Secara umumnya apabila pembaca blog memikirkan alga akan menggambarkan akan kehijauan tumbuhan yang berada dipermukaan kolam dan tasik yang dilihat hijau. Bagaimana pun kini secara komersil mungkin berlakuu bahawa organisma ini juga ditanam di makmal untuk minyaknya yang unik mengandungi bahan asid lemak omega-3 yang dikaitkan lemak ini dengan banyak faedah kesihatan. Walaupun minyak ikan juga membekalkan omega-3 akan tetapi minyak alga tau juga dipanggil sebagai 'minyak ganggang dapat' memberikan alternatif semulajadi yang hebat. Alga sendiri merangkumi lebih dari 40,000 spesies yang terdiri dari organisme kategori mikroskopik bersel tunggal yang dikenali sebagai mikroalga hingga kelp dan rumput laut (seaweed). Semua jenis tumbuhsn ini bergantung pada tenaga dari cahaya matahari atau sinar ultraviolet (UV) dan karbon dioksida (CO2). Kajian saintis mendapati dimana spesies mikroalga tertentu kaya dengan dua jenis utama Asid lemak omega-3 - asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA) dimana sudah ada usaha agar spesies ini ditanam untuk minyaknya. Antara teknologi dilakukan adalah dengan cara memanipulasi pendedahan mereka terhadap sinaran UV, oksigen, natrium, glukosa, dan suhu. Hasilnya adalah dimana minyak perlu diekstrak, dimurnikan dan hasilnya kemudian akan digunakan dalam berbagai tujuan. Apabila makan telur, ayam atau ikan salmon yang di ternakan melalui teknoloji untui meningkatkan dengan omega-3 ada kemungkinan lemak ini berasal dari minyak alga. Lazimnya munyak alga kini berfungsi sebagai sumber omega-3 dalam susu formula bayi dan makanan lain serta vitamin dan suplemen omega-3. Sama seperti suplemen minyak ikan, makanan yang dibuat dari minyak alga berbeza-beza dalam jumlah dan jenis lemak omega-3 dan saiz hidangannya. Kini dipasaran sudah ada juga membeli minyak alga sebagai minyak masak.
Masih ramai kalangan pengguna yang belum faham apakah sebenarnya Omega-3 yang selalu muncul didalam iklan. Dalam penulis blog membuat beberapa rujukan dinyatakan dimana Asid lemak Omega-3 adalah keluarga lemak tak jenuh (tidak tepu) yang lazimnya terdapat dalam tumbuhan dan ikan. Hidupan ini membekalkan lemak penting yang tidak dapat dibuat oleh badan manusia dimana manusia harus mendapatkannya melalui makanan diambil. Dilaporkan ada beberapa jenis sdid ini tetapi kebanyakan penyelidikan selalu hanya menumpukan pada jenis EPA, DHA dan Asid Alpha-Linolenik (ALA). ALA dikenali sebagai asid lemak induk kerana badan manusia boleh menghasilkan EPA dan DHA dari sebatian ini tetapi sebaiknya dapatkan ketiga-tiganya dari diet seharian. Omega-3 sangat penting untuk struktur dan fungsi membran sel di seluruh badan terutama untuk organ mata dan otak yang mempunyai tahap DHA yang tinggi. Bahan ini juga dikaitkan dengan sebatian untuk molekul isyarat yang akan membantu mengatur keradangan dan membantu pelbagai organ badan termasuk jantung dan sistem imuniti. Sumber terbaik bagi ALA banyak terdapat pada makanan tumbuhan berlemak dan terbaik termasuk biji rami dan minyaknya, biji chia, walnut dan minyak canola dan kacang soya. Apa pun lazimnya dilaporkan bagi kedua-dua EPA dan DHA terdapat dalam makanan ikan dan laut seperti ikan herring, salmon, ikan bilis, sardin dan ikan berminyak lain adalah sumber makanan kaya lemak ini. Rumpai laut dan alga juga akan membekalkan EPA dan DHA.
Di Malaysia terkini ada beberapa laporan media yang bertajuk 'Boustead, NG Oil teroka teknologi bahan api alga' dimana ia dipetik daripada Kuala Lumpur pada Appril 2021. Boustead Holdings Bhd telah menjalin kerjasama strategik dengan Next Generation Oil Sdn Bhd (NG Oil) untuk mewujudkan ekosistem ekonomi baharu dengan teknologi bahan api alga boleh diperbaharui. Pengarah Urusan Kumpulan Boustead, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly nyatakan dimana kerjasama strategik itu membolehkan kedua-dua pihak meneroka pembangunan ladang tanaman alga dan pengeluaran minyak mentah berasaskan alga yang neutral karbon dengan sasaran untuk mengurangkan kesan rumah hijau (GHG) yang dikeluarkan oleh bahan api tradisional fosil. Tenaga boleh diperbaharui menjadi strategi baharu konglomerat itu bagi menawarkan aliran pendapatan mampan untuk tempoh sederhana dan panjang kumpulan. Dijelaskan dimana inisiatif bahan api alga itu disokong oleh simpanan tanah mencukupi Boustead Plantations Bhd (BPB) untuk membangunkan kemudahan perladangan alga dimana ia sekali gus melengkapkan pelan kumpulan untuk terus mewujudkan alternatif atau aktiviti pelengkap bagi BPB. Majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) hari ini antara Boustead dan NG Oil menyaksikan kedua-dua pihak bersetuju untuk bersama-sama mengukir penciptaan ekonomi baharu di Malaysia menerusi penanaman alga secara besar-besaran untuk pengeluaran bahan api bio. Kini dilaporkan dimana kadar permintaan bahan api bio sangat tinggi kerana ia memberi manfaat kepada alam sekitar kerana ia didakwa mengurangkan kesan kerosakan kepada alam sekitar. Usaha sama antara Boustead dan NG Oil akan menyediakan platform sebenar bagi pewujudan program pembangunan vendor baharu, menyokong ekosistem perniagaan baharu yang akan memanfaatkan rakyat dan negara. Syarikatnya menerusi Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd yang mengendalikan kira-kira 400 stesen BHPetrol di seluruh negara akan berpotensi menjadi penerima stok minyak berasaskan alga itu. NG Oil juga mempunyai beberapa syarikat minyak antarabangsa dunia yang bersetuju untuk menerima stok minyak mentah alga. Mengikut Pengerusi Eksekutif NG Oil, Datuk Indera Mohamed Moiz dimana kerjasama strategik ini akan memperlihatkan usaha dalam pembangunan ladang alga pertama dunia seluas 400 hektar untuk pengeluaran minyak mentah alga. NG Oil mempunyai teknologi 'Algae Modular Automated Plantation (A-MAP)' dipatenkan untuk penanaman dan penuaian alga yang mampu menjana hasil tinggi pada skala industri dengan kos untuk pengeluaran yang boleh dikomersialkan. Media semasa majlis perasmian ini juga melaporkan dimana kos pembinaan bagi ladang alga seluas 400 hektar ialah kira-kira antara AS$700 (RM2.9 bilion) hingga AS$900 juta (RM3.7 bilion) dengan anggaran jangkaan penjanaan pendapatan secara konservatif kira-kira AS$750 juta (RM3 bilion) bagi setiap 400 hektar ladang alga (1,000 ekar). Dakwanya dengan komitmen ini dilihat daripada pasukan Boustead dimana mereka yakin kerja bagi membangunkan 1,000 ekar ladang (400 hektar) alga akan bermula akhir suku ketiga atau awal suku keempat tahun 2021. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
BELUM KENAL... KENA BACA...
BOUSTEAD... INGIN MENCUBA...
TUNGGU DAN LIHAT... HASILNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Ramadan 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.