Fakta dimana gaharu aroma 'kayangan' amat sesuai dijadikan bahan rujukkan. Fakta ini adalah bagaimana pokok karas yang ditanam di ladang dan matang perlu disuntik inokolum untuk menghasilkan gred tinggi dengan pelbagai teknologi dan adaptasi (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog mendapati ada mereka yang mengatakan pokok karas yang menghasilkan gaharu seperti pokok duit atau wang tumbuh di atas pohon itu semasa tanaman ini menjadi viral dahulu. Ramai peminat tanaman ini yang tahu dimana gaharu menjadi bahan utama dalam cara menghasilkan minyak wangi dan menjadi komoditi penting kepada ekonomi serta selalu mempunyai pelbagai jenis kegunaannya. Bagaimana pun dalam tinjauan penulis blog mendapati ramai mereka yang menanam gaharu kecewa dan gagal untuk mendapatkan pulang seperti jangkaan awal. Antara fakta adalah dimana agak sukar untuk mendapatkan hasil gaharu yang berkualiti dengan gred AAA dengan harga terbaik. Apa pun pada penulis blog 'Gaharu' iaitu sejenis damar atau resin beraroma yang terhasil daripada pokok karas atau Aqualaria sp dari keluarga Thymelaeaceae dimana ia adalah tumbuhan atau tanaman yang amat bernilai tinggi melebihi harga emas. Pernah direkodkan dimana harga gaharu liar boleh mencecah RM10,000 RM100,000 sekilogram (kg), manakala gaharu ladang gred AA dan AAA (harga sekitar RM3,000 - RM4,000 kg); gred A RM2,000 (RM3,000 kg), manakala gred B dan C (RM1,000 - RM2,000 kg). Perlu difahami faktanya dimana proses gaharu terbentuk berikutan tindak balas pokok karas ke atas serangan fungus atau bakteria terhadap luka, retakan atau jangkitan penyakit. Pokok karas yang diserang itu pula kemudian merembeskan resin bagi melindungi bahagian cedera sama ada pada akar, batang atau dahan dimana ia lama-kelamaan menjadi keras seperti kayu yang dinamakan gaharu atau dikenali sebagai Agarwood, Aloeswood atau Eagleswood. Bagaimana pun terkini pokok karas menjadi antara spesies di bawah Convention on International Trade in Endangered Species (CITES), Appendix II iaitu spesies yang terancam. Menyedari gaharu bernilai tahap 'kayangan' dan berpotensi, sejak beberapa tahun lalu, semakin ramai pengusaha menanam pokok karas di ladang. Dilaporkan dinegara jiran Thailand sudah lebih 20 tahun mereka telah menanam pokok karas di ladang dan di Malaysia ia masih baharu. Pokok karas komersil perlu disuntik inokulum yang dibuat selepas pokok berusia lima sehingga enam tahun. Bahan inokulum iaitu sejenis cecair formula untuk disuntik atau diinokulasi pada pokok bagi menghasilkan gaharu.
Apa pun blainan dengan pokok karas liar di dalam hutan dimana ia mampu menghasilkan sendiri gaharu kesan daripada pelbagai faktor termasuk akibat disambar kilat atau pokok sakit. Kini pokok karas yang ditanam di ladang perlu disuntik inokolum yang selalunya dihasilkan sendiri oleh pengusaha yang mahu menghasilkan gaharu. Inokulum adalah sejenis cecair formula disuntik atau diinokulasi pada pokok karas matang yang bertujuan bagi menghasilkan gaharu. Cecair ini hanya boleh disuntik apabila pokok sudah mula matang iaitu selepas enam sehingga tujuh tahun. Pokok ini dibahagian batangnya perlu disuntik oleh pakar berpengalaman kerana ia penting untuk dapat memilih pakar yang terbaik bagi memastikan pokok mampu menghasilkan gaharu berkualiti. Penulis blog pernah membuat tinjauan di lokasi dimana dilaporkan jika terlebih dos suntikan apa yang berlaku adalah pokok karas tersebut boleh rosak seterusnya mati. Dalam kes lain faktanya adalah apabila terkurang dos suntikkan apa yang terjadi adalah pula boleh menyebabkan pokok menjadi kering. Perlu difahami jika selepas disuntik disyorkan agar perlu menunggu selama setahun sehingga tiga tahun (1-3 tahun) lagi supaya gaharu dihasilkan berkualiti. Kualiti atau gred gaharu ladang bergantung kepada tempoh berapa lama gaharu dihasilkan di pokok. Secara teknikalnya dimana semakin lama gaharu itu berada di pokok maka akan semakin tinggi nilainya. Untuk mendapatkan gaharu gred AAA sebaiknya perlu menunggu sekurang-kurangnya tiga tahun selepas disuntik. Ada laporan dimana bagi teknik mendapatkan gaharu ladang dengan gred terbaik ambil masa kira-kira 10 tahun. Beberapa unsahawan yang ditemui nyatakan mengenai tuaian gaharu bagi sebatang pokok ia mampu menghasilkan antara 1 - 2 kilogram gaharu bergantung kepada keadaan dan saiz pokok. Proses menuai dilakukan dengan memotong pokok dengan meninggalkan batang pokok sekurang-kurangnya satu kaki supaya ia dapat tumbuh semula. Proses tersebut dikenali sebagai 'coppice' membolehkan pokok tumbuh semula mampu menghasilkan lagi gaharu dalam tempoh lebih singkat kerana akarnya semakin berusia dan kuat. Kayu karas memang mempunyai pelbagai guna dimana apabila pokok ditebang kemudian dipotong kepada saiz lapan sehingga 12 inci untuk kemudian ia mengasingkan gaharu dengan kayu putih.
Penanaman pokok karas boleh dikatakan mudah asalkan mempunyai ilmu asas pengetahuan, rakan yang bersama dan juga kawasan sesuai serta benih karas terjamin. Pokok yang dijamin benihnya akan menghasilkan resin selepas batang dipotong saiz kecil dan kemudian diracik atau diraut untuk mengeluarkan gaharu. Kemudian selepas menjadi kepingan kecil, ia akan dicuci pada bahagian depan dan belakang, kemudian kepingan itu digelar gaharu. Kayu putih diracik pula boleh menghasilkan pati minyak gaharu digunakan untuk membuat minyak wangi. Baki kayu yang dipotong masih mempunyai bahagian cantik akan dibuat arca gaharu seperti tanduk rusa. Arca terutama berada di bahagian ranting, mempunyai gaharu berkualiti tinggi. Justeru selalu ia sentiasa mendapat permintaan kerana ada nilai estetik dan dijual hingga RM3,000. Apa pun karas juga mampu menghasilkan air suling dan menghasilkan teh daripada daun pokok dikeringkan dan setahun kemudian kopi pracampuran gaharu menggunakan ekstrak daripada daun. Kalangan pengusaha tanaman ini boleh membuat produk ini sebelum proses inokulasi sedia dibuat kepada pokok. Produk seperti air suling gaharu dari hampas pokok karas yang kemudian diproses menjadi ubat nyamuk dan colok. Kini ada antara kepingan gaharu dan pati minyak dieksport ke Arab manakala arca banyak permintaan dari China, Kuwait, Dubai, Australia dan Amerika Syarikat. Dilaporkan ada sebanyak 25 spesies karas di seluruh negara yang sesuai tumbuh di Malaysia, Bangladesh, Bhutan, India, Myanmar, Filipina dan Thailand. Antara spesis terpopular ditanam ada 5 lima spesies karas iaitu Aquilaria malaccensis, Aquilaria hirta, Aquilaria beccariana, Aquilaria rostrata dan Aquilaria microcarpa. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi infoo berguna untuk dijadikan rujukkan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DIDALAM HUTAN... DI TUAI PEMBURU...
MUDAH DITANAM... INOKULASI DULU...
PELBAGAI PRODUK...HARGA MAHAL TU...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 Ramadan 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.