Support My Blog

Saturday, February 10, 2024

CACING ANISAKIS DALAM MAKANAN LAUT?

CACING ANISAKIS
(Anisakis spp) merupsksn sejenis cacing ne
matoda parasit yang menyerang ikan dan juga mamalia laut. Cacing ini juga dapat menyerang manusia yang telah memakan ikan mentah dan is boleh menyebabkan penyakit anisakiasis. Dalam beberapa kes dilaporkan tubuh dapat menghasilkan imunoglobulin E untuk melawan parasit ini dan memberikan kesan keradangan seperti anafilaksis. Di Malaysia dimana pengesahan penemuan parasit cacing uang dilaporkan media di dalam produk tin sardin baru baru ini ternyata memberi kesan kepada masyarakat. Produk yang di import dari China tersebut di sahkan mengandungi parasit cacing jenis Anisarkis. Banyak persoalan timbul mengapakah terdapat cacing di dalam ikan sardin dan adakah parasit ini merbahaya dan mengancam kesihatan terus viral. Nama saintifik bagi cacing yang dikenlpasti ini dari jenis Anisarkis simplex yang sering ditemui di dalam ikan herring, ikan mackerel dan ikan sardin. Cacing ini boleh membesar saiznya sehingga 2 cm panjang ,tidak berwarna dan sering ditemui melingkar di dalam perut ikan. Dilaporkan dimana parasit seperti cacing sememangnya sering di temui didalam perut dan daging ikan dan kebiasaannya ramai pengguna TIDAK menyedari akan kehadiran parasit ini Cara cacing ini boleh menjangkiti ikan apabila Parasit Anisakis mempunyai kitaran hidup yang kompleks dan perlu melalui pelbagai perumah yang berbeza seperti ikan, udang, sotong dan biasanya berakhir di haiwan mamalia laut seperti ikan lumba lumba, ikan paus dan anjing laut. Cara memakan ikan mentah dan tidak di masak dengan sempurna selalunya apa yang penulis blog baca adalah ia akan meningkatkan risiko jangkitan ini. Lazimnya jenis ikan yang bersaiz besar mengandungi jumlah cacing yang lebih banyak. Ini kerana saiz ikan yang besar akan makan lebih banyak dan menelan jumlah parasit lebih banyak dan saiz lebih besar. Selalunya dilaporkan jenis ikan liar yang ditangkap si laut atau perairan luas adalah lebih berisiko dari ikan di dalam sangkar. Kajian saintisa menyatakan dimana diantara kawasan yang memiliki kes-kes jangkitan yang tinggi adalah negara Scandinavia, Jepun, Belanda, Sepanyol dan negara di sekitar Lautan Pasifik. Kita di Malaysia agak kurang risiko berbanding dengan negara yang disenaraikan diatas tetapi peliknya ramai rakyat Malaysia yang suka makan sardin dalam tin dimana sudah di viralkan menyebabkan kurang orang makan sadin ketika isu tersebut. Artikel pada subuh Khamis ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" artike ke 7,892 mengenai apakah dia cacing anisakis untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog semua.


Persoalan bolehkah cacing ini memberi kesan negatif kepada manusia menjadi perbincangan yang serius. Dilaporkan dimana sebenarnya cacing ini BOLEH menjangkiti manusia dan menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai Penyakit Anisakiasis. Dilaporkan dimana dalam tempoh beberapa jam selepas termakan cacing ini maka ia akan cuba menembusi dinding usus manusia. Setelah gagal menembusi maka ia akan terperangkap di usus dimana ia kemudian akan mati. Hal ini akan merangsang imun tubuh yang menyebabkan tindak balas alahan kemudian. Bagaimana pun bagi inidividu yang mempunyai alahan kepada parasit ini dilaporkan berlaku pula gejala alahan akan muncul seperti gatal gatal dan ruam. Apa pun dilaporkan diantara gejala lain yang boleh berlaku adalah termasuk tanda sakit perut secara tiba tiba serta muntah.  Dalam kes yang lebih serius dimana kesan alahan kepada cacing ini boleh menyebabkan alahan teruk yang boleh menyebabkan kematian. Beberapa langlah bagaimanakah cara untuk mencegah jangkitan dimana salah satunya cara untuk mencegah jangkitan ini adalah dengan membersihkan ikan dan memeriksa isi ikan sebelum memasaknya. Apa yang perlu dibuat yang penulis blog faham adalah dengan mana pada bahagian perut merupakan 'sarang' utama cacing ini dipastikan mesti dicuci bahagian ini dengan sempurna. Kajian mendapati dimana cacing anisakiasis boleh dicegah dengan memasaknya pada suhu lebih tinggi daripada 60 ° C atau dengan cara membekukannya dimana pihak FDA juga mengesyorkan semua jenis makanan laut perlu di sejuk bekukan pada suhu serendah -35 °Celcius dalam jangkamasa selama 15 jam. Kajian saintis juga mendapati dimana cara memerap dan mengasinkan ikan TIDAK akan membunuh cacing aniskasis ini. Berkaitan dengan kaedah rawatan sesuai untuk jangkitan cacing ini dimana sebenarnya cacing anisakis TIDAK mampu bertahan untuk hidup di dalam tubuh manusia dimana ia akhirnya akan mati. Dalam kebanyakan kes dilapor jangkitan itu di rawat denagn mudah berdasarakan gejala pesakit (rawatan simptomatik). Walau bagaimanapun dilaporkan dimanajangkitan boleh menyebabkan keadaan yang lebih serius seperti usus kecil tersumbat dimana kes ini kemudiana ia mungkin memerlukan pembedahan. Rawatan dengan ubat anti cacing biasa juga sangat berkesan untuk cara membunuh cacing ini. Di Malaysia isu apa yang perlu di pelajari berkaitan cacing ini terutama kes ikan sardin dalam tin dimana walaupun kehadiran cacing didalam ikan adalah sesuatu perkara yang biasa namun penemuan cacing berada di dalam produk makanan yang telah di tinkan membuktikan kegagalan pengeluar produk untuk menjamin kualiti produk makanan keluaran mereka. Ini kerana pihak pengeluar produk tersebut tidak mencuci dan membersihkan ikan dengan sempurna dan mereka juga tidak memeriksa produknya dan mempastikan kualiti produk sebelum di pasarkan. Sebagai pengguna pula isu ini memberi pengajaran untuk agar perlu sentiasa memeriksa makanan yang di beli termasuklah produk di dalam tin. Sekiranyaada mengesyaki sebarang objek asing di dalam makanan ditemui maka boleh melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tindakan susulan.


Boleh dikatakan dimana 
Anisakiasis adalah sejenis jangkitan cacing parasit daripada makanan laut. Terdapat dua jenis penyakit disebabkan cacing parasit yang sering dikaitkan dengan cara iaitu pengambilan makanan laut secara mentah yang dilaporkan iaitu Penyakit Diphyllobothriasis (jangkitan cacing pita) dan Penyakit Anisakiasis (jangkitan cacing bulat). Apa pun di Malaysia sudah ada laporan penemuan cacing bulat yang menyebabkan anisakiasis dalam tin ikan sardin dimana ia menimbulkan kegusaran tentang pengambilan makanan asas laut tersebut. Penyakit Anisakiasis ialah jangkitan parasit pada sistem gastrousus disebabkan pengambilan larva cacing Anisakis pada makanan laut yang mentah atau kurang masak. Larva anisakis boleh ditemui pada daging pelbagai makanan laut seperti ikan salmon, ikan kembung, sotong dan udang. Dilaporkan dimana larva cacing ini dijumpai pada daging dan organ makanan laut dan boleh hidup selama 51 hari dalam cuka, 50 hari pada suhu 2 celcius, 6 hari dalam 10% formalin pada suhu bilik dan lebih kurang 2 jam pada suhu -20 Celcius. Larva ini akan mati dalam masa beberapa saat dalam suhu 60 celcius. Sebaiknya peminat makanan laut patut membekukan pada suhu -20 celcius selama sekurang-kurangnya 24 jam atau dimasak pada suhu 60 celcius untuk menyingkirkan larva parasit ini. Pembekuan secara komersial kebiasaannya akan melibatkan suhu di bawah -37 Celcius selama sekurang-kurangnya selama 15 jam untuk membunuh parasit tersebut. Kebanyakan penyejuk beku rumah (peti ais) tidak mempunyai suhu rendah yang mencukupi untuk membunuh parasit tetapi proses memasak biasanya melibatkan suhu lebih daripada 60 Celcius dan mencukupi untuk membunuh parasit ini. Merujuk beberapa artikel dinyatakan dimana simptom Penyakit Anisakiasis akan melibatkan simptom gastrik atau masaalah dalam usus. Dalam anisakiasis gastrik dimana pesakit mungkin mengalami sakit perut, loya, dan muntah secara tiba-tiba sementara anisakiasis usus melibatkan sakit di bahagian bawah perut, loya, muntah, demam dan cirit-birit. Kerosakan tisu atau kebocoran gastrousus dilapor boleh berlaku kerana pencerobohan dinding mukosa sehingga menyebabkan pendarahan dimana pesakit juga mungkin boleh mengalami simptom alahan. Simptom boleh berlaku dalam satu hingga dua minggu selepas pengambilan makanan laut yang mentah atau kurang masak dan mungkin boleh berlangsung selama berbulan-bulan, kadangkala (jarang berlaku) selama bertahun-tahun. Jika berlaku tersalah diagnosis adalah perkara biasa dalam kes anisakiasis disebabkan oleh simptom-simptom penyakit ini yang tidak spesifik. Diagnosis seperti apendisitis, ulser perut, tumor gastrik, peritonitis, dan penyakit Crohn sering dibuat sebelum Anisakiasis disahkan. Kunci utama diagnosis Anisakiasis adalah sejarah pengambilan makanan laut mentah.


Memang penting mengetahui akan isu Penyakit 
Anisakiasis di Malaysia yang umum tahu setelah viral di media mengenai 'Cacing dalam tin sardin'. Diluar sana dilaporkan dimana isu  Penyakit Anasiakiasis pertama kali dikesan di Netherland dan banyak dilaporkan di negara yang gemar memakan ikan mentah seperti Jepun, Perancis, Sepanyol dan Jerman. Apa pun di Malaysia pula kes Anisakiasis pernah dilaporkan pada tahun 2016 dalam seorang pesakit berusia 64 tahun yang mengalami simptom cirit-birit dan najis berdarah. Pesakit tersebut dipercayai dijangkiti parasit tersebut daripada sushi yang dimakannya dua hari sebelumnya (Sudah umur warga emas pun masih berminat makanan sushi...). Ramai kalangan rakyat Malaysia yang gemar melancong dimana meraka akan ujirasa makanan laut mentah dan ingin dapatkan pengalaman memakan makanan yang kaedah memasak dari negara-negara asing menjadi trend di seluruh dunia dimana ia berlainan. Mereka ingin menikmati trend ini iiaitu termasuklah cuba memakan makanan laut mentah atau makanan yang kurang masak. Kajian mendapati cacing parasit ini telah pun ditemui dalam hidupan marin di Asia Tenggara dan mungkin akan menyebabkan jangkitan pada manusia di masa akan datang. Sebenarnya jangkitan Penyakit Anisakiasis ini pada kebiasaannya tidak berkesan dirawat dengan gunakan ubat antihelminth dan selalunya memerlukan endoskopi untuk diagnosis dan rawatan. Sebaiknya para pembaca semua boleh mencegah berlaku serngan Anisakiasis dengan kaedah memasak atau membekukan makanan laut sebelum dimakan. Apa pun kaedah Menggaram, Memanggang dan Memerap ikan yang ada cacing ini dilaporkan ia tidak akan membunuh larva cacing tersebut. Cara pencegahan terbaik daripada isu akan serangan cacing Anisakiasis adalah dengan sebaiknya mengelakkan makanan laut mentah atau kalau sudah teringin sangat hendak makan perlu dipastikan ia dibekukan di bawah suhu -20 Celcius untuk selama sekurang-kurangnya 24 jam. Cara lain adalah dengan mempastikan makanan laut dimasak pada suhu 60 darjah Celsius. Masih ramai ragu-ragu sama ada adakah cacing Anisakis dalam tin berbahaya untuk dimakan. Sebenarnya semua organisma hidup, termasuk ikan memang lazimnya ia mungkin mempunyai parasit. Adalah penting untuk difahami bahawa kewujudan parasit adalah kejadian semula jadi dan ia juga bukan pencemaran. Parasit tidak mendatangkan masalah kesihatan dalam ikan yang dimasak dengan teliti. Proses pengetinan ikan melibatkan pemanasan untuk pensterilan komersial yang cukup untuk memastikan kemusnahan parasit. Apa pun pada penulis blog dimana kesdaran akan potensi serangan Penyakit Anisakiasis patut dikhuatiri dalam pengambilan ikan mentah dan langkah pencegahan yang sesuai patut diambil untuk mengelakkan jangkitan parasit ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
CACING ANISAKIS... IA MEMANG ADA...
MAKANAN LAUT... ITU HABUTATNYA...
PENYAKIT ANISAKIASIS... MERBAHAYA...
BASMI DAHULU...SEBELUM MAKANNYA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Rejab 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...