Support My Blog

Wednesday, November 6, 2024

BUAH NAGA DAN KEHEBATAN KHASIATNYA

BUAH NAGA atau ‘dragon fruit’ atau dikenali dengan nama saintifiknya Hylocereus spp. adalah sejenis tanaman semakin popular di Malaysia iaitu daripada famili Cactaceae. Pokok buah naga sama seperti pokok Kaktus ini mempunyai pelbagai nama tempatan seperti Pitaya, Dragon Fruit (English) atau Kaew Mang Korn (Thailand), Than long (Vietnam), Strawberry Pear atau Pitahaya (Amerika Latin), Queen of the night (Amerika Utara), Red Dragon Fruit atau Fire Dragon Fruit (Asia), Huo Long Guo atau Hong Long Guo (Taiwan) dan mudah dikenali sebagai 'Buah Mata Naga' di Malaysia. Walau apa pun nama buah tersebut berlainan akan tetapi ia tetap mempunyai ciri-ciri keistimewaannya tersendiri dari segi marfologinya. Apa pun selain didakwa ia mampu menjadi penawar kepada beberapa jenis penyakit berikutan ada khasiatnya yang tersembunyi kini ada bermacam produk dipasaran yang dihasilkan dari buah naga. Buah Naga ialah tanaman baru yang belum meluas ia diterokai sepenuhnya di negara kita semenjak 15 tahun dulu. Bagaimana pun terkini di Malaysia keluasan kawasan tanaman buah naga sudah jauh telah berkembang. Kalau dulu kawasan penanaman buah naga ini sangat kecil berbanding dengan tanaman lain seperti tanaman komoditi yang popular tetapi kini sudah ada estet buah naga secara besar-besaran di Malaysia. Merujuk kepada rekod Jabatan Pertanian pada tahun 2022 ada seluas 800 hektar tanaman buah naga yang menghasilkan sebanyak 11,257 metrik tan (Sumber: Booklet Ststistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Kawasan utama tanaman buah naga 2022 adalah di Johor (380 ha) diikuti dengan Negeri Sembilan (144 ha) dan Selangor (85 ha). Walau bagaimanapun aktiviti penanaman buah naga mula mendapat perhatian dan sambutan hangat di Malaysia sekitar tahun 1990 apabila ia dilaporkan mengandungi khasiat yang tinggi. Penulis blog dapati buah ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu Varieti Putih (Hylocereus undatus, Varieti Merah (Hylocereus polyrhizus) dan Varieti Kuning (Hylocereus megalanthus). Sejarah mendapati peringkat awal penanaman di Malaysia adalah banyak dari varieti putih tetapi kini kebanyakan petani telah pun memilih varieti merah yang mengandungi anthocyanin yang amat tinggi. Kini hanya dua varieti yang sesuai ditanam di Malaysia iaitu varieti putih dan merah. Artikel tengahari Isnin ditulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta akan kehebatan khasiat buah naga seperti dilaporkn banyak media temptn untuk dijadikan sebagai bahan rujukkan semua.


Dalam portal berita hmetro.com bertajuk 'Ketahui Khasiat Buah Naga' sesuai bagi dirujuk. DIlaporkan dimana buah naga adalah sejenis buah tropika yang memiliki bentuk yang unik kerana memiliki kulit luar seperti duri. Rasanya yang manis dan masam itu membuatkan buah eksotik yang berasal dari Amerika Tengah ini sering menjadi pilihan sama ada untuk dimakan atau dijadikan jus untuk diminum. Namun tahukah anda, buah ini memiliki pelbagai khasiat seperti vitamin C, karotena mineral dan fitoalbumin kepada kesihatan termasuk melambatkan proses penuaan, mencegah kanser dan meningkatkan sistem imun badan?. Terdapat beberapa manfaat kepada kesihatan di antaranya adalah ia didakwa melambatkan proses penuaan kerana buah ini kaya dengan antioksidan yang tinggi dan mengandungi vitamin C yang boleh membantu untuk kekal awet muda, kulit anjal dan mulus. Ia juga bertindak dengan melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel. Kehebatannya juga dimana ia mampu mencegah kanser sebab kandungan karotena menjadi agen anti kanser yang mengurangkan jumlah penghasilan tumor. Selain itu, kandungan likopena dapat mengurangkan risiko mendapat kanser prostat. bagi ereka ada masaalah kencing manis dan diabetis dimana kandungan serat yang tinggi di dalam buah naga membuat perut kenyang lebih lama. Selain itu membantu menstabilkan tahap gula dalam darah. Ia juga dilaporkan mampu untuk meningkatkan sistem imun apabila tahap kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah naga membantu meningkatkan sistem imun badan mencegah jangkitan penyakit dengan melindungi sel darah putih. Dalam pada itu jika ada masaalah kesihatan kardiovaskular dan bahan antioksidan yang boleh didapati pada buah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik. Selain itu dilaporkan dimana biji buah naga juga mengandungi lemak omega-3 dan omega-6 yang dapat membantu mengurangkan kolesterol jahat dalam badan. Bagi mendapatkan tulang sihat bahan magnesium yang terdapat di dalam buah ini mampu untuk menjaga tulang. Memang elok makan buah naga kerana membantu sistem penghadaman dan pencernaan. Buah naga ini dilaporkan dapat membantu meningkatkan pertumbuhan bakteria baik di usus yang baik untuk saluran pencernaan. Kandungan serat yang tinggi, bermaksud ia membantu memperbaiki pergerakan usus dengan memudahkan laluan terutama di bahagian saluran penghadaman. Penulis blog suka makan buah nag asegar sama ada dimakan terus atau di buat jus (Sila lihat foto disebelah). Memnerli buah naga segar dari ladang di sekitar Sg Pelek, Sepang, Selangor ini memang berbaloi.


Walau pun saya ada menulis mengenai tanaman buah naga lebih dari 25 artikel tetapi sesuai jug amerujuk poeral hellodoktor.com untuk menceriakan lagi penulisan ini. Buah naga adalah sejenis buah tropikal daripada beberapa jenis pokok kaktus yang berasal daripada Amerika dimana ia dikenali juga dengan nama pitaya, buah ini ditanam di banyak kawasan di Asia Tenggara, Florida dan Australia. Di Malaysia juga, ia sangat terkenal ekoran bentuknya yang sangat unik, warnanya yang sangat cantik, rasanya yang sangat sedap dan khasiatnya yang sangat bagus. Sama seperti buah-buahan lain yang wujud sudah tentu buah ini akan mendatangkan banyak manfaat ekoran nutrien yang terkandung di dalamnya. Ia dilaporkan buah ini banyak diambil untuk tujuan didalam melancarkan sistem penghadaman ekoran ia kaya dengan serat. Buah naga kaya dengan nutrisi dimana ia mengandungi rendah kalori tetapi penuh dengan vitamin dan mineral di samping kandungan serat. Ini termasuklah protein, karbohidrat, serat, zat besi, magnesium, vitamin C dan E. Ia juga mengandungi banyak serat yang bagus untuk perut diman ia kaya dengan serat yang merupakan komponen yang sangat penting dalam diet. Serat membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit dan ia juga boleh mengurangkan kolesterol di dalam darah, seterusnya menurunkan risiko sakit jantung, strok dan kencing manis. Walaupun tiada kajian khusus bagaimana buah ini boleh memberikan manfaat ini, kandungan serat yang tinggi di dalamnya membantu anda memenuhi keperluan harian serat. Buah naga membantu melawan pelbagai penyakit kronik kerana ia kaya dengan antioksidan, buah ini mampu melawan radikal bebas yang bertambah apabila semakin berumur. Radikal bebas ini terhasil daripada sel-sel yang rosak. Semakin tinggi kadarnya di dalam badan, semakin tinggi risiko mendapat penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser, kencing manis dan artritis. Antara antioksidan terkandung di dalam buah naga ialah vitamin C, beta-carotene, lycopene dan betalain. Buah naga akan membantu merangsang sistem ketahanan badan dimana pemakanan adalah salah satu faktor penting yang menentukan tahap ketahanan badan. Vitamin C dan bahan carotenoids yang terkandung dalam buah naga boleh merangsang sistem imun anda dengan melindungi sel darah putih (yang bertanggungjawab dalam sistem imun badan) daripada mengalami kerosakan. Buah naga juga dilaporkan membekalkan anda dengan zat besi dimana tidak banyak buah-buahan segar yang mengandungi zat besi. Zat besi memainkan peranan dalam proses membawa oksigen di dalam darah melalui sel darah merah dan mampu untuk ia menguraikan makanan kepada tenaga. Jangan terkejut jika ada kajian yang menemui bahawa 30% daripada populasi dunia tidak mengambil zat besi yang cukup. Makanan kaya zat besi seperti daging, ikan dan kekacang harus diletakkan dalam diet harian. Buah ini juga merupakan pilihan yang baik untuk memenuhi keperluan ini. Oleh itu penulis blog ini sarankan agar jangan tunggu lagi untu makan buah naga.


Menarik laporan dalam mstar.com bertajuk 'Nama je ganas tapi buah naga banyak manfaatnya, antaranya cegah penyakit kronik!' untuk dikongsikan. Apa pun dilaporkan buah naga cukup terkenal dengan kulit berwarna merah menyala serta isinya yang manis dan berair menjadikan ia popular dalam kalangan penggemar buah-buahan tropika (Sila lihat foto disebelah). Jika anda antara orang yang cukup menggemari buah unik ini, maka anda antara insan bertuah. Ini kerana, buah naga mempunyai pelbagai manfaat dan khasiat untuk kesihatan tubuh. Berikut adalah beberapa kebaikan buah naga yang mungkin tidak diketahui pembaca blog ini. Buah naga emmang ia kaya dengan nutrisi dimana ia juga rendah kalori tetapi cukup kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral penting selain tinggi kandungan serat. Nuah ini dilaporkan mampu mencegah penyakit kronik apabila kandungan bahan radikal bebas adalah molekul tidak stabil yang menyebabkan kerosakan sel dan menyebabkan keradangan dan penyakit. Salah satu cara mengatasinya adalah dengan makan makanan kaya antioksidan seperti buah naga. Antioksidan bekerja dengan cara menuetralkan radikal bebas sehingga mencegah kerosakan sel dan keradangan. Berdasarkan kajian juga mendapati diet tinggi antioksida dapat membantu mencegah penyakit kronik seperti masalah jantung, kanser, diabetes dan artritis. Buah naga mengandungi serat tinggi dimana serat dalam makanan adalah karbohidrat yang tidak dapat dicerna namun memiliki banyak manfaat kepada kesihatan. Seperti antioksidan, serat yang terkandung dalam buah naga cukup baik untuk sistem penghadaman manusia selain melindungi tubuh daripada penyakit jantung serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah bagi pesakit diabetes. Buah naga boleh dimakan dengan pelbagai cara termasuk dibuat sebagai jus. Buah naga memang dikatakan mampu meningkatkan kesihatan usus. Ini kerana usus adalah rumah bagi pelbagai mikroorganisme termasuk lebih daripada 400 jenis bakteria yang boleh mempengaruhi kesihatan seseorang. Buah naga juga kaya dengan prebiotik yang berpotensi meningkatkan keseimbangan bakteria baik dalam usus manusia. Prebiotik adalah sejenis serat khusus yang mendorong pertumbuhan bakteria sihat dalam usus. Apakah cara memakan buah nagayang sesuai?. Pertama dengan memeriksa buah terlebih dahulu sama ada ia sudah masak dengan menekan kulit luarnya. Jika kulitnya mengeras maka ini bermakna ia tanda buah naga sudah matang. Amalkan memotong buah naga menjadi dua bahagian dimana cara ini akan memudahkan proses mengupas kulitnya. Pastikan agar jangan takut makan isi bersama bijinya kerana ia mengandungi serat yang dapat memberi manfaat kepada kesihatan. Pada penulis blog selain dimakan terus, buah naga juga boleh dinikmati sebagai salad buah, jus, dicampur bersama yogurt atau pun dijadikan smoothie. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BUAH NAGA... PITAYA IA SAMA....
WARNA PUTIH...MERAH ENAKNYA...
DIMAKAN SEGAR... HEBAT KHASIATNYA...
BELI LOKAL... DIMAKAN SEGERA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3101, Phnom Penh Hotel,
Phnom Penh, 
Kingdom of Cambodia.
(8 RabiulAwal 1445H).
Menghadiri Konvensyen DMDI ke 21.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...