Bagaimana pun isu ini dilaporkan semula kemudian dimana dijelaskan menteri iaitu dalam usaha menampung keperluan pasaran tempatan pada harga yang lebih rendah maka Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengimport bekalan telur daripada beberapa negara sumber yang sudah dikenal pasti dengan segera. Menterinya, Mohamad Sabu dalam kenyataan berkata itu antara langkah jangka pendek yang diambil kementeriannya, selain akan memastikan telur ayam yang diterima itu selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan. Inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar, bukan untuk menekan pengusaha industri tempatan, sebaliknya bagi memastikan bekalan dalam negara tidak terputus dan kebajikan rakyat terjaga. Keperluan membawa masuk telur ayam dari sumber luar juga akan dikaji semula selepas bekalan tempatan kembali stabil. Segala protokol dan tatacara yang ditetapkan kerajaan perlu dipatuhi tanpa kompromi. Sebelumnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam sidang media iaitu selepas mesyuarat pertama Kabinet, memaklumkan pihaknya sudah berbincang dengan Mohamad dan akan mengumumkan harga telur ayam yang lebih rendah. Langkah terbabit diharapkan dapat mengurangkan kebergantungan kepada kartel. Apa pun dalam kenyataan yang dikeluarkan Mohamad hari ini dia langsung tidak menyebut mengenai harga telur ayam yang dijanjikan lebih rendah itu. Ketua Setiausaha kementeriannya juga sudah diarah menilai kesan import terhadap industri telur ayam tempatan dan Agrobank akan mengemukakan cadangan bagi membantu pembekal dan pengusaha kecil supaya mereka kekal berdaya saing dalam industri ini. Kini kementerian sentiasa berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan telur ayam negara kembali stabil dengan harga yang kompetitif. Kementerian yakin isu kekurangan bekalan telur ayam dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan kerjasama pelbagai pihak. Mengulas mengenai penggunaan telur ayam dalam pasaran tempatan menteri pertanian berkata, telur ayam adalah makanan harian berprotein yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia dengan kadar purata pengambilan 968 juta biji telur ayam sebulan.
Portal media lain hmetro.com dan juga bernama ada menyatakan dimana 'Perlu cari kaedah lain, harga telur import mahal - Penganalisis' dimana langkah mengimport telur ayam bukan kaedah penyelesaian jangka panjang yang berdaya maju memandangkan telur ayam yang diimport secara umumnya lebih mahal berbanding harga siling, demikian kata TA Securities. Penganalisisnya, Ong Tze Hern berkata mengikut peserta industri, satu-satunya sumber asing bagi import telur yang lebih murah berbanding harga siling adalah dari Russia. Bagaimanapun dakwanya Malaysia tidak mungkin mengimport dari Russia kerana faktor ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di peringkat global. Berdasarkan semakan salurannya mendapati bekalan telur ayam, terutamanya telur gred A, gred B dan gred C harga kawalan masih tidak mencukupi walaupun bekalan meningkat sebanyak lima hingga 10 peratus dalam beberapa minggu lalu. Difahamkan harga telur paling rendah adalah di Malaysia, yang mana sedozen telur Gred C berharga RM4.92, jauh lebih rendah berbanding Thailand (RM7.42), Singapura (RM12.24), Indonesia (RM6.55), Brunei (RM10.15) dan juga Vietnam (RM5.78). Dia jelaskan dimana kebanyakan peruncit masih menghadapi kekurangan telur harga kawalan berikutan peningkatan permintaan yang lebih tinggi. Dakwanya lagi ketirisan dalam bentuk penyeludupan ke Thailand, yang mana telur dijual 20 peratus lebih tinggi berbanding harga siling di Malaysia menjadikan keadaan bertambah teruk hasil dari kajian yang dia lakukan. Dalam usaha menampung keperluan pasaran tempatan pada harga yang lebih rendah dia dapati Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengimport bekalan telur daripada beberapa negara sumber yang sudah dikenal pasti dengan segera. Menterinya berkata itu antara langkah jangka pendek yang diambil oleh pihak kementeriannya, selain akan memastikan telur ayam yang diterima itu selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan. Ong berkata melainkan tiada harga siling telur dikenakan ke atas telur import, kerajaan mungkin perlu memberi subsidi perbezaan harga antara kos dan harga siling.

Langkah berkenaan dia dakwa bercanggah dengan matlamat kementerian dalam mencapai jaminan makanan negara. Kini dilaporkan nisbah sara diri telur ayam/itik terkini ialah 114.4 peratus. Pada masa ini dia dapati sebahagian besar telur harga kawalan dijual kepada restoran dan kedai roti serta memberi manfaat kepada mereka yang mungkin tidak paling memerlukannya. Daripada menyalurkan subsidi kepada pengeluar, pihaknya berpendapat bahawa kerajaan harus menaikkan harga siling telur dan memberi sokongan secara langsung kepada isi rumah berpendapatan rendah. Andaikan harga telur meningkat sebanyak 10 sen, ini bermakna peningkatan kira-kira RM12 dalam kos bulanan (iaitu dilindungi oleh bantuan kewangan langsung kerajaan) untuk isi rumah empat orang yang memakan sebiji telur setiap hari. Apa pun dakwanya sudah pasti, kementerian mungkin perlu memantau dan mengenakan penalti untuk sebarang kenaikan harga yang berlebihan dan pencatutan oleh perniagaan.
Dalam pada itu ada dakwaan oleh peniaga di Pulau Pinang dimana 'Telur mahal, cepat rosak aduan peniaga makanan' sesuai dikongsikan infonya. Dilaporkan dimana bekalan telur di negeri ini masih belum pulih sepenuhnya dengan segelintir pengusaha makanan mengeluh harga bahan mentah itu bukan sahaja mahal, malah mudah rosak jika tidak dihabiskan dalam tempoh tiga hingga empat hari. Bagi peniaga, Abdul Majeed Seeni Muhammad (49 tahun) dakwa dia memerlukan enam hingga tujuh papan telur gred B setiap hari yang dibeli pada harga RM15.60 hingga RM16 sepapan untuk aneka menu seperti roti telur goyang dan mi goreng. Dalam sepapan pula biasanya ada beberapa biji telur yang rosak kadang-kadang sehingga lima biji dimana memang dulu ada masalah ini juga tetapi tidak begitu terasa kerana harganya tidak semahal sekarang. Dia yang memang hanya guna telur gred B untuk jaga kualiti makanan dan sebelum ada masalah bekalan, harganya sekitar RM12 kalau beli banyak yang berniaga di gerainya yang terletak bersebelahan Pasar Chowrasta. Dia dakwa kualiti telur sekarang tidak sebaik dahulu yang boleh bertahan lebih seminggu dan untuk mengurangkan risiko telur rosak dia membeli telur mengikut keperluan harian. Bagi seorang lagi peniaga kuih dan nasi lemak di Pasar Awam Bayan Baru Karsinah Ranopaviro dakwa dia menggunakan telur kulit putih yang dibeli pada harga RM14 sepapan berbanding RM12.50 sebelum ini dan akan menghabiskannya dalam tempoh tiga hari bagi mengurangkan risiko kerugian jika telur rosak. Katanya pagi ini dia sudah buang tiga telur busuk dan saya juga terpaksa menaikkan harga sandwic telur daripada RM2 kepada RM2.50 sejak dua bulan lalu kerana bukan sahaja telur mahal tetapi harga bekasnya juga naik daripada RM18 kepada RM21.80 bagi setiap 100 bekas. Kuih bengkang biasa saya ambil daripada orang RM48 satu loyang sekarang sudah RM50 kerana ia juga guna telur selain harga tepung gandum cap mencecah RM4 sekarang selain harga nasi lemak juga dinaikkan daripada RM1.20 kepada RM1.30. Apa pun Karsinah turut tidak mendapat bekalan kuih akok yang dihantar ejen dari Tumpat, Kelantan menggunakan bas ekspres sejak tiga minggu lalu berikutan masalah telur serta mengakui kuih itu laris dan mempunyai peminat tersendiri di negeri ini. Seorang peniaga telur di Pasar Chowrasta yang ingin dikenali sebagai Tan (41 tahun) dakwa telur gred A, B, C dan D habis dijual seawal jam 10 pagi dan hanya telur omega masih banyak berbaki dan dijual pada harga 65 sen sebiji. Dilaporkan seorang lagi peniaga telur iaitu Tan Lian How, 46, berkata bekalan telur di gerainya masih berkurang sehingga 50 peratus dengan telur dijual mengikut harga kawalan iaitu 43 sen bagi gred A, 41 sen (gred B) serta 39 sen (gred C) manakala telur ayam kampung dijual 70 sen sebiji. Pada peringkat kami sebagai peniaga, tiada catuan dibuat kalau pelanggan hendak beli banyak tiada masalah dan kami juga dengar bekalan telur akan kembali pulih tidak lama lagi. Semuga tulisan ini memberi info berfaedah kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
RAMAI KOMEN... BILA BEKALAN TIADA...
SUDAH DICUBA... IMPORT DARI INDIA...
AYAM DENGAR... PASTI KECEWA JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
SELAMAT HARI NATAL 2022!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.