Support My Blog

Sunday, March 4, 2018

PHYSALIS - ITU BUAH UNIK

BUAH PHYSALIS (Physalis spp) merupakan sejenis buah yang seakan buah Cipluka (letup-letup) yang ada dibelukar kita di Malaysia terutama pada bentuk bahagian sarungnya (Sila lihat foto diatas). Tumbuhan yang berbunga ini ujud di dunia baru (new world) dimana ia boleh didapati dikawasan liar di tropika dan subtropika daripada keluarga Solanaceae (Sama keluarga dengan tanaman terung dan Cili). Terdapat sebanyak 60 - 90 spesis buah Physalis ini diseluruh dunia dimana ia dibiakkan dengan menggunakan bijinya. Negara Mexico sahaja mempunyai sebanyak 48 spesis buah ini yang didaftarkan dan telah ada yang dikomersilkan. Nama lain bagi buah ini seperti Cape Grosberries, Groundberries, Poha Berries, Golden Berries dan Incaberry. Di antara beberapa jenis buah Physalis yang popular dan sering ditanam adalah seperti jenis Physalis minima, Physalis heterophylla, Physalis peruviana, Phsalis philadelphica, Physalis caudella, Physalis pubecens, Physalis viscosa dan Physalis virginiana. Banyak lagi spesis lain kalau hendak disenaraikan mengenai kumpulan buah dari physalis ini yang ada diseluruh dunia. Apa pun kebanyakannya adalah tumbuh liar pada masa dahulu dalam belukar, kebun dimana ada dilaporkan dilembah Prairies di USA memang terdapat ia diladang mereka. Apa yang unik mengenai tumbuhan yang  berbuah ini adalah buahnya seakan buah tomato mini dengan isinya yang kaya dengan bahan berkhasiat. Mungkin ramai dikalangan orang kita yang masih belum kenal akan tumbuhan ini dan mereka yang berada diluar negara juga mungkin yang berminat mengenai tumbuhan seperti ini hanya akan mendekati untuk mengkajinya. Pada penulis memang belum pernah jumpa nampak pokok ini yang ditanam komersil di Malaysia kerana mungkin ia hanya berada diluar negara sahaja. Apa pun saya akan berkongsi maklumat dengan pembaca semua dalam ''Anim Agro Technology" apa yang dimaksudkan dengan buah unik dinamakan Buah Physallis sebagai tujuan untuk menambah ilmu pengetahuan.


Tumbuhan Physalis ini adalah tumbuhan herba atau renek dengan ketinggian hanya sekitar 0.4 - 3.0 meter mengikut spesis dan penjagaan. Pembiakan tumbuhan ini dan penanamannya juga sering mengunakan biji benih yang berkualiti untuk disemai dahulu. Ia tumbuh menegak dengan batang pokok dan dahan yang sederhana lembut serta daun yang banyak jumlahnya sama seperti tanaman Tomato (Lycopersicum esculantum). Sesuai untuk ditanam diatas tanah terbuka, diatas batas, dalam pot atau didalam rumahkaca (greenhouse) secara fertigasi. Kini beberapa negara maju telah menanam physalis ini dibawah Struktur Pelindung Hujan dengan sistem fertigasi secara komersil dimana ia mudah untuk menjadualkan tanaman, penjagaan, pengeluaran dan juga aspek lain. Ia boleh dikelaskan sebagai tanaman parenial dan juga annual bergantung kepada sistem tanaman. Tumbuhan ini perlukan banyak cahaya matahari untuk ia berbunga dan berbuah. Ada spesis physalis yang tidak serasi bunganya dan perlukan proses pendebungaan untuk membentuk putih buah. Kebanyakan varieti tidak berapa tahan dengan suhu sejuk beku (frost) kecuali beberapa varieti sahaja yang tahan dengan cuaca ini aitu Physalis alkekengi. Tumbuhan ini sesuai ditanam diatas tanah subur dengan banyak baja organik serta mempunyai sistem aliran baik. Pokok ini juga tidak tahan kelembapan tinggi, kawasan tanah banjir dan kawasan tercemar. Peringkat pertumbuhan awal tanaman perlukan air banyak dan baja mencukupi. Tumbuhan ini mudah dserang musuh dan penyakit yang menyerang tanaman tomato seperti Layu Fusarium, Lalat Buat, Reput Akar dan juga kulapok berdebu. Bagaimana pun jika dijaga dengan baik dan ditanam dalam rumahkaca secara fertigasi risiko serangan perosak adalah minima.


Buah Physalis yang muda dan buah masak kebanyakannya adalah boleh dimakan (edible) sama seperti tomato. Hanya ada beberapa spesis yang tidak boleh dimakan dan dijadikan tanaman hiasan sahaja. Buah ini apabila masak memberikan rasa seperti buah tomato dengan iainya yang berjus dan seakan rasa buah nanas atau strawberry dengan kandungan asid yng rendah (mild acidity). Buah physalis ini kaya dengan bahan Cryptoxanthin iaitu zat berkhasiat dan buah ini sangat sesuai dimakan sebagai salad (Sila lihat foto disebelah). Cryptoxanthin merupakan pigment tumbuhan semulajadi yang kaya dengan komponen Beta Carotene dan dalam tubuh manusia ia ditukr kepada retinol serta bagus mengawal kanser. Buah yang telah masak juga sesuai dijadikan makanan sebagai salad, dikeringkan sebagai raisin dan sebagainya. Kini buah yang dulu kurang dikenali ini telah menjadi satu industri komersil oleh beberapa buah negara maju. 


Buah Phylis yang banyak dihasilkan dengan kaedah penanaman komesil ini telah dijadikan industri produk proses yang terkenal. Antara produk proses buah Golden Berries (satu dari jenis buah Physalis) adalah buah yang boleh dikeringkan dan dijadikan raisin (kalau kita macam buah kismis daripada anggur). Ia dibungkus dalam pembungkusan kedap udara dan tahan lama serta memberikan khasiat terbaik kepada pengguna (Sila lihat foto disebelah). Buah ini juga dikeringkan untuk dijadikan bahan pectin didalam pembuatan ''pie filling'' diselruh dunia. Jenis Ground Berris lain dari jenis Poha pula sangat popular di Hawai sebagai makanan dessert tradisional yang diterima ramai. Negera India kini adalah diantara negara yang mempromosi dan luas menanam buah physalis untuk kegunaan domestik dan pasaran eksport. Di India buah physalis ini diberi nama dengan gelaran Tipari atau Rashbari (Hindi), Tepari (Bengali), Bandoola (Kannada) dan juga Mottaampuli (Malayalam). Di negara China buah physalis ini meluas digunakan didalam dunia perubatan mereka seperti untuk merawat batuk, demam panas dan saki tekak atau sakit kerongkong. Kepada pembaca blog anim agro technology yang berminat menanam pokok ini boleh dapatkan benihnya daripada sumber betul dan ditanam sendiri untuk dimakan sendii (jika ia boleh berbuah) dan berkongsi maklumat dengan orang lain termasuk penulis blog. Semua tulisan dalam blog anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!.
BUAH PHYSALIS... PELIK BUNYINYA...
MACAM TOMATO... PELBAGAI NAMA...
DI LUAR NEGARA... KOMERSIL DIA...
BACA ARTIKEL... INGIN MENCUBA RASA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Room 312, Hotel Premiera,
Menara MARA, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Kuala Lumpur,
WP, Malaysia.
(1 JamadilAkhir 1439H).
Posted pada 4 Mac 2018.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...