Penulis blog yang pernah terlibat dengan isu kumbang RPW ini merujuk juga kepada pakar entomologi Jabatan Pertanian terdapat dua spesis yang didapati di negara kita. Kumbang RPW ini juga dikenali sebagai Kumbang Jalur Merah dengan nama saintifik sebagai Rhynchophorus vulneratus. Jenis ini adalah jenis yang kurang agresif menyerang dan menyebabkan kerosakan pada tanaman palma. Ia juga dikatakan sebagai jenis RPW tempatan yang memang telah ada dinegara kita semenjak dahulu. Jenis Kumbang Merah Palma kedua yang dikatakan 'dibawa masuk dari luarnegara' adalah dikenali dengan nama saintifik sebagai Rhynchophorus ferrugineus (Sila anda lihat foto disebelah). Jenis ini dikatakan sangat agresif dan menyebabkan kerosakan teruk pada tanaman palma terutama pada pokok kurma dan kelapa. Kumbang merah palma (Rhynchophorus ferrugineus) atau Red Palm Weevil (RPW) adalah sejenis kumbang behaya daripada keluarga Curculionidae (Coleoptera). Ia merupakan perosak utama bagi tanaman palma seperti kelapa, kelapa sawit dan kurma. RPW merupakan serangga perosak dalam kumpulan perosak yang menyerang pokok kelapa. Perosak ini mula dikesan buat pertama kali di kawasan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa di Kelantan pada Oktober 2005.
Biasanya dilihat iaitu simptom utama kerosakan akibat serangan RPW adalah pucuk akan menjadi layu, diikuti dengan daun-daunnya. Apabila serangan menjadi teruk, pucuk daun dan pelepah akan menunjukkan simptom kekuningan. Kadangkala kehadiran perosak ini dapat dikesan apabila aktiviti memakan di dalam pokok kelapa dapat didengar dari luar. Serangan peringkat akhir akan menyebabkan bahagian crown pokok kelapa patah dan mati (Sila lihat foto disebelah). Kehadiran serangan RPW bermula di Rhu Tapai, Terengganu pada tahun 2010. Ia kemudiannya merebak ke lain-lain kawasan penanaman kelapa di Semenanjung Malaysia. Sehingga kini dilaporkan 294 hektar daripada 2,730 hektar kawasan kelapa telah musnah akibat serangan serangga ini. Tindakan pemantauan dan kawalan sedang dijalankan di semua negeri di Semenanjung Malaysia untuk membendung dan menghapuskannya. Langkah-langkah kawalan telah menunjukkan pengurangan serangan di beberapa kawasan. Bagaimanapun, penanaman kurma sebagai tanaman hiasan atau tanaman ladang secara komersial telah menjejaskan usaha-usaha Jabatan Pertanian kerana pokok ini adalah perumah utama yang menggalakkan pembiakan perosak ini dengan lebih cepat. Kehadiran RPW ke negara ini disyaki melalui kemasukan secara tidak sah pokok kurma yang dicemari oleh perosak ini. Penanaman pokok kurma sebagai pokok hiasan menggalakkan pembiakan perosak RPW di negara ini yang menjejaskan usaha-usaha Jabatan Pertanian dalam membendung dan menghapuskan perosak tersebut. Telur RPW ini mungkin membiak dengan baik di negara kita.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.