Support My Blog

Wednesday, May 17, 2023

KENALI KOPI TERBAIK - INFO BERGUNA

KOPI (Coffee)
 adalah sejenis minuman yang berasal daripada biji benih buah dari tanaman pokok Kopi (Coffea spp) yang dipanggang dan dihancurkan menjadi serbuk (powder). Apa pun pada penulis blog yang menulis banyak artikel mengenai kkopi mendapati dimana serbuk biji kopi ini kemudiannya akan dicampurkan bersama air panas dan sedia untuk diminum begitu sahaja atau dicampur dengan bahan lain. Pada penulis blog minuman kopi susu menjadi pilihan penting dan suka meminumnya terutama semasa sarapan pagi. Minuman ini yang berasaskan biji kopi ini juga biasanya akan disertakan bersama bahan-bahan lain seperti susu, krim dan gula dimana ia dapat menghasilkan minuman berperisa pahit manis. Kini generasi baru teruja kerana minuman kopi ini dimana semakin ramai penggemarnya yang tersendiri oleh kerana kandungan bahan peransang kafien yang terdapat di dalamnya. Malah ada individu-individu yang menyediakan sudut kopi ekslusif di kediaman mereka bersama coffee maker supaya mereka dapat menikmati minuman ini pada bila-bila masa. Kini memang terdapat pelbagai cara pembuatan air kopi sama ada dinikmati secara panas, sejuk atau dihancurkan bersama ais (ice-blended) serta digabungkan bersama toppings seperti boba pearl, jelly, dan bijirin. Malah kewujudan kedai dan kafe berasaskan kopi yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan menambahkan pelbagai variasi serta perisa kopi untuk dicuba oleh si pecinta kopi. Dari kepelbagaian menu minuman kopi  yang diinovasikan berasaskan kopi pada penulis blog dimana secara umum perisa utama yang sering menjadi pilihan adalah seperti kopi Cappucino, Latte, Mocha, Americano, Esspresso dan Machiato. Bagaimana pun dilihat terdapat juga pilihan lain berdasarkan kepada aspek pemprosesannya seperti kopi segera tiga dalam satu, kopi kisar halus (powder) atau kasar (granules), dan biji kopi original yang perlu di kisar sendiri terlebih dahulu. Bukan itu sahaja fakta menarik mengeni kopi dimana industri ini sudah menjadi lebih dari sekadar sebuah minuman sahaja tetapi mempunyai nilai pasaran tinggi serta gaya hidup yang dikelasnya sendiri. Ia telah berinovasi dari menjadi minuman berkafien kepada sebuah fenomena global. Populariti kopi mendapat pengiktirafan masyarakat diperingkat antarabangsa sehingga menjadi antara perisa pilihan dalam makanan komersial seperti kek, kuih, roti, ais krim, dan pelbagai lagi menu lain. Kini selain dari bahagian biji ada produk berasaskan kepada bahagian daun dan batang pokok kopi turut dikomersialkan dan dijual dalam bentuk cenderahati, minyak wangi, aromaterapi, penghilang bau, penanda buku, serta sebagai dekorasi hiasan dapur. Dilaporkan dimana kini dalam bidang perubatan bahan kopi juga menjadi salah satu alternatif penyembuhan penyakit manakala di dalam bidang fitness atau kecergasan aktiviti pengambilan kopi dengan kadar yang bersesuaian terbukti dapat membantu didalam cara meningkatkan metabolisma badan seterusnya memberi kesan positif dalam proses pembakaran lemak. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat mengenai beberapa jenis kopi terbaik untuk ianya dijadikan bahan rujukkan pembaca semua. 


Dilaporkan ada terdapat lebih dari 100 spesis biji kopi yang direkodkan dengan baik di seluruh dunia dimana diantara spesis biji benih kopi utama yang yang sering dikomersialkan adalah Jenis Kopi Arabica (Coffea arabica), Kopi Robusta (Coffea robusta) dan Kopi Liberica (Coffea liberica). Biji-biji benih kopi ini datang dari pelbagai saiz, bentuk, warna dan juga perisa yang mana ia bergantung kepada kawasan dan keadaan di mana biji benih itu dihasilkan daripada spesis kopi yang di tanam. Antara beberapa negara pengeluar kopi dunia adalah seperti Colombia, Brazil, Vietnam, Indonesia dan beberapa buah negara lain. Pengguna kopi terbesar di dunia adalah Amerika Syarikat dimana minuman ini menjadi minuman penting. Antara faktor yang di 
nilai dalam kualiti penghasilan biji kopi adalah faktor ketinggian (altitude) kawasan tanah di mana pokok kopi yang ditanam dikawasan tanah tinggi lazimnya dari jenis Arabika dan Robusta yang mampu menghasilkan bunga dan buah terbaik. Dari segi amalan agronomi dimana pokok kopi yang ditanam dikawasan tanah tinggi ini dalam keadaan suhu agak rendah akan mempengaruhi secara lansung kadar kualiti buah dan biji kopi serta biji kopi yang dihasilkan. Penulis blog akan paparkan empat (4) jenis kopi untuk dikenali demi memberikan info berguna kepada semua pembaca blog ini.


1. KOPI ARABIKA
Kopi Arabika (Arabica coffee) merupakan sejenis kopi cukup terkenal dan memiliki banyak varieti. Kopi arabika merupakan kopi tradisional yang rasanya dianggap paling enak oleh ramai para penggemar minuman kopi diseluruh dunia. Biji kopi arabika memiliki ciri-ciri ukuran biji yang lebih kecil dibandingkan biji kopi jenis robusta dimana dari segi analisa makmal dilaporkan tahap kandungannya kafeinnya lebih rendah, rasa dan aromanya lebih nikmat dan lembut. Jenis kopi arabika didakwa ia mempunyai beberapa varieti yang terkenal dimana direkodkan ia termasuk Jenis Kopi Colombia (Colombian coffee). Ada dilaporkan dimana kopi ini adalah di antara varieti kopi arabika ini pertama kali diperkenalkan di Colombia pada awal tahun 1800 lagi dan disebarkan oleh penjajah diseluruh dunia. Dilaporkan dimana jika kopi ini terus digoreng ianya akan menghasilkan satu rasa dan aroma yang kuat. Sudah lama dimana negara Colombia adalah penghasil kopi kedua terbesar di dunia setelah negara Brazil dimana rekod terkini menunjukkan pengeluarannyan kopinya sekitar 12% dari kopi di dunia. Jenis Kopi Colombian Milds juga ianya dilaporkan sebagai jenis kopi yang terkenal yang ada ditanam di negara Colombia, Kenya dan Tanzania. Semua tanaman kopi ini jugaa adalah jenis kopi arabika yang telah diproses secara baik untuk kopi premium. Jenis Guatemala Huehuetenango pula dilaporkan sebagai tanaman kopi yang ditanam pada kawasan dengan ketinggian 5,000 kaki di bahagian utara negara Guatemala. Seterusnya adalah Jenis Kopi Ethiopian Yirgacheffe dimana jenis kopi ini adalah spesis kopi arabika yang berasal dari kawasan Yirga Cheffe di Sidamo (Oromia) iaitu di negara Ethiopia. Tidak ketinggalan dilaporkan dimana Jenis Kopi Hawaiian Kona yang mana ia ditanam di kaki pegunungan Hualalai di kawasan Kona di Hawaii. Kopi jenis ini telah diperkenalkan pertama kali di Hawaii oleh Chief Boki iaitu Guvernor Oahu pada 1825. Seterusnya adalah kopi arabika dikenali sebagai Kopi Jamaican Blue Mountain yanga mana ia berasal dari Blue Mountains, Jamaica. Kopi ini memiliki harga yang mahal disebabkan oleh jenama yang sangat popolar. Bagaimana pun disebelah sini dimana jenis kopi arabika juga ada yang berasal dari Indonesia termasuk jenis Kopi Jawa (Java coffee) yang berasal dari Pulau Jawa dimana kopi ini sangat terkenal sehingga nama Jawa menjadi nama identiti untuk kopi ini. 
 

2. KOPI ROBUSTA

Kopi Robusta merupakan jenis kedua terpopular di tanam dan diedarkan diseluruh dunia. Kopi jenis ini selalunyai mempunyai ciri bijinya sedikit lebih kasar apabula ujirasa di lidah dimana rasanya lebih manis seperti coklat. Dasi aspek penanaman dimana jenis kopi Robusta sesuai pula tumbuh dan hidup di kawasan tanah dengan ketinggian 400 - 700 meter dari paras laut dengan purata suhu sekitar 21 - 24°Celcius. Malaysia ada sedikit menanam kopi robusta iaitu di Sabah sebagai salah satu jenis kopi selepas jenis liberica. Dari segi perbezaannya dimana tanaman pokok kopi robusta selalunya ia tidak mudah rosak oleh penyakit dan serangga perosak. Dari segi penghasilan dilaporkan dimana jenis kopi ini lazimnya akan memberikan penghasilan sehektar lebih tinggi dengan kos pengeluarannya yang agak rendah berbanding varieti kopi lain. Kopi Robusta merupakan jenis biji kopi yang paling banyak diproses untuk menjadi kopi instant (larit dalam air) kerana dilaporkan ia mempunyai ciri kadar kafeinnya yang agak tinggi dan amat sesuai diminum semasa perlu suntikan tenaga dalam badan dengan cepat. Dari beberapa laporan dimana antara jenis atau varieti kopi robusta yang popular dihasilkan seperti Kopi Luwak dari Indonesia dan Kopi Alamid dari Filipina. Malaysia mengimport biji kopi robusta dengan jumlah yang tinggi untuk kegunaan beberapa kilang bagi menghasilkan kipi tiga dalam satu yang merupakan produk terkenal diseuruh dunia.


3. KOPI LIBERICA
Kopi liberica dilaporkan ia berasal dari Liberia, Afrika Barat dan ada di tanam di banyak negara Asia Tenggara termasuk di Malaysia. Tanaman kopi liberica sesuai ditanam dan tumbuh dengan baik dengan pokoknya mampu mencapai ketinggian sehingga 9 meter dari tanah jika tidak dicantas. Secara umumnya dimana jenis kopi ini memiliki ukuran daun, bunga, cabang, buah dan pokok yang lebih besar jika ia dibandingkan dengan jenis Kopi Arabica dan Kopi Robusta. Dilaporkan dimana isu kopi liberika agak mudah diserang (rentan)  terhadap penyakit HV (Hemileia vastratix) atau penyakit karat daun yang berlaku di kawasan tropika. Walau pun dilaporkan dimana kopi liberica umumnya mempunyai kualiti buah yang relatif rendah tetapi kehebatannya adalah dimana kopi jenis liberica mampu untuk menghasilkan buah sepanjang tahun dan dapat tumbuh dengan baik di kawasan dataran tanah rendah. Kopi liberica mempunyai beberapa ciri atau karakteristik unik seperti ukurannya bijinya lebih besar dari kopi arabica dan kopi robusta sehingga ada digelar sebagai jenama 'Elephant Coffee' di Malaysia. Kopi liberica yang mempunyai saiz mampu berbuah sepanjang tahun walau pun ia dilaporkan mempunyai kualiti buah relatif rendah dengan keadaan ukuran buah tidak merata amat diminati oleh penduduk tempatan. Di Malaysia jenama seperti Kopi 434 di Muar Johor yang menggunakan kopi Liberica merupakan diantara jenama kopi tempatan yang agak terkenal di selatan tanah air. 
 

4. KOPI EXCELSA
Tidak ramai pembaca blog ini yang ada mengenali Kopi Excelsa (Coffee excelsa) yang dilaporkan ia berasal dari Afrika Barat iaitu ditemui dekat Danau Chad. Kopi jenis Ekselsa ini kurang ditanam kerana ia sesuai untuk ditanam dikawasan yang iklimnya dataran rendah yang basah. Kopi jenis ini sangat mudah ditanam dan dijaga kerana ia tidak mudah diserang perosak dan penyakit tetapi hasilnya agak rendah. Kopi jenis ini kurang dikomersilkan dipasaran antarabangsa dan selalunya digunakan oleh masyarakat tempatan sahaja. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
MINUMAN KOPI... POPULAR DIDUNIA....
PALING HEBAT... TENTUNYA ARABIKA...
KOPI ROBUSTA... DAN KOPI LIBERIKA...
MENJADI KOMERSIL...BANYAK JENAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Syawal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...