Pada penulis blog yang pernah terlibat sama dalam industri penanaman koko pada awal tahun 1980'an dimana masa itu Lembaga Koko Malaysia (LKM) belum diwujudkan dan perlaksanaan tanaman koko adalah oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Penulis blog ada memberikan khidmat dalam program penanaman komersial koko di Melaka terutama di kawasan kelapa sebagai tanaman penting masa itu. Kemudian baru Akta penubuhan LKM diluluskan oleh parlimen pada Julai 1988 dan digazetkan sebagai Akta 343 pada 8 September 1988. LKM mula beroperasi secara rasmi pada 18 Julai 1989). Memang amat signifikan aktiviti penanaman koko di Malaysia masa itu sebelum sehingga berlaku serangan teruk oleh pandemik Ulat Pengorek Buah Koko (UPBK) yang menjejaskan teruk industri tanaman koko di Malaysia. Salah satu amalan agronomi dalam tanaman koko adalah mengenai pengawalan rumpai dari sebelum menanam sehingga menuai hasil selain daripada aspek pembajaan dan juga kawalan perosak dan penyakit. Amalan kawalan rumpai perlu dilakukan sejak dari peringkat awal penyediaan kebun dimana dalam kebanyakan kes ia adalah amalan agronomi yang termahal dalam proses pengeluaran tumbuhan selain daripada kos pembajaan. Apa yang penulis blog tahu dimana bagi tanaman koko kawalan rumpai diperlukan terutama pada peringkat awal penanaman koko itu sendiri iaitu sebelum koko berumur 3 tahun. Setelah koko dewasa dan kanopi pokok koko sudah bercantum maka aktiviti kawalan rumpai menjadi lebih mudah dan murah.
Sama dengan penjagaan bagi tanaman lain dimana maksud rumpai dalam kebun koko adalah semua jenis tumbuhan yang ada dan tumbuh di tempat yang tidak diperlukan antaranya seperti tumbuhan rumput, sendayan, anak-anak pokok, lalang, pokok ubi kayu, rusiga dan sebagainya. Selalunya kesan rumpai kepada tanaman akan mengurangkan hasil kerana berlaku persaingan dan meracun pula akan menambahkan kos pengeluaran serta keberadaan rumpai akan menjadikan ia tempat musuh berlindung dimana ia menganggu untuk sistem pengurusan air juga. Kehadiran rumpai didalam kebun koko lazimnya boleh dikelaskan sama ada ia dari jenis rumpai semusim dan saka. Rumpai semusim ialah rumpai yang akan mati setelah berbunga yang mana kebanyakannya ialah jenis rumpai berdaun lebar. Rumpai saka ialah rumpai yang kekal terus tumbuh beberapa lama dan sentiasa tumbuhan ini akan mengeluarkan bunga untuk membiak. Ia juga boleh membiak secara tampang dimana selalunya rumpai jenis ini juga adalah berdaun lebar, rumput dan juga menerong. Apa pun sebagai amalan agronomi dimana ada dua strategi dalam mengawal pencemaran atau gangguan rumpai secara umum iaitu Kaedah Pencegahan dan Kaedah Kawalan. Pertama cara Pencegahan dilakukan dengan menghalang sesuatu species dari mencemarkan sesuatu kawasan ladang dimana cara ini selalunya boleh dilakukan dengan menentukan biji benih rumpai tidak masuk ke ladang melalui apa cara sekalipun. Kaedah menghalang rumpai dari mengeluarkan biji benih adalah bagi mengelakkan pembiakan rumpai melalui pembiakan tampang. Selalunya cara kawalan boleh dilakukan dengan beberapa kaedah (6) antaranya adalah Secara Mekanikal, Secara Persaingan, Menanam Secara Bergilir (Cara ini tidak sesuai bagi koko), Kawalan Biologi (agak susah dilakukan), Cara Membakar dan Cara Kimia (Meracun).
Kawalan rumpai Secara Mekanikal selalunya melibatkan dua kaedah mudah iaitu dengan Menebas, Membajak Tanah dan Merotor Tanah. Kaedah ini sesuai untuk kawasan penanaman baru dan tanam semul dimana ia perlu dikaji kesesuaiannya jika petani menanam koko dalam kawasan dusun atau kelapa. Apa pun bagi kawasan yang baru amalan biasa ialah setelah hutan dibersihkan maka kawasan itu akan dibajak 2 kali kemudian dirotor dan seterusnya akan di kapur yang sesuai ditabur pada kadar 1-2 tan/ha dan dirotor sekali lagi. Dalam pengesyoran dimana bagi kawasan tanaman koko yang ditanam di Semananjung selalunya selepas dari proses pembajakan pokok pelindung sementara dan kekal perlu ditanam. Pada masa yang sama pokok penutup bumi perlu ditanam. Semasa koko hendak ditanam, slashing dibuat pada pokok penutup bumi diikuti dengan membajak dan merotor sekali. Seterusnya Kaedah Persaingan iaitu dengan cara menanam pokok penutup bumi juga merupakan satu kaedah persaingan. Penutup bumi tumbuh dengan cepat dan dengan itu ia memberi persaingan dari segi ruang, cahaya matahari dan air kepada rumpai-rumpai lain. Perlu juga untuk dapat menentukan kesuburan pokok koko supaya cepat bertemu di bahagian kanopi juga merupakan satu kaedah persaingan. Kaedah palong popular adalah Kaedah Kimia dimana racun rumpai akan disembur kepada rumpai dimana ia memang telah digunakan semanjak sejak tahun empat puluhan. Beberapa jenis racun rumpai sesuai boleh digunakan sebagai kawalan rumpai di kebun koko. Strategi menggunakan Racun Rumpai akan menentukan kaedah dan racun apa yang akan digunakan. Strategi utama ialah membunuh rumpai dengan matlamat pokok koko tumbuh subur dan memberikan hasil yang lumayan. Penentuan strategi juga bergantung kepada keadaan sebenar ladang dan juga kos yang hendak dilaburkan. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KELUASAN MENURUN... ADALAH SEBABNYA...
POKOK DIBAJA.. RUMPAI KENA KAWALNYA...
RM6 BILLION SETAHUN.. NILAI EKSPORTNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(18 Rabiulakhir 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.