Support My Blog

Thursday, December 8, 2022

KETERJAMINAN MAKANAN - APA DIA?

KETERJAMINAN MAKANAN
kini telah menjadi satu prasa baru di Malaysia setelah tertubuhnya Kerajaan Perpaduan di negara kita pada 5 Disember 2022. Kalau dahulu ada gelaran Kementerian Pertanian (MOA) dimana ia ditukar kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT) dan ia kemudian ditukar kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sekitar 4 tahun lepas tetapi terkini di tukar lagi iaitu kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Merujuk kepada beberapa jurnal dinyatakan dimana '
Jaminan makanan' atau 'Keterjaminan makanan' atau pun dikatakan sebagai 'ketahanan makanan' atau didalam bahasa Inggeris sebagai 'food security' ialah satu ukuran ketersediaan dan keupayaan mendapatkan makanan diperlukan dalam kalangan masyarakat disesebuah negara. Penulis blog yang terlibat hampir 39 tahun dalam sektor ini mendapati ia merupakan perkara sangat penting diberikan perhatian sewajarnya demi kedaulatan sesebuah negara. Makanan merupakan keperluan asas kepada semua dimana tanpa makanan maka kestabilan dan kemajuan negara sukar diperolehi. Merujuk kepada Jawatankuasa Jaminan Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) dimana mereka telah mentakrifkan keadaan ini sebagai keadaan semua orang mempunyai akses fizikal, sosial dan ekonomi kepada makanan yang mencukupi, selamat dimakan dan berkhasiat serta ia memenuhi keutamaan dan keperluan pemakanan untuk kehidupan yang aktif dan sihat pada setiap masa. Dalam pada itu Pertubuhan Makanan dan Pertanian dunia telah mengenal pasti empat tonggak jaminan ini iaitu aspek ketersediaan, akses, penggunaan dan kestabilan bekalan makanan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengiktiraf Hak mendapatkan Makanan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia pada tahun 1948 malah menyatakan lanjut hubungan hak mendapatkan makanan ini dengan semua hak asas lain diseluruh dunia. Makanan merupakan salah satu keperluan asas manusia. Manusia memerlukan makanan seimbang bagi mendapatkan tenaga dan nutrien yang ianya diperlukan oleh tubuh badan untuk bergerak aktif. Makanan yang baik bukan sahaja mengambil kira kandungan zat yang terkandung malahan keselamatan daripada segi bahaya kimia, fizikal dan biologi di dalam makanan tetapi ia juga perlu diberi penekanan. Peningkatan penduduk dunia saban tahun telah memberi tekanan terhadap permintaan pelbagai jenis asas keperluan. Namun begitu sebenarnya akibat dari sumber yang terhad dan kehendak manusia yang tiada sempadan telah pun menyebabkan tidak semua keperluan asas dapat dipenuhi sekiranya tidak diurus dengan baik. Penulis blog juga fikir dimana makanan merupakan salah satu keperluan asas yang perlu diberi perhatian dalam memastikan berlaku proses pembangunan ekonomi dan sosial sesebuah negara agar ia kekal progresif dan berdaya saing. Justeru itu Malaysia perlu lebih serius didalam menyatakan sistem makanan negara perlu diperkukuh supaya ianya lebih berdaya tahan dan lebih mampan. Ini termasuklah pelbagai usaha dalam meningkatkan prestasi rangkaian di semua aktiviti yang berkaitan faktur pengeluaran, pemprosesan, pengedaran, penyediaan dan ia termasuklah keselamatan makanan serta beberadaan cara pemakanan. Artikel petang Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kepentingan bagaimana keterjaminan makanan sempena pertukaran nama yang dibuat di kementerian bertanggungjawab untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua. 

Beberapa perkara asas penting didalam  membincangkan keterjaminan makanan ini perlu ditimbangkan sebagai dasar oleh kerajaan. Kenapa isu keselamatan makanan dan keterjaminan makanan itu penting ianya adalah berkait dengan isu Peningkatan Populasi, Keselamatan Makanan, Kekurangan Nutrisi, Akses Makanan dan juga Kemampanan Sumber. Penulis blog ada nyatakan dimana penduduk dunia dijangka meningkat sehingga 9.7 billion orang menjelang tahun 2050 dimana mereka semua perlukan makanan mencukupi. Di negara kita Malaysia dengan jumlah penduduk seramai 32.5 juta akan juga terus meningkat dengan kadar 0.2% setahun dimana jumlahnya tetap akan meningkat sama sehingga tahun 2050. Keberadaan kawasan yang sesuai untuk pertanian pula semakin berkurangan saban tahun akibat pelbagai faktor terutama berpunca daripada proses urbanisasi dan perubahan iklim dunia. Dalam pada itu peningkatan dalam keselamatan makanan akan dapat ia meningkatkan produktiviti, ekonomi dan aspek perdagangan makanan negara diperingkat serantau dan global. Aspek kekurangan nutrisi pula dilaporkan merupakan antara perkara serius dikalangan kanak-kanak disesebuah negara. Dilaporkan bilangan kanak-kanak yang bantut meningkat kepada 21.8% pada tahun 2019 berbanding hanya 20.7% atau seramai 503,723 orang pada tahun 2018. Dilaporkan dimana kanak-kanak yang kurang berat badan ada sekitar 13.7%, kanak-kanak yang susut berat badan (11.2%) dan jumlah kanak-kanak lebih berat badan cuma 6.4%. Tidak semua orang mempunyai akses makanan seperti diharapkan. Di laporkan dimana perbelanjaan isirumah di Malaysia iaitu bagi barang makanan dan minuman menurun sebanyak 6.5% pada tahun 2019 (iaitu sebelum berlaku kes pandemik covid19 melanda). Indeks harga kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol telah meningkat sebanyak 1.7% pada tahun 2019. Isu ini lebih parah semasa artikel ini ditulis pada Disember 2022 dimana peratusnya jauh lebih tinggi lagi. Isu kemampuan sumber dalam sektor bekalan makanan adalah isu global dimana perubahan iklim akan terus mengancam ekosistem yang menjelaskan pengeluaran serta produktiviti makanan. Kejadian bencana alam seperti banjir, kemarau, hakisan tanah, serangan perosak dan penyakit seterusnya akan menjejaskan kuantiti dan jualiti bahan makanan yang dihasilkan.

Terdapat isu yang mana pentingnya dibincang termasuk isu jaminan dan ketersediaan makanan. Perkara asas seperti Ketidakjaminan makanan wujud apabila manusia kehilangan akses kepada makanan yang selamat dan berkhasiat dan tidak memiliki gaya hidup yang aktif dan sihat bagi pertumbuhan dan perkembangan normal. Akses kepada makanan bergantung pada tahap kemiskinan, kuasa membeli isi rumah, biaya makanan asas dan adanya tahap infrastruktur pengangkutan dan pasaran sedia ada serta sistem pengedaran makanan. Bagi isi rumah termiskin dimana aspek makanan akan menyumbang sebahagian besar dalam perbelanjaan mereka dimana harga makanan secara langsung mempengaruhi jaminan makanan mereka. Pihak 
UNICEF ada melaporkan diseluruh dunia dimana seiring berlalunya masa dimana lebih daripada 820 juta orang akan kekurangan gizi dimana ini menyukarkan lagi cabaran untuk mencapai sasaran 'Zero Hunger' pada tahun 2030. Dilaporkan dimana apa yang lebih membimbangkan lagi adalah disebabkan oleh wabak penyakit seperti covid19 ini yang merebak keseluruh dunia telah menyebabkan kes ketidakjaminan makanan menjadi lebih teruk. Persekitaran makanan yang cepat berubah (disebabkan punca makanan sebagaimana rakyat Malaysia memperoleh bahan makanan) apabila ia digabungkan dengan kekuatan pasaran makanan yang semakin meningkat (iklan, fesyen makanan dan trend makanan) dimana ia semuanya mempengaruhi tabiat makanan dan pemilihan makanan rakyat Malaysia. Apa pun sama seperti di negara lain dimana aspek kemiskinan turut memberi kesan buruk kepada pemilihan jenis makanan. Kini kita sudah terbiasa dengan makanan asal luar negara seperti pizza, nasi arab, burger, smakanan jenoun, makanan Korea dan sebagainya di Malaysia. Dalam pada itu dilaporkan jumlah peratusan kanak-kanak yang kekurangan zat makanan di kawasan bandar miskin di Malaysia sudah  mencatatkan peratusan lebih tinggi daripada petunjuk purata nasional. Terdapat kesan negatif jaminan makanan terhadap rakyat miskin mungkin meningkat berkali ganda pada waktu yang tidak terjangka ini. Penulis blog dapati kini harga makanan di gerai, restoren, pasar malam dan semua premis sudah naik banyak berbanding 5 tahun dahulu. Ia berlaku akibat harga bahan asas makanan juga mineingkat dengan ketara semenjak era covid dan perang Rusia-Ukraine berlaku. 

Daripada laporan statistik menunjukkan di Malaysia dimana terdapat sekitar 19 % kanak-kanak (atau 1.77 juta orang) hidup dalam relatif kemiskinan dimana ia diikuti dengan sejumlah besar bilangan kanak-kanak berisiko jatuh ke dalam jurang kemiskinan sekiranya keluarga mereka mengalami kejutan sosioekonomi. Anak-anak ini bukan saja hidup dalam keadaan kekurangan, atau berisiko mengalami kehilangan akan tetapi mereka juga mempunyai tahap kesihatan yang kurang baik, pemakanan dan pendidikan yang jauh lebih rendah daripada kanak-kanak sebaya mereka yang lebih bernasib baik. 
Menurut pangkalan data Bank Dunia, kanak-kanak yang diberi makan dengan sihat selama 1,000 hari pertama dalam hidup mereka adalah 33 peratus lebih cenderung untuk melepaskan diri dari kemiskinan apabila dewasa kelak. Namun pada masa ini sekitar151 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun didapati mengalami kekurangan zat makanan yang kronik, di seluruh dunia. Ini membawa kepada kehilangan modal insan dan potensi ekonomi yang besar. Oleh yang demikian, ini dilihat sebagai satu cabaran besar di mana permintaan untuk makanan yang selamat semakin meningkat, dan dalam masa yang sama perlu mengekalkan jaminan makanan pada saat krisis demi kesinambungan prospek generasi akan datang. Apa pun jika merujuk kepada beberapa laporan terbaru oleh Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO) seperti laporan yang bertajuk The State of Food Security and Nutrition in The World (2019) ada menunjukkan bahawa perkembangan ekonomi pada dasarnya akan mempengaruhi aspek jaminan makanan dan pemakanan dimana ia bergantung pada tahap kemiskinan yang melampau dan sejauh mana rakyat miskin akan tersisih kerana tahap ketidaksamaan yang berbeza. Ketidaksamaan ini jika berlaku bukan sahaja dalam bentuk pengagihan pendapatan akan tetapi juga akses kepada perkhidmatan yang berkaitan dengan pemakanan dan infrastruktur sosial dan kesihatan. Dasar kerajaan perlu disesuaikan dengan cara melindungi jaminan makanan dan pemakanan melalui dasar ekonomi dan sosial yang membantu mengatasi kesan kelembapan atau kemerosotan ekonomi. cara kedua adalah dengan menangani ketidaksamaan yang ada di semua peringkat melalui polisi-polisi sektor-sektor berkaitan yang memungkinkan terlepas daripada keadaan ketidakjaminan makanan dan kekurangan zat makanan secara lebih lestari. Semua pihak termasuk sektor swasta, kerajaan, saintis dan lain-lain perlu bekerjasama untuk mengkaji sumber makanan yang lebih lestari dan lebih selamat untuk memenuhi keperluan pasaran. di Malaysia semuanya bergantung pada kemampuan institusi dan kesiapsiagaan mekanisma luar jangka dan dana untuk menyokongnya. Walaubagaimanapun, dengan pelaburan dan sumber bantuan yang tepat dimana selain sistem pertanian dan makanan yang dinamik dapat menyediakan makanan yang mencukupi, berpatutan, selamat dan berkhasiat kepada semua penduduknya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalam...
KETERJAMINAN MAKANAN... APA DIA...
PANJANG DITULIS... FAHAMKAH ANDA...
LIBATKAN DASAR... SESEBUAH NEGARA...
YANG PENTING... MAKANAN TERSEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya
WP Putrajaya,
Malaysia.
(13 JamadilAwal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...