Support My Blog

Monday, May 1, 2023

TEKNOLOGI ANALISA DAUN KELAPA SAWIT

TEKNOLOGI ANALISA DAUN KELAPA SAWIT
merupakan satu teknologi penting didalam mempastikan pembajaan tanaman kelapa sawit (Elaeis guineensis) dapat dilakukan dengan lebih tepat. Apa pun pengurusan baja merupakan fasa penting dalam amalan agronomi penanaman kelapa sawit. Sebelum membeli dan mempastikan jenis baja yang hendak digunakan perlukan maklumat tentang kekurangan baja melalui proses analisa khas yang dikenali sebagai analisa daun. Pemilihan baja berkualiti tinggi dan boleh digunakan mengikut kesesuaian akan membolehkan pokok kelapa sawit tumbuh dengan sihat untuk menghasilkan tandan buah yang banyak. Memang terdapat pakej pembajaan standard yang disediakan oleh banyak pihak boleh dijadikan asas didalam pembajaan tanaman kelapa sawit. Kadar ini adalah umum dan sebaiknya diperhalusi kerana ookok sawit sebenarnya memerlukan baja berlainan jika pokoknya berlainan umur, faktur jenis tanah, aspek pengurusan tanaman dan aspek lain. Dari beberapa laporan dinyatakan tanaman sawit yang berumur 4 sehingga 6 tahun apabila diberikan amalan pengurusan baja yang sesuai dimana setiap pokok mampu menghasilkan jumlah tandan buah dengan purata 16 - 17 tan. Ini merupakan satu kes hebat dimana ia adalah memuaskan. Penulis blog pernah ke sebuah kebun sawit di Seremban, Negeri Sembilan dimana petani yang memilih untuk tujuan menggunakan siri baja Eropah berkualiti tinggi yang diimport boleh dijadikan contoh. Pemberian baja kelapa sawit dibuat setiap 3 bulan dan beliau secara berurutan menggunakan formula Uneka-B12-11-18-3MgO + TE. Baja ini yang mana ia mempunyai kandungan Boron (B) dan Magnesium (Mg) yang tinggi untuk meningkatkan proses berbuah dan pokok berbunga. Ditambah pula dengan formulasi baja yang tinggi kamdungan kalium iaitu 5-9-32-2 + 7S + 9CaO + TE didakwa mampu menghasilkan buah yang lebih banyak. Baja asas biasa yang digunakan seperti NPK 15-15-6-4 + TE dilihat dapat meningkatkan pertumbuhan akar. Kaedah ini akan membolehkan pokok kelapa sawit mencapai saiz optimum bagi menahan berat tandan buah dan menghasilkan hasil tanaman yang banyak. Amalan menetapkan kuantiti baja pada kadar 2kg setiap pokok dan baja organik 2 - 3 kali setahun bagi memelihara keadaan tanah optimum untuk penyerapan nutrien yang optimum oleh pokok sawit. Bagaimana pun teknik terbaik didalam menentukan kadar pembajaan kepada tanaman sawit adalah melalui analisa daun kelapa sawit. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya kongsikan bagaimana cara dan teknologi membuat analisa daun sawit untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Penulis blog sering juga ditanya rakan-rakan dan penanam sawit b
agaimana cara melakukan analisis daun kelapa sawit. Walau memang ia agak mudah dilakukan akan tetapi cara untuk dapat menjalankannya perlu bertul mengikut prosedur ditetapkan. Daun pokok kelapa sawit yang dewasa selalunya berbentuk pinnate. Pelepah sawit mempunyai daun yang banyak jumlahnya dimana prose pengambilan daun perlu dilakukan dengan teat untuk dianalisa di makmal.  Apa pun asasnya dimana tujuan utama analisis daun kelapa sawit adalah untuk menentukan jenis baja dan dis yang paling tepat untuk diberikan kepada tanaman kelapa sawit. Teknologi ini juga akan dapat mengetahui banyaknya jumlah keperluan nutrien yang diperlukan oleh pokok kelapa sawit. Teknologi ini lazimnya boleh mendapatkan meklumat mengenai kaedah hasil kajian dari pelepah pertama, ketiga, kesembilan dan ketujuh belas serta dapat menilai keadaan kebin sawit dilihat secara visual dimana boleh juga membuat sampel kering untuk dianalisa di dalam makmal. Apa yang penulis blog belajar dan diamalkan dikebanyakkan ladang sawit dimana sebenrnya ada lima (5) langkah didalam menganalisis daun kelapa sawit. Langkah 1 adalah bagaimana Penentuan Lokasi Percontohan dijalankan dengan betul. Aktiviti Leaf Sampling Unit (LSU) boleh ia dilakukan sama ada pada setiap blok yang berbeza mahupun gabungan dari beberapa blok kelapa sawit yang memiliki persamaan. Penentuan blok yang akan dijadikan kawasan sampling (percontohan) seharusnya memenuhi syarat yang dapat mewakili keadaan di blok-blok tanaman sawit yang lain. Penentuan blok lokasi pengambilan sampel daun ini juga perlu didasarkan pada random sampling dan perancanagan yang akan dilakukan untuk sampling daun. Perancangan rapi akan memudahkan aktiviti mengambil sampel daun sawit yang tepat dan mengikuti peraturan.


Seterusnya adalah Langkah 2 iaitu Mempersiapkan Peralatan dan juga Kelengkapan untuk aktiviti didalam pengambilan sampel daun. Beberapa peralatan yang dibutuhkan untuk tujuan ini adalah alatan seperti Sabit, Pengait, Gunting, Plastik Pembungkus dan juga alatan Tulis sert Buku Rekod. Sebagai bekas membawa dan menyimpan sampel daun dapat digunakan karung plastik dan diperlukan buku catitan atau borang dalam fail penelitian kebun sawit tersebut agar sistematik dan tidak tertukar sampel daun kelak. Alatan yang lain adalah keperluan alat seperti Kompas, Peta Lokasi, Label Penanda dan parang panjang yang sesuai. Peralatan lain adalah di makmal dan ini termasuk kapas, ketuhar atau oven dan juga aquadest. Seterusnya bagi Langkah 3 adalah aktiviti Penentuan Pokok Tanaman Sampling/Percontohan dimana memang terdapat syarat khas yang harus dipenuhi dari pokok kelapa sawit yang akan dijadikan sebagai sampling. Pokok tersebut harus dalam keadaan sihat dan diperiksa ia mesti tumbuh secara normal. Pokok sawit sampling ini juga bukan merupakan bukan pokok sulaman dan ia juga sebaiknya tidak berada dikawasan perbatasan dengan kampung dengan jalan, parit atau sungai berdekatan. Pokok kelapa sawit sampling ini juga sebaiknya tidak bersebelahan dengan pohon sisipan serta tidak terserang penyakit atau perosa semasa pemeriksaan pokok. 
Seterunya langkah ke 4 adalah Penentuan Daun Contoh yang Diambil dimana pada tanaman sawit yang dipilih untuk samplingnadalah daun  yang akan diambil adalah daun nombor 17. Bagaimana pun bago cara sampling daun bagi tanaman kelapa sawit yang belum menghasilkan buah boleh diambil dari daun nombor 9 (Sila lihat foto disebelah). Sementara pada tanaman yang ditanam dikawasan tanah gambut (peat soil) perlu dilakukan pula cara pengambilan sampel daun nombor 3 untuk diteliti kekurangan unsur nurien atau zat mikro pada tanaman sawit tersebut. Apa pun perlu diketahui dimana daun kelapa sawit mempunyai susunan daun 1/8 iaitu linkaran atau spiralnya berputar ke kiri atau berpusing ke kanan. Selalunya daun nombor satu adalah daun yang paling muda dan telah terbuka seluruhnya. Daun nombor tiga berada di antara daun pertama dan daun keenam sesuai dengan susunan spiral dari tanaman tersebut. Dalam pada itu daun ke-9 bertempat di sudut yang sama dengan daun pertama akan tetapi agak ke kanan pada spiral kiri atau agak ke kiri pada spiral kanan.


Akhir sekali didalam menjalankan aktiviti persampelan daun kelapa sawit adalah l
angkah 5 iaitu bagaimana Prosedur Pengambilan Sampel Daun. Sebaiknya bagi tujuan dalam mengambil contoh sampel daun adalah perlu mendapatkan dulu nombor daun sawit yang akan diambil. Kerja ini tidaklah sukar bagi petugas yang sudah mahir akan tetapi sukar kepada petugas baru dan perlu sentiasa diawasi. Seterusnya dipotong pelepah daunnya akan tetapi bila masih bolej ia dijangkau bahagian pelepah dengan cara dikait saja (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya boleh diambil 4 anak daun dari pucuk atau hujung daun yang mendatar pada kedudukan dibahagian tengah pelepah (Sila lihat foto paling atas sekali). Daun ini kemudian boleh dikenali dengan adalnya tanda ada duri atau seperti bentuk ekor mengkarong pada pelepah kelapa sawit tersebut. Jumlah anak daun yang perlu diambil sebanya 2 helai iaitu dari sebelah kiri dan 2 helai daun dari sebelah kanan. Kemudian proses berikutnya adalah membuang 1/3 bahagian pangkal dan hujung anak daun tersebut sehingga yang akan dihantar ke makmal atai digunakan hanya 1/3 bahagian tengah atau panjang sekitar 20 cm sahaja. Sebaiknya dibelah dua daun tadi untuk membuang akan bahagian tenah lidinya. Seterusnya saampel daun sawit ini perlu disimpan daun sebelah kiri dalam karung atau beg plastik bagi daun bahagian kiri dan didalam karung sebelah kanan plastik bagi daun sebelah kanan. Jangan lupa untuk memberikan kod rujukkan pokok dalam plot atau blok termasuk maklumat mengenai nombor daun, tahun tanam, nombor blok dan tarikh mengambil sample daun. Tutup dengan kemas didalam e=bekas sebelum sampel daun yang sudah lengkap ditandakan ini ke makmal untuk analisa lanjut. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TEKNOLOGI ADA... DAUN DI ANALISA...
PERSAMPELAN DAUN... ADA CARANYA...
DAUN DI PILIH... IKUT PIAWAIANNYA...
ANALISA MAKMAL... SYOR JENIS BAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 Syawal 1444H).
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...