Monday, April 17, 2023

GAHARU DAN FAKTA MENARIK (Part 2)

POKOK GAHARU
(Aquilaria malaccensis) atau pokok karas merupakan sejenis pokok yang hidup subur di hutan tropika dan telah lama ia dimanfaatkan oleh masyarakat dunia sejak zaman dahulu lagi. Semua bahagian pokok gaharu iaitu dari bahagian batang, kulit, daun, bunga, buah dan rantingnya sebenarnya telah digunakan untuk menghasilkan produk minyak wangi, ubat-ubatan, teh hijau dan kosmetik. Pokok gaharu terbaik didakwa daripada Malaysia dari hutan tebal tropika dimana ia telah menerima permintaan baik dari seluruh dunia. Selain itu pokok gaharu boleh ditemui di lain negara seperti di negara Bhutan, Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura dan Thailand. Walau pun memang tidak ada bukti pokok ini tumbuh dan hidup di Iran yang merupakan antara negara yang menghasilkan minyak wangi berasaskan dari kayu gaharu tetapi pembuatannya hebat. Di Malaysia dilaporkan dimana kalangan masyarakat Orang Asli biasanya akan masuk jauh ke dalam hutan untuk mengambil hasil dari pokok gaharu. Mereka melalukan kerja ini untuk mengambil resin yang ada pada batang pokok gaharu (pokok hutan) dan menjualnya bersama-sama dengan hasil hutan yang lain. Bagaimana pun ramai orang yang mengetahui akan harga kayu gaharu dan 'mencurinya' dalam hutan-hutan di Malaysia. Bagaimana pun penanaman pokok gaharu kini telah dilakukan oleh beberapa pihak sama ada syarikat swasta atau individu. Apabila tanaman gaharu mencapai 7-10 tahun ada laporan jika pokok gaharu mempunyai nilai antara RM5,000 hingga RM20,000 sepokok kerana semua bahagian pokok itu boleh diguna untuk pelbagai produk. Di Perak ada sebuah ladang gaharu berskala besar telah mendapat pelanggan dari syarikat minyak wangi terkemuka Asia Barat iaitu Ajmal. Dalam pada itu kisah lain dimana ada terdapat kajian kesesuaian untuk menanam pokok gaharu dijalankan oleh beberapa agensi termasuk Lembaga Getah Malaysia. Kajian ini cuba mengenal pasti sama ada ia sesuai dan boleh menjadi tanaman sesuai sampingan di kebun kelapa sawit dan getah bagi menjana pendapatan alternatif kepada pekebun kecil. Artikel pada petang Sabtu saya menulis lagi dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai beberapa fakta berkaitan dengan pokok dan kayu gaharu untuk dijadikan artikel rujukkan semua pembaca blog ini.


Ramai pembaca ingin mengetahui akan apakah dia k
eistimewaan gaharu sehingga harganya begitu mahal. Penulis blog dapati dimana jumlah pengusaha gaharu di negara kita boleh dibilang dengan jari kerana tidak ramai yang berani mengambil risiko tersebut walaupun diketahui hasilnya dilaporkan ia mampu memberi pulangan lumayan.  Hakikatnya pernah dilaporkan akibat tidak sabar menuai hasil adalah menjadi punca utama kebanyakan orang di Malaysia masih belum ramai yang berani menceburi projek itu. Penulis blog pernah membuat tinjauan di sebuah Projek iaitu Mayldha Gaharu yang dimiliki oleh Ryan Abu Bakar yang berpangkalan di Kampung Tambak Paya, Melaka lama dulu yang merupakan antara yang berjaya membuktikan setiap kesabaran pasti membuahkan hasil lumayan. Beliau dilaporkan sudah boleh tersenyum lebar menikmati hasil teras gaharu dengan menjadikannya pelbagai jenis produk. Pak Ryan yang dibantu ahli keluarganya sudah bekerjasama menghasilkan produk berasaskan teras dan kayu minyak gaharu untuk dipasarkan ke seluruh negara. Sebelum ini dimana dia terlebih dahulu menuai daun pokok gaharu sebagai teh dan kopi selepas setahun menanam pokok itu. Hasil terkini adalah kayu teras dan kayu minyak gaharu pula dituai dan diproses untuk mengeluarkan produk air suling, minyak wangi, sabun, syampu, losen, teh dan kopi. Dilihat dimana 
proses pertama untuk mendapatkan teras dan kayu minyak gaharu adalah menebang dan meracik kayu minyak hingga nampak teras di bahagian dalam batang pokok gaharu. Ia juga dikenali dengan mengikis kayu minyak secara manual untuk mendapatkan teras di bahagian tengah. Jika bernasib baik, kami menemui teras yang mempunyai reka bentuk luar biasa nilainya boleh mencecah harga RM4,300 - RM5,800 sekilogram. Semasa tuaian kali pertama dulu ada ditebang lima batang pokok gred B jenis Mallacencis dan Subintegra untuk dijadikan sampel contoh kepada pengusaha gaharu lain. Selalunya bagi proses seterusnya kayu minyak yang dikikis tadi dimasukkan ke dalam mesin untuk dikisar dan terus dimasak di atas dapur khas selama tujuh hari. Kayu minyak yang dihancurkan akan dimasak bagi proses pengasingan minyak gaharu dan air suling. Proses ini akan berjalan tanpa henti selama 24 jam hingga tujuh hari. Selepas selesai proses pengasingan maka serbuk kayu gaharu akan ditapis dengan air dan dijemur untuk dijadikan setanggi atau dijual dengan harga RM1,800 sekilogram. Dilaporkan sebatang pokok gaharu boleh menghasilkan 10 kilogram (kg) serbuk kayu minyak dan 48 mililiter (ml) minyak pati gaharu.


Dalam proses minyak wangi gaharu akan dihasilkan dengan menggunakan pati minyak gaharu yang sudah diasingkan tadi. Biasanya c
ampuran minyak wangi gaharu diproses sendiri dengan setitik pati gaharu saja sementara harumannya kekal lebih 20 jam sehari. Dilaporkan mengikut harga pasaran dimana minyak wangi gaharu dijual RM100 untuk 1ml. Selalunya selain menghasilkan minyak wangi dari setitik pati gaharu juga boleh dijadikan makanan tambahan. Daei segi pengguna dilaporkan para pembeli makanan ini lebih perlu berhati-hati kerana dilaporrkan dimana  wujud pati minyak gaharu beracun dan bagi memastikan ia tidak beracun maka pati minyak yang dijual tidak berbau hangit. Sementara air suling yang sudah diasingkan daripada pati minyak gaharu itu bermanfaat menghindarkan penyakit kanser, gout, alahan gatal dan paling berkesan merawat resdung. Produk lain selain minyak wangi iaitu produk kosmetik seperti produk sabun, lulur, minyak urut, syampu, losen dan banyak lagi produk berasaskan pati minyak gaharu. Dilihat bagi proses membuat sabun selalunya akan dicampurkan pati minyak gaharu, sabun dan bahan pepejal yang mengandungi minyak kelapa dara untuk dimasak selama beberapa minit di dalam ketuhar gelombang mikro atau periuk selama 15 minit. Proses pembekuan sabun selalunya akan memakan masa enam jam dan sudah sedia untuk proses pembungkusan. Adunan sebanyak 10kg ini boleh menghasilkan 200 buku sabun dan khasiatnya mampu menghindarkan pertumbuhan jerawat, jeragat dan melicinkan kulit muka. Dalam proses menghasilkan teh dan kopi pula berasaskan 100 peratus daun gaharu tanpa campuran bahan kimia. Biasanya dipetik daun gaharu dan menghancurkannya hingga menjadi serbuk sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar panas untuk dikeringkan serta membunuh bakteria. Proses menghasilkan kopi juga sama cuma mereka menambah kopi luak yang diimport dari Indonesia. Kopi dan teh gaharu membantu merendahkan tahap kolesterol, mengurangkan toksik dalam badan, masalah pelawasan atau masalah insomnia. Semua produk dihasilkan menggunakan bahan utama iaitu pati minyak gaharu.


P
okok gaharu ialah pokok yang banyak tumbuh di kawasan tropika seperti Malaysia, Indonesia, dan India. Khasiat pokok gaharu dapat kita peroleh samada dari kulit pokok gaharu, atau teras gaharu, atau dari bahagian dari pokok gaharu. Ada didakwa dimana jenis gaharu India adalah antara gaharu yang terbaik. Pokok gaharu mempunyai banyak khasiat samada dari segi jasmani atau rohani. Antara khasiat pokok gaharu ialah dakwaan ia mampu menguatkan kekuatan akal atau pun otak. Bau dari pokok gaharu yang wangi boleh membantu menguatkan akal diman cara amalan membakar kayu gaharu adalah berkesan. Bagi pelajar yang selalu menghafal sebaiknya mereka digalakkan mencium bau gaharu untuk menambahkan kecekapan minda. Biasanya di pasaran terdapat bekas pembakar khas untuk gaharu yang disediakan bersama arang untuk pembakaran gaharu (Sila lihat foto paling bawah). Gaharu didakwa mampu Menyembuhkan Penyakit dimana dari dahan pokok gaharu ada banyak penyakit boleh diubati seperti masaalah sakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, kanser usus dan sebagainya. Gaharu juga dilaporkan memang bahan yang mampu menghindarkan gangguan makhlus sejak zaman dulu. Ini kerana makhluk halus tidak suka kepada bau gaharu dan membantu dalam proses penyembuhan penyakit. Dalam pada itu ia bermanfaat untuk merawat sakit perut secara membuat minuman teh. Didakwa memang gaharu dapat menenangkan fikiran yang kecelaruan iaitu dengan cara membakar dimana asap dari pembakaran gaharu yang wangi pasti dapat menenangkan fikiran serta didakwa memang ia boleh mengelakkan sihir. Paling selalu diketahui umum dimana gaharu bermanfaat dalam proses pembuatan minyak wangi kerana bau gaharu dapat meningkatkan kekuatan minyak wangi dan menyebabkan minyak wangi bertahan dengan lebih lama. Terdapat banyak minyak wangi di pasaran yang menggunakan gaharu sebagai bahan asas pembuatan minyak wangi. Penulis blog banyak kali melihat bagaimana kayu dari pokok gaharu untuk aktiviti pembuatan tasbih. Dilaporkan tasbih yang menggunakan kayu gaharu lebih kuat berbanding kayu lain walau pun harganya juga agak mahal kerana kualitinya yang tersendiri. Ia juga bermanfaat dalam proses meditasi sebagai pembantu suasana. Bau gaharu dapat menambahkan ketenangan proses meditasi. Apa pun sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar mengenai kehebatan gaharu sebelum menggunakannya. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna untuk dijadikan rujukkan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK KARAS... HASILKAN GAHARU...
DIDALAM HUTAN... DI TUAI PEMBURU...
MUDAH DITANAM... INOKULASI DULU...
PELBAGAI PRODUK...IA DARI KAYU...  

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 Ramadan 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.