pada 28 Ramadan 1440H saya menulis mengenai pokok Asoka yang banyak nilai komersilnya selain daripada dianggap sebegai pokok hiasan.

Dahan pokok asoka biasanya nya kecil dan banyak berjuntai ke bawah. Pokok ini juga mempunyai buah yang bergugusan akan tetapi namun sehingga kini tidak ramai yang prihatin akan kewujudan buah dari pokok Asoka ini kecuali berniat untuk melihatnya. Penulis blog anim agro sering berhenti dimana ada pokok Asoka dan melihatnya. Pokok ini memang sesuai di tanam sebagai pokok hiasan terutama di perkarangan bangunan dan taman kerana ia mempunyai keunikannya yang tersendiri. Pokok ini dibiakkan melalui biji benih dan penjagaannya juga mudah. Penulis blog bagaimana pun merujuk beberapa tulisan teknkal megenai pokok asoka ini. Laporan dari wikipedia menyatakan pokok asoka yang kita kenali ini sebenarnya ada dua jenis iaitu Saraca asoca dan Saraca indica. Kedua-duanya amat berbeza dengan asoka yang ada dinegara kita iaitu Polyalthia longifolia var. pendula. Dalam pada itu penulis blog juga agak keliru dengan ,aporan daripada wikipedia dan laporan mengenai asoka keluaran tempatan termasuk oleh FRIM. Jenis pokok asoka dari kumpulan Saraca asoca banyak tumbuh dikawasan Asia Selatan dan juga di bahagian Barat Myanmar. Manakala jenis Saraca indica banyak tumbuh dikawasan Asia Tenggara dan juga di bahagian Timur Myanmar. Pokok asoka ini dari jenis Saraca asoca mudah tumbuh dimana ia adalah dibawah keluarga Caesalpiniodeae iaitu jenis pokok kekacang. Pokok ini mempunyai nilai penting di kontinen India dan negara berhampiran sebagai pokok yang ada kaitan dengan budaya kehidupan dan kebudayaan mereka. Kadang kala pokok Saraca asoca dan Saraca indica disekalikan didalam setiap perbincangan. Dalam keadaan semulajadi pokok asoka tumbuh dalam hutan malar hijau yang mana kawasan asal natifnya seperti di Dataran Deccan memang biasa di India. Pokok ini mempunyai nilai dimana bunganya memberikan bau harum yang daunnya lebat dan padang menjadikannya ia dilihat gagah. 


Pokok ini juga lazimnya ditanam secara 'avenue planting' sepanjang pagar atau jalan atau bangunan rasmi kerajaan. Ia mudah hidup dan senang dijaga dengan baik. Apa yang penulis blog perhatikan lazimnya biasanya ia berbunga pada bulan Febuari sehingga April di Malaysia setiap tahun. Biasanya bunganya banyak dimana ia berwarna hijau kekuningan dalam jambak yang terkeluar dari dahannya (Sila lihat foto dibawah sekali). Warna bunga akan bertukar hijau gelap sebelum ianya layu dan gugur. Akhirnya ia akan menghasilkan buah yang mana bentuknya bulat atau lonjong bulat berwarna hijau juga berjambak (Sila lihat foto disebelah). Buahnya ini agak terlindung daripada dilihat dengan sepintas lalu dibawah rimbunan daun-daun. Didalam buah yang matang ini selalunya ada biji yang sering disemai dan digunakan sebagai biji benih untuk tanaman baru. Apa pun pokok asoka telah dikenalpasti sebagai pokok unik yang sesuai ditanam dalam barisan dimana fungsi utama lain adalah untk Menghalang Bunyi (alleviating noise pollution). ini disebabkan ia sesuai ditanam di tepi jalan utama jalanraya disekitar bandar dan kota metropolitan dimana pokok tersebu kurang memberikan masaalah penyelenggaraan kepada pihak bandaraya. Malahan ia dilihat sebagai tanaman landskap yang sangat cantik dan menarik apabila ia telah membesar.

Apa pun pihak saintis apa yang penulis faham menyatakan Polyalthis longifolia ini adalah sejeni pokok ''Asoka Tidak Sebenar'' atau dipanggil ''False Ashoka''. Jenis pokok ini juga dipggil sebagai Pokok Devadaar atau Debdaru. Pokok Ashoka sebenar adalah nama botaninya Saraca asoca dengan banyak tumbuh dan menjadi relevan di India (Sila lihat foto disebelah). Ia seperti pokok biasa yang merimbun dengan bunganya berwarna merah kekuningan terang dan tidak meninggi urus seperti pokok asoka Polyalthis longifolia. Berblik kepada pokokasoka yang dibincangkan iaitu Polyalthis longifolia dimana fungsi utama pokok ini ditanam untuk landskap, menghalang bunyi, menghalanh hakisan, pokok penahan angin cekap (wind barrier) dan sebagainya. Dari segi nilai perubatan lazimnya daun pokok ini akan diambil dan digunakan sebagai dekorasi untuk festival tempatan. Pokok yang dijdikan tanaman landskap diseluruh India ini menjadi tarikan pelancong melihatnya. Tiang kayu yang tinggi dan tegak ini juga membolehkannya batang pokok asoka dijadikan tiang untuk kapal zaman dahulu dan juga kapal layar. Pada hari ini batang kayunya dikeluarkan sebagai kayu yang dibuat perabot, kayu mancis. pensil, kotak kayu dan kayu mancis. Dalam biji buah asoka mengandungi banahn ekstrak minyak yang ada bahan antioksidan, anti-lypooxygenase dan anti mikrobial yang baik untuk kegunaan manusia. Ekstrak bahan Methanolis dari pokok asoka mengandungi lebih dari 20 komponen kompoun organic yang boleh dikomersilkan. Semuga pembaca anim agro technology mendapat info berguna kepada  semua pebaca. Wasallam!!!
POKOK ASHOKA... MENINGGI TEMBUHNYA...
BATANG LURUS... MENGHALANG ANGINNYA...
GANGGUAN BUNNTI... SANGAT URANGNYA...
PERLU DITANAM.. DIKAWASAN ANDA JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Taman Cendana,
Bandar Air Keroh Melaka, 
Malaysia.
(6 Jun 2019).
SELAMAT HARI RAYA KE 5!.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...