Skim ini menetapkan beberapa kriteria penilaian semasa pemeriksaan dimana kriteria ini adalah berpandukan kepada keperluan piawai seperti terkandung dalam piawiian iaitu -MS 1998:2007 – Good Aquaculture Practice (GAqP) - Aquaculture Farm General Guidelines; MS 2467:2012 - Code of Practice for Seaweed Cultivation. Dalam garispanduan ini dinyatakan dimana ada lima (5) kriteria utama yang digunapakai semasa proses mendapatkan persijilan skim ini. Ini termasuk aspek Keselamatan Makanan Keperluan Kesihatan Ikan, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kelestarian Persekitaran dan juga aspek berkaitan dengan Kebajikan Haiwan. Dalam pada itu ada sebanyak lapan belas (18) perkara perlu dipatuhi semasa pemeriksaan dijalankan dan pemohon perlu menepati perkara ini. Perkara tersebut termasuk aktiviti Pemilihan Tapak, Kawalan Air Buangan, Pembinaan Ladang, Kebersihan dan keadaan permukaan bersentuh, Reka bentuk kolam atau sangkar, Kesihatan Pekerjaan, Pengurusan Air, Amalan Kebersihan Ladang, Pembajaan Kolam, Sosial dan Kebajikan Pekerja, Kawalan Pemangsa dan Makhluk Perosak, Penuaian dan Pengendalian Hasil Ladang, Bekalan Bahan Mentah (Aditif, Benih), Pelabelan, Penyimpanan dan Penggunaan Sebatian Berbahaya, Pengurusan Kesihatan Ternakan, Penyimpanan Rekod Ladang, Kawalan Biosekuriti Ladang dan akhir sekali mesti ada persijilan Halal.
Dilampirkan carta alir bagaimana proses permohonan dan Pendaftaran baharu Persijilan MyGAP.
Penternak atau usahawan yang telah berjaya mendapatkan Persijilan MyGAP Ladang Akuakultur akan diberikan sijil dimana temph sah laku adalah selama dua (2) tahun. Selepas tamat tempoh sah laku penternak ladang akuakultur boleh memohon untuk menambung persijilan tersebut dan proses pemeriksaan akan dijalankan oleh Jabatan Perikanan untuk tempoh selama 2 tahun lagi jika semuanya menepati piawaian yang disediakan. Sebaiknya permohonan oleh penternak untuk pembaharuan sijil ini dilakukan dalam masa 3 bulan sebelum tarikh tamat tempoh persijilan yang lama. Ini akan membolehkan pihak Jabatan Perikanan membuat persediaan bagi pemeriksaan. Dalam skim ini juga ada proses iaitu Pembatalan Sijil bagi mereka yang tidak layak. Ladang ternakan akuakultur yang didapati telah tidak mengamalkan kriteria MyGAP serta melanggar dan tidak akur kepada mana-mana syarat piawaian pengiktirafan pensijilan berdasarkan boleh dilakukan bersasarkan kepada keadaan dimana ladang telah berpindah ke lokasi lain. Ia juga boleh dibatalkan jika berlaku perubahan kepada operasi dan jenis ternakan ladang (Contohnya sebelum ini adalah usaha menternak ikan dan di tukar kepada usaha menternak udang). Pembatalan juga boleh berlaku jika pihak pengurusan ladang menarik diri secara sukarela disebabkan oleh sebeb tertentu dan di beritahu kepada Jabatan Perikanan. Paling sering berlaku pembatalan adalah dimana penternak akuakultur sudah tidak mengekalkan tahap pematuhan semasa aktiviti serveilan dan pemeriksaan mengejut dilakukan di ladang ternakan akuakultur dilakukan. Pembatalan juga boleh dilakukan jika dilaporkan dan didapati dimana hasil ladang tidak selamat dan dikesan telah melepasi paras sisa maksimum yang dibenarkan melalui program pensampelan rasmi Jabatan Perikanan Malaysia. Ini kerana produk akuakultur tersebut sudah di ketahui ia tidak selamat untuk di gunakan. Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan mana-mana Pejabat Jabatan Perikanan yang terdekao. Semuga tulisan ini dapat memebri sedikit penjelasan mengenai apakah dia proses untuk mendapatkan persijilan MyGAP bagi Ladang Akuakultur sebagai rujukkan semua. Wasallam!!!...
LADANG AKUAKULTUR...POHON SAJA...
PROSEDERU DIJELASKAN...SILA BACA..
KURANG FAHAM... SILAKAN BERTANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Rejab 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.