TEKNOLOGI 'TEM' kini merupakan satu pendekatan baru didalam penanaman nenas (Ananas comosus) terutamanya untuk nenas premium iaitu varieti MD2 (AC9). Teknologi TEM atau bermaksud sebagai 'Teknologi Effective Microorganism' diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian sebagai satu lagi pendekatan didalam pelbagai tanaman seperti nenas, durian, pisang, melon dan beberapa jenis sayuran seperti cili dan sayuran daun. Teknologi Effective Microorganisms ini telah banyak digunakan oleh para petani di berbagai negara lain di Asia seperti di Thailand, Taiwan, Pakistan, Bangladesh dan beberapa negara lainnya di dunia seperti di Afrika, bahkan di USA, Perancis, Jerman, Portugal dan Switzerland. Ada di laporkan dimana di Indonesia kadar penggunaannya seperti di Bali, Sulawesi Selatan, Jawa Tengah, Lampung, Riau, Sumatera Selatan didakwa mampu meningkatkan hasil tanaman mencapai 4 (empat) kali ganda baik tanaman padi, jagung, cili, tomato, buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu kesan teknologi TEM ini berlaku terhadap berbagai jenis aktiviti akuakultur ikan dan aktiviti ternakan. Baja Organik Teknologi EM tersebut belum digunakan secara optima di Malaysia terutama dikalangan penanam nenas dan beberapa jenis buah-buahan lain. Di Malaysia penggunaan teknologi TEM ini dimulakan oleh pihak Jabatan Pertanian Malaysia terhadap beberapa jenis tanaman seperti buah durian, pisang, nenas, limau manis dan banyak jenis sayuran. Penulis berpeluang membuat tinjauan penggunaan teknologi TEM ini untuk tanaman nenas MD2 di beberapa buah ladang termasuk yang dijalankan di Kedah, Perak, Johor dan Pahang. Pada masa ini seluas 13,774 hektar tanaman nenas pada tahun 2016 telah dilakukan oleh pengusaha tanaman nenas dimana sebanyak 68% daripada keluasan tersebut berada dalam Negeri Johor. Antara jenis nenas yang ditanam dengan meluas adalah Nenas Moris, Nenas N36, Nenas Josapine, Nenas Gandul dan terkini adalah Nenas MD2. Ada beberapa penanam nenas terutama nenas varieti MD2 yang telah mengamalkan penggunaan teknologi TEM atau pun Teknologi Plant Booster dalam kebun mereka. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai perkara ini untuk dikongsi bersama pembaca.
Teknologi TEM dan Teknologi 'Organic Plant Booster' telah didakwa mampu untuk meningkatkan pertumbuhan dan hasil tanaman serta ketahanan pokok seperti tanaman nenas yang manghasilkan makanan. Pada masa ini di negara kita penggunaan mikroorganisma tempatan dilihat mempunyai prospek yang luas dan dijangka menjadi satu pencetus industri baharu yang akan menyokong lagi tentang tahap perkembangan industri pertanian khususnya dalam aktiviti pertanian organik di Malaysia. Terdapat pelbagai kaedah untuk penghasilan mikrob berfaedah (Beneficial microbe) secara semula jadi dilaksanakan penggiat pertanian dinegara kita. Diantaranya kaedah pemerangkapan mikrob di bawah pokok buluh atau hutan, kaedah pemeraman dengan menggunakan bahan-bahan seperti susu, sayur-sayuran dan buah-buahan serta pemeraman isi perut haiwan ruminan. Kebanyakan kaedah ini menghasilkan kumpulan beberapa jenis mikrob seperti Lactobasillus sp, Fotosintetik bakteria dan yis (yeast). Kebanyakan kaedah-kaedah atau teknologi yang diamalkan di negara ini adalah seperti pemerangkapan mikrob daripada kawasan pokok buluh yang dikenali sebagai Indigeneous Mikroorganism (IMO) yang diperoleh dari Korea dan juga pemeraman mikrob daripada haiwan ruminan serta susu yang dikenali sebagai bahan Beneficial Indegeneous Microorganism (BIM) diperoleh dari Jepun. Kini penggunaan nama IMO dan BIM hanya untuk membezakan dua kaedah serta sumber kedapatan mikrob yang berbeza. Terpulang kepada petani untuk memilihnya mengikut keadaan setempat serta kepada kebolehan mendapatkan bahan-bahan organik tersebut. Jabatan Pertanian Malaysia juga memperkenalkan teknologi penghasilan baja cecair seperti Fish Amino Acid (FAA), Fermented Plant Juice (FPJ), Fermented Fruit Juice (FFJ) dan kompos. Kepada petani dan penanam nenas boleh mendapatkan kaedah penyediaan TEM dan Plant Booster daripada pihak mereka. Walau pun kini ada produk TEM yang dikomersilkan penulis meraskan dengan cara membuatnya sendiri adalah lebih efektif, murah, mudah dan lebih praktikal.
Bahan untuk membuat Plant Booster ini terdiri daripada belacan, nanas, pisang, betik dan kangkung perlu dikisar separa halus sebelum dimasukkan ke dalam satu bekas yang telap cahaya (Sila lihat foto disebelah). Kesemua produk ini bertindak sebagai baja dan pelengkap untuk kesuburan tanah serta tanaman. Seiring dengan perkembangan inovasi negara, kaedah pemerangkapan ini sentiasa berkembang mengikut kreativiti dan keupayaan untuk digunapakai oleh para petani. Secara tidak langsung dengan cara penambahbaikan ini ia berjaya menghasilkan satu kaedah baharu yang lebih mudah, cepat dan berkesan untuk diaplikasi dalam sektor pertanian. Hasil gabungan teknologi pertanian dari Korea, Jepun dan India terciptalah satu kaedah inovasi baharu daripada Jabatan Pertanian Malaysia yang diberi nama Organic Plant Booster (OPB). OPB adalah teknologi yang menggabungkan unsur-unsur seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan susu yang menghasilkan kumpulan dikenali sebagai mikroorganisma berfaedah, enzim-enzim dan hormon-hormon pertumbuhan semula jadi. Ia tidak dikategorikan sebagai baja kerana mempunyai nilai nutrien yang sangat rendah bagi memenuhi keperluan tanaman. Oleh itu lazimya ia lebih berfungsi sebagai merangsang tanaman untuk meningkatkan pertumbuhan dan hasil serta ketahanan pokok melalui pengambilan nutrien yang lebih efisien. Bagi penyediaan OPB sebanyak 80 liter perlukan bahan mencukupi untuk digunakan terdiri daripada bahan seerti molases atau gula merah sebanyak 3 kilogram (kg), belacan (3kg), buah nanas (5kg), telur (10 biji), susu (5 liter), buah pisang (5kg), buah betik (5kg), buah labu (5kg), kangkung (3kg), ragi (5 biji) dan air (50 liter). Kesemua bahan ini boleh dibeli atau dikumpulkan daripada kebun dan persekitarannya.
Penanam nenas juga perlu mengetahui bagaimana menyediakan bahan tEM dan Plant Booster. Sebaiknya bahan-bahan untuk mebuatnya diperolehi daripada sumber yang murah dan ada disekeliling kebun. Pembuatan Organic Plant Booster (OPB) ini adalah seperti berikut dimana bahan seperti Belacan, nanas, pisang, betik dan kangkung perlu dikisar separa halus dan dimasukkan ke dalam satu bekas yang telap cahaya. Kemudian bahan-bahan yang dikisar tadi dicampur dengan telur, susu segar atau susu tepung, gula merah dan air. Seterusnya bahan tersebut dimasukkan ke dalam bekas yang sama dan dikacau sehingga sebati. Masukkan buah labu yang dipotong nipis dengan ketebalan 2 milimeter, panjang (5 hingga 6 sentimeter) dan lebar (2 hingga 3 cm). Akhir sekali taburkan ragi yang telah dipecahkan di atas permukaan labu atau media dan kacau sehingga sebati. Pastikan air yang digunakan untuk mengisar buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sebanyak 50 liter. Bekas tersebut ditutup secara separa anaerobik dan diperam melalui proses fermentasi antara tujuh hingga sepuluh hari di tempat yang gelap (Sila lihat foto disebelah). OPB ini dianggap matang apabila terdapat miselium putih tumbuh di atas permukaan media dan berbau masam manis. OPB (tidak mengeluarkan miselium dan tidak berbau masam manis), sebanyak 0.5kg molases atau gula merah disyorkan untuk dimasukkan ke dalam bekas tersebut. Kacau sehingga sebati dan bekas tersebut ditutup secara separa anaerobik dan diperam semula melalui proses fermentasi selama seminggu. Setelah matang, OPB dikacau dan ditapis sebelum digunakan pada tanaman. Bagi tujuan penyimpanan stok TEM dan OPB sebaiknya petani juga perlu menyimpan di tempat yang gelap. Tempoh hayat penyimpanan OPB adalah enam bulan dan boleh dilanjutkan penyimpanan sehingga setahun dengan menambah 20 gram urea dan 500 gram gula merah. Apa yang penting adalah dimana petani mempunyai ilmu pengetahuan cukup mengenai perkara ini.
Aplikasi TEM dan Plant Booster pada tanaman Nenas diman bahan OPB dicairkan bersama air bersih dan dimasukkan ke dalam tong semburan mengikut sukatan yang telah disyorkan. Larutan tersebut dikacau sehingga sebati kemudian disembur pada keseluruhan pokok nenas dikebun dengan jdual yang teratur. Ada penanm nenas yang disyorkan membuat semburan kepada tanaman nenas sebulan sekali tetapi mereka membuat sembuan 2 minggu sekali. Ini memberikan prestasi pertumbuhan tanaman nenas yang lebih subur dan sihat. Laporan mengenai kes kejadian serangan Penyakit Reput Pangkal amat kurang berlaku kerana penggunaan teknologi TEM ini. Beberapa penanam nenas telah berjay menghsilkan buah nenas yang lebih berkualiti. Dalam kes lain bagi penanaman sayran secara fertigasi adalah digalakkan agar dilakukan semburan pada pokok dan media tanaman OPB juga boleh dilarutkan bersama baja fertigasi yang dimasukkan ke dalam tangki larutan. Perlu diingatkan OPB bukan baja. Memang digalakkan agar aplikasi pekebun memberikn baja kerana ia adalah sangat penting sebelum mengaplikasikan OPB. Contoh sukatan aplikasi OPB ke atas tanaman cili adalah dimana 1-3 minggu selepas tanam perlu digunakan sebanyak 15 ml/liter, 5 - 7 sebanyak 20 ml/liter dan terakhir 9 dan keatas diberikan 30 ml/liter.
Kesan penggunaan teknologi TEM dan Plant Booster kepada tanaman nenas daripada pemerhatian mata kasar amat signifikan didalam plot rawatan. Jika dilihat secara menyeluruh dilihat tanaman nenas yang disembur dengan bahan ini lebih subur, daun yang lebar dan menghasilkan buah yang berkualiti. Kejadian serangan penyakit nenas didapati kurang berlaku walau pun dimusim hujan. Berbanding dengan plot tanaman nenas yang tidak menggunakan TEM ada diserang penyakit reput perdu nenas (Sila lihat foto disebelah). Hasil pemerhatian dan tinjauan didapati ia boleh disimpulkan bahawa teknologi TEM dan Plant booster ini boleh membantu dalam mempercepatkan pertumbuhan pokok, meningkatkan hasil tanaman antara 20 antara 30 peratus, penjimatan dalam penggunaan baja, mempercepatkan tempoh masa dalam proses pembungaan, memanjangkan tempoh hayat tanaman dan meningkatkan ketahanan penyakit pada tanaman. Sebaiknya penggunaan Teknologi TEM dan Plant Booster ini adalah memang sangat digalakkan kepada semua peringkat penanam nenas diseluruh negara. Petani yang menanam nenas digalakkan untuk hadir kurusus berkaitan bagaimana untuk membuat dan seterusnya mengaplikasikan teknologi ini bagi mendapatkan hail tanaman nenas berkualiti. Semuga tulisan ini memberikan info terbaik untuk anda semua. Wasallam!.
MENANAM NENAS... PERLU DIJAGA...
TAMBAH BAJA...TEM DILAKSANA JUA...
CARA MEMYEDIAKAN...SENANG SAJA...
HASIL BERKUALITI.. BAIKNYA HARGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Nenas MD2,
Ladang PPNJ, Batu 13,
Air Hitam, Muar, Johor,
Malaysia.
(17.7.17)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.