Menyentuh bagaimana tips Pembajaan Nanas MD2 dengan cara terbaik sesuai diamalkan oleh penanam nanas di tanah mineral menggunakan baja sembura foliar dengan plant booster mungkin masih kurang di ketahui. Sebenarnya ada beberapa bengkel telah dibuat melibatkan penulis blog didalam penyediaan buku garispanduan terkini dimana teknologi pembajaan nanas MD2 dan di tulis dalam Manual Tanaman (SOP) Tanaman Nanas LPNM. Bagaimana pun kini kaedah pembajaan ini sudah disesuaikan dengan keadaan di tanah mineral berdasarkan pengalaman penanam nanas dimana buah nanas MD2 premium yang dihasilkan jadi manis walau pun kulitnya masih hijau. Antara tinjauan penulis adalah Amalan Pembajaan oleh Syarikat BERONE (Zulkifli Saidin) dimana beliau menanam nanas di Tanah Mineral dengan Plastik Penutup Batas dan juga tanaman Tanpa penutup Batas dikebunnya di Kedah dan beberapa penanam nanas lainnya. Amalan dimana beliau menggunakan Teknik pembajaan agak berlainan dan 134 hari sahaja sudah dipetik buahnya dengan kemanisan 18-20 darjah brixs. Antara beberapa amalan teknologi yang dilakukan di sini dimana sebaiknya kerja bagi membuat batas tanaman dengan saiz ukuran 2 kaki lebar dan 1 kaki tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kontor kebun. Kemudian pertama sekali di sembur atau siram di permukaan batas tanaman dengan plant booster + asid amino dalam tempoh 3 - 4 hari sebelum dipasang sungkupan plastik silveshine. Gunakan kadar semburan dengan kadar 25 ml plant booster dan 10 ml fish amino asid untuk 1 iter air. Sila baca tulisan saya mengenai teknologi membuat plant booster dengan pautan disini (Sila Klik DIsini) dan (Sila klik Disini). Sebaiknya dipastikan yang semua permukaan tanah atas batas basah. Adalah lebih elok jika disembur atau di siram pada waktu petang supaya mikrob dapat membiak dengan cepat pada sebelah malamnya. Langkah seterusnya adalah dalam tempoh 2-3 hari sebelum sungkupan plastik penutup batas dipasang dimana baja asas di tabur diatas baris tanaman. Disyorkan setiap satu batas ditanam dengan 2 baris tanaman benih nanas MD2. Jarak antara baris adalah 1.5 kaki. Amalan seterusnya iaitu dengan menggunakan baja NPK 16:16:16 dengan anggaran 50 gram satu pokok. Maksudnya jika satu baris itu dapat tanam dengan 25 pokok, maka jumlah baja yang kita perlu tabur diatas baris tanaman tersebut adalah 1,250 gram. Apa pun sebaiknya kadar bagi serakan baja adalah 3 - 4 inci. Satu batas perlukan sebanyak 2.5 kg baja NPK 16:16:16. Kemudian setelah selesai membaja maka perlu di pasang sungkupan plastik penutup batas iaitu dengan secepat mungkin. Disyorkan agar sentiasa mampu mengelakkan baja NPK ini terkena hujan dan terdedah pada cahaya matahari dalam tempoh yang lama.
Langkah seterusnya adalah menjalankan pembajaan Semburan Pertama (Foliar fertilizer) iaitu ia dibuat semasa umur pokok 45 hari. Sebelum membaja kena pastikan ada pucuk baru yang tumbuh sudah dilihat kerana apabila ada pucuk baru itu tandanya akar pokok dah kuat dan bersedia untuk menyerap baja. Seterusnya adalah pembajaan dengan menggunakan baja larut air NPK18:18:18 + unsur mikro. Kepekatan @ EC adalah 1.5 mS. Campur sekali plant booster (15 ml / 1 liter air) dan fish amino asid (5 ml /1 liter air). Apa pun sebaiknya kaedah dilakukan dengan menyembur atau menyiram ditengah-tengah pucuk dengan kuantiti lebih kurang 100 ml setiap pokok. Langkah berikutnya adalah aktiviti pembajaan Semburan Kali Ke 2 iaitu apabila pokok nanas MD2 berusia 75 hari lepas tanam. Sebaiknya perlu digunakan baja larut air NPK18:18:18 + mikro. Kepekatan @ EC adalah 2.0 mS. Amalan mencampur sekali plant booster (15 ml / 1 liter air) dan fish amino asid (5 ml / 1 liter air) adalah digalakkan iaitu dengan cara menyembur atau siram ditengah-tengah pucuk dengan kuantiti lebih kurang 100 ml setiap pokok. Seterusnya adalah aktiviti Pembajaan Semburan Ke 3 pada usia 105 hari lepas tanam. Gunakan baja jenis larut air NPK18:18:18 + mikro. Kepekatan @ EC adalah 2.3 mS. Pada kali ini juga digalakkan untuk mencampurkan sekali dengan bahan plant booster (20 ml /1 liter air) dan fish amino asid (10 ml /1 liter air) yang disembur atau disiram ditengah-tengah pucuk dengan kuantiti lebih kurang 100 ml setiap pokok. Kemudian dilakukan Pembajaan Semburan Ke 4 pada usia pokok nanas MD2 iaitu 135 hari lepas tanam. Guna baja larut air NPK18:18:18 + mikro. Kepekatan @ EC adalah 2.5 mS. Sama juga dimana sebaiknya dicampur sekali plant booster (20 ml / 1 liter air) dan fish amino asid (10 ml / 1 liter air). Semburkan atau disiram ditengah-tengah pucuk dengan kuantiti lebih kurang 100 ml setiap pokok. Kemudian amalan dilakukan adalah Pembajaan Semburan ke 5 pada usia 165 hari lepas tanam. Gunakan jenis baja NPK 12:12:36 + mikro. Kepekatan @ EC adalah 2.5 mS. Sebaiknya juga ia dicampurkan sekali plant booster (20 ml / 1 liter air) dan fish amino asid (10 ml/ liter air). Semburkan atau disiram ditengah-tengah pucuk dengan kuantiti lebih kurang 100 ml setiap pokok.
Teknologi pembajaan ini diikuti dengan langkah seterusnya iaitu apabila tanaman sudah mencapai usia 195 hari lepas tanam dimana ada dua kaedah pembajaan yang perlu dibuat iaitu pembajaan secara tabur terus (pembajaan tambahan) dan pembajaan secara semburan atau siraman. Dalam pada itu sesuai diberikan pembajaan tambahan dimana petani boleh gunakan baja sebatian NPK 12:12:17 yang ditabur lebih kurang 3 inci pada pangkal pokok dengan kuantiti 50 gram 1 pokok. Sebelum meabur baja sebaiknya pada bahagian atas plastik sunkupan iaitu bertempat di pangkal pokok nanas MD2 dikoyakkan terlebih dahulu. Seterusnya amalan dimana Pembajaan Semburan Ke 6 petani adalah perlu gunakn baja larut air NPK 12:12:36 + mikro pada kadar kepekatan @ EC adalah 2.5 mS. Kali ini sesuai juga dicampur sekali plant booster (20 ml /1 liter air) dan fish amino asid (10 ml / 1 liter air). Semburkan bahan ini ditengah-tengah pucuk dengan kuantiti lebih kurang 100 ml setiap pokok. Kemudian pada usia 240 hari @ 8 bulan lepas tanam maka aktiviti yang sesuai dilakukan adalah membuat aruhan pada pokok (menghormon nanas). Ianya sangat bergantung pada tahap kesuburan pokok. Pengalaman mendapati dimana lazimnya pokok nanas MD2 diladang sudah ada paling kurang 35 helai daun segar pada usia ini. Aruhan ini dilakukan dengan beberapa kaedah dimana boleh lakukan untuk proses aruhan digunakan bahan Ethrel + Urea yang disembur ditengah pucuk pada waktu petang dengan jumlah kuantiti semburannya lebih kurang 50 ml setiap pokok. Jika semuanya dilakukan mengikut jadual dan prosedur makan selepas 135 hari menghormon maka buah nanas MD2 sudah sedia untuk dituai dan seterusnya boleh digredkan sebelum dipasarkan. Panduan dan tips ini pada pengalaman penulis memang mampu menghasilkan buah nanas MD2 yang premium dimana bentuknya cantik (bentuk selinder), besar (saiz AA dan A), rasa yang manis dikesemua bahagian buah, warna yang menarik dan sesuai untuk dijual di pasaran domestik serta pasaran eksport. Bagaimana pun petani dan pengusaha perku memunyai kemudahan dan ada pekerja yang mahir didalam menjalankan petua PEMBAJAAN TERKINI menggunakan kombinasi baja semburan (foliar fertilizer) dengan Plant Booster sehingga manual tanaman ini sebagai yabg terbaik pernah penulis ketahui. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca bloh saya kali ini. Wasallam!!!...
BAJA SEMBURAN... PLANT BOOSTER ADA...
MASA DAN KADAR... TEPATI IKUT MASA...
POKOK SUBUR... KUALITI BUAH TERJAGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 JamadilAwal 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.