UMANG-UMANG atau Kelomang adalah sejenis krustasia dekapod yang tergolong dalam superfamili Paguroidea dimana ada tujuh (7) keluarga haiwan ini dikenali sebagai keuarga Coenobitidae, Diogenidae, Lithodidae, Paguridae, Paarapaguridae, Pylochelidae dan Pylojacquesidae. Pada penulis blog yang sudah lama dulu kenal dan sering melihat haiwan ini dipantai memang suka mengejarnya dan bermain.Kebanyakan spesies umang-umang berabdomen panjang dan lembut yang dilindungi dari ancaman pemangsa dengan memakai 'rumah bergerak' iitu sekeping cangkerang kosong yang ditinggalkan haiwan lain (cangkerang suput laut). Apa pun cangkerang kosong ini selalunya yang boleh memuatkan badan haiwan ini. Selalunya umang-umang akan memakai cangkerang siput laut atau mana-mana moluska gastropod marin yang ada dihabitatnya. Pada bahagian hujung abdomen umang-umang disesuaikan agar kuat menggenggam turus kulit cangkerang. Sebaik sahaja ia tumbuh membesar lazimnya haiwan umang-umang perlu mencari cangkerang yang lebih besar dimana ia memakainya dan ini sekaligus meninggalkan yang lama (akan digunakan oleh umang-umang yang lain). Apa pun sifat umang-umang yang suka tinggal di dalam cangkerang lama ini memberikan gelaran umang-umang dalam bahasa Inggeris sebagai "hermit crab" iaitu sempena perangai 'suka bertapa' sebab ia suka tinggal sendirian macam didalam gua. Dilaporkan dimana ada terdapat lebih kurang 1,100 spesies umang-umang yang dikenalpasti di seluruh dunia dimana kebanyakannya adalah spesis akuatik dan tinggal dalam air masin di kawasan air yang cetek seperti kawasan terumbu karang dan di kawasan pesisir pantai hingga didalam dasar laut. Di kawasan tropika pula apa uang unik dimana ada pula spesies umang-umang daratan dimana dilihat ada spesis ini berukuran agak besar, contohnya seperti Coenobita clypeatus. Dalam pada itu dilaorkan dimana umang-umang liar lazimnya hidup secara berkumpulan iaitu sekawan 100 ekor atau lebih dalam habitatnya. Penulis blog dapati dimana umang-umang adalah krustasia dekapod yang tergolong kumpulan Pagoirodea. Kebanyakkan umang-umang berodomen panjang dan ia lembut. Bagi melindungi diri daripada pemangsa selalunya umang-umang akan bersembunyi di sebalik cengkerang yang telah ditinggalkan oleh haiwan bercengkerang. Kebiasaannya umang-umang menggunakan cengkerang siput laut atau mana-mana jenis moluska gastropod marin yang ada di laut. Saintis memanggilnya sebagai Hermit Crab. Artikel kali ini sambil melihat ombak laut di Pantai Mersing, Johor dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan fakta dan juga maklumat mengenai umang-umang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.
Pada penulis blog dapati dimana haiwan 'Hermit Crab' atau dalam di Malaysia ia dikenali sebagai umang-umang amat unik kerana ianya adalah sejenis hidupan yang menyerupai ketam namum memerlukan rumah (biasanya cengkerang siput yang telah kosong) yang akan dibawa ke sana-sini bagi melindungi bahagian badannya yang lembut. Sekali pandang apabila haiwan ini bergerak di aatas pasir di kawasan pantai ia dilihat seakan ketam berjalan (Sila lihat foto disebelah). Walaupun menyerupai ketam akan tetapi sbenarnya umang-umang mempunyai spesisnya sendiri dan terdiri daripada 1,100 spesis yang diketahui dan dikaji oleh saintis. Walaupun umang-umang pada kebiasaannya menggunakan cengkerang siput untuk dijadikan sebagai ‘rumah’ perlindungan baginya ada kalanya terdapat juga umang-umang yang menggunakan batu atau kayu yang kosong sebagai bahan perlindungan. Umang-umang selalu ia mendiami laut pada pelbagai kedalaman samada di pinggir pantai, perairan cetek mahupun pada bahagian yang lebih dalam. Di kawasan tropika terdapat umang-umang yang tinggal di daratan (seperti juga spesis ketam darat dan ketam kelapa). Namun begitu ia tetap akan ke laut untuk bertelur dan menetaskan anak-anaknya. Selain itu juga kebanyakan spesis umang-umang ini keluar pada waktu malam untuk mencari makanan. Dilaporkan diman antara masalah paling besar bagi umang-umang adalah apabila ia semakin membesar saiz badannya dimana kemudian ia perlu mendapatkan saiz cengkerang yang lebih besar bagi membolehkan ia berada dalam keadaan yang selesa. Keadaan kulit siput yang sempit akan menyebabkan pembesarannya terbantut dan perkara ini kemungkinan kehilangan tempat perlindungannya yang amat berharga itu. Pada pembaca blog semua ada yang mungkin akan terkejut apabila melihat persaingan antara umang-umang dalam merebut kulit siput kosong ini untuk dijadikan sebagai tempat perlindungan. Persaingan ini mungkin boleh menyebabkan umang-umang berbunuhan sesama sendiri. Bagi sesetengah spesis yang lebih besar pula dimana antara beberapa langkah keselamatan turut menggunakan buran (sea anemones) bagi menakutkan pemangsa. Ini kerana ‘sea anemones’ mempunyai sesengat beracun yang mana ia boleh mengakibatkan kematian kepada pemangsa tersebut. ‘Sea anemones’ akan mendapat manfaat daripada sisa makanan umang-umang sebagai salah satu ganjaran daripada sifat perkongsian simbiosis ini. Bagi memberikan semua akan gambaran yang lebih jelas mengenai persaingan sengit dalam kehidupan umang-umang dalam mendapatkan perlindungan (cengkerang siput) seua boleh menonton video di internet.
Selalunya dikalangan orang ramai dimana sepintas lalu apabila melihat haiwan kecil iaitu umang-umang atau nama lainnya 'kelomang' yang memiliki tubuh berupa cengkerang tetapi ternyata tidak. Ini kerana haiwan umang-umang yang dalam bahasa Inggrisnya disebut sebagai Hermit Crab (ketam bertapa) memang suka bersembunyi dalam cengkerang kosong. Ia juga biasanya bersembunyi di dalam ckulit cengkerang atau tempurung dari siput laut yang telah kosong iaitu sebagai rumahnya. Umang-umang memiliki ciri-ciri khusus seperti ia mempunyai ciri tubuh badan yang sangat lembut maka sebeb itulaj ia perlu bersembunyi di dalam cengkerang siput yang telah kosong dan keras untuk mempertahankan dan juga bagi melindungi diri dari serangan pemangsa seperti burung. Pa pun pada penulis blog dimaa haiwan ini yang tidak memiliki tulang belakang ini memiliki 6-10 kaki dan memiliki tubuh tidak simeteri dimana sifatnya dilihat ia suka sekali menggali pasir untuk ia beristirahat atau untuk tidur. Sekali lihat dimana ia emang mirip ketam atau apabila ia berada didalam cengkerang dmana apabila umang-umang tidak berada di dalam cengkerang dilihat ia lebih mirip seperti udang kerana tubuhnya yang merlingkar. Dalam habitatnya dimana umang-umang semuanya akan sentiasa menukar rumahnya apabila keadaan memaksa seperti rumahnya yang kecil dan tidak sesui lagi dengan saiz badannya. Penulis blog belum jumpa laporan nilai ekonomik umang-umang ini dilaorkan sama ada untuk dijadikan makanan atau perubata dimana-mana. Cuma ada beberapa laporan yang umang-umang biasanya juga dijadikan anak untuk mainan kalangan kanak-kanak. Biasanya juga dipelihara di dalam toples atau aquarium. Ada juga yang dibuat tempat mainan di dalam baskom dan diisi pasir. Adapun dilaporkan dimana jenis makanan kegemaran umang-umang adalah daun pepaya dan tebu. Umang-umang juga ada yang dicat sedemikian rupa oleh pemiliknya untuk dipelihara dan mampu menjana pendapatan untuk dipamerkan. Sebenarnya dilaporkan habitat hidup dari umang-umang atau haiwan kelomang adalah air, hidup di air masin dan laut di pesisir pantai. Ada juga umang-umang yang hidup di daratan namun pun begitu umang-umang memerlukan air kemudian untuk pembiakan. Sebhaagian besar umang-umang aktif di malam hari. Populasi umang-umang bagaimana pun semakin berkurangan atau ia boleh pupus dengan perubahan cuaca dunia dimasa akan datang.
Menarik dalam portal hmetro.com dengan satu berita bertajuk '16 jam tanggung derita' untuk dikongsikan. Akhbar tersebut laporkan dimana ada seorang nelayan menahan bisa akibat tertusuk duri umang-umang yang patah di dalam telapak kaki kirinya selama 16 jam sebelum ia berjaya dikeluarkan melalui pembedahan. Bagi Abdul Rahim Azali (34 tahun) dimana dia tepaksa menanggung kesakitan tidak terperi selepas kaki kirinya tertusuk duri hidupan laut itu ketika membersihkan tapak pendaratan perahu gentian kacanya di pantai berhampiran Balai Nelayan Kampung Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Alor Gajah,Melaka. Dalam kejadian 5 petang itu, Abdul Rahim membersihkan pantai itu bagi tujuan untuk membolehkannya meletakkan perahu yang dipindahkan dari Pangkalan Nelayan Kampung Sungai Kertah iaitu kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian. Dakwanya waktu itu dia sedang membersihkan semak dan serpihan kayu yang memenuhi pantai itu untuk membolehkan perahu saya pindahkan dan diletakkan di kawasan itu. Bagaimana pun tiba-tiba kaki kiri saya terasa amat sakit apabila terpijak benda tajam dan saya terkejut mendapati duri seekor umang-umang menembusi kasut dipakai dan umang-umang itu melekat pada tapak kasut. Kesakitannya membuatkan saya terduduk, tetapi tetap menggagahkan diri untuk mencabut umang-umang itu daripada melekat pada kaki dan ketika itulah saya rasakan bisanya yang sangat menyeksakan. Nelayan masih bujang itu dibantu rakan yang membawanya ke Hospital Alor Gajah dan menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan duri patah itu pada 9 pagi semalam. Hanya selepas duri berkenaan dikeluarkan, Abdul Rahim mampu berjalan dengan sempurna berbanding terpaksa melangkah dengan bertunjangkan tumit kiri sambil menahan kesakitan. Beberapa tahun lalu tangan kanan saya pernah tertusuk sengat ikan duri ketika menarik jaring, tetapi bisanya tidak sesakit duri umang-umang kerana sengat ikan itu tidak terpatah dalam tangan. Bagaimanapun, kedua-dua kejadian ini tidak pernah melunturkan semangat saya untuk terus mencari rezeki di laut bagi menyara kehidupan yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... HAIWAN UMANG-UMANG... ITU NAMANYA...
BECENGKERANG... ITU RUMAH DIBAWA...
BADANNYA LEMBUT.. ELAKKAN PEMANGSA...
SAIZ BADAN BESAR... PINDAH SENTIASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 122, Hotel Sri Malaysia,
Mersing, Johor,
Malaysia.
(16 Jamadil awal 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.