Support My Blog

Sunday, May 9, 2021

BURGER HITAM - SEMAKIN POPULAR

BURGER HITAM
merupakan satu produk yang kini semakin popular dikalangan masyarakat dunia termasuk di Malaysia. Burger hitam berlainan dengan burger biasa yang mana rrotinya berwarna hitam sedangkan roti biasa berwarna ciklat dan putih didalamnya. Kini makanan burger hitam bukan sahaja dilihat sebagai lebih menyelerakan tetapi juga dijadikan satu produk makanan segera di beberapa premis restoren makanan segera. Burger memang merupakan di antara jenis makanan segera kegemaran hampir semua orang di seluruh dunia. Malahan penulis blog dapati dimana jika kita lihat di Malaysia dan setiap kali ke Restoren McDonald’s, Burger King atau cawangan restoran makanan segera lain akan hadir beberapa tawaran dan promosi menu burger baharu. Selain daripada ingin membuat ujirasa akan produk menu baru ini ada kalangan penggemar yang menilai harga dengan kualiti produk tersebut dimana yang pasti adalah kebanyakan rakyat Malaysia berduyun-duyun ingin mencubanya. Ini menunjukkan bahawa burger memiliki peminatnya tersendiri. Tahukah anda bagaimana burger ini boleh terhasil dan bagaimana ia menjadi makanan kegemaran ramai orang hampir di seluruh dunia?. Apa pun asasnya sebelum manusia tahu mengisar daging dilaporkan dimana manusia telah belajar menternak haiwan kira-kira 12,000 tahun yang lalu. Sebelum itu manusia hanya memburu haiwan seperti rusa, antelope dan bison. Harus diingat jika manusia tidak mengubah diet makanan daripada makan sayuran kepada daging, sel otak kita tidak menjadi besar seperti hari ini. Daging merupakan makanan yang tinggi kandungan protein yang sangat penting dalam pertumbuhan otak dan otot dalam memastikan tubuh kita sihat. Daging kini dimakan oleh manusa didalam pelbagai hidangan dimana makanan burger merupakan sejenis makanan yang asasnya daging, roti serta sos dan sayuran.  Burger enak dimakan dan mengenyangkan selain daripada prosesnya yang cepat, ringkas dan mudah diakses. Artikel malam Jumaat ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya menupas mengenai burger hitam yang semakin popular seperti dilaporkan oleh beberapa media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Dalam beberapa rujukkan penulis blog dapati dimana telah ada kajian dimana makanan 
yang berwarna hitam sudah di katakan jenis makanan terkini yang disukai ramai terutama generasi millenium seperti mee hitam, spaghetti hitam, pizza hitam dan yang terkini viral di Malaysia adalah munculnya Burger hitam (Sila lihat foto disebelah). Salah satu daripada outlet yang ada menjual burger hitam adalah Rangkaian Restoren McDonald dibeberapa lokasi terpilih. Burger Hitam yang diisi dengan daging ayam atau daging lembu ini ditabur bahagian atasnya dengan biji bijan yang menyerlahkan lagi warna hitamnya. Dari beberapa kali dibuat ujirasa dilaporkan burger hitam ini adalah lebih istimewa kerana rasa roti hitamnya yang khas dan lembut, digabungkan dengan lapisan daging, keju, sayur, dan sos cili mampu menghasilkan campuran rasa yang enak sesuai dengan kita seperti rasa manis, lazat, pedas dan memang meyegarkan. Teknologi membuat burger hitam sebenarnya sudah lama dipopularka di beberapa negara sebelum ianya masik ke Asia dan Asia Tenggara. Roti burger hitam dibuat dengan menggunakan pewarna hitam semulajadi dari bahan arang yang mempunyai sifat mengikat racun dalam tubuh. Arang kayu sepertii arang daripada buluh memang sering dijadikan pewarna hitam semulajadi pada makanan. Dilaporkan dimana di beberapa negara lseperti Jepun dimana meraka gunakan arang (charcoal) untuk membuat roti yang berwarna hitam. Arang jenis ini juga biasa dijual dengan nama 'black powder' yaitu arang dalam bentuk serbuk. Penggunaan arang bukan sahaja menjadikan warna gelap pada makanan akan tetapi dibuktikan arang hitam ini pun mempunyyai khasiat kesihatan kepada manusia. Arang mengandungi pori-pori yang dapat mengikat racun-racun dan zat kimia yang memasuki  ke dalam sistem pencernaan seperti Cyanide, Formalin, Asid Lemak, Toksik Ubatan dan juga Raksa (Mercury) yang akan kemudian ia akan dikeluarkan melalui pembuangan najis.

Media tempatan dengan laporan bertajuk '
Hitam itu sedap' menarik saya rujuk untuk dijadikan bahan bacaan. Umum mungkin faham dimana warna hitam adalah sejenis warna yang disifatkan mempunyai rasa dalaman disamping memberikan makna kejahatan, ngeri serta penuh kerahsiaan kepada sesuatu benda atau individu. Namun tidak kepada makanan yang memberi makna 'sedap' yang sesuai diperkatakan terhadap burger hitam yang di gelar penduduk setempat dan penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim. Persoalan apakah burger yang dikatakan berwarna hitam itu memang sedap?. Di UPSI kini keenakan burger yang telah dicanang itu di di Restoran Gourment Burger Kitchen Loveats yang terletak di Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak. Makanan ini kini menjadi pilihan kepada pengembara atau mereka yang bercuti menggunakan laluan jalan biasa Ipoh ke Kuala Lumpur dan sebaliknya, lalu mahu mencari tempat makan yang agak unik serta istimewa di pekan kecil seperti Tanjung Malim. Roti burger menggunakan serbuk arang buluh yang asalnya pernah popular di Jepun bukan saja lembut, bahkan keenakannya apabila digigit bersama daging panggang dan sayuran akan memberikan rasa sejati kepada burger ini. Peminat burger boleh berkunjung ke restoran milik usahawan muda iaitu Fazlizam Abas, 33 tahun untuk menikmati sendiri keenakan burger hitam ilham pemuda itu. Dalam pada itu Fazlizam ditemui wartawan BH Plus di Loveats tidak menyangka idea untuk memperkenalkan burger hitam dengan mempunyai tekstur luar biasa mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat makanan segera yang menginginkan kelainan. Idea menjual menu burger hitam timbul apabila melihatkan fenomena burger terbabit yang semakin menular menjadi pilihan penduduk Jepun yang sememangnya kreatif dan inovatif semua aspek dalam kehidupan sosial serta makanannya. Roti burger hitam yang menggunakan serbuk arang buluh boleh dikatakan masih baharu di Malaysia dan tidak banyak usahawan berani mencuba menceburinya kerana bimbang risiko persaingan dari restoran makanan segera sedia ada. Hari ini burger semakin digemari ramai dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penggemarnya yang semakin berani mencuba makanan baharu lagi unik," katanya yang turut membuat daging burger sendiri untuk memberikan kelainan berbanding burger tersedia di pasaran. 

Restoran Loveats juga menyediakan tiga menu burger istimewa iaitu daging lembu, ayam, kambing dan sosej untuk pilihan pengunjung. 
Menu paling mendapat sambutan ialah set Mutiara Hitam atau The Black Pearl, The Extraordinaire dan The Mysterios Fung manakala minuman berperisa sarsi menjadi pilihan utama pelanggan selain ada Manggo Fizz dan Strawberi Fizz Selain daging dan roti burger dibuat sendiri, sos cicah dan serbuk kentang goreng ciptaan Fazlizam mempunyai perisa berbeza dan tidak terdapat di restoran lain. Lazimnya para pelanggan juga boleh membuat pilihan sama ada makan di restoran atau membawa pulang dengan membuat tempahan atau terus menghubungi restorannya. Tidak ketinggalan, menu untuk kanak-kanak disediakan di Loveats dengan pilihan burger tidak pedas serta sesuai untuk dinikmati golongan ini. Beliau juga menambah, beliau menamakan sendiri setiap burger di restorannya untuk memberikan kelainan dalam setiap hidangannya agar mudah dikembangkan suatu hari kelak. Apa pun kepada mereka yang berhasrat menambah ilmu berkaitan perniagaan burger boleh bertemu saya untuk berkongsi pengalaman dalam bidang ini," katanya yang menjadikan pakar motivasi perniagaan terkenal Dr Azizan Osman sebagai idolanya. Sebagai info asas sebenarnya Burger atau pun Hamburger merupakan sejenis makanan udah dikenal ribuan tahun lalu dan teori mengatakan ia berasal dari Hamburg, Jerman. Penciptaan burger terjadi ketika pedagang Arab dan Eropah yang menggelarnya kibbeh diperbuat daripada daging cincang berempah. Penduduk Hamburg mereka cipta kibbeh dengan teknik khas dan muncullah nama Hamburger Steak.  Burger terdiri daripada roti bulat di belah tengah dan sekeping daging cincang dibentuk leper dan ditambah sayur-sayuran serta sos. Terdapat pelbagai jenis burger di dunia dan antaranya daging ayam, lembu, kambing, arnab dan sayur-sayuran. Burger adalah makanan ruji penduduk Eropah dan saiz dan bentuk burger yang berlainan bertujuan untuk menarik perhatian penggemarnya. Fenomena burger di Malaysia berkembang pesat selain muncul restoran serta gerai makanan segera menjual burger bakar, kukus mahupun burger hitam. Lokasi ini boleh dikunjungi jika dari arah Kuala Lumpur melalui lebuh raya PLUS dan susur keluar tol Tanjung Malim, Perak. Dari Plaza Tol Tanjung Malim, ambil jalan utama (jalan persekutuan Ipoh -Kuala Lumpur) dan belok ke kiri menuju ke pekan Tanjung Malim. Restoran Loveats terletak kira-kira 300 meter dari lampu isyarat pertama Taman Universiti dan anda boleh belok ke kiri.

Akhbar BH juga laporkan '
Burger hentak dalam roti hitam di restoran hipster' yang memang menarik dikongsi infonya. Kini penghasilan daging burger yang baharu dikenali sebagai 'smash burger' atau bermaksud bebola daging yang dimasak di atas pemanggang atau kuali 'dihentak' menggunakan alat khas supaya ia penyek menjadi pipih atau leper. Ini penting supaya tekstur atau jalinan daging berkenaan menjadi garing di luar, sekali gus mengekstrak jus di bahagian dalam. Teknik 'smash burger' popular dan mendapat sambutan hangat dalam kalangan remaja di Amerika Syarikat (AS) dan kini ia sedang menular di Malaysia. Justeru, bagi memperoleh pengalaman baharu dan unik menikmati daging burger yang 'dihentak' atau 'smash burger', bolehlah berkunjung ke Restoran Loveats terletak di Taman Universiti, Tanjong Malim, Perak. Memilih konsep hipster, Restoran Loveats menampilkan 'smash burger' yang dinikmati bersama roti burger atau hotdog hitam, dikenali sebagai roti arang buluh. Fenomena roti arang buluh menjadi pilihan penduduk Jepun yang kreatif dan inovatif dalam semua aspek kehidupan mereka. Roti burger hitam yang mana ia menggunakan serbuk arang buluh masih baharu di Malaysia, namun ia semakin popular, sekali gus mendapat sambutan kerana kelembutannya berbanding roti burger biasa.  Kualitinya juga dikatakan setanding roti burger atau hotdog digunakan restoran popular makanan segera. Pemilik restoran ini, Fazlizam Abas, berkata beliau bersama rakan kongsinya, Azwan Muhammad, menjadikan Loveats berbeza dengan restoran seumpama apabila menampilkan keistimewaan unik. 
Selain teknik smash burger dan penggunaan roti arang buluh untuk menyuntik kelainan, semua bahan utama termasuk roti, malah daging burger dan hot dog seperti ayam, kambing, lembu serta ikan dihasilkan secara home made atau buatan sendiri. Mereka tidak menggunakan khidmat pembekal kerana hampir semua bahan utama penghasilan burger dan hot dog adalah buatan sendiri. Perkara ini yang membezakan Loveats berbanding restoran lain yang menampilkan cita rasa makanan segera atau ala Barat. os buatan sendiri yang mereka guna adalah resipi istimewa buatan sendiri. Konsep dan teknik penghasilan makanan yang cuba diperkenalkan ini mendapat sambutan, terutama dalam kalangan remaja dan keluarga yang membawa anak-anak. Boleh dikatakan, pelanggan tetap kami terdiri daripada golongan pelajar kerana kedudukan restoran terletak berdekatan UPSI. Mereka juga ada perancangan membuka cawangan di Bangi, namun biarlah Loveats menempa jenama lebih kukuh di Tanjong Malim terlebih dulu selepas empat tahun kami beroperasi," katanya yang mempunyai pengalaman berniaga burger di tepi jalan sekitar Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BURGER HITAM... APA HEBATNYA...
GUNAKAN ARANG... HITAM WARNA....
MENYERAP RACUN... KENA CUBA....
DI TG MALIM SANA... IA BERADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Ramadan 1442H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...