Support My Blog

Tuesday, May 20, 2025

SEMBANG TENTANG BAYAM BRAZIL (PART 4)

BAYAM BRAZIL
(Althernanthera sissoo) adalah spesies tanaman sayuran berdaun yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini juga tergolong dalam famili Amaranthaceae yang kini sudah ditanam dinegara kita. Sayur ini juga dipanggil sebagai Brazillian Spincah, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Sambu lettuce. Spesies tumbuhan ini mudah hidup dimana kaedah datau cara pembiakkannya melalui keratan batang. Bayam Brazil adalah tanaman sayuran yang amat baik dan sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia. Kepada mereka yang kali pertama mendengar perlu ketahui morfologi Bayam Brazil. Bayam Brazil merupakan spesies tumbuhan yang cepat membesar dan mudah dijaga. Ia mempunyai daun yang boleh dimakan samada mentah atau dimasak. Tumbuhan lembut ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi dengan saiz daunnya pula sekitar 2.0 - 3.5 cm lebar (Sila lihat foto diatas). Ramai juga dikalangan kita yang ada menanam sendiri bayam ini yang diambil mengikut keperluan untuk dimakan. Hidangan Bayam Brazil mudah disediakan dengan daun Bayam Brazil yang agak berlendir dan juga rangup. Ini membolehkan sayuran ini juga sesuai dijadikan ulaman. Selain itu, Bayam Brazil juga sesuai utnuk dijadikan bahan masakan seperti salad, masakan tumis, sup atau sayuran di dalam masakan barat. Sejarah menunjukkan dimana masyarakat di Brazil mengamalkan makan bayam ini secara mentah bersama tomato, bawang putih dan cuka. Menanam sendiri Bayam Brazil ini amat mudah dilakukan dirumah untuk tujuan kegunaan sendiri atau kalau lebih lebih sedekahkan kepada sanak saudara atau jiran. Ada boleh menanamnya diatas tanah, dalam pasu atau didatas batas kecil yang dipasang papan ditepinya. Gunakan tanah campuran atau media cocoapeat (murah dalam kampit) dan dipadatkan sedikit. Campurkan baja organik dengan kadar sesuai dalam media tanaman. Benih bayam brazil boleh didapati daripada membelinya di pasar (keratan bayam brazil yang ada dijual) atau ambil dari rumah rakan (kalau belum ada benih) atau gunakan benih sendiri (jika telah ada tanaman sebelumnya). Potong sekitar 2 - 3 cm panjang pucuk bayam brazil (sederhana matang) dan terus dicucuk diatas tanah yang disediakan didalam bekas. Pastikan ia ditekan sedikit dan siram 2 kali sehari (pagi dan petang). Ia akan keluar akar selapas 2-3 minggu bertanam dan membiak dengan cepat dengan tunas-tunas baru. Anda boleh memetik bahagian pucuknya dengan tangan kerana ia lembut dan rapuh. Pastikan selalu dipeting agar lebih banyak tunas baru keluar dan sentiasa segar. Basuh bersih dengan air mengalir sebekum dimakan sebagai ulaman atau dimasak tumis dan sebagainya. Artikel petang Ahad ini saya sembang dengan cara menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai bayam brazil yang mudah ditanam dan dijaga serta enak dan berkhasiat dimakan segar atau sebagai ulaman untuk bahan rujukkan anda semua.


Apa pun paling best adalah Resepi Kerabu Bayam Brazil Moden dimana ia mudah disediakan dan memang enak sekali rasanya. Keunikan makanan ini kerana ia mengunakan beberapa bahan termasuk buah mangga epal bagi dapat menambahkan keenakannya. Mudah disediakan dan cepat dimana gunakan bahan iaitu 1 ikat bayam brazil yang sebaiknya ia d hiris halus (di petik sendiri atau beli), 1 biji mangga epal yang dimayang halus, 8 biji cili padi, 2 biji cili merah, 4 ulas bawang merah, bahan belacan sebesar ibu jari, kelapa parut anggaran dalam 1 cawan, santan kelapa 1 cawan, udang kepal atau udang kering secukupnya, garam, gula dan perasa secukupnya. Apa pun jika bahan sudah disediakan cara membuatnya dengan menumbuk cili padi, cili merah, belacan, 1 ulas bawang merah dan kelapa parut hingga lumat didalam lesong. Kemudian di masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam bekas berisi hirisan mangga epal (atau mangga lain yang sesuai), bayam brazil, udang kepal, bawang merah yang dimayang dan santan. Semua bahan-bahan ini di gaul semua bahan hingga rata dan perasakan dengan garam, gula dan bahan serbuk perasa dengan secukupnya. Pastikan ia tersu digalu sehingga sebati dimana di uji rasanya dan jika cukup ikut lidah maka boleh di masukkan kedalam bekas hidangan untuk di nikmati. Sesuai untuk di makan begitu sahaja atau di makan bersama nasi.


Ramai mungkin kalangan pembaca blog ini mana belum pernah ujirasa makanan berasaskan bayam ini di namakan iaitu sebagai 
Sup Sayur Bayam Brazil. Apa pun jika dinilai ia merupakan salah satu jenis makanan sihat yang berkhasiat.   
Memasaknya juga amat ringkas dan mudah. Bahan-bahan bagi membuat sup ini terdiri daripada 1 paket bebola ikan, sedikit udang segar, cendawan tiram, secekak bayam brazil, lobak merah, jagung muda atau baby corn, sayur sawi, serbuk pati ayam, garam sedikit lada sulah, daun sup dan juga sedikit bawang goreng, sedikit halia (dicincang halus), 2 ulas bawang putih dan 1 biji bawang merah. Cara-cara memasaknya adalah dengan memanaskan sedikti minyak dan tumis bahan cincang halus. Dalam periok yang air dipanaskan dan dimasukkan bebola ikan, carrot dan baby corn. Pada waktu menumis sebaiknya ia dimasukkan semua jenis sayur yang keras dan perlukan lebih masa untuk lembut. Seterusnya di tuang air secukupnya dan masukkan udang, cendawan tiram dan sayur sawi dan kacau sedikit. Ia perlu di masak sehingga mendidih dan kemudian boleh ditabur dengan hirisan daun sup dan di tambah bahan perisa seperti garam, serbuk pati ayam dan sedikit lada sulah. Matikan api dan angkat untuk di hidangkan untuk di makan terus atau di makan dengan nasi panas serta lauk lain.


Bagi penulis blog dimana Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan adalah diantara paling favrit untuk makanan berasaskan bayam brazil ini. Makanan ini selain ia mudah disediakan memang sesekali ada di jual di beberapa buah restoren masakan makanan melayu di beberapa lokasi. Apa pun memang enak di makan dengan nassi putih terutama semasa makan tengahari. Bagi membuatnya sendiri di rumah perlu ada bahan seperti Semangkok 
Bayam Brazil, 6 biji cili besar dan 6 biji cili padi (kalau suka pedas campur cili padi lebih cili), 3 ulas Bawang merah, 2 ulas Bawang putih, sedikit udang kering atau ikan bilis, sedikit belacan, gula, garam , perasa dan asam jawa. Apa pun cara-cara memasaknya dengan menumbuk semua bahan bahan rmuan tersebut didalam lesung sehingga lumat dan sebati. Ada juga kalangan tukang masak yang mengisar sahaja bahan ramuan ini dengan bkender tetapi hasilnya agak kasar sedikit. Panaskan kuali dan di tumiskan bahan ramuan yang ditumbuk tadi. Seterusnya apabila ramuan sudah masak elok maka boleh di masukkan ikan bilis atau udang kering, belacan, perasa, gula garam dan sedikit perahan lemon atau air asam jawa. Ada yang tidak suka rasa masam asam jawa dan tidak perlu membubuhnya dalam masakan. Proses terakhir sekali adalah memasukkan daun sayur bayam brazil kedalam kuali dan dipanaskan sehingga daun bayam brazil masak dan tutup api. Angkat di masukkan kedalam bekas untuk di hidangkan dan sesuai di makan dengan nasi putih.


Kuliner paling akhir dalam sembang mengenai bayam brazil adalah resepi 
Cucur Bilis Bayam Brazil yang mungkin ramai juga pembaca blog belum pernah ujirasa sebab tidak tahu akan makanan unik ini. DIkampong saya makanan ini di panggil sebagai 'Goreng Tepong Bilis dengan Bayam Brazil' dan pernah di hidangkan kepada perewang di kenduri Majlis Perkahwinan juga. Amat mudah membuat makanan ini dimana bahan di sediakan termasuk Tepung gandum (atau boleh juga gunakan tepung segera), Ikan bilis (dikisar atau ditumbuk halus), Daun Bayam Brazil (diracik halus), Daun kucai atau Daun sup (diracik halus), Air panas, garam dan serbuk perasa. Mudah cara membuatnya iaitu dengan menggaulkan tepung dengan air panas sedikit demi sedikit. Jangan terlalu pekat atau cair diman kena pandai agak-agak sampai menjadi seperti doh. Masukkan semu bahan ikan bilis, daun bayam brazil, daun kucai dan garam serta serbuk perisa kedalam adunan. Apabila sebati boleh di kaup dengan sudu dan bulat-bulatkan dengan tangan. Petua mudah membuatnya dengan membasahkan tangan dengan minyak supaya mudah untuk adunan ini di bulat-bulatkan. Diatas kuali di panaskan minyak masak dan menggoreng dunan seperti biasa. Pastikan ia di terbalikkan didalam kuali untuk masak sekata dan apabila warnya kuning kecolkatan maka boleh di angkat dan di toskan. Masukkan kedalam piring dan sedia di makan. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai dan mesti dibaca keduanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!...
BAYAM BRAZIL... KURANG DI KENALI...
MUDAH DI TANAM... MUDAH DI JAGAI...
BANYAK KHASIAT... SIHAT SUDAH PASTI...
MENU MASAKAN... SESUAI DINIKMATI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka, 
Malaysia.
(17 Zulkaedah 1446H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...