Dalam pada itu dilaporkan dimana Ikan Tuna adalah spesies ikan yang banyak dijumpai di perairan negara kita. Ikan tuna termasuk dalam salah satu jenis makanan tersihat di dunia dengan permintaan dan harga yang sentiasa tinggi. Terdapat banyak laporan menyatakan dimana banyak manfaat kepada sesiapa yang makan ikan tuna. Di sebalik daging ikan yang lembut berwarna merah gelap terdapat nutrisi yang berkhasiat sama ada dimakan mentah atau apa juga cara memakannya (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog jug amat suka makan ikan tuna atau ikan tongkol dimana memang setiap masa membeli dan menyimpan stok dalam peti sejuk. Dilaporkan dimana ikan tuna merupakan sumber vitamin B12 yang berperanan penting dalam pembentukan sel darah merah. Tuna juga merupakan jenis ikan berlemak yang mengandung asid lemak omega-3 yang sangat diperlukan manusia. Dari segi khasiatnya dimana ia mmpu mencegah penyakit jantung. Ini adalah kerana ada bahan terkandung dalam ikan tuna iaitu Asid Lemak Omega-3 yang tinggi dapat mengurangi kadar kolesterol jahat yang berkumpul di arteri jantung. Kajian menunjukkan, kandungan Omega-3 yang tinggi dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit kardiovaskular, termasuk serangan jantung. Ikan tuna juga mampu melindungi mata kerana omega-3 dalam ikan tuna juga bermanfaat untuk kesihatan mata. Kajian yang dijalankan terhadap 40 ribu orang menunjukkan bahwa orang yang makan lebih banyak ikan tuna setiap minggunya memiliki risiko 68% lebih rendah terkena masalah mata kerana zat omega-3 juga baik untuk kesihatan retina. Terbaik adalah kehebatannya dimana ia mampu mencegah kanser dimana zat omega-3 dapat memperlambatkan proses pertumbuhan sel tumor. Sifat ant iinflamasi pada omega-3 juga mengurangi peradangan di dalam tubuh yang banyak dikaitkan dengan kanker. Dakwaan kerana ikan tuna mampu menurunkan berat badan disebabkan ikan ini rendah kalori dan kaya akan protein yang dapat membantu menurunkan berat badan. Studi menunjukkan, remaja yang makan ikan tuna selama beberapa minggu kehilangan berat badan sekitar 1 kilogram jika hendak dibandingkan dengan yang tidak makan ikan tuna. Hebatnya juga dimana ia akan meningkatkan imuniti tubuh apabila dilaporkan tuna kaya akan manganese, zink, selenium dan vitamin C yang semuanya membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh. Semua nutrisi tersebut memiliki sifat sebagai antioksidan yang dapat melawan patogen termasuk virus dan radikal bebas. Ia juga boleh memperkuatkan tulang kerana kandungan vitamin B dan protein yang tinggi juga bakal memperkuat tulang. Nutrisi ini juga mencegah cedera dan kerusakan pada tulang. Akhir sekali khasiatnya didakwa boleh meremajakan kulit kerana kandungan vitamin B dalam ikan tuna juga membantu menjaga dan meremajakan kesehatan kulit. Sifat antiinflamasi membuat kulit awet muda dan lebih halus bercahaya. Mengambil ikan tuna dalam pola makan harian dimana bagi orang dewasa disyorkan memakan 2-3 kali ikan tuna seminggu.
Kisah unik dimana 'Kaki pancing ‘jerat’ ikan tuna seberat 328kg' di Gibraltar, Sepanyol memang menarik dikupas kali ini. Beberapa media antarabangsa dan media tempatan menyatakan dimana sekumpulan pemancing dilapor berjaya menangkap ikan tuna sirip biru seberat 328 kilogram (kg) di perairan Gibraltar, Sepanyol. Mereka adalah Kyle Cavilla, Gareth Valarino dan Shawn Desoisa menangkap ikan sepanjang 2.9 meter (m) itu yang didakwa memecah rekod tahunan selain merupakan ikan kedua terbesar yang pernah ditangkap di perairan tersebut. Berita ini merupakan satu pertarungan di mana tiga lelaki perlu bertungkus-lumus menarik ikan itu ke arah bot. Ketika tarikan mencapai kira-kira 35 kg dimana ril pancing terpaksa disejukkan menggunakan air disebabkan kekuatan ikan tuna gergasi itu. Ketiga-tiga kaki pancing itu kemudiannya menjual beberapa bahagian ikan tuna tersebut pada harga £5,000 (RM29,435) manakala beberapa bahagian lagi disimpan untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Mereka menganggarkan bahagian yang dijual itu berpotensi mencecah £20,000 (RM117,730) sekiranya ia dijual di pasaran Jepun. Dalam pada itu dilaporkan dimana pada tahun 2019, seorang hartawan dari Jepun yang digelar ‘raja tuna’ berjaya menangkap ikan tuna sirip biru seberat 278 kg yang dijual pada harga £2.5 juta (RM14.7 juta) dalam satu acara lelongan di Tokyo.
Berita 'Raja Tuna bayar RM7.3 juta untuk seekor ikan' di Tokyo, Jepun telah menggemparkan dunia kerana berita viral tersebut adalah salah satu perkara jarang berlaku. Bagi Kimura ikan tuna bernilai RM7.3 juta dengan berat 276kg pada lelongan tahun baru di Pasar Toyosu, Tokyo dimana dia adalah seorang pengusaha sushi Jepun yang terkenal. Kini dia diberi dengan jolokan 'Raja Tuna' telah membayar sebanyak AS$1.8 juta (RM7.3 juta) untuk seekor tuna gergasi pada lelongan tahun baru di salah sebuah pasar ikan utama di ibu kota negara itu (Sila lihat foto diebelah). Kiyoshi Kimura yang mempunyai rangkaikan restoran sushi terkenal sanggup mengeluarkan jumlah itu bagi mendapatkan tuna bluefin seberat 276 kilogram (kg). Dilaporkan dimana ikan tuna tersebut ditangkap di perairan Aomori yang terletak di utara Jepun. Ini merupakan (tuna) terbaik dan harganya cukup mahal dimana dia mahu pelanggan menikmati makanan yang paling lazat tahun 2020 ini. Sebelum ini Kimura pernah membuat bidaan dengan harga cukup tinggi untuk ikan dalam acara lelongan yang sama. Pada tahun 2019 dia membayar AS$3.1 juta bagi seekor tuna seberat 278kg. Acara lelongan tersebut merupakan aktiviti tradisional yang dijalankan di sebuah pasar baharu yang dipanggil Toyosu. Jika sebelum ini ia terkenal di Tsukiji yang menjadi pasar ikan utama sehingga menjadi lokasi tumpuan pelancong kerana restoran dan kedai tetapi ia telah ditutup pada 2018. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
IKAN MAHAL... BAIK KHASIATNYA...
DIMAKAN MENTAH... JEPUN SUKA...
IKAN TONGKOL... ADA DI MALAYSIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Safar 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.