Thursday, November 2, 2023

KAWALAN RUMPAI DI KEBUN KOKO (Part 1)

KAWALAN RUMPAI
bagi tanaman koko adalah satu perkara yang penting bagi mempastikan tanaman koko memberikan hasil optima sejak dari mula penanaman. Tanaman Koko (Theobroma cacao) dan industri koko Malaysia berpotensi menyumbang kepada pendapatan eksport negara sebanyak RM6 bilion setahun. Mengikut data daripada Kementerian Industri Utama dimana koko diantara komoditi berpotensi besar untuk dibangunkan menerusi pelaksanaan model perniagaan yang tepat, aktiviti didalam pengkomersialan yang baik dan memperbanyakkan aktiviti hiliran. Sektor koko secara khususnya telah menyumbang sebanyak RM5.55 bilion kepada pendapatan eksport negara pada 2018 dan menyumbang sebanyak RM1.44 bilion atau 0.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Jumlah itu peningkatan sebanyak 4.6 peratus berbanding RM1.38 bilion pada tahun sebelumnya. Kerajaan akan terus giat dimana akan memperbanyakkan aktiviti hiliran menerusi kerjasama kerajaan dengan pihak swasta bagi mempastikan pencapaian sektor koko kini perlu dipertingkatkan untuk menjadikan yang Malaysia terus bersaing dengan pasaran luar. Malaysia kini tidak boleh hanya menumpukan kepada pasaran tempatan sahaja akan tetapi berusaha untuk ke pasaran global. Dalam pada itu ada pelbagai pendekatan yang boleh digunakan termasuk menggunakan konsep pemasaran digital. Produk koko Malaysia seperti penghasilan coklat telah menyumbang kepada nilai eksport tinggi kepada negara dan berpotensi tinggi untuk dikembangkan. Nilai eksport coklat lima tahun dahulu berjumlah RM500 juta dan meningkat sehingga RM1 bilion pada tahun 2020. Sebenarnya selain dari penanaman komoditi sawit, Malaysia mungkin boleh kembali kepada penanaman koko yang turut menyumbang kepada sumber pendapatan yang baik. Adalah dianggarkan 20 sehingga 30 teknologi yang akan dikomersialkan bagi menyokong sektor huluan dan hiliran industri koko. Lembaga Koko Malaysia (LKM) dilaporkan dimana setakat ini sudah menjalankan sebanyak 89 projek penyelidikan sejak daripada Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM54.4 juta. Sebanyak 19 produk dan teknologi LKM dikomersialkan dan mengenal pasti 63 produk hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti produk kosmetik, penjagaan diri dan makanan berpotensi untuk dikomersialkan. Produk koko Malaysia kini bukan hanya untuk dipasarkan dalam negara tetapi kini mula menembusi pasaran antarabangsa sdan beberapa negara baharu terutama di ASEAN dan negara Oceania. Malaysia sememangnya sudah memiliki produk koko dan diyakini dari segi teknologinya yang sudah mencapai tahap yang dimahukan. Apa yang penting sekarang ini kerjasama dengan usahawan terpilih untuk mengkomersial dan memasarkan produk berkenaan. Artikel tengahari Isnin dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai bagaimana amalan agronomi mengenai kawalan rumpai didalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Pada penulis blog yang pernah terlibat sama dalam industri penanaman koko pada awal tahun 1980'an dimana masa itu 
Lembaga Koko Malaysia (LKM) belum diwujudkan dan perlaksanaan tanaman koko adalah oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Penulis blog ada memberikan khidmat dalam program penanaman komersial koko di Melaka terutama di kawasan kelapa sebagai tanaman penting masa itu. Kemudian baru Akta penubuhan LKM diluluskan oleh parlimen pada Julai 1988 dan digazetkan sebagai Akta 343 pada 8 September 1988. LKM mula beroperasi secara rasmi pada 18 Julai 1989). Memang amat signifikan aktiviti penanaman koko di Malaysia masa itu sebelum sehingga berlaku serangan teruk oleh pandemik Ulat Pengorek Buah Koko (UPBK) yang menjejaskan teruk industri tanaman koko di Malaysia. Salah satu amalan agronomi dalam tanaman koko adalah mengenai pengawalan rumpai dari sebelum menanam sehingga menuai hasil selain daripada aspek pembajaan dan juga kawalan perosak dan penyakit. Amalan kawalan rumpai perlu dilakukan sejak dari peringkat awal penyediaan kebun dimana dalam kebanyakan kes ia adalah amalan agronomi yang termahal dalam proses pengeluaran tumbuhan selain daripada kos pembajaan. Apa yang penulis blog tahu dimana bagi tanaman koko kawalan rumpai diperlukan terutama pada peringkat awal penanaman koko itu sendiri iaitu sebelum koko berumur 3 tahun. Setelah koko dewasa dan kanopi pokok koko sudah bercantum maka aktiviti kawalan rumpai menjadi lebih mudah dan murah.


Sama dengan penjagaan bagi tanaman lain dimana maksud rumpai dalam kebun koko adalah semua jenis t
umbuhan yang ada dan tumbuh di tempat yang tidak diperlukan antaranya seperti tumbuhan rumput, sendayan, anak-anak pokok, lalang, pokok ubi kayu, rusiga dan sebagainya. Selalunya kesan rumpai kepada tanaman akan mengurangkan hasil kerana berlaku persaingan dan meracun pula akan menambahkan kos pengeluaran serta keberadaan rumpai akan menjadikan ia tempat musuh berlindung dimana ia menganggu untuk sistem pengurusan air juga. Kehadiran rumpai didalam kebun koko lazimnya boleh dikelaskan sama ada ia dari jenis rumpai semusim dan saka. Rumpai semusim ialah rumpai yang akan mati setelah berbunga yang mana kebanyakannya ialah jenis rumpai berdaun lebar. Rumpai saka ialah rumpai yang kekal terus tumbuh beberapa lama dan sentiasa tumbuhan ini akan mengeluarkan bunga untuk membiak. Ia juga boleh membiak secara tampang dimana selalunya rumpai jenis ini juga adalah berdaun lebar, rumput dan juga menerong. Apa pun sebagai amalan agronomi dimana ada dua strategi dalam mengawal pencemaran atau gangguan rumpai secara umum iaitu Kaedah Pencegahan dan Kaedah Kawalan. Pertama cara Pencegahan dilakukan dengan menghalang sesuatu species dari mencemarkan sesuatu kawasan ladang dimana cara ini selalunya boleh dilakukan dengan menentukan biji benih rumpai tidak masuk ke ladang melalui apa cara sekalipun. Kaedah menghalang rumpai dari mengeluarkan biji benih adalah bagi mengelakkan pembiakan rumpai melalui pembiakan tampang. Selalunya cara kawalan boleh dilakukan dengan beberapa kaedah (6) antaranya adalah Secara Mekanikal, Secara Persaingan, Menanam Secara Bergilir (Cara ini tidak sesuai bagi koko), Kawalan Biologi (agak susah dilakukan), Cara Membakar dan Cara Kimia (Meracun).  


Kawalan rumpai Secara Mekanikal se
lalunya melibatkan dua kaedah mudah iaitu dengan Menebas, Membajak Tanah dan Merotor Tanah. Kaedah ini sesuai untuk kawasan penanaman baru dan tanam semul dimana ia perlu dikaji kesesuaiannya jika petani menanam koko dalam kawasan dusun atau kelapa. Apa pun bagi kawasan yang baru amalan biasa ialah setelah hutan dibersihkan maka kawasan itu akan dibajak 2 kali kemudian dirotor dan seterusnya akan di kapur yang sesuai  ditabur pada kadar 1-2 tan/ha dan dirotor sekali lagi. Dalam pengesyoran dimana bagi kawasan tanaman koko yang ditanam di Semananjung selalunya selepas dari proses pembajakan pokok pelindung sementara dan kekal perlu ditanam. Pada masa yang sama pokok penutup bumi perlu ditanam. Semasa koko hendak ditanam, slashing dibuat pada pokok penutup bumi diikuti dengan membajak dan merotor sekali. Seterusnya Kaedah Persaingan iaitu dengan cara menanam pokok penutup bumi juga merupakan satu kaedah persaingan. Penutup bumi tumbuh dengan cepat dan dengan itu ia memberi persaingan dari segi ruang, cahaya matahari dan air kepada rumpai-rumpai lain. Perlu juga untuk dapat menentukan kesuburan pokok koko supaya cepat bertemu di bahagian kanopi juga merupakan satu kaedah persaingan. Kaedah palong popular adalah Kaedah Kimia dimana racun rumpai akan disembur kepada rumpai dimana ia memang telah digunakan semanjak sejak tahun empat puluhan. Beberapa jenis racun rumpai sesuai boleh digunakan sebagai kawalan rumpai di kebun koko. Strategi menggunakan Racun Rumpai akan menentukan kaedah dan racun apa yang akan digunakan. Strategi utama ialah membunuh rumpai dengan matlamat pokok koko tumbuh subur dan memberikan hasil yang lumayan. Penentuan strategi juga bergantung kepada keadaan sebenar ladang dan juga kos yang hendak dilaburkan. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN KOKO...MASIH ADA DI MALAYSIA...
KELUASAN MENURUN... ADALAH SEBABNYA...
POKOK DIBAJA.. RUMPAI KENA KAWALNYA...
RM6 BILLION SETAHUN.. NILAI EKSPORTNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(18 Rabiulakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.