Support My Blog

Tuesday, May 4, 2021

FAKTA BUAH PELAGA

BUAH PELAGA
atau KAPULAGA (
Elettaria cardamomum sinonim  Amomum cardamomum) merupakan diantara jenis rempah ratus yang paling tua digunakan didunia. Penulis blog dapati ada beberapa nama lain untuk buah pelaga seperti   Cardamom, green cardamom, true cardamom, kapulaga, chhoti elachi, ts’ao-k ou, elam, grawahn, black cardamom dan kravan. Tumbuhan daripada keluarga Zingiberaceae ini adalah sama dengan tanaman halia, lengkuas dan sebagainya. Ia merupakan tumbuhan semulajadi yang dipercayai berasal dari hutan Barat Ghats di Selatan India yang mana asalnya ia tumbuh secara meliar. Bagaimana pun terkini tanaman buah pelaga turut ditemui di Sri Lanka, Guatemala, Indo China dan Tanzania. Produk buah pelaga sering digunakan sebagai perisa dalam masakan. Dilaporkan dimana ada dua jenis buah pelaga yang dikomersilkan masa kini iaitu Buah Pelaga Jawa dan Buah Pelaga India. Kedua-dua genera berasal daripada dua lokasi berlainan iaitu dari Indonesia dan Benua kecil India. Buah pelaga ini dikenali oleh biji benih kecil mereka yang berbentuk segitiga dalam keratan rentas dan berbentuk gelendong dimana kulit luarnya luar nipis dan papery dan didalamnya mengandungi biji hitam kecil saiznya (Sila lihat foto diatas). Masyarakat India menggunakan buah pelaga sebagai bahan untuk membuat manisan. Ia juga digunakan dalam masakan orang Melayu dimana buah pelaga memang hampir digunapakai oleh masyarakat dikeseluruhan kepulauan nusantara terutama Indonesia. Buah pelaga boleh menambah aroma semasa menumis makanan dan menambahkan kelazatannya. Di kebanyakan negara di Timur Tengah atau negara Arab dimana dilaporkan buah pelaga digunakan dalam minuman teh yang menyegarkan. Sejarah mengenai buah pelaga dikaitkan dimana orang Mesir kuno dikatakan telah mengunyah biji buah pelaga sebagai pencuci gigi. Kalangan orang-orang Greek dan Roman pula mereka dilaporkan ada menggunakannya sebagai minyak wangi. Orang Viking pula dikatakan telah berjumpa dengan buah pelaga ini kira-kira seribu tahun lalu di kawasan Constantinople dimana ia kemudian telah memperkenalkannya ke Scandinavia iaitu tempat di mana buah pelaga kekal popular sehingga kini. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai fakta buah pelaga untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Buah Pelaga atau 
Cardamom mempunyai rasa yang kuat dan unik dimana memang ia mempunyai aroma resin yang sangat aromatik. Jenis buah pelaga hitam mempunyai aroma yang lebih kuat walaupun tidak pahit dengan kesegaran yang seakan menyerupai pudina (Sila lihat foto disebelah). Buah Pelaga hijau adalah salah satu rempah yang paling mahal didunia mengikut berat tetapi hanya sedikit yang diperlukan dalam masakan untuk memberikan rasa kepada makanan. Dari segi penyimpanan ia paling baik disimpan di dalam pod buahnya kerana biji yang terdedah dengan cepat kehilangan rasa. Jika buah dan bijinya dikisar (grind) bersama-sama menurunkan kualiti dan harganya. Dilaporkan buah pelaga merupakan sejenis rempah yang enjadi ramuan biasa dalam masakan India. Ia juga sering digunakan sebagai serbuk penaik didalam membuat rooti dibeberapa negara Erropah seeperti di Sweden, Norway dan Findland. Agak berlainan pula di negara Timur Tengah dimana serbuk buah pelaga hijau digunakan sebagai rempah untuk hidangan manis dan juga sebagai bahan perasa tradisional dalam kopi dan teh. Buah pelaga merupakan salah satu komponen penting didalam menyediakan rempah khas masakan India seperti Masakan Masalla, Kari dan Pasta. Masakan nasi Beriyani dan Nasi Arab yang dikomersilkan dan dihidangkan di Malaysia pun selalu dimasukkan buah pelgaga didalamnya unuk menambahkan keenakannya. Pembuatan gula-gula jenama Wringley dinyatakan pada pembungkusannya dimana ia mengandungi bahan buah pelaga untuk meneuteralkan bau nafas yang bermasaalah. Banyak lagi kegunaan buah pelaga didalam makanan diseluruh dunia.

Di negara kita jika buah durian dikenali sebagai 'Raja Segala Buah' tetapi dalam dunia herba dilaporkan dimana buah pelaga juga tidak kurang hebatnya. Ia pernah digelar sebagai ‘Permaisuri Rempah Ratus’ kerana ia adalah di antara rempah ratus paling eksotik di dunia dan mahal harganya. Buah pelaga merupakan rempah yang ketiga mahal selepas saffron. Kini pasaran bagi buah pelaga mentah memang mahal iaitu sekitar USD75 sekilogram (RM308/kg atau Rp 1,093 ribu/kg)Terdapat pelbagai pengganti yang lebih rendah kualitinya daripada buah pelaga seperti buah pelaga Siam, buah pelaga Nepal, buah pelaga Jawa akan tetapi hanya spesies Elettaria cardamomum yang dikatakan sebagai buah pelaga sebenar dan mempunyai permintaan tinggi dipasaran. Di India pula uniknya dimana buah pelaga dikenali dengan 2 nama utama iaitu Buah pelaga Malabar dan Buah Pelaga Mysore mengikut lokaliti dan popularitinya. Pokok buah pelaga merupakan herba tahunan dimana daunnya berbentuk lonjong dengan pangkal dan hujung agak runcing. Buah berbentuk kotak yang terdapat dalam tandan kecil dan pendek. Ia bulat memanjang, berlekuk, bersegitiga, agak pipih, kadangkala berbulu, berwarna putih kekuningan atau kuning kelabu (Sila lihat foto disebelah). Ia mempunyai tiga ruang khas dimana pada setiap ruang dipisahkan oleh selaput senipis seakan sehelai kertas. Setiap ruang berisi diantara 5 - 7 biji-biji kecil yang berbentuk bulat telur berwarna coklat atau hitam serta mempunyai aroma yang harum. Ðalam ruang-ruang ini dilihat iaitu biji-bijinya tersusun dua baris memanjang dan melekat antara satu sama lain.

Khasiat biji buah pelaga mempunyai rasa yang pedas tetapi berbau wangi dan terasa dingin pada lidah apabila dikunyah. Rempah yang berbau sangat harum ini dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi untuk digunakan sebagai ubat dimana selain untuk tujuan bagi menambahkan keenakan masakan atau minuman. Biji buah pelaga juga amat sesuai dikunyah untuk mereka yang mengalami masalah mulut berbau kerana ia dikatakan dapat mengharumkan mulut. Selain itu juga ia dapat mengatasi masalah kesukaran bernafas serta mengubati batuk dan gatal-gatal kerongkong. Caranya hanya dengan mengunyah biji pelaga perlahan-lahan. Kegunaan lain buah pelaga ialah untuk menghilangkan masalah kesihatan kanak-kanak seperti batuk, kembung perut, mual, radang tekak dan perut yang memulas. Biji pelaga juga boleh digunakan untuk menghalang perimbunan gas yang tidak baik dalam badan terutama sekali dalam usus. Didakwa dimana buah pelaga yang telah pun ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan air sangat elok untuk mengubati sakit lenguh-lenguh disamping untuk mengatasi masalah obesiti. Ini kerana buah pelaga didakwa mengandungi terpineol, kalsium, oksalat, silissium, sormeol, sabinen dan zat putih telor. Selain itu ia mengandungi minyak pati yang membantu memudahkan pembuangan angin dalam perut, menghangatkan dan membersihkan darah. Walaupun terdapat pelbagai kegunaan dan khasiat buah dan biji pelaga, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu untuk mengelak kemudaratan di kemudian hari. Buah pelaga juga dipercayai dapat membantu mengeluarkan angin dari perut dan usus selain melawaskan haid serta air kecil. Bijinya mempunyai aroma manis dan rasa sedikit pedas dimana memang masa dulu kalangan masyarakat Mesir kuno dikatakan gemar mengunyah biji pelaga sebagai pencuci gigi. Perlu diingat dimana memang terdapat banyak jenis buah pelaga ada dipasaran akan tetapi didakwa hanya spesis Elettaria cardamomum sahaja yang dikatakan sebagai buah pelaga sebenar. Semuga pembaca blog anim agro technology semuanya mendapat info berguna mengenai fakta buah pelaga kali ini. Wasallam!!!.
HERBA MAHAL... BUAH PELAGA...
DIGELAR... PERMAISURI HERBA... 
PENYEDAP MAKANAN... DIGUNA...
BACA ARTIKEL... FAHAM FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Ramadan 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...