Support My Blog

Sunday, March 25, 2018

KELAPA KOPYOR - CIRI DAN KHASIATNYA

KELAPA KOPYOR (Cocos nucifera) merupakan sejenis kelapa abnormal yang mana didalam buah kelapa ini isinya bukan air dan daging sebaliknya adalah isi lembut seperti jeli (Jelly). bagi penulis yang pernah jumpa buah kelapa ini di Bagan Datoh, Perak mendapati ia adalah unik (Sila lihat foto diatas). Kepada pembaca dari Indonesia tidak menjadi hairan mendengar nama kelapa Kopyor kerana ia adalah bahasa mereka tetapi agak pelik bagi orang Malaysia. Jenis Kelapa ini dikenali dengan nama Kelapa Macapuno (Makapuno) di negara Filipina, Kelapa Dikiri di negara Sri Lanka, Kelapa  Mapharao Khati di Thailand dan Kelapa Thairu Tengai di India. Kelapa mutant ini sukar difahami bagaimana untuk menanam dan mendapatkan benihnya. Walau pun di negara Filipina telah berjaya saintis mereka menyediakan benih kelapa Macapuno secara 'embrio culture' namun ia hanya untuk kegunaan negara tersebut sahaja. Filipina mempunyai badan yang memajukan kelapa iaitu Philipines Coconut Authority (PCA) yang sentiasa berusaha memajukan industri kelapa. Malaysia baru bercadang mengujudkan Lembaga Perindustrian Kelapa dan Nanas Malaysia (LPKNM) yang diura-urakan hanya akan mungkin berlaku pada tahun 2019 atau 2020. Kita berharap nanti apabila LPKNM ini ujud mereka boleh memajukan jenis kelapa Kopyor atau kelapa Macapuno di Malaysia. Bagaimana pun adalah lebih baik penulis blog yang telah menulis artikel mengenai kelapa lebih dari 200 rencana berkongsi info dengan pembaca blog yang terhebat ini. Malam Ahad ini sambil melihat hujan gerimis jam 8.35 malam di rumah di Melaka, saya mempaparkan dalam "Anim Agro Technology" mengenai perbezaan diantara kelapa biasa dengan kelapa kopyor atau kelapa Macapuno atau Kelapa Dikiri sebagai bahan rujukkan dan bacaan. penulis blog mengambil masa 1 minggu untuk mencari bahan rujukkan dan lebih 3 tahun untuk menimba pengalaman mengenai kelapa ini.


Dalam beberapa bahan rujukkan ada yang menyatakan perbezaan antara Kelapa Kopyor dengan Kelapa Biasa tidak mudah diketahui orang kebanyakan apatah lagi Orang Malaysia. Kelapa kopyor dan kelapa memang sama bentuk pokok dan buahnya secara fizikal. Bagaimana pun hanya mereka yang biasa dalam industri ini tahu dimana biasanya memiliki perbezaan yang sangat signifikan. Bermula dengan ciri asas  perbezaan dalam fizikal buahnya sehingga kepada perkara  perbezaan dari segi ekonominya boleh dibincangkan. Pada penilaian penulis blog bagi mengetahui perbezaan antara kelapa kopyor dengan kelapa biasa dari fizikalnya memang memerlukan kemampuan khusus oleh seseorang pakar. Ini kerana tahap kemampuan untuk mengenali buah kelapa kopyor bukanlah mudah. Ianya memerlukan latihan dan juga pengalaman melalui latihan hands-on praktikal langsung untuk dapat membezakan kelapa kopyor dengan kelapa tua biasa. Jika dilihat buah tua yang baru gugur ia masih lagi berbentuk buah lengkap dengan kulitnya. Kali ini akan penulis blog paparkan mengenai perbezaan kelapa kopyor dengan kelapa tua biasa. Terdapat 4 (empat) perkara yang anda semua boleh lakukan untuk kerja membezakan kedua jenis kelapa ini. Pertama dengan mendengar bunyi ketukan biji kelapa, ke 2 dengan teknik mengincang biji kelapa, ke 3 dengan membelah biji kelapa dan ke 4 dengan cara semak hara jualan biji kelapa tersebut. Ini kerana ada ruang kosong dalam kelapa tua kopyor berbanding dengan kelapa tua biasa yang lebih padat dengan kandungan air kelapa. 


Dalam pada itu bunyi ketika kelapa tua kopyor ketika ia  digoncang kuat memang berbeza dengan kelapa tua biasa. Semasa biji kelapa tua kopyor digoncang kuat air didalamnya menghasilkan bunyi yang lembut berbanding dengan kelapa tua biasa yang menghasilkan bunyi yang lebih kuat dan keras (Sila lihat foto disebelah). Kelapa tua biasa boleh diteliti bunyinya seperti ada ketukan 'keletup' yang tiada pada kelapa tua kopyor. Ke 3 dimana cara paling tepat untuk mengenali perbezaan nyata antara keduanya dengan membelah kelapa tersebut. Biji kelapa kopyor semas dibelah dilihat perbezaan dengan jelas pada bahagian isi dagingnya. In ikerana isi daging kelapa kopyor akan runtuh atau gurur atau terlepas dari tempurungnya. Ia juga lembut dan lebik seperti jeli tidak seperti kelapa tua biasa yang isinya akan melekat dan keras di tempurungnya. Akhirnya telah penulis katakan dimana perbezaan yang boleh dipastikan mengenai harga jualan atau nilai kelapa kopyor. Harga kelapa kopyor jauh lebih tinggi daripada harga kelapa tua biasa dimana lazimnya ia dijual dengan harga mencapai sehingga 10 kali ganda dengan harga kelapa biasa. Bagaimana pun sebaiknya anda tidak tertipu penjual dengan membuat ujian dihadapn mere dengan membelah sebiji dua sebagai bukti.


Kenapa membeli dan konsumsi kelapa kopyor dengan harga lebih mahal kalau bukan kerana khasiatnya?.  Diantara dakwaan mengenai kehebatan khasiatnya memang banyak dibincangkan tentunya berkait untuk kesihatan. Minuman air kelapa muda merupakan minuman yang telah dikenalpasti popular dikalangan ramai orang. Mereka sanggup membayar harga kelapa muda terutama kelapa pandan dengan harga tinggi di premis terkenal. Keenakan kelapa muda dengan rasanya yang lemak manis diminum terus begitu sahaja atau ditambah aie atau dijadikan coconut shake memang semakin popular. Bagaimana pun di negara jiran populariti kelapa kopyor mampu menyaingi kelapa muda. Kini selain kelapa muda telah ada pula kelapa kopyor yang juga kerap menjadi minuman pilihan pelepas dahaga. Kelapa kopyoragak sukar mendapatkan disesetengah lokasi dan boleh dikatakan 'tiada' di Malaysia sekarang ini. Ini kerana kejadian kelapa koptor asalnya adalah hanya merupakan suatu bentuk kelainan genetik abnormal berlaku dari buah kelapa. Kelainan genetik ini menyebabkan daging buahnya sangat empuk sehingga terlepas dari tempurung dan bercampur dengan air kelapa. Air pada kelapa kopyor sangat sedikit sehinggakan jika ianya digoncangkan tidak akan terdengar bunyi air seperti pada kelapa biasa. Selain itu kelapa kopyor juga memiliki aroma yang berbeza dari kelapa pada umumnya. Walau bagaimana pun kini disebabkan permintaan dan nilai jualnya yang sudah semakin tinggi maka penanaman diperluaskan di negara jiran. Kini telah ada tekniologi kultur tisu (TC) sehingga ianya boleh menghasilkan lebih banyak kelapa kopyor. Selain ia digunakan sebagai minuman yang enak dan menyegarkan dilaporkan kelapa kopyor juga kerap dijadikan bahan dalam pembuatan kueh mueh sama ada ia jenis kueh kering atau pun jenis kueh basah.


Khasiat kelapa kopyor dipercayai mempu merawat masaalah Gatal-gatal.  Lazimnya gatal merupakan gejala yang menganggu ramai orang yang berpunca daripada pelbagai sebab. Antara faaktur penyebab berlaku gatal-gatal seperti akibat kurang menjaga kebersihan kulit, kulit kering, sebab kehamilan dan juga sebab alergik. Ada banyak jenis ubat moden dari hospital atau klinik swasta yang dapat digunakan untuk merawat masaalah gatal. Antaranya adalah ubat uang dimakan, disapu atau kdua-duanya sekali. Jenis ubat gatal  yang dimakan terdiri dari jenis ubat zoralin hingga ubat disapu luaran atau berbentuk bedak seperti jenis Salicyl dan Bedak Herocyn. Kini didakwa semuanya tidak perlu makan ubat ini kerana jika anda mengambil kelapa kopyor maka ia mampu mengatasi masalah gatal-gatal ini. Selain itu kelapa kopyor tetap memberikan rasa yang enak dan masaalah gatal pun hilang. Khasiat Kelapa Kopyor yang lain adalah ia dapat membantu mengatasi Penyakit Demam Berdarah. Ini merupakan penyakit yang sangat berbahaya sebab ianya boleh membahayakan nyawa. Penyakit yang disebabkan virus denggi (Nyamok Denggi) ini disebarkan oleh gigitan nyamuk iaitu Aedes albopictus dan Aedes aegypti. Meskipun dapat dibantu dengan mengambil isi kelapa kopyor dimana ia dipercayai ianya akan menyebabkan kesan penyembuhan kepada pesakit. Kelapa kopyor juga didakwa mampu meredakan luka bakar sebagai ubat luaran. Kelapa biasanya dicampurkan dengan bahan lain seperti kunyit dan air kapur sirih hingga menjadi pes kemudian dilulurkan pula pada bahagian tubuh yang mengalami luka bakar. Selain itu luka bakar juga dapat diatasi dengan manfaat bahan Zambuk dan manfaat Rivanol. Namun jika luka bakarnya cukup serius sebaiknya segera mendapatan rawatan doktor. Palinghebat mengenai kelapa kopyor dimana ia didakwa sesiapa yang mengambil kelapa kopyor akan juga dapat  meningkatkan stamina. Kepada mereka yang mengambil atau makan kelapa kopyor secara rutin sesuai ukuran dos juga dapat membantu meningkatkan stamina sehingga anda dapat melakukan aktiviti atau senaman seharian penuh secara maksima. Tentu saja perkara  ini sekali dilakukan dengan mengambil makannan sihat lain seperti disyorkan. Ahli sukan sebaiknya diberikan kelapa kopyor untuk aktiviti aktif sebagai ahli sukan. Khasiat kelapa kopyor ini tidak hanya dirasakan oleh orang yang mengambilnya sahaja namun juga para petani yang pengurus ladang kelapa swasta disebabkan hasil jualannya lumayan berbanding dengan kelapa biasa. Kin dengan aktiviti biakbaka menggunakan kultur embrio atau TC membolehkan ramai petani dapat menghasilkan lebih banyak kelapa kopyor. Pendapatan petani meningkat sehingga tahap kesejahteraan mereka juga semakin baik. Semuga tulisan malam ini mampu memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KELAPA KOPYOR.... BERBEZA CIRINYA...
PETANI UNTUNG ....HARGANYA MAHAL...
BANYAK KHASIAT... IA SERBA GUNA JUGA...
TANAM SENDIRI ... CARI BENIH DIMANA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka. Melaka,
Malaysia.
(1 Rejab 1439 Hijrah).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...