Support My Blog

Wednesday, April 19, 2023

POKOK SIMPUH - KENALI DAN KHASIATNYA

BUAH SIMPUH
 (Dellenia spp) asasnya dilaporkan sebagai jenis buah nadir dari pokok simpuh dimana lazimnya ada dua jenis iaitu Buah Simpuh Air (
Dillenia suffruticosadan) dan Buah Simpuh Gajah (Dillenia indica) atau (Dillenia reticulate King) yang mana ia agak jarang dikenali oleh ramai kalangan pembaca blog semua. Ada kenyataan dimana terdapat juga gelaran berkaian buah nadir ini seperti Simpuh Air, Simpuh Gajah, Simpuh Pasir, Simpur Air, Simpur Perempuan, Simpur Bini atau Simpur, Shrubby Simpoh, Simpoh Ayer dan Yellow Simpoh. Penulis blog ada beberapa kali melihat tumbuhan ini semasa bertugas di Pahang, Sarawak, Melaka dan Johor dahulu. Apabila dilihat akan tumbuhan renek ini selalunya ia mampu mencapai ketinggian sehingga lebih 5 meter dalam keadaan semulajadi. Jika dinilai akan tahap pertumbuhannya dilihat pokok simpoh sellalu mampu tumbuh liar dan mudah ditemui di kawasan pinggiran hutan, semak samun atau sekitar kawasan belukar. Ia menjadi buah kegemaran sebagai makanan kepada banyak haiwan termasuk tupai, monyet dan spesis burung juga. Dilihat marfologi tumbuhan ini dimana daun pokok simpoh air bersaiz agak besar dan lebar dengan bahagian tepi daunnya bergerigi. Bahagian pucuk daun atau daun muda pula penulis blog lihat ia selalu berwarna sedikit kemerahan dan mempunyai tangkai yang sederhana panjang. Selalunya pada musim tertentu pokok simpoh air akan dapat menghasilkan bunga di dalam satu jambak yang mengandungi antara 5 -10 kuntum bunga. Bunga pokok simpoh air ini akan berkembang satu persatu dimana ia akan seterusnya akan berkembang pada waktu pagi dan akan mula kuncup pada sebelah petangnya. Melihat kepada bahagian petal atau pun kelopak bunga simpoh air berwarna kuning dimana ia sangat menarik perhatian serangga untuk datang berkunjung. Proses pendebungaan dilakukan oleh spesis serangga semasa bunga sedang berkembang dimana selalunya dalam tempoh 1 bulan setengah kemudian maka buah simpoh muda akan terbentuk. Agak unik apabila dilihat dimana buah simpoh air dilihat ia berwarna merah jambu apabila matang dan merekah serta kembang seperti bentuk bintang (Sila lihat foto diatas). Ada ramai rakan penulis blog yang bertanya mengenai rupabentuk dan warna buah simpoh yang unik ini dan ingin menanamnya sendiri. Bagaimana pun dilaporkan masa dulu daun simpoh air memang ia digunakan sebagai pembalut makanan dan juga digunakan bagi membungkus tempe. Penulis blog masih menjumpai tempe yang dibalut menggunakan daun simpoh ini di Johor, Pahang dan Perak serta sesekali di Putrajaya juga. Bagi masyarakat Iban di Sarawak dimana kepada mereka yang masih berpegang kepada kepercayaan lama (animisme) memang mempercayai bahawa daun tumbuhan ini dapat menghalau hantu dan roh jahat pada seseorang dan ada digantung dilokasi tertentu. Tidak banyak penulisan mengenai pokok simpoh di Malaysia yang dapat dirujuk. Artikel pada pagi Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai Pokok dan buah Simpoh serta kehebatan khasiatnya hasik penyelidikan sebagai sejenis tumbuhan unik untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Melihat akan pokok simpuh air yang merupakan tumbuhan jenis renek yang tumbuh setinggi 6 -10 meter dengan struktur batangnya dan daunnya dilihat selalu tersusun berselang-seli dalam lingkaran padat seperti 'Kobis'
. Uniknya dimana sehelai daun pokok berbentuk bujur bersaiz besar dengan tepi yang sedikit bergigi, ukurannya 12 - 40 cm panjang dan 6 -12 cm lebar dan berwarna hijau adalah sejenis daun kuat serta serbaguna. Daun simpoh juga memang sering digunakan sebagai pembalut dalam pembuatan Tempe Asli. Tempe merupakan kacang soya yang di bubuh ragi sehingga berlaku proses penapaian dan ia merupakan makanan berkhasiat. Anda boleh membaca artikel mengenai tempe dengan pautan disini (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Buah simpoh air dari pokok sihat yang mempunyai rupa seperti daun kobis serta mempunyai tangkai yang panjang dan mempunyai unjuran seperti sayap dimana menjadi hijau bertompok merah selepas bunganya sudah berkembang. Petal bunga simpoh air pula berwarna kuning. Warna ini dilihat sangat menarik apabila buah simpoh air berwarna merah jambu apabila matang dan merekah serta kembang seperti bentuk bintang. Lazimnya pokok simpuh air akan berbunga selepas berumur sekitar 3 - 4 tahun. Bunganya muncul pada tangkai induk yang menunduk dimana sekuntum bunga simpuh air berukuran 8 -13 cm lebar dan berwarna kuning dan selalunya akan kembang pada kira-kira pukul 3 pagi sampai satu jam sebelum matahari terbit dimana ia didapati tidak mengeluarkan bau dan nuga manisan nektar.  Buahnya yang berbentuk bintang pecah tujuh atau 8 berwarna merah jambu dengan tepi berwarna putih (Sila lihat foto paling atas sekali). Isinya merah menyala dengan biji berwarna ungu atau perang pucat dengan selaput merah dan tanpa rasa. Buahnya merekah sebelum waktu subuh menonjolkan biji benih yang amat digemari burung dan monyet. Dalam beberapa laporan dinyatakan dimana Buah Simpoh Gajah mempunyai bahagian pulpa buahnya masam dan digunakan dalam masakan India dalam kari, jem dan jeli. Buah Simpoh Gajah sering dicampur dengan kelapa dan rempah untuk membuat chutneys iaitu sejenis masakan India. Dilaporkan simpoh ini selalu digunakan secara meluas dalam masakan dal dan kari ikan di Assam, India dan kini ada penduduk tempatan yang juga diamalkan di Malaysia.


Dalam beberapa kajian dilaporkan dimana pokok simpoh air atau simpoh gajah atau simpoh paya memang merupakan satu sumber untuk rawatan perubatan tradisional  semulajadi didalam masyarakat tempatan. Memang banyak testimoni dan maklumat yang menyatakan semua bahagian daripada tumbuhan simpoh mempunyai khasiat. Penulis blog merujuk dimana di Sabah pokok ini digelar sebagai 'Simpoh Bini' sedangkan bagi masyarakat Dusun pula pokok ini dipanggil sebagai 'Doringan'.  Dalam amalan mereka dimana daun pokok simpoh diambil dan digunakan untuk merawat sakit kepala. Berlainan juga kisahnya di Sarawak dimana pokok ini dipanggil kalangan suku kaum dengan nama berbeza seperti bagi kaun Iban sebagai 'Buan', kaum Bidayuh sebagai 'Bu'ua', Kalum Melanau (Jengin), Kaum Kayan (Kayo' Ta'ah), Kaum Lun Bawang (Peracah) dan Kaum Kedayan (Simpor) dimana mereka memanafaatkannya sejak dulu. Antara amalan yang ada dilakukan adalah dimana bahagian akarnya akan juga digunakan untuk merawat sakit perut dan buang air besar berdarah bagi kaum Iban. Daun muda dipucuknya dilaporkan akan diambil dan digunakan untuk menghentikan pendarahan (Kes ini sama seperti penulis blog gunakan daun pokok senduduk dikunyah dan diletakkan ditempat luka untuk menghentikan pendarahan). Masyarakay Melanau di Sarawak dilaporkan sudah lama mengamalkan untuk gunakan daun simpoh bagi merawat bengkak pada bahagian jari kaki dan tangan. Bahagian akar pokok simpoh dilaporkan ada digunakan sebagai tonik kesihatan terutama untuk wanita yang baru lepas bersalin. Agak unik apabila bahagian kulit batang pokok simpoh diambil dan dijadikan ramuan air mandi kerana ia didakwa mampu merawat sakit kulit. Amalan mengambil daun pokok simpun dan dijadikan minuman teh pula memang membolehkan untuk mengatasi masaalah saluran pernafasan. Paling tidak kehebatan pokok simpoh adalah apabila kudup bunganya juga digunakan sebagai bahan untuk merawat luka-luka.


Ada yang mengamalkan dikalangan masyarakat lokal dengan merebus akar pokok simpuh untuk dijadikan minuman yang melegakan sakit perut. Seperti pengalaman penulis blog dahulu rupanya jika daun pokok simpuh dilumatkan bersama dengan daun senduduk merupakan ramuan amat berkesan untuk merawat luka dan cedera. Mereka yang ada masaalah gatal-gatal  kulit boleh mengammbil kulit batang pokok simpoh dihancurkan dan disapukan kepada bahagian gatal. Siapa sangka jika bahagian akar mudanya sesuai digunakan sebagai rawatan sawan dan menjadi penawar kepada masaalah keracunan. Di negara jiran Indonesia pula dilaporkan ada amalan menggunakan daun dan akar simpoh untuk merawat sakit perut, rawatan gatal kulit dan rawatan kepada ibu selepas bersalin atau sedang berpantang. Tidak ketinggalan di Brunei DS diman bahagian pulpa buah simpoh digunakan sebagai shampoo rambut yang berkesan. Apa pun masih banyak penyelidikan tempatan ole pakar sains bagi melihat secara klinikal semua khasiat-khasiat dari pokok simpoh secara berterusan. Penyelidikan paling terkini yang dilaporkan berkaitan dimana ekstrak simpoh air terhadap virus denggi dimana sel C6/36 yang berasal dari Nyamok Aedes albopictus dijangkitkan dengan virus denggi. Sel yang diberi ekstrak simpoh air pada dos berlainan menunjukkan dimana virus denggi berjaya dibunuh. Ekstrak pokok simpoh air dilaporkan menganggu proses penghasilan protin penting dalam pembiakan atau replikasi virus ini. Dalam kajian lain terhadap beberapa sel barah dimana ekstrak akar pokok simpoh dilaporkan kepurusan amat baik dimana ekstrak methanol akar simpoh air mengandungi bahan asid fenolik yang tinngi sebagai bahan antioksidan berkesan. Hebatnya hasil kajian menunjukkan dimana ekstrak ini menunjukkan kesan sitotoksik terhadap sel barah Serviks (HeLa). Hebatnya ekstrak ini dilaporkan amat berkesan merawat masaalah barah payu dara, barah kolon dan juga barah paru-paru. Kesan positif ini didakwa kerana kandungan sebatian semulajadi dalam ekstrak daun simpoh air seperti saponin, triterpina, sterol dan poliferol. Dalam kajian lain dilaporkan dimana ekstrak methanol daun simpoh air menunjukkan akan keupayaanya untuk merencatkan bakteris seperti Bacillus cereus, Bacillus subtilis, Candida ablicans dan juga bakteria jenis Pseudomonas aeruginosa. Dalam sektor pertanian pula penulis blog dimaklumkan dimana tumbuhan simpoh air yang ditanam ditanam bekas lombong hasil kajian menunjukkan ia mampu mengurangan kandungan logam berat didalamnya. Logam berat adalah tidak baik untuk tanaman dan pertanian. Kajian mendapati dimana pokok simpoh mampu menyerap logam berat jenis Nikel (Nc), Mangane (Mn), Kromium (Kr), Zink (Zn) dan Timah (Sn). Pokok simpoh juga dilaporkan sesuai dijadikan agen fitoremediasi yang berkesan bagi logam berat. Fitoremediasi adalah proses yang menggunakan tanaman untuk menghilangkan, memindahkan dan juga menghancurkan kontaminan didalam tanah dan air dibawah tanah. Pada penulis blog yang mengambil masa agak lama membuat rujukkan untuk artikel ini mendapati pokok simpoh air yang selalunya dianggap sebagai rumpai atau tanaman tidak berguna dalam belukar yang terbiar rupanya mempunyai potensi kegunaan yang pelbagai. Kajian berterusn perlu dilakukan oleh saintis bagi menerokai potensi tanaman ini untuk lebih bermanafaat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK SIMPOH.... KURANG DIKENALI....
TUMBUH MELIAR... TUMBUHNYA TINGGI...
PELBAGAI KAGUNAAN... ADA DITELITI...
MEMBACA ARTIKEL... BARU KETAHUI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(26 Ramadan 1444H).
3 HARI LAGI BERPUASA RAMADAN 1444H....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...