Thursday, September 30, 2021

VARIETI PADI MR315 - KENALI DIA

VARIETI PADI MR 315
(Oryza sativa) merupakan varieti baharu hasil pembiakbakaan oleh pihak MARDI yang telah dibangunkan menggunakan kaedah kacuk-ulang antara titisan padi Y1512 (MR 256) dan MR 253 sebagai induk ulangannya. Kacukan dilaksanakan pada musim luar 2006/2007 diikuti dengan pemilihan pedigri dan penilaian hasil di MARDI Seberang Perai yang kemudiannya dimajukan untuk penilaian G × E di jelapang padi utama. Secara amnya dimana padi varieti MR 315 adalah matang awal (105 - 109 hari), pokok yang rendah (103.3 - 106.3 cm), pengisian biji bernas per tangkainya sekitar 88.3 - 88.6% dan berat seribu biji sekitar 29.5 - 30.0 gram. MR 315 dilaporkan mempunyai beras yang panjang dan tirus, kandungan amilosanya sederhana (22.6 - 23.0%) dan penghasilan beras kepala melebihi 80%. Tambahan pula didakwa padi varieti MR 315 menunjukkan kerintangan yang baik kepada karah tangkai serta sederhana rintang kepada penyakit karah daun dan hawar daun seludang. Penilaian di multi-lokasi menunjukkan hasil bersih tertinggi direkodkan di Telok Chengai (Kedah), Arau (Perlis) dan Sungai Besar (Selangor) yang masing-masing menghasilkan 7.16 tan/ha, 7.11 tan/ha dan 6.98 t/ha. Percubaan di penentusahan setempat (LVT) dimanapadi varieti MR 315 merekodkan hasil yang baik di Sungai Besar dan Simpang Lima, Barat Laut Selangor yang mana masing-masing menghasilkan 8.3 t/ha dan 7.5 t/ha. Analisis model AMMI dan GGE menunjukkan MR 315 kurang sensitif dan stabil kepada faktor persekitaran dan oleh itu varieti padi ini dianggap mempunyai adaptasi yang baik dan boleh disyorkan penanamannya di kebanyakan kawasan jelapang padi diseluruh Malaysia. Artikel tenghagari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai temuan varieti baru padi MR315 setelah merujuk kepada e-bulletin MARDI dan beberapa akhbat tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan anda pembaca blog semua.

Varieti baru padi MR 315 mempunyai ciri daun pengasuh tegak dan pendek (Sila lihat foto disebelah). Varieti ini dikategorikan sebagai matang awal iaitu sekitar 105 -109 hari dengan purata ketinggian pokok ialah 103.3 - 106.3 cm iaitu lebih rendah jika dibanding dengan varieti padi MR 284 (121.6 - 127.8 cm). Manakala daei segi purata bilangan biji bernas per tangkai ialah sekitar 132 - 136 biji berbanding dengan MR 284 iaitu 151 - 163 biji. Ia juga mempunyai peratusan pengisian biji bernas per tangkai yang baik iaitu 88.3 - 88.6% dengan purata berat seribu biji 29.5 - 30.0 gram. Kelebihannya dapat dilihat pada bilangan tangkai per rumpun yang banyak (15 - 19 tangkai) berbanding dengan MR 284 (12 - 16 tangkai). Varieti MR 315 mempunyai panjang beras melebihi 6.21 mm dan dikategorikan sebagai beras panjang dan tirus yang mana nisbah panjang dan lebar beras melebihi nilai 3.0. Ciri-ciri ini memenuhi keperluan pengguna dan bersesuaian dengan pasaran tempatan. Peratusan perolehan pengilangan dan beras kepala juga baik iaitu masing-masing melebihi 60 - 80%. Kandungan amilosa adalah sederhana iaitu sekitar 22.6 - 23.0%, konsistensi gel ialah 32.0 - 34.0 mm dan nilai pecahan alkali sekitar 6.8 - 7.0 yang memberikan cita rasa nasi yang setara seperti MR 284.

Padi MR315 ini juga dilihat dari segi tahap kerintangan penyakit dan perosak. Varieti padi MR 315 adalah rintang kepada penyakit karah tangkai serta sederhana rintang kepada penyakit karah daun dan hawar seludang. Kelebihan ini dapat mengurangkan penggunaan fungisid untuk mengatasi serangan ketiga-tiga jenis penyakit ini. Namun demikian, perhatian khusus perlu diberikan kepada pencegahan serangan penyakit hawar daun bakteria dengan menggunakan racun kimia yang berunsurkan kuprum pada peringkat pembentukan tangkai hingga tangkai terbit kerana varieti ini didapati sederhana rentan kepada penyakit tersebut. Penggunaan baja berunsur nitrogen yang berlebihan perlu dielakkan serta aplikasi baja mestilah mengikut peringkat pertumbuhan tanaman dan kadar baja yang disyorkan. Varieti ini juga sederhana rentan kepada serangga benah perang dan langkah pencegahan awal perlu diberi perhatian. Varieti ini juga tidak disyorkan untuk ditanam di kawasan yang mengalami masalah penyakit merah virus kerana ia adalah  sederhana rentan terhadap penyakit tersebut. 
Syor pembajaan dan pengurusan tanaman dimana aspek pengurusan tanaman bagi varieti MR 315 ini adalah seperti yang disyorkan dalam Manual Penanaman Padi Lestari (2008). Kadar baja yang disyorkan ialah 100 kg N: 42 kg P2O5: 100 kg K2O/ha dengan masa aplikasi baja semasa tiga peringkat iaitu pada peringkat vegetatif, pembentukan tangkai dan tangkai terbit (Jadual 4). Ia dapat mengurangkan masa aplikasi baja dan kos upah membaja. Bagi kaedah menanam mencedung, aplikasi baja disyorkan pada hari kelima, 15 - 20 dan 35 - 40 hari lepas tanam. Manakala bagi kaedah tabur terus disyorkan aplikasi baja disyorkan pada 15 hari, 25 - 30 hari, 45 - 50 hari dan 65 - 70 hari lepas tabur. Untuk tujuan menggalakkan pengisian biji sebaiknya alukan semburan baja dedaun/foliar yang mengandungi unsur kalium juga disyorkan pada hari 60 - 65 hari lepas tanam atau 65 - 70 hari lepas tabur.

Prestasi hasil dipercubaan penentusahan setempat (LVT) dimana hasil kajian mendapati varieti padi MR 315 adalah berpotensi untuk memberikan pulangan hasil yang baik kepada pesawah dan juga petani. Berdasarkan kepada potensi hasil yang dicapai semasa percubaan penentusahan setempat dimana ia memperoleh hasil yang baik di Sungai Besar dan Simpang Lima di Barat Laut Selangor iaitu masing-masing merekodkan purata hasil bersih 8.3 t/ha dan 7.5 t/ha. Manakala purata hasil bersih di kawasan sederhana subur seperti di Mulong, Teratak Pulai, Bukit Mertajam dan Penaga adalah pada julat 5.6 - 6.6 t/ha. Secara amnya, purata hasil keseluruhan kawasan ialah 6.2 t/ha dan setara dengan varieti popular semasa MARDI Siraj 297 (MR 297). Varieti padi MR 315 mampu menjana pendapatan yang lebih baik kepada pesawah. Berdasarkan kepada hasil tuaian penanaman peningkatan skala di Pantai Kamloon IADA Pulau Pinang pada musim utama 2019/2020, pendapatan bersih yang akan diperoleh oleh petani sekiranya menanam varieti padi baharu ini ialah RM7,071.90/ha. Dengan menggunakan pakej subsidi pula, anggaran purata pendapatan bersih petani ialah RM5,750.76/ha (Jadual 5). Penggunaan varieti MR 315 dijangka dapat menjimatkan kos operasi (upah membaja) sebanyak RM100/ha dengan masa aplikasi pembajaan baja pada tiga peringkat sahaja (peringkat vegetatif, pembentukan tangkai dan tangkai terbit) berbanding dengan amalan pakej pembajaan subsidi. Namun demikian, terdapat pertambahan kuantiti pada baja MOP dengan implikasi kos sebanyak RM93 dan perbezaan keseluruhan kos pengeluaran adalah dikira sebanyak RM7. Selepas pemutuan dimana hasil bersih yang diperoleh dengan menggunakan pakej pembajaan MR 315 adalah sebanyak 6.26 t/ha berbanding dengan pakej subsidi iaitu sebanyak 5.42 t/ha. Dengan perbezaan hasil sebanyak 840 kg yang dijangka mampu menjana pertambahan dalam pulangan sebanyak RM1,317.40/ha. Anggaran perbelanjaan separa yang diunjurkan menunjukkan terdapat faedah yang akan dinikmati petani dan juga implikasi kos yang akan ditanggung sekiranya menggunakan varieti MR 315 dalam penanaman padi mereka. Sebagai kesimpulan dimana varieti padi MR 315 telah dihasilkan melalui kaedah kacuk-ulang antara titisan padi Y1512 dan varieti ulangan (recurrent parent) MR 253. Ia mempunyai kelebihan rintang penyakit karah tangkai dan ciri kualiti yang bersesuaian dengan pasaran tempatan. Secara amnya, hasil tuaian adalah setara dengan varieti MR 284 dan MARDI Siraj 297 iaitu kurang dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan boleh disyorkan untuk ditanam di kawasan sederhana subur. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
PADI MR315... MARDI BIAKBAKA...
HASIL TINGGI ...LEBIH 7 MT/HA ....
CEPAT TUMBUH... AWAL TUAINYA...
BAKA BARU... PESAWAH SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Safar 1443H).

Wednesday, September 29, 2021

PENYAKIT HAWAR DAUN KELADI - KAJIAN

SERANGAN HAWAR DAUN KELADI
merupakan salah satu masaalah yang dihadapi oleh petani di Malaysia  dimana satu laporan kajian dijalankan oleh saintis MARDI. 
Tanaman keladi juga tidak terkecuali daripada ancaman perosak serta penyakit dan mudah dijangkiti oleh 10 jenis penyakit serta perosak utama di serata dunia. Antara penyakit tersebut adalah seperti Penyakit Hawar Daun atau ‘taro leaf blight’ (TLB) yang berpunca daripada kulat Phytophthora colocasiae yang merupakan ancaman utama tanaman keladi. Penyakit ini akan mengurangkan kawasan daun untuk proses fotosintesis dan juga bilangan daun berfungsi yang lain (Sila lihat foto diatas). Keadaan ini boleh mengurangkan hasil ubi sehingga 50% dan daun sehingga 95% bagi varieti yang mudah dijangkiti. Pada penulis blog yang telah menulis lebih dari 45 artikel mengenai keladi mendapati dimana keladi atau nama saintifiknya Colocasia esculenta (L.) Schott adalah antara satu spesies tanaman makanan ruji bagi masyarakat di rantau Asia Pasifik seperti Fiji, Papua New Guinea, Palau dan Filipina. Apa pun sejak dahulu dimana di Malaysia dimana tanaman keladi merupakan salah satu tanaman alternatif yang mempunyai kandungan kanji yang tinggi. Keseluruhan bahagian tumbuhan termasuk ubi, rizom, batang, daun dan bunga boleh dimakan dan mengandungi kanji yang tinggi. Pengeluaran keladi di Malaysia pada 2018 adalah sebanyak 4,641 tan dan nilai ini amatlah kecil jika dibandingkan dengan pengeluaran bagi tanaman umbisi lain seperti ubi kayu dan ubi keledek (Sumber data: Laporan Booklet Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Bagi memenuhi permintaan pengguna di Malaysia dilaporkan iaitu ubi keladi diimport dari China dan Thailand dengan jumlah nilai import masing-masing sebanyak 3,041,430 kg dan 1,665,820 kg. Ini menunjukkan terdapat permintaan yang agak tinggi bagi sayuran keladi di Malaysia. Berdasarkan kajian sosio-ekonomi Malaysia, keladi amat berpotensi untuk diketengahkan kerana mampu meningkatkan pendapatan para petani yang sedia ada menanamnya di halaman rumah dan kebun. Di Malaysia apa yang penulis blog tinjau dimana keladi ditanam di tepi paya, kawasan teres bersaliran dan/atau di atas tanah kering untuk kegunaan harian dan pasaran tempatan. Artikel malam Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya tulis semula satu laporan kajian mengenai kajian oleh saintis MARDI mengenai penyakit hawar daun keladi untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.

Ubi keladi pada penulis blog memang kaya dengan kanji dan digunakan sebagai sayur-sayuran dan makanan ringan (kerepek keladi dan sebagainya). Di samping itu juga biasanya tanaman ini mempunyai nilai perubatan yang boleh mengurangkan tuberculosis, ulser, paru-paru berair dan jangkitan kulat. Nilai pemakanan keladi pula adalah lebih tinggi berbanding dengan tanaman ubian lain berdasarkan kandungan protein, mineral, serat, fosforus dan besi. Ubi keladi juga digunakan dalam pelbagai industri untuk penyediaan sirap tinggi fruktosa dan alkohol. 
Tanaman keladi juga tidak terkecuali daripada ancaman perosak serta penyakit dan mudah dijangkiti oleh 10 jenis penyakit serta perosak utama di serata dunia. Antara penyakit tersebut adalah penyakit hawar daun atau ‘taro leaf blight’ (TLB) yang mana ia berpunca daripada kulat seperti  Phytophthora colocasiae yang juga merupakan ancaman utama tanaman keladi. Penyakit ini akan mengurangkan kawasan daun untuk proses fotosintesis dan juga bilangan daun berfungsi yang lain. Keadaan ini boleh mengurangkan hasil ubi sehingga 50% dan daun sehingga 95% bagi varieti yang mudah dijangkiti. Serangan penyakit ini boleh juga menyebabkan kualiti ubi merosot. Selain itu memang ada dilaporkan ada masaalah reput batang juga boleh berlaku disebabkan pengurangan kawasan daun bagi tanaman yang berpenyakit. Dalam keadaan tertentu, hasil tuaian ubi yang telah dijangkiti penyakit akan menyebabkan kerugian besar semasa proses penyimpanan. Penyakit hawar daun dikenal pasti melalui kemunculan bintik kecil berwarna perang pada permukaan atas daun dan terdapat titisan air pada permukaan bawah (Sila anda lihat foto paling atas sekali). Jangkitan sering bermula di bahagian tepi daun di mana pengumpulan air berlaku. Kemudian bintik-bintik akan terus membesar berbentuk tidak sekata berwarna perang dengan tepi berwarna kuning. Bintik-bintik awal ini seterusnya menjadi jangkitan sekunder dan seterusnya boleh menyebabkan kematian. Pelbagai pendekatan telah digunakan untuk menangani penyakit hawar daun termasuk tanaman giliran dan penggunaan racun kulat. Walaupun racun kulat berasaskan metalaxyl terbukti berkesan, kewujudan penyakit semasa musim hujan menyebabkan ia tidak boleh dimakan kerana aplikasi racun kulat yang terlalu banyak dan kerap. Tambahan pula, racun kulat boleh menimbulkan risiko rintang kepada patogen terutama dalam populasi yang tinggi potensi evolusi seperti P. colocasiae. Tanaman keladi memang amat sensitif dengan keadaan persekitaran yang banyak rumpai.

Penggunaan varieti keladi yang resistan dianggap sebagai kaedah terbaik untuk pengurusan penyakit. Saringan secara in-vitro menggunakan kaedah kepingan daun terpisah (detached leaf) boleh dijalankan untuk tujuan mengenal pasti aksesi keladi yang rintang terhadap Phythoptora colocasiae (Sila lihat foto disebelah). Kaedah ini telah digunakan untuk saringan pantas tanaman tomato dan germplasma padi terhadap kerintangan penyakit dalam kajian ini. Manakala, terdapat kajian kerintangan penyakit pada tanaman keladi dijalankan menggunakan elisitor glukan pada dinding sel dan kultur spora pada kepingan daun. Kaedah kepingan daun terpisah merupakan teknik in vitro yang murah dan boleh digunakan untuk saringan kerintangan penyakit yang berpunca daripada pelbagai patogen dan serangga. Tisu daun segar diletakkan ke atas medium kultur dan diinokulasi dengan patogen atau perosak berkaitan. Sampel daun yang diperlukan untuk setiap esei kepingan daun terpisah adalah agak kecil iaitu sekitar 5 cm2/keping. Kaedah ini dapat menyaring sejumlah besar genotip dengan cepat di dalam kawasan yang agak kecil, dalam keadaan terkawal dan menjimatkan ruang serta sumber tanaman. 
Patogen kulat P. colocasiae dipencilkan daripada daun keladi yang telah dijangkiti penyakit hawar. Sampel daun keladi diambil daripada germplasma keladi. Sampel daun keladi yang dijangkiti penyakit akan dibasuh dengan larutan clorox 10% dan diikuti dengan alkohol 70% serta tiga kali basuhan air suling yang telah disterilkan. Sampel yang telah dibersihkan dan dipotong akan dipindahkan secara aseptik ke dalam piring petri medium potato dextrose agar (PDA) dan diinkubasi selama 3 -15 hari untuk pertumbuhan miselium. Patogen yang telah dipencilkan dikenal pasti sebagai P. colocasiae iaitu  berdasarkan ciri morfologi secara makroskopik di atas medium pertumbuhan dan secara mikroskopik melalui mikroskop. Patogen ini akan diidentifikasi dengan lebih terperinci menggunakan teknik molekular melalui tindak balas analisis Polymerase chain reaction (PCR) bagi tujuan untuk cara menentukan nama spesies.

Saringan penyakit hawar daun Daun keladi dipotong dalam ukuran 5 cm x 5 cm dan permukaannya disteril menggunakan sodium hipoklorit 0.8% untuk satu minit diikuti bilasan dengan air suling steril sebanyak tiga kali (Sila anda lihat foto disebelah). Setiap kepingan daun akan terapung di atas air suling steril diinokulasi dengan 50 μL zoospora dan disimpan di dalam gelap selama empat hari. Untuk menilai kesan kepadatan inokulum ke atas perkembangan penyakit, zoospora pada kepekatan berbeza (106 cfu dan 104 cfu) telah diinokulasi ke atas setiap aksesi keladi. Eksperimen kawalan terdiri daripada kepingan daun yang telah diinokulasi dengan air suling steril. Kepingan daun diperiksa secara visual setiap hari dan data peratusan indeks penyakit direkodkan selepas empat hari. Aksesi keladi telah dikelaskan kepada empat skala penilaian (0 - 4) berdasarkan kawasan lesi pada daun. Sebagai kesimpulan daripada kajian melaporkan dimana aksesi keladi dengan peningkatan tahap rintangan terhadap kulat P. colocasiae boleh digunakan sebagai sebahagian daripada pendekatan bersepadu untuk pengurusan hawar daun. Selain itu, kaedah saringan aksesi atau kultivar juga dapat meminimumkan kerugian yang berkaitan dengan penyakit hawar daun. Saringan in vitro menggunakan esei kepingan daun terpisah ini merupakan kaedah yang efisien dalam membezakan aksesi keladi berdasarkan kerintangan terhadap kulat P. colocasiae. Walaupun kaedah yang dinyatakan adalah standard untuk penyakit hawar daun keladi, namun kaedah ini mungkin dapat diperluas dengan mudah ke atas sistem penyakit lain yang melibatkan patogen kulat Phytophthora spp. dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAMAN KELADI... PENYAKIT ADA...
HAWAR DAUN..KURANGKAN HASILNYA...
KAJIAN DIBUAT... CARA KAWALNYA....
MENJADI RUJUKAN...ANDA SEMUA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(13 Muharram 1443H).
Kemaskini pada 29 Sept 2021.

Tuesday, September 28, 2021

BURUNG RUAK-RUAK - FAKTA DI MEDIA

BURUNG RUAK-RUAK
(
Amaurornis phoenicurus) atau di Malaysia kita panggil sebagai burung wak-wak merupakan sejenis burung yang unik kerana berbunyi bising ketika waktu hendak maghrib. Penulis blog sering melihat burung ini semasa remaja tinggal di kampong dahulu iaitu di Gersik, Muar, Johor di hadapan rumah berdekatan dengan anak sungai. Apabila lewat petang burung ini sama ada seekor atau beberapa ekor akan berbunyi kuat bersahutan. Bagaimana pun daripada segi sains dan pengkelasannya penulis blog mendapati dimana burung ruak-ruak ini adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup (haiwan) iaitu dibawah filum kordata, sub-filum haiwan bertulang belakang atau pun vertebrate dalam kelas Burung (birds). Burung Ruak-ruak adalah haiwan berdarah panas dengan ia mempunyai dua  pasang sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Bahagian paruh burung ruak-ruak tidak bergigi. Apa pun lazimnya burung ini biasa terdapat berhampiran penempatan manusia tetapi amat sukar dilihat kerana ia akan terbang atau berlari menyorok apabila menyedari manusia datang dekat. Biasanya anak burung bewarna hitam yang dapat dilihat apabila dibawa melintas jalan. Burung ini juga merupakan spesies yang mudah mengadaptasi. Uniknya ia suka berbunyi pada waktu maghrib selama beberapa minit seperti bunyi katak menguak dan menguek dan diikuti bunyi 'u-wak' berulang-ulang. Juga bunyi hoop kosong lembut monoton berulang; bunyi amaran adalah hik bernada tinggi. Burung ruak-ruak dewasa kebanyakannya mempunyai kelabu gelap pada bahagian belakang dan sisi dan kepala, leher dan dada putih. Bahagian perut dan bawah ekor bewarna perang cerah (cinnamon coloured). Badannya tirus menegak agar ianya memudahkan ia menyusup melalui rimbun semak dan rumput paya. Sepasang kakinya mempunyai jari panjang dengan ekor pendek dan kaki dan paruh kuning. Kedua jantina burung ini serupa bentuknya akan tetapi tetapi burung remaja lebih pudar berbanding burung dewasa. Burung ini menggunakan paruh dalam lumpur dan air berlumpur untuk memagut makanan yang dilihat. Ia makan serangga, ikan kecil dan biji benih. Ia merayau mencari makan di tanah atau di semak samun dan tumbuhan renek. Di Malaysia menangkap, menjual, menjerat dan membunuh burung ini merupakan hidupan liar yang dilindungan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 2010 (Akta 716) bagi semenanjung Malaysia dan juga di Indonesia. Apa pun lazimnya mudah menjumpai burung ini di kawasan berair seperti paya semak, kolam dan alur di hutan terbuka, paya bakau dan padang dan taman. Artikel malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan beberapa fakta mengenai burung ruak ruak atau burung wak wak untuk dijadikan bahan rujukan. 
 
Memetik sumber suarasarawak.my dengan tajuk 'Burung wak-wak dan ayam-ayam spesis dilindungi' wajat dirujuk sebagai fakta penting kali ini. Dinyatakan tahukah anda yang burung ruak-ruak atau wak wak dan ayam-ayam diwartakan sebagai spesies hidupan liar yang dilindungi di Malaysia di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Kedua-dua spesies burung liar ini meskipun sering dilihat di kawasan penempatan manusia, namun ia akan terbang atau berlari menyorok apabila menyedari kehadiran manusia. Burung ruak-ruak atau wak-wak ini atau nama saintifiknya Amaurornis phoenicurus merupakan sejenis burung air. Antara ciri-ciri fizikal burung ini ialah mempunyai sepasang mata hitam, paruh kuning pucat, balung kecil warna merah pada kawasan hidung. Selain itu dilaporkan bulu burung ini berwarna hitam keseluruhan atas kepala hingga ke ekor dan warna putih pada bahagian muka membawa ke dada hingga tengah badan. Manakala bahagian bawah perut hingga ke ekor berwarna perang. Ia juga mempunyai sepasang kaki panjang berwarna kuning dan ekor yang pendek. Dari segi habitat, burung ini biasanya menghuni kawasan yang mempunyai sumber air seperti kawasan tasik, lembah hutan berpaya air tawar, sawah dan kawasan yang mempunyai banyak tali air. Bagi burung ayam-ayam (Gallicrex cinerea) jantan dan betina mempunyai warna fizikal yang berbeza. Antara ciri-ciri burung jantan ialah berbulu badan yang berwarna kehitaman dengan jalur putih, paruh berwarna kuning, bahagian bawah paruh berwarna merah dengan balung merah yang panjang pada bahagian atas kepala. Bagi burung betina pula dilihat bagaimana pada bahagian atas badan berwarna coklat gelap, bahagian hujung bulu berwarna kuning pucat serta bahagian belakang tengkuk, atas belakang badan dan pangkal sayap berwarna kelabu. Apa pun habitatnya di kawasan hutan paya air tawar, kawasan air yang berumput, sawah padi dan ada ketikanya ditemui di kawasan hutan paya bakau sama seperti habitat burung wak-wak. Jika menyimpan tanpa permit atau memakan dua spesies burung ini dan sabit kesalahan maka ia boleh didenda RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun bagi burung jantan. Sementara itu akta nyatakan dimana jumlah denda RM200,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun bagi burung betina atau tidak matang.

Fakta mengenai burung ruak ruak ini menjadi viral di Selama, Perak apabila '
Pesawah simpan burung ruak-ruak ditahan' wajat dijadikan rujukkan. Portal berita sinarharian.com.my menyatakan dimana Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menahan seorang pesawah kerana menyimpan 23 ekor burung ruak-ruak di sebuah premis di Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak.  Pengarahnya Perhilitan Perak iaitu Yusoff Shariff nyatakan suspek berusia 42 tahun itu ditahan selepas beliau gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah bagi tujuan menyimpan hidupan liar tersebut. Tangkapan dibuat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (2010) Akta 716 iaitu menyimpan hidupan liar tanpa kebenaran daripada Jabatan Perhilitan. Hasil pemeriksaan oleh pegawai penguat kuasa di premis tersebut turut menemui beberapa spesis hidupan liar lain iaitu dua ekor burung belibis dan tiga ekor burung ayam (Sila lihat foto disebelah)Kesemua 28 ekor burung daripada tiga spesis tersebut telah dirampas bersama 27 sangkar. Apa pun kesemua burung yang ditemui dipercayai untuk simpanan suspek sebagai hobi dan harga pasaran bagi burung ruak-ruak dianggarkan RM10 hingga RM20 seekor. Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian untuk soal siasat sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama manakala burung yang dirampas dilepaskan ke habitat asal. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 60 (1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 kerana kesalahan bagi menyimpan hidupan yang dilindungi tanpa lesen yang membawa hukuman denda tidak melebihi 50,000 bagi setiap ekor atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Bagi Seksyen 68 (1)(a) akta yang sama kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya dimana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Pihaknya menerima sebanyak empat kes berkaitan kesalahan menyimpan hidupan liar dan pemburuan haram di negeri ini. Beliau menasihatkan orang ramai yang ingin menyimpan hidupan liar sebagai hobi supaya mendapatkan lesen daripada Jabatan Perhilitan bagi mengelak tindakan undang-undang diambil.

Dikalangan masyarakat kampung memang ada kisah mengenai burung wak-wak ini dengan cerita mistik. Perkara ini disiarkan oleh portal kosmo.com.my yang di posting pada 20 September 2020 bertajuk 'Disapa nenek misteri ketika memikat burung wak-wak' menarik dikongsi. Ini merupakan kisah dan bukan fakta kerana serita bermula apabila sebaik tiba di kawasan lapang di sebuah kebun tanpa melengahkan masa, tiga orang sahabat itu memacak dua batang buluh yang dibawa mereka.  Di bahagian tengah antara kedua-dua buluh tersebut itu direntangkan dengan jaring pada bahagian atas. Tujuan mereka berbuat demikian adalah satu iaitu untuk memikat dan menangkap burung wak-wak atau ruak-ruak. Setelah buluh dan jaring itu siap dipasang mereka kemudian pulang ke rumah masing-masing sebelum datang pula pada sebelah malam. Memikat burung wak-wak adalah aktiviti yang sering dilakukan tiga orang sahabat itu yang tinggal di sebuah negeri utara Semenanjung. Selalunya pemburu ini akan memasang jaring pada sebelah petang dan datang semula ke kawasan ini pada pukul 12 tengah malam. Untuk memikat burung wak-wak ini, ia dilakukan pada sebelah malam dengan cara mendekut menggunakan serunai dakwa individu yang dikenali sebagai Halim. Mereka mengakui itu bukanlah kali pertama memikat burung wak-wak dan aktiviti tersebut telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu. Halim menjelaskan dimana dia belajar memikat burung wak-wak itu daripada arwah datuknya.  Datuknya juga mengajarkan kepadanya cara menggunakan serunai untuk menyeru burung tersebut datang. Selain itu, mereka juga menggunakan pembesar suara yang mempunyai rakaman bunyi serunai untuk memanggil burung tersebut.  Bercerita lanjut, dia berkata, sepanjang terlibat dengan aktiviti itu, pelbagai peristiwa mistik diceritakan orang, selain mengalami sendiri kejadian menyeramkan. Ada banyak versi cerita didengarinya tentang burung tersebut. Ada yang mengatakan burung itu dijaga dan dimiliki oleh makhluk halus. Mereka yang ingin memikat burung tersebut dikatakan akan diganggu dengan perkara mistik. Selain itu, ada juga yang mengatakan jika pemilihan kawasan untuk memikat burung tersebut tidak betul, mereka juga akan diganggu makhluk halus. Halim menjelaskan, antara gangguan yang sering mereka alami adalah situasi yang mana kedengaran jaring dilanggar sekawan burung. Sebaik serunai dimainkan maka kedengaran ada benda sedang berterbangan di udara dan melanggar jaring yang kami pasang. Mereka sangkakan burung-burung tersebut melanggarnya. Tetapi apabila kami pergi untuk melihatnya, jaring itu masih kosong. Alah bisa tegal biasa. Itulah situasi yang sering dihadapinya ketika memikat burung wak-wak. Biarpun kadang-kadang meremang bulu roma berhadapan dengan situasi itu memandangkan ia berlaku pada waktu malam, dia dan rakan-rakan hanya mendiamkan diri. Kejadian menyeramkan yang tidak boleh dilupakan adalah rakannya disapa wanita tua ketika memikat burung tersebut pada satu malam beberpa tahun lalu. Rakan nya ketika itu berseorangan kerana saya dan seorang lagi rakan pergi melihat jaring yang dipasang. Dia didampingi seorang nenek yang tidak jelas wajahnya kerana dilindungi kegelapan malam. Wanita itu berkata kami tidak akan mendapat hasil di kawasan itu dan sebaiknya berpindah ke tempat lain. Jelasnya, pucat lesi muka rakannya yang ditegur itu dan mereka mengambil keputusan untuk pulang ke rumah kerana bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku jika terus berada di kawasan itu. Pada waktu itu, Halim teringat nasihat arwah datuknya jika ditegur sesuatu, elok pulang sahaja. Itu tandanya, tempat mereka memikat burung tersebut adalah kawasan makhluk halus. Kejadian mistik lain yang pernah mereka alami adalah mendengar suara berbunyi sayu berhampiran tempat mereka memikat burung. Semua kejadian menyeramkan itu tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk terus melakukan aktiviti yang diminati itu. Wallhualam. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BURUNG RUAK-RUAK... APA FAKTANYA...
PADA LEWAT PETANG...AMAT BISINGNYA...
DILINDUNGI AKTA... DIHUKUM DI MALAYSIA...
CERITA MISTIK... MEMANG ADA BERSAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Safar 1443H).

Monday, September 27, 2021

IKAN TUNA - IKAN POPULAR

IKAN TUNA
(Tuna Fish) merupakan sejenis ikan air masin didalam kumpulan suku Thunnini dalam keluarga Scombridae yang sangat popular diseluruh dunia. Dari segi saitifik dilaporkan ikan tuna ini terdiri daripada 15 spesis di seluruh dunia dengan ada lima genera dimana ia dibezakan dengan saiz berlainan daripada jenis Tuna Peluru dengan ukuran maksima 50 cm dan berat 1.8 kg kepada spesis Tuna Biru Atlantik (bluefin tuna) dengan ukuran sebenar 4.6 meter panjang dan beratnya mencapai 684 kg. Bagaimana pon direkodkan dimana purata ikan tuna bluefin ini adalah sekitar 2 meter panjang atau 6.6 kaki dengan ia dipercayai boleh hidup sehingga 50 tahun lamanya. Saintis mendapati dimana ikan Tuna, Ikan Opah dan Ikan Jerung T
enggiri adalah satu-satunya spesies ikan yang dapat mengekalkan suhu tubuh lebih tinggi daripada air di sekelilingnya. Ikan jenis pemangsa yang aktif dan tangkas ini memang mempunyai badan yang ramping, dan merupakan antara ikan pelagik paling cepat bergerak didalam air laut. Dilaporkan dimana jenis ikan tuna sirip kuning sahaja mampu berenang dengan tahap kelajuan sehingga 75 km/j (47 mph). Ikan tuna mempunyai habitat seperti di laut hangat dimana ia diburu dengan komersil menggunakan peralatan yang canggih. Ada kalangan penghobi mencari ikan yang menjadikan pemburuan ikan tuna ini sebagai sejenis sukan atau sejenis permainan ikan di laut. komersial, dan popular sebagai ikan permainan. Beberapa negara maju termasuk Jepun dilaporkan media memburu dengan banyak ikan tuna untuk dijadikan makanan mereka dimana pernah dilaporkan beberapa spesis ikan tuna ini semakin pupus akibat pemburuan yang terlalu cekap. Apa pun industri perikanan tuna di Malaysia sedang berkembang dan membangun sebagai salah satu sumber kekayaan baharu negara. Industri tuna Malaysia dilaporkan memang terbahagi kepada dua iaitu Tuna Oseanik dan Tuna Neritik. Terdapat 4 spesies tuna oseanik utama yang ditangkap oleh vesel dalam penangkapan ikan tuna Zon C3 di Lautan Hindi menggunakan vesel peralatan rawai tuna iaitu Jenis Yellowfin Tuna atau  Tuna Sirip Kuning (Thunnus albacares), Bigeye Tuna atau Tuna Mata Besar (Thunnus obesus), Albacore atau Tuna Albakor (Thunnus alalunga) dan Skipjack Tuna atau Aya Jalur (Katsuwonus pelamis). Manakala Tuna Neritik yang terdapat disekitar perairan Malaysia pula terdiri dari spesies Longtail Tuna atau Ikan Aya Hitam (Thunnus tonggol), Kawakawa atau Aya Kurik (Euthynnus affinis), Frigate Tuna atau Aya Selasih (Auxis thazard), dan Bullet Tuna atau Aya Peluru (Auxis rochei) yang ditangkap oleh vesel pukat jerut Zon C dan Zon C2. Bagaimana pun uniknya di perairan Wilayah Persekutuan Labuan nelayan disana menangkap Jongkong Tuna dengan menggunakan peralatan pancing tuna yang biasanya mampu menangkap ikan tuna oseanik dan neritik mengikut musim dan kawasan penangkapan. Artikel pada pagi Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya mempaparkan mengenai ikan tuna yang popular diseluruh dunia kerna khasiatnya untuk dijdikan bahan rujukkan anda semua.

Dalam pada itu dilaporkan dimana Ikan Tuna adalah spesies ikan yang banyak dijumpai di perairan negara kita. Ikan tuna termasuk dalam salah satu jenis makanan tersihat di dunia dengan permintaan dan harga yang sentiasa tinggi. Terdapat banyak laporan menyatakan dimana banyak manfaat kepada sesiapa yang makan ikan tuna. Di sebalik daging ikan yang lembut berwarna merah gelap terdapat nutrisi yang berkhasiat sama ada dimakan mentah atau apa juga cara memakannya (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog jug amat suka makan ikan tuna atau ikan tongkol dimana memang setiap masa membeli dan menyimpan stok dalam peti sejuk. Dilaporkan dimana ikan t
una merupakan sumber vitamin B12 yang berperanan penting dalam pembentukan sel darah merah. Tuna juga merupakan jenis ikan berlemak yang mengandung asid lemak omega-3 yang sangat diperlukan manusia. Dari segi khasiatnya dimana ia mmpu mencegah penyakit jantung. Ini adalah kerana ada bahan terkandung dalam ikan tuna iaitu Asid Lemak Omega-3 yang tinggi dapat mengurangi kadar kolesterol jahat yang berkumpul di arteri jantung. Kajian menunjukkan, kandungan Omega-3 yang tinggi dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit kardiovaskular, termasuk serangan jantung. Ikan tuna juga mampu melindungi mata kerana omega-3 dalam ikan tuna juga bermanfaat untuk kesihatan mata. Kajian yang dijalankan terhadap 40 ribu orang menunjukkan bahwa orang yang makan lebih banyak ikan tuna setiap minggunya memiliki risiko 68% lebih rendah terkena masalah mata kerana zat omega-3 juga baik untuk kesihatan retina. Terbaik adalah kehebatannya dimana ia mampu mencegah kanser dimana zat omega-3 dapat memperlambatkan proses pertumbuhan sel tumor. Sifat ant iinflamasi pada omega-3 juga mengurangi peradangan di dalam tubuh yang banyak dikaitkan dengan kanker. Dakwaan kerana ikan tuna mampu menurunkan berat badan disebabkan ikan ini rendah kalori dan kaya akan protein yang dapat membantu menurunkan berat badan. Studi menunjukkan, remaja yang makan ikan tuna selama beberapa minggu kehilangan berat badan sekitar 1 kilogram jika hendak dibandingkan dengan yang tidak makan ikan tuna. Hebatnya juga dimana ia akan meningkatkan imuniti tubuh apabila dilaporkan tuna kaya akan manganese, zink, selenium dan vitamin C yang semuanya membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh. Semua nutrisi tersebut memiliki sifat sebagai antioksidan yang dapat melawan patogen termasuk virus dan radikal bebas. Ia juga boleh memperkuatkan tulang kerana kandungan vitamin B dan protein yang tinggi juga bakal memperkuat tulang. Nutrisi ini juga mencegah cedera dan kerusakan pada tulang. Akhir sekali khasiatnya didakwa boleh meremajakan kulit kerana kandungan vitamin B dalam ikan tuna juga membantu menjaga dan meremajakan kesehatan kulit. Sifat antiinflamasi membuat kulit awet muda dan lebih halus bercahaya. Mengambil ikan tuna dalam pola makan harian dimana bagi orang dewasa disyorkan memakan 2-3 kali ikan tuna seminggu. 

Kerajaaan Malaysia telah ujudkan 'Pelabuhan tuna dinaik taraf' di Jeti LKIM, Batu Maung, Pulau Pinang sebagai stratrgi aktiviti penangkapan tuna di lautan Hindi. Terbaru krajaan akan menaik taraf dan meningkatkan infra kemudahan di dua pelabuhan khas bagi pendaratan ikan tuna di Pelabuhan Pulau Pinang di sini dan di Langkawi, Kedah supaya ianya setanding dengan pelabuhan antarabangsa dan di negara jiran (Thailand agaknya). Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dakwa usaha itu bagi menarik lebih banyak banyak vesel ikan tuna yang beroperasi di Lautan Hindi mendaratkan hasil tangkapan mereka di pelabuhan tersebut. Dalam masa samausaha itu juga bagi mewujudkan lebih banyak industri hiliran berkaitan industri ikan tuna seperti pengangkutan, penyimpanan dan pemprosesan sekali gus menyumbang kepada kerancakan ekonomi negara. Ketika ini kedua-dua pelabuhan itu disifatkan tidak begitu kompetitif untuk menarik vesel-vesel tuna khususnya pemain ikan tuna antarabangsa untuk berlabuh dan mendaratkan hasil daripada tangkapan mereka. Terdapat pengusaha  ikan tuna yang mendaftar vesel ikan tuna mereka di luar negara seperti di Maldives boleh mendaratkan ikan disini. Terkini terdapat sebanyak 19 vesel dan sebuah kapal pengangkut ikan tuna yang membawa bendera Malaysia beroperasi di Lautan Hindi dengan hasil tangkapan sebanyak 3,005 tan metrik dengan anggaran nilai RM40 juta. Daripada jumlah itu di Pelabuhan Pulau Pinang mencatatkan jumlah pendaratan sebanyak 1,944 tan metrik dengan anggaran nilai RM28 juta manakala selebihnya didaratkan di Pelabuhan Langkawi. Kerajaan menggalakkan lebih banyak pihak swasta melibatkan diri dalam perusahaan tangkapan ikan tuna di Lautan Hindi yang masih belum diterokai pengusaha tempatan sepenuhnya. Setakat ini daripada kira-kira 200 lesen yang diperuntukkan bagi vesel penangkapan ikan tuna dimana hanya 10 peratus yang dikeluarkan kerajaan iaitu masih jauh daripada sebanyak 70 buah vesel seperti disasarkan menjelang 2030. 

Kisah unik dimana '
Kaki pancing ‘jerat’ ikan tuna seberat 328kg' di Gibraltar, Sepanyol memang menarik dikupas kali ini. Beberapa media antarabangsa dan media tempatan menyatakan dimana sekumpulan pemancing dilapor berjaya menangkap ikan tuna sirip biru seberat 328 kilogram (kg) di perairan Gibraltar, Sepanyol. Mereka adalah Kyle Cavilla, Gareth Valarino dan Shawn Desoisa menangkap ikan sepanjang 2.9 meter (m) itu yang didakwa memecah rekod tahunan selain merupakan ikan kedua terbesar yang pernah ditangkap di perairan tersebut. Berita ini merupakan satu pertarungan di mana tiga lelaki perlu bertungkus-lumus menarik ikan itu ke arah bot. Ketika tarikan mencapai kira-kira 35 kg dimana ril pancing terpaksa disejukkan menggunakan air disebabkan kekuatan ikan tuna gergasi itu. Ketiga-tiga kaki pancing itu kemudiannya menjual beberapa bahagian ikan tuna tersebut pada harga £5,000 (RM29,435) manakala beberapa bahagian lagi disimpan untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Mereka menganggarkan bahagian yang dijual itu berpotensi mencecah £20,000 (RM117,730) sekiranya ia dijual di pasaran Jepun. Dalam pada itu dilaporkan dimana pada tahun 2019, seorang hartawan dari Jepun yang digelar ‘raja tuna’ berjaya menangkap ikan tuna sirip biru seberat 278 kg yang dijual pada harga £2.5 juta (RM14.7 juta) dalam satu acara lelongan di Tokyo.

Berita '
Raja Tuna bayar RM7.3 juta untuk seekor ikan' di Tokyo, Jepun telah menggemparkan dunia kerana berita viral tersebut adalah salah satu perkara jarang berlaku. Bagi Kimura ikan tuna bernilai RM7.3 juta dengan berat 276kg pada lelongan tahun baru di Pasar Toyosu, Tokyo dimana dia adalah seorang pengusaha sushi Jepun yang terkenal. Kini dia diberi dengan jolokan 'Raja Tuna' telah membayar sebanyak AS$1.8 juta (RM7.3 juta) untuk seekor tuna gergasi pada lelongan tahun baru di salah sebuah pasar ikan utama di ibu kota negara itu (Sila lihat foto diebelah)Kiyoshi Kimura yang mempunyai rangkaikan restoran sushi terkenal sanggup mengeluarkan jumlah itu bagi mendapatkan tuna bluefin seberat 276 kilogram (kg). Dilaporkan dimana ikan tuna tersebut ditangkap di perairan Aomori yang terletak di utara Jepun. Ini merupakan (tuna) terbaik dan harganya cukup mahal dimana dia mahu pelanggan menikmati makanan yang paling lazat tahun 2020 ini. Sebelum ini Kimura pernah membuat bidaan dengan harga cukup tinggi untuk ikan dalam acara lelongan yang sama. Pada tahun 2019 dia membayar AS$3.1 juta bagi seekor tuna seberat 278kg. Acara lelongan tersebut merupakan aktiviti tradisional yang dijalankan di sebuah pasar baharu yang dipanggil Toyosu. Jika sebelum ini ia terkenal di Tsukiji yang menjadi pasar ikan utama sehingga menjadi lokasi tumpuan pelancong kerana restoran dan kedai tetapi ia telah ditutup pada 2018. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
IKAN TUNA... POPULAR DIDUNIA...
IKAN MAHAL... BAIK KHASIATNYA...
DIMAKAN MENTAH... JEPUN SUKA...
IKAN TONGKOL... ADA DI MALAYSIA...  

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Safar 1443H).

Sunday, September 26, 2021

PROSES BUAH DURIAN EKSPORT DITHAILAND

NEGARA THAILAND
merupakan pengeksport buah durian segar terbesar didunia terutama ke China sejak lama dulu. Bukan sahaja buah durian mereka dihantar kebanyak negara tetapi juga ke Malaysia dan Indonesia yang mana kita ada menanam luas pokok durian. Saya ada menulis lebih dari 600 artikel mengenai durian dalam blog Anim Agro Technology semenjak 13 tahun lalu dan banyak dirujuk oleh ramai orang. Terkini dimana minat China yang tinggi terhadap durian Thailand kekal kukuh dan tidak terjejas walau pun berlaku kes pandemik Covid-19 apabila negara itu mengimport durian bernilai RM2.56 bilion dari Thailand dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2020. Merujuk kepada Kementerian Perdagangan Thailand yang melaporkan dimana jumlah eksport durian negara Asia Tenggara ke China dari Januari hingga April tahun 2020 telah meningkat sebanyak 78.05% dari segi tahun ke tahun. Dalam pada itu eksport durian sejuk beku ke China dalam tempoh itu turut meningkat kepada RM127 juta daripada RM94.05 juta dalam tempoh sama dari tahun sebelumnya. Kenyataan dari Pengerusi Persatuan Pengeksport Durian dan Manggis Thailand iaitu Panuwat Maikaew menyatakan kadar permintaan yang semakin meningkat terhadap durian Thailand adalah dari produk durian segar dan durian beku. Permintaan yang amat menggalakkan pada tahun 2020 ini kerana popularitinya yang luar biasa di pasaran China dimana pandemik Covid-19 gagal memutuskan rantaian bekalannya. Kadar pertumbuhan permintaan yang kukuh terhadap ‘Raja Buah’ itu telah menaikkan harga durian untuk dieksport kepada antara RM18 dan RM21 sekilogram (kg) pada tahun 2020 ini berbanding hanya sekitar RM11 hingga RM15 sekilogram pada tahun 2019. Thailand asalnya semakin bimbang dari kesan pandemik tersebut yang akan menjejaskan eksport durian. Bagaimanapun apa yang berlaku bukan hanya ia memberi impak yang kecil malahan jumlah eksport ddurian turut meningkat. Dilaporkan di Thailand dimana ramai petaninya telah menanam sebanyak 80 peratus daripada durian premium iaitu varieti Durian Monthong dimana ia juga dikenali sebagai 'Bantal Emas' di Thailand kerana isinya yang tebal, rasa manis berkrim dan ia kurang aroma. Dilaporkan seterusnya dimana sekitar 20 peratus lagi durian yang ditanam adalah jenis durian lain seperti Durian Chanee, Durian Kanyao, Durian Kradum dan Durian Puang Manee. Berdasarkan persaingan yang sengit dimana ada pemborong durian segera membuat pesanan untuk tujuan mengeksport ke China dimana terkini jumlah pemborong durian telah meningkat daripada 100 orang - 300 orang kepada kira-kira 700 orang berbanding tahun 2019. Pejabat Ekonomi Pertanian Thailand menjangka pengeluaran durian di negara ini akan mencecah sebanyak 1.15 juta tan metrik pada tahun 2020 berbanding hanya sebanyak 1.02 juta tan metrik pada tahun lepas. Penulis blog telah merujuk data di Malaysia iaitu pada tahun 2020 Malaysia mempunyai seluas 70,356 hektar dengan pengeluaran sebanyak 405,536 metrik tan (35% dari penghasian durian di Thailand) dimana hanya varieti Durian Musang King yang telah di eskport ke China (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2020). Lima wilayah utama di Thailand yang berjaya menanam durian adalah disekitar kawasan Chantaburi, Chumporn, Rayong, Nakhon Si Thammarat dan Yala yang  menghasilkan sebanyak 766,000 tan metrik durian pada tahun 2019 dengan Chanthaburi sahaja menghasilkan 339,292 tan metrik durian untuk menjadi wilayah pengeluar durian terbesar di Thailand. Pekebun durian dari wilayah Chumporn di Selatan Thailand bernama Raveewat Kittisuppamongkol (38 tahun) beritahu wartawan dimana dia telah menanam durian jenis Monthong kerana popularitinya dalam kalangan rakyat China. Penanaman durian Monthong berpotensi untuk menjana lebih banyak pendapatan dengan satu pokok menghasilkan 10 hingga 20 buah durian atau 40 kg hingga 80 kg untuk kali pertama selepas empat tahun dan lebih banyak buah akan dihasilkan apabila pokok mencapai 10 tahun dan ke atas. 
Durian Thailand memasuki era kegemilangan dimana ia mempunyai masa depan cerah berikutan permintaan yang meningkat di China. Pada tahun 2019 Thailand menghasilkan kira-kira 1.02 juta tan metrik durian dimana sebanyak 80 peratus daripadanya dieksport dan 20 peratus lagi dijual di pasaran tempatan. Penanaman durian di Thailand meliputi 115,957 hektar pada 2019 dan ia dijangka meningkat kepada 120,120 hektar tahun 2020. Bagaimana pun sebenarnya proses rawatan buah durian Thailand untuk eksport adalah merupakan salah satu faktur penyumbang kejayaan industri durian di Thailand. Artikel pada pagi sempena cuti Hari Malaysia 2021 ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira paparkan bagaimana proses buah durian untuk dieksport dari Thailand hasil tinjauan penulis blog ke Chantaburi, Thailand pada 2012 dahulu untuk di jadikan bahan rujukkan semua.

Buah Durian (Durio zibethinusmerupakan komoditi penting dan di gelar sebagai 'Raja Segala Buah'. Saya mempaparkan teknologi rawatan proses pengekspotan buah durian di Pusat Rawatan Durian di Chantaburi, Thailand untuk dikongsi bersama pembaca berdasarkan kepada lawatan teknikal yang dibuat pada Bulan Mei 2012 dahulu. Buah durian untuk ekspot dari Thailand adalah di petik daripada pokok dan bukan buah yang gugur sendiri seperti di Malaysia. Foto diatas juga ada menunjukkan bagaimana buah durian yang kebabanyakanya di petik menggunakan tangga buloh dan dipotong tangkai dengan pisau tajam diterima di pusat rawatan. Buah durian ini akan digred di ladang atau pusat pengumpulan hasil mengikut kualiti. Buah durian yang dihantar ke pusat ekspot akan terus dihantar dengan menggunakan kenderaan pick-up dan lori kecil diubahsuai dengan dinding pick-up ditinggikan. Buah ini ditutup dengan kanvas didalam perjalanan untuk elakkan daripada rosak akibat sinaran panas matahari. Buah durian ini diturunkan setiap biji dengan mencampak dari atas pick-up dan disambut oleh dua orang pemeriksa buah. Pemeriksa yang pertama akan meneliti kualiti buah dengan mengetuk-ketuk buah dan memeriksa rupabentuk. Pemerisa kedua pula lihat buah durian yang digredkan tersebut dan ia kemudian dimasukan kedalam 3 bakul berlainan iaitu Bakul untuk ekspot, Bakul tidak sesuai untuk ekspot (jualan domestik) dan Bakul untuk buah 'reject'. Kelompok bakul untuk pasaran eksport adalah dari buah durian kualiti premium diproses bagi pengeksportan. Kelompok bakul tidak sesuai eksport akan di edarkan untuk pasaran tempatan sahaja manakala kelompok bakul durian 'reject pula akan dihantar kepada beberapa pengusaha memproses durian di Thailand bagi dijadikan pelbagai produk berasaskan buah durian.


Paling menarik dari dari tinjauan dilakukan dimana sejenis  Alat Khas Mengesan Buah Matang telah direkacipta pengusaha pusat pengumpulan dan digunakan di kebun durian. Sila baca kisah tersebut dengan pautan disini (Sila klik disini). Alat simple buatan sendiri ini memang praktikal bagi pemeriksa buah untuk menggreddkan. Alat mudah ini dibuat dari batang rotan dengan dibubuh getah jernin sesalur air aquarium untuk diketuk kepada kulit buah durian (Sila lihat foto diatas). Alat ini yang perlu diketuk pada kulit buah durian yang baru dipetik atau gugur dari pokok pertama sekali digunakan petani di kebun. Semasa diketuk apa yang perlu dilakukan adalah dengan mendengar bunyi yang dikeluarkan. Jika bunyinya 'kosong' bermakna buah adalah buah durian telah masak untuk dipasarkan akan tetapi jika bunyinya 'padu' atau 'padat' sahaja maka buah tersebut adalah muda atau mengkal. Alat ini berharga RM 1.00 (10 Baht) sahaja dan ia meluas digunakan oleh pekebun, pemborong dan peruncit buah durian di Thailand.

Buah durian yang turun dari kebun atau pusat pengumpulan di lokasi dan diperiksa dengan alat mengesah kemasakan buah durian dan didapati sesuai untuk diekspot dimasukkan dalam bakul plastik pertama untuk di eksport (Sila lihat foto diatas). Apa yang saya lihat dari ciri fizikal buah durian ini dimana bentuk dan saiznya memang dipilih yang seakan seragam dari segi berat, warna, bentuk dan juga varietinya. Apa tidaknya kerana varieti Durian Munthong, Kanyou dan Chanee memang mudah dikenali semasa tiba di pusat rawatan untuk eksport ini. Kelompok bakul-bakul buah durian premium ini memang masih segar dan disusun rapi untuk proses berikutnya iaitu merawat buah durian segar.

Bakul yang mempunyau gred premium ini perlu menjalani proses rawatan merendam buah durian dalam 'Larutan Kuning' atau mereka kata sebagai 'Yellow Solution' dalam bekas tong untuk selama 10 minit dibuat bagi setiap buah untuk diekspot (Sila lihat foto diatas). Larutan berwarna kuning ini memang disediakan untuk membolehkan kemasan buah untuk pasaran ensport lebih berkualiti dan tahan lama. Walau pun pengusaha tidak menjelaskan secara jelas akan apa bahan digunakan akan tetapi ia mudah di kenalpasti. Mereka dakwa larutan kuning ini sebenarnya mengandungi Kunyit (Turmeric) dan bahan-bahan lain yang tidak diberitahu kepada saya (ada 6 jenis bahan yang digunakan). Larutan ini didakwa mampu untuk memberikan warna kulit buah durian lebih kuat warna kuning dan agar lebih berkilat. Selain itu fungsinya bertujuan untuk membunuh segala pathogen pada kulit buah dengan meresap kepada ronga-ronga pada kulit buah. Larutan ini dilaporkan akanmempastikan buah akan masak apabika tiba kepada konsumer dan memberikan ketahanan serta faktur ketahanan kepada buah durian.

Proses seterunya selepas merendam buah durian adalah buah tersebut tadi disusun diatas para kayu atau plastik dengan bentuk susunan seperti piramid setinggi 6-7 lapisan sehingga betul-betul kering secara semulajadi (Sila lihat foto diatas). Ada beberapa kelompok dipasang kipas angin agar cepat mengering jika jumlah buahnya banyak. Lazimnya buah akan kering selepas 3-5 jam selepas direndam untuk betul-betul kering secara semulajadi. Jika ada sisa larutan masih melekat akan di letakan kipas angin agar dapat dikeringkan sepenohnya. Bergantung kepada musim dan jumlah buah dimana pusat rawatan eksport buah ini beroperasi 24 jam setiap hari dimana susunan piramid buah durian yang telah dirawat ini memang banyak sekali kelihatan.

Buah durian yang telah menjalani proses rawatan dengan larutan kuning dan dikeringkan kemudian di timbang didalam bakul plastik. Setiap bakul akan diisikan dengan memilih beberapa biji buah durian untuk mendapatkan berat 20 kg satu bakul bertujuan unti diisikan bagi setiap satu kotak pembungkusan (Sila lihat foto diatas). Pekerja dibahagian ini kritikal kerana mereka perlu ada kepakaran untuk memilih buah yang besar dengan buah sederhana bagi mengenapkan satu set buah seberat 20 kg yang lazimnya hanya sebanyak 3 biji sahaja dalam satu kotak. Bagaimana pun disebabkan buah yang terpilih untuk dieskport ini menjalani beberapa proses pemilihan diperingkat awal maka kerja ini dapat dilakukan dengan cepat.

Buah durian dipilih  semestinya ada tangkai yang msih melekat. Buah durian yang telah sesuai dirawat dan dikeringkan tadi dikumpulkan sebanyak 20 kg akan di letakkan diatas para untuk di potong bahagian atas tangkai buah beberapa cm (untuk meratakan pangkal tangkai buah) dan disapu dengan bahan khas bagi menghalang kerosakan cedera potongan oleh kuat dan sebagainya. Cra potong dengan menggunakan pisau tajam dan permukaan potongan rata. Proses berikutnya adalah penting iaitu melekatkan label khas Sijil Akreditasi berwarna kuning di lekatkan pada tangkai durian setiap biji buah (Sila lihat foto diatas). Ia dilekat kuat pada tangkai buah yang mengandungi maklumat asas akreditasi yang telah pun disahkan oleh Jabatan Pertanian Thailand.  

Buah durian yang siap dilabel ini kemudian perlu disusun dalam kotak yang disusun dengan purata berat 20 kg diatas conveyor dengan jumlah 3 biji (90% buah durian dalam kotak kardus ini adalah 3 biji) atau ada juga dilihat mengandungi sebanyak 4 biji setiap kotak (Sila lihat foto diatas). Setiap buah durian didalam kotak akan di lapikkan dengan kertas tebal untuk mengelakan berlaku kes kecederan pada kulit buah. Setiap kotak ini di tutup rapat dan di seal dibahagian atasnya dengan tali tape yang kuat. Setiap kotak mempunyai banyak lubang dikeliling kotak kardus tersebut bagi tujuan untuk pengudaraan. Kotak yang digunakan adalah tebal dengan ada lubang pemegang dikiri dan kanan untuk mudah diangkat.

Kotak-kotak yang siap di isikan dengan buah durian eksport ini dan diseal akan disusun mengikut kumpulan dan ditandakan dengan kod yang mempunyai maklumat diperlukan. Kotak-kotak ini disusun dimana dibahagian tengah akan dikosongkan (Sila lihat foto diatas) bagi tujuan pengudaraan. Biasanya ia hanya diletakkan beberapa jam sahaja sebelum dimasukkan setor berhawa dingin sebelum dimasukkan kedalam treller. Kotak-kotak yang telah siap ini telah sedia untuk di ekspot.

Kotak yang mengandungi buah durian segar ini akan di bawa dengan conveyor dan trolli untuk dimasukan kedalam trailer kontena yang berhawa dingin (Sila lihat foto diatas). Lori ini biasanya akan terus menghantar kotak durian ini ke lapangan terbang bagi dihantar terus kenegara pengimpot. Proses dokumentasi yang lengkap dengan sistem 'bar code' yang disedikan mempercepatkan proses pihak kastam dalam mengeksport buah durian di Thailand. Ini kerana lagi cepat proses penghantaran ke negara destinasi maka lebih berkualiti buah durian sampai kepad pengguna. Saya difahamkan yang konsaimen semasa tinjauan kali ini banyak dihantar ke Hong Kong, China dan Jepun. Buah durian eksport ini akan masak apabila tiba kepada pengguna dengan bau dan kesegaran seperti kita makan buah durian masak baru gugur di negara kita.

Pemilik pusat rawatan eksport sempat menghidang kepada kami untuk ujirasa buah durian Munthong dan durian Chanee. Pada penulis blog yang melihat dan ujirasa durian ini memang rasanya tidaklah begitu manis seperti durian kita yang gugur apabila masak diatas pokok (Sila lihat foto diatas). Walau pun saya hanya mampu makan 2 ulas sahaja durian Munthong dan Chanee akan tetapi mendapati yang memang isinya tebal dan bijinya juga kesep. Sebelum ke pusat rawatan eksport durian ini sebenarnya saya meninjau proses bagaimana memetik buah durian dipokok di atas poko dikebun. Walau pun buah ini memang dipetik atas pokok akan tetapi rasa dan baunya juga sesuai untuk dimakan.

Pada penulis blog yang dapat membuat tinjauan bagaimana proses rawatan durian untuk eksport di Thailand ini memang satu pengalaman unik. Walau pun ada banyak buah durian pada musim kali ini memang tidak dapat dinafikan akan kualiti buahnya. Semasa tinjauan dilaporkan ada lebih dari 10,000 biji buah premium yang telah dikumpulkan disini dan pekerja dibahagikan syif untuk memproses buah durian bagi pasaran ekspot selama 24 jam. Kejayaan buah durian untuk pasaran eksport oleh Thailand amat membanggakan kerana mungkin Malaysia juga menerima durian dari negara tersebut setiap musim. Negara lain seperti Indonesia, Malaysia mungkin boleh menggunakan teknologi ini dengan meningkatkan lagi R&D dan memperkenalkan varieti tempatan sesuai lain untuk pasaran ekspot. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasaalam!!!.
DURIAN THAILAND... EKSPORT UTAMA...
MUNTHONG, CHANEE... ITU VARIETINYA...
DIRAWAT TELITI... JAMINAN MUTUNYA....
PERLU DIPELAJARI... SENANG DI CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Safar 1443H).

BUAH GOJI - BEBERAPA FAKTA MENANAM

BUAH GOJI
(Lycium chinese) atau Chinese Wolfberry juga dikenali dengan nama lain sebagai Chinese Boxton, Chinese Matrimoni-vine, Chinese Teaplant atau Wolfberry adalah tumbuhan daripada keluarga Solanaceae (Sama dengan terung dan Cili). Tumbuhan ini menghasilkan buah yang popular dengan nama Gojiberry (Buah Goji) yang sangat istimewa terutama pada masyarakat Zhongning, negeri Ningxia. Buah Goji ini dikatakan yang terbaik di dunia kerana ia mungkin dari tanah beralkali (pH 8.2 - 8.6) dan iklim yang bersuhu melampau dari 102 F-16 F (38C - 27C). Daripada beberapa rujukkan penulis mendapati buah ini subur di tanam di China terutama dikawasan Ningxia dimana kebanyakan penduduknya beragama Islam. Mereka mengamalkan makan buah goji ini sebagai makanan harian untuk kekal sihat dimana kajian menunjukkan kebanyakkan usia penduduk dikawasan ini mencapai usia lebih 100 tahun. Buah ini banyak yang dikeringkan untuk disimpan lama dan beberapa syarikat dari Malaysia mengimport buah giji kering ini untuk kegunaan rakyat Malaysia yang mengetahui akan khasiatnya. Penulis kurang kenal akan buah ini sebelum menerima beberapa sampel daripada pihak tertentu untuk mengetahui akan pencirian dan khasiat buah goji kering baru-baru ini. Semasa berkunjung ke China dulu penulis menjumpai buah goji kering dibungkus dalam bentuk kering di dalam kotak atau paket. China adalah pengeluar terbesar buah goji kering ke seluruh dunia. Buah goji segar boleh dimakan sebagai buah segar yang berkhasiat. Sementara itu didapati secara tradisional, buah goji berry yang kering digunakan dalam beberapa resepi masakan seperti sup, puding, nasi, sayur-sayuran dan sebagainya. Daun pucuknya digunakan sebagai sayur-sayuran dan ulam makanan. Ada juga digunakan sebagai bahan perasa pada makanan dan minuman. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta buah goji atau Chinese Wolfberry sebagai menambah pengetahuan dan kepekaan minda kita.

Tumbuhan beri goji mudah berkembang dimana tumbuhan yang berasal dari pergunungan Himalaya dan kini digunakan untuk kesihatan yang permintaaannya  juga semakin meningkat. Jika ada yang ingin menuai beri goji sendiri dan ia bukannya membelinya dari kedai-kedai kesihatan maka kemungkinan apa yang perlu anda lakukan ialah mencuba. Pembaca tidak perlu lagi filir panjang untuk menanam pokok ini sebagai hobi. Langkah pertama adalah mendapatkan benih Goji Berry. Biasanya ada 2 cara untuk mendapatkan benih untuk tumbuhan ini. Cara 1 adalah mendapatkan biji secara langsung dari buah yang masak yang telah di makan akan tetapi kelemahan di sini adalah bahawa anda tidak boleh pasti mengenai varieti atau kualiti genetik buah anda sendiri. Cara ke 2 dimana boleh membeli biji benih berkualiti dari kedai bekalan berkebun atau beli on-line sahaja. Ia adalah cara yang paling mudah dan selamat untuk mendapatkan biji goji yang baik. Kemudian disediakan tanah dan kawasan seauai dari tanah subur dan juga kaya dengan nutrien untuk memastikan bahawa mereka akan tumbuh dan menuai buah-buahan dengan cepat. Boleh juga mendapatkan tanah potting yang mempunyai banyak bahan organik (kompos, vermikulit dan sisa organik) untuk menanam. Bahan orhanik ini akan mengurangkankan kadar keperluan baja untuk meningkatkan nutrien di dalam tanah. Jika menanam pokok goji anda dalam pasu atau polibeg maka pastikan menambah baja organik mengikut jadual minima setahun sekali. Kalau menanam menanam pokok goji di luar rumah hanya sediakan lokasi di taman atau halaman anda yang mempunyai capaian cahaya matahari. Penanaman pokok goji dalam pasu atau polibeg pastikan ada mempunyai saliran yang mencukupi supaya air berlebihan disalurkan selepas disiram. Tanaman pokok goji tidak suka banyak air  terutamanya jika mereka sudah dewasa.

Penanaman benih goji di beberapa negara temperate biasanya sesuai dilakukan pada hari-hari terakhir salji musim sejuk akan tetapi di tropika boleh dilakukan sepanjang tahun. Buat lubang ½ inci di tanah atau periuk dan letakan benih di dalamnya. Tutup lubang untuk mengekalkan kelembapan sehingga benih bercambah. Apabila tu,buh aktiviti penyiraman perlu dijalankan dengan hati-hati tetapi pastikan agar tidak terlalu banyak air kera benih boleh mati. Biarkan pokok-pokok muda agak kering dengan teliti sebelum aktiviti menyiram dengan air. Ia juga dinasihatkan untuk menyiram tumbuh-tumbuhan pada awal pagi supaya ia terus kering pada waktu siang. Jika anda tinggal di tempat yang basah untuk sebahagian besar tahun ini, tanamkan goji anda dalam bekas dan simpan di dalam rumah. Pokok goji mungkin membenci air akan tetapi mereka ia suka banyak sinaran cahaya matahari. Pastikan tumbuhan anda terdedah kepada banyak cahaya matahari dimana lebih banyak cahaya matahari yang mereka dapat maka lebih banyak buah-buahan yang boleh dihasilkan. Jika ada yang menanam pokok di dalam rumah dimana kurang cahaya matahari adalah digalakkan untuk cuba menggunakan lampu spektrum penuh untuk memberikan tanaman ini jumlah cahaya yang diperlukan setiap hari. Ikuti langkah-langkah ini dimana agak pasti akan mempunyai pokok goji yang subur dan berikan buah berlimpah dalam beberapa bulan sahaja. Tanaman g
oji berry yang dikenal sebagai Lycium barbarum merupakan sejenis tanaman yang berasal dari China. Buah yang sekilas pandang kelihatan seperti cili padi merah memang sudah digunakan sebagai ubat dan suplemen makanan selama lebih dari 2,000 tahun silam. Memang agak  tidak  menghairankan kepada penulis blog kerana buah goji berry sudah terbukti iaitu mengandung banyak vitamin dan mineral penting iaitu Vitamin C, serat, zat besi, vitamin A dan zink. Buah goji ini juga mengandungi sejumlah antioksidan, beta-karoten dan juga zeaxanthin. Tidak ketinggalan didakwa ada terdapat 8 jenis asid amino esensial di dalam buah yang juga disebut Chinese wolfberries ini. Penyajian 28 gram (1 auns) goji berry juga menyediakan hampir 10 peratus keperluan harian protein.  Kandungan bahan serat yang lebih tinggi dalam goji berry menjadikan gula darah akan naik lebih lambat dimana ia menghindari rasa lapar datang terlalu cepat. Di Malaysia pembaca boleh membeli secara online buah goji kering.

Khasiat buah gojii telah dilaporkan memang ada banyak didalam penulis blog membuat beberapa rujukkan. Antaranya adalah didakwa ia m
enjaga Kesihatan Mata. Buah Goji berry dipercayai melindungi dari penyakit mata yang berkaitan dengan usia. Buah ini dapat membantu membaiki tahap penglihatan disebabkan ia mengandungi bahan antioksidan tinggi terutama zeaxanthin. Antioksidan ini juga dapat menghentikan kerosakan mata dari sinaran UV, radikal bebas dan stres oksidatif. Kajian dari jurnal American Academy of Optometry Optometry and Vision Science menemui dimana amalan meminum jus goji berry selama 90 hari meningkatkan zeaxanthin dan kadar antioksidan lainnya secara signifikan. Dalam kajian lain di journal Drug Design, Development and Therapy ia telah menunjukkan goji berry melindungi retina dari sel-sel ganglion. Sel ini bertanggung jawab untuk penyakit glaukoma iaitu satu keadaan yang dapat menyebabkan seseorang itu kehilangan penglihatan. Ia juga dilaporkan melambatkan proses penuaan pengguna. Buah goji yang kaya dengan antioksidan dan kandungan zeaxanthin adalah dipercayai akan dapat melambatkan proses penuaan. Antioksidan dan zeaxanthin berfungsi menangani masaalah radikal bebas. Kerosakan sel kolagen yang berperanan dalam menjaga keanjalan kulit (skin elasticity) pun dapat dicegah. Ia juga mampu untuk tingkatkan tahap daya ketahanan badan kerana buah goji mengandungi antioksidan yang sihat. Antioksidan sendiri dikenal kerana  kemampuannya untuk melawan radikal bebas dan aktiviti peradangan. Kandungan vitamin A dan C di dalam buah ini sangat penting untuk membangun kekebalan tubuh dan mencegah penyakit daripada jenis  demam (flu biasa) hingga kepada masaalah kanser. Ia juga dapat membantu menjaga kadar gula dalam darah dimana buah goji didakwa dapat meningkatkan sensitiviti bahan insulin dengan cara iaitu akan meningkatkan penyerapan gula darah ke dalam sel tubuh dan membantu menghasilkan bahan insulin. Kesan dari buah ini dimana ia dapat menurunkan kadar gula darah. Buah goji membantu dalam proses menurunkan berat badan kepada pemggunanya. Buah ini mengandungi bahan polisakaride yang merupakan kandungan serat yang tinggi dan memiliki kadar indeks glikemik yang rendah. Dengan makan buah ini maka seseorang akan merasa kenyang lebih lama dan membantu mengurangi nafsu makan. Buah goji menjaga kesihatan kulit kerana kandungan bahan beta-karoten yang dikenalpasti memberikan manfaat untuk memelihara kulit yang sihat. Bahan ini banyak digunakan di dalam krim perawatan kulit seperti produk yang mampu meningkatkan kesihatan kulit, mengurangi iritasi kulit, mengawal kesan sinaran oleh matahari dan juga mengawal proses penuaan penuaan. Penulis blog sering membeli buah goji kering dijadikan makanan ringan dan minuman untuk kesihatan online sahaja.
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada seua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
BUAH GOJI... IA BERASAL DARI CHINA...
BERKHASIAT... BAGAIMANA TANAMNYA...
MALAYSIA IMPORT...KERING PRODUKNYA..
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysisa.
(14 Safar 144H).