Support My Blog

Sunday, May 2, 2021

BUAH TARAP - SEDIKIT FAKTA

BUAH TARAP
(Artocarpus odoratissimus) yang juga dikenali sebagai Buah Terap, Buah Marang, Oak Johey, Green Pedalai, Madang, Tarap atau Timadang merupakan buah nadir yang semakin popular. Pokok dan buah ini dipercayai memang ia berasal dari Borneo, Palawan dan Pulau-pulau sekitar Mindanao, Filipina. Buah ini juga didakwa amat berkait rapat dengan pokok-pokok nangka, cempedak dan sukun yang semua tergolong dalam genus yang sama iaitu grup Artocarpus. Bagaimana pun ia dikenali juga dengan buah Kiran di Sarawak. Pada penulis blog yang pernag bertugas di Jabatan Prtanian Sarawak amat bertuah kerana sepat mengenali dan membuat ujirasa buah tarap di kawasan pendapaman di Long Atip, Long Semadoh, Long Lellang dan beberapa lokasi lain. Penulis masa itu dari kejauhan di Long Pasia selepas turun kapalterbang dimana hanya saja dengan kelebaran daunnya seakan sudah mengenali pokok ini dilokasi dan akan merasa teruja apabila ia berbuah. Bagi kalangan penduduk dipendalaman mereka tahu dimana daunnya yang kasar seperti dawai pencuci periuk itu dahulu memang ada dilaporkan ia digunakan untuk menggilap muka nascaya tidak akan ada ruang di wajah yang nampak serinya untuk tempoh paling kurang tiga bulan. Bagaimana pun kini ianya sudah kurang dilakukan kerana banyak berlaku kemodenan budaya. Daun pokok ini memang kasar ketika di pokok mahupun ketika daun ini telah gugur ke tanah. Sebab itu kadangkala daun tarap digunakan untuk melicinkan kayu dalam hasil kerja seni ukiran kayu masa dahulu. Artikel pada tengahari Selasa ini sempena duduk rumah semasa PKP 2.0 pandemik covid19 saya teruskan menulis rencana dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta buah tarap untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.

Pokok Tarap merupakan sejenis pokok yang saka yang boleh membesar dimana ia selalu mempunyai 
daun lebar ini biasa terdapat di Kepulauan Borneo, Palawan dan Pulau Mindanao. Di Filipina ia dikenali dengan nama Johey oak atau Marang dimana walaupun kulitnya kasar tetapi amat mudah ditanggalkan apabila cukup masak. Ketika buah tarap tersentuh ke mulut maka selalu baharulah kita menyedari betapa bertuahnya kita yang tinggal di Asia dan Borneo ini kerana adanya buah tarap yang rasa manisnya lain daripada rasa manis yang ada pada buah-buahan lain. Lemak dan lembut yang segar bagaimana pun pengalaman penulis blog kena berhati-hati dengan getahnya (latex) yang terkena dimana ia boleh menyebabkan kehilangan dan kegatalan tekak. Terdapat pelbagai spesis pokok tarap yang dikenalpasti Jabatan Pertanian akan tetapi ianya boleh dibezakan oleh saiz buah dan ketebalan isinya. Belum ada pendaftaran rasmi akan varieti buah tarap di lakukan sehingga kini didalam senarai pendaftaran varieti tanaman Malaysia. Ada juga isi buah ini yang berwarna oren. Buah ini bagaimana pun masih dikategorikan sebagai sejenis buah nadir yang mana belum banyak menanamnya secara komersl. Buah ini juga masih belum menembusi pasaran meluas seperti durian, mangga dan papaya.  Pokok ini ada ditanam dibeberapa stesyan pertanian di Sabah dan Sarawak untuk dibuat penelitian dan penyelidikan seterusnya. 

Menyentuh mengenai buah tarap, b
aunya yang agak kuat apabila buah sudah masak menyebabkan larangan membawanya ke hotel penginapan. Ia juga sama seperti nasib yang dialami oleh buah durian kerana jika dibawa masuk dan mempunyai sistem pendingin udara berpusat maka keseluruh hotel akan berbau!.  Kepada penduduk tempatan memang ramai yang suka kepada bau buah tarap yang masak tetapi kepada mereka yang tidak sda maka akan komplen dengan pihak pengurusan hotel. Buah tarap memang akan mengeluarkan haruman yang segar menyelerakan. Apa pun dilihat memang pokok tarap mempunyai daun yang lebar dan berbulu kasar. Pokoknya yang tinggi sehingga boleh ia mencapai 30 meter (100 kaki). Pokok Tarap ini akan mula berbuah yang berjuntaian sekitar kurang 5 tahun setelah ditanam. Ia mudah ditanam dan tumbuh diberbagai jenis tanah dan umumnya di hutan tropika. Buah Tarap termasuk dalam keluarga Moraceae dan dikenalpasti sebagai antara pokok buah buahan eksotik hutan Borneo yang tumbuh merata di seluruh daratan pulau ini. Apa pun biji buah tarap ini yang cuma sebesar biji kopi juga boleh digoreng tanpa minyak (sangai). Daripada beberapa kali ujirasa semasa bertugas di Sarawak dan lawatan ke Sabah sempat merasai dimana mempunyai kerana rasanya sedap seperti kacang tanah. Kini penanaman secara komarsial pokok tarap belum mendapat perhatian sepenuhnya. Potensi tumbuhnya sangat mudah dengan hanya memperbanyakkan penanaman melalui biji yang disemai. Terdapat juga pokok ini yang tumbuh di Semenanjung Malaysia tetapi mungkin ia dari spesis yang tidak sesuai untuk dimakan dan buahnya kecil. Persamaan hanya pada struktur daun dan bau ketika buahnya masak. Dikenali dengan nama Tarap Hutan atau tarap Monyet. Adalah sangat dipercayai dan diyakini bahawa tiada seekorpun yang monyet sedar akan kewujudan nama pokok ini sempena nama mereka.

Dalam pada itu Berita Harian melaporkan dalam artikel 'Hadian dari Negri Bawah Bayu' menarik dirujuk. Apabila setiap k
ali tiba musim buah di Sabah maka pelbagai jenis buah eksotik akan menjadi pilihan penggemar buah bermusim di negeri itu. Ia juga dapat menarik minat pengunjung luar khususnya dari Semenanjung dan pelancong asing. Satu daripada buah eksotik yang popular dan amat diminati masyarakat di Sabah adalah tarap atau dipanggil sebagai 'timadang' dalam kalangan masyarakat Kadazandusun. Dikenali dengan nama saintifik Artocarpus odoratissimus, buah tarap berbentuk bulat diselaputi bulu kasar seperti berus, bergetah dan keras ketika mentah, tetapi lembut dan berbau harum apabila masak. Buah yang masak, kulitnya mudah dikopek dengan tangan untuk mengambil isi di dalamnya yang berulas-ulas dan melekat pada empulur yang bersambung dengan tangkai buah. Sekali pandang, rupanya tidak jauh beza dengan isi cempedak. Bagaimanapun ia adalah berbeza dengan cempedak yang isinya kekuningan, isi buah tarap berwarna putih. Bagi masyarakat Kadazandusun di Sabah, isi buah tarap juga boleh dijadikan cucur sama seperti isi cempedak yang sedap dimakan jika digoreng bersama salutan tepung gandum. Bagi penduduk Kampung Tampulan, Telipok, dekat Kota Kinabalu iaitu Biniau Mabon, 58, berkata tarap dianggap pokok buah yang wajib ditanam di dusun masyarakat Kadazandusun (Sila lihat fotoo disebelah). Dia dakwa selain cepat berbuah dan isinya sedap dimakan, tarap juga dijadikan tanaman penting kerana buahnya yang muda boleh dijadikan sayur dan sedap dimasak gulai bersama ikan masin atau ayam kampung. Pokok tarap cepat membesar, hanya mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk berbuah selepas ditanam. Masyarakat Kadazandusun menanamnya untuk sumber makanan bermusim. Selain itu, pokok tarap yang tua, teras batangnya keras dan boleh dijadikan bahan binaan untuk membina rumah.

Dilaporkan p
ada zaman dahulu iaitu ketika atap rumah bagi masyarakat Kadazandusun menggunakan rumbia atau nipah sering juga daun tarap yang lebar dijadikan bahan untuk menampal atap bocor. Masyarakat terdahulu turut menggunakan daun tarap yang lebar dengan diameter kira-kira 30 cm untuk melindungi kepala daripada panas atau hujan. Pokok tarap dianggap tanaman penting dan sering ditanam di kebun atau di tepi rumah dikalangan masyarakat Kadazandusun. Tarap bukan saja buah penting kepada masyarakat Kadazandusun, malah ia digemari masyarakat pelbagai kaum di Sabah dan sentiasa dicari apabila tiba musim buah itu dengan harga antara RM2 - RM10 sebiji mengikut saiz. Sama seperti durian yang mempunyai pelbagai variasi, tarap juga ada beberapa jenis yang dinamakan mengikut kualiti dan tekstur buah. Bagi masyarakat Kadazandusun, antara jenis tarap yang biasa ditanam ialah buragang (kemerahan), guntomou (kehijauan), buruyuton (buah besar) dan pukakon (buah berbonjol). Buah tarap perlu dipetik berhati-hati kerana mudah rosak, lebih-lebih lagi apabila ia sudah masak. Biasanya buah yang masak di pokok perlu diambil dengan memanjatnya atau dijolok dengan galah. Kalau jatuh, ia akan terburai dan tidak boleh dimakan lagi. Pokok Tarap adalah sejenis pokok bergetah dan berdaun lebar berwarna hijau gelap dengan ketinggiannya boleh mencapai 25 meter. Panggilan itu dipercayai berasal daripada perkataan 'aparad', yang bermaksud kasar dalam bahasa Kadazandusun berikutan tekstur kulit buahnya yang berbulu kasar seperti berus. Panggilan timadang pula dipercayai berasal daripada perkataan 'a'adang' yang bermaksud sama, berikutan ciri pokok dan buahnya yang hampir serupa dengan sejenis pokok hutan yang dipanggil 'togop'. Buah ini dipercayai mengandungi banyak khasiat terutama Vitamin C dan berfungsi sebagai pelawas yang baik untuk sistem pencernaan.

Biasanya s
elain tarap, satu lagi buah eksotik yang terkenal di Sabah ialah bambangan atau nama saintifiknya Mangifera pajang, dikenal pasti sebagai tumbuhan dalam keluarga buah mangga dan kuini. Berbeza dengan mangga atau kuini, yang kulit buahnya berwarna hijau, kulit buah bambangan sama ada mentah atau masak adalah berwarna coklat. Buahnya besar dan boleh mencapai hingga dua kilogram (kg) atau tiga kg sebiji. Buah ini masak apabila ia gugur ke tanah. Berbeza dengan mangga yang mudah rosak jika gugur terutama jika jatuh ke tanah yang keras, bambangan lebih tahan lasak dan tidak mudah rosak kerana berkulit tebal. Kulitnya setebal antara 0.5 sentimeter (sm) dan satu sm. Bagi menikmati isi buah ini yang berwarna kuning keemasan, kulitnya perlu dikopek seperti mengopek kulit kelapa. Rasa isinya masam manis, boleh dimakan terus atau bagi masyarakat di Sabah, ia dijadikan jeruk atau sambal, selain dicampurkan dalam masakan terutama ikan rebus. Untuk menjadikannya jeruk, Biniau berkata, isi bambangan biasanya dijeruk bersama parutan biji buah itu dan dicampur garam sebelum diperam. Jeruk bambangan boleh tahan selama berbulan-bulan, malah ada yang tahan sampai setahun, tetapi biasanya ia cepat habis terutama peminat jeruk bambangan kerana keenakan rasanya sebagai pembuka selera. Berbeza dengan tarap yang pokoknya boleh berbuah selepas tiga atau empat tahun ditanam, pokok bambangan mengambil masa yang lama untuk berbuah iaitu di antara 10 tahun hingga 15 tahun. Kebanyakan pokok bambangan yang ada di Sabah ketika ini berusia lebih seabad berikutan saiz pokoknya yang besar seperti balak dengan ada yang mencapai ketinggian lebih 50 meter. Memang tidak ramai yang menanam pokok bambangan di kebun mereka kerana ia mengambil masa yang lama untuk berbuah. Biasanya, pokok bambangan perlu mencapai saiz tertentu iaitu sekurang-kurangnya satu pemeluk baru boleh menghasilkan buah.  Bagaimanapun, tidak pula diketahui asal usul sebutan bambangan kerana perkataan berkenaan tidak mempunyai apa-apa maksud tersirat atau paling hampir, khususnya dalam bahasa Kadazandusun. Selain tarap dan bambangan, banyak lagi buah eksotik lain boleh didapati di Sabah setiap kali tiba musim buah, yang biasanya bermula pada Julai hingga Oktober setiap tahun. Buah eksotik lain yang tidak kurang menariknya ialah durian isi merah, kuning dan oren, sukang atau durian berduri panjang dan buah bundu atau belunu. Buah belunu sama seperti buah binjai yang dikenali di Semenanjung tetapi rasanya manis dengan kebanyakannya boleh didapati di kawasan pantai barat dan pedalaman Sabah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology semua. Wasallam!!..
BUAH TARAP... DI BORNEO SANA...
BOLEH DIMAKAN.. ENAK RASANYA...
BUAH BERMUSIM... DIPASAR ADA...
BUAH BOLEH MAKAN..  UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(22 Jamadilakhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...