Support My Blog

Thursday, March 22, 2018

IKAN BELACAK - APA HEBATNYA

IKAN BELACAK (Periophthalmus modestus) merupakan sejenis ikan yang mudah dijumpai dinegara terutama dikawasan berair tepi laut dan sungai. Ikan Belacak atau juga dikenali sebagai Ikan Tembakul atau Ikan Belodok iaitu ia merupakan ahli subkeluarga Oxudercinae. Dalam filem Melayu ada cerita mengenai Ikan Tembakul iaitu filem 'Batu Belah Batu Bertangkup' yang mana si ibu kempunan makan telur ikan tembakul menyebabkan ia merajuk  dan kemudian ditelan batu bertangkup tersebut. Ia adalah cerita lama yang menyedihkan dan menyayat hati serta memberikan banyak pengajaran kepada penonton. Ikan belacak ini juga adalah merupakan ikan afimbia atau dalam bahasa mudah sebagai Ikan Dua Alam kerana ia disesuaikan secara unik dalam habitat muara pasang surut yang berbeza dimana pada pemerhatian penulis blog iaitu kebanyakan ikan berada pada habitat sedemikian. Ikan ini sering hidup dengan air surut dengan bersembunyi di bawah rumput laut basah atau dalam kolam pasang surut. Ikan belacak agak aktif semasa di luar air dimana ia makan dan berinteraksi sesama sendiri dimana sebagai contoh ia mempertahankan kawasan mereka dan sanggup berlawan diantara mereka. Dalam beberapa kes rujukkan dinyatakan dimana Ikan Belacak hanya terdapat di kawasan tropika dan separa tropika iaitu ianya termasuk keseluruhan Lautan Hindi-Pasifik dan Lautan Atlantik di persisiran Afrika. Jika hendai dibandingkan dengan gobies air sepenuhnya didapati ikan ini menampilkan sejumlah tabiat khusus dan adaptasi fisiologi bagi cara hidup afimbia. Ini termasuk bilamana aikan belacak beradaptasi secara anatomi dan tabiat yang membenarkan mereka bergerak dengan berkesan di daratan dan juga di air. Keupayaan untuk bernafas melalui kulit dan lapisan mulut mereka (mukosa) dan kerongkong (pharynx) adalah kelainan pada ikan belacak. Ini hanya berlaku semasa ikan belacak lembab dimana ianya akan menghadkan ikan ini kepada habitat lembab dan memerlukan mereka mengekalkan diri mereka lembab. Kaedah pernafasan ikan ini juga menyerupai yang digunakan oleh haiwan afimbia dikenali sebagai pernafasan udara kutaneous (cutaneous).  Adaptasi penting yang lain adalah dimana yang membantu pernafasan adalah ruang insang dibesarkan di mana mereka mengekalkan udara. Ianya bertindak sebagai silinder oksigen penyelam dan turut membekalkan oksigen semasa di daratan. Apabila saintis cuba menggali sarang ikan belacak jauh ke dalam mendakan lumpur yang lembut mendapati ikan ini membenarkan untuk mengekalkan haba (thermoregulate) serta mampu untuk mengelak pemangsa semasa air pasang. Ia mampu serangan oleh ikan lain dan mamu bertelur didalam sarangnya. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kehebatan ikan belacak dan kegunaannya dikalangan masyarakat tempatan untuk dijadikan bahan bacaan.

Di negara kita Malaysia terdapat beberapa spesis ikan belacak boleh didapati. Diantaranya adalah ikan belacak tempatan (Periophthalmus gracilis) yang juga dujupai dari Malaysia hingga Utara Australia (Sila lihat foto disebelah). Apa yang diperhatikan dimana sungguhpun ketika sarangnya tenggelam didapati ikan belacak mengekalkan gelembung udara di dalamnya dimana ini akan membenarkan ia bernafas dalam kepekatan oksigen amat rendah. Ikan ini adalah dari genus Periophthalmus iaitu merupakan ikan belacak yang paling pelbagai dan tersebar luas dalam keluarga belacak. Ikan belacak boleh membesar sehingga sepanjang 6 inci (15 cm) merupakan jenis ikan Pemangsa. Ikan belacak memakan ketam-ketam kecil dan beberapa jenis antropod yang lain berada didalam habitatnya. Cara mekan dengan menangkap dan mengejar ketam-ketam kecil disekelilingnya dengan tangkas. Ikan belacak ini ada yang dilaporkan sering diperniagakan secara meluas sebagai ikan akuarium walau pun ia sukar dibela dalam kurungan kerana ia memerlukan tangki direka khusus dan pelbagai mangsa hidup. Disebabkan habitat afimbianya lazimnya ikan ini adalah dikategorikan sebagai tidak sesuai dipelihara didalam tangki ikan biasa. Di Malaysia dan juga negara jiran ada kepercayaan mengenai kehebatan ikan belacak yang akan diproses menjadi Minyak Ikan Belacak. Penulis blog kali pertama menbuat beberapa capaian mengenai minyak ini terkejut akan dakwaan pengeluar minyak belacak ini apabila membacanya tetapi belum mencuba. Salah satu yang penulis blog ingin kongsikan adalah Minyak Belacak Tok Ayah.


Pautan tersebut telah memperkenalkan Minyak Belacak Tok Ayah (Sila lihat foto disebelah). Rencana dakwa memang rasanya tidak perlu lagi perkenalkan produk ini. Didakwa sebagai produk yang terkenal (Famous) iaitu dijual dengan jenama Minyak Belacak Tok Ayah. Minyak Ikan Belacak Asli Tok Ayah didakwa juga merupakan produk nombor 1 dan paling laris di pasaran. Didakwa ia terbukti berkesan membantu lelaki yang mempunyai masalah seks tidak tahan lama selain mempunyai saiz zakar kecil dan pendek. Kebanyakan kes keruntuhan atau kepincangan rumahtangga yang berlaku di Malaysia adalah disebabkan kegagalan suami memberikan kepuasan seks terbaik kepada isteri disebabkan oleh beberapa faktor seperti ejakulasi pramatang dan saiz alat kemaluan yang kecil. Ikan Belacak atau juga dikenali sebagai ikan Belodok, atau ikan Tembakul merupakan ahli subkeluarga Oxudercinae (daripada suku: Periophthalmini), dalam famili Gobiidae (Gobies). Ikan belacak merupakan ikan afimbia,disesuaikan secara unik bagi habitat muara pasang surut, berbeza dimana ia lazim kebanyakan ikan di habitat sedemikian, yang hidup dengan air surut dengan bersembunyi di bawah rumput laut basah atau dalam kolam pasangsurut. Ikan belacak agak aktif semasa di luar air, makan dan berinteraksi sesama sendiri, contohnya mempertahankan kawasan mereka.Ikan Belacak hanya terdapat di kawasan tropika dan separa tropika, termasuk keseluruhan Lautan Hindi-Pasifik dan Lautan Atlantik dipersisiran Afrika.Minyak belacak secara tradisonalnya digunakan oleh orang melayu untuk mengurut zakar,malahan ada terdapat testimoni dari customer yang menggunakan dalam masa seminggu mendapat saiz zakar yang diinginkan. Minyak ikan Belacak Tok Ayah ini berkesan dan amat sesuai diamalkan oleh lelaki yang ingin melakukan rawatan batin sendiri di rumah. Digunakan tanpa rasa malu, tanpa was-was, dijamin halal, suci, bersih dan boleh dibawa solat. Minyak ikan belacak amat mustajab bagi mereka yang sentiasa mengamalkan senaman atau urutan batin secara berdisiplin dan bersungguh-sungguh. Sesungguhnya bagi mereka yang selalu berusaha dan berikhtiar tanpa rasa jemu InsyaAllah akan berjaya. Umumnya dakwaan pengeluar
Khasiat Minyak Belacak Tok Ayah adalah seperti mampu menguatkan zakar (minyak belacak power), memulihkan urat zakar yang lemah, membesar dan memanjangkan zakar, menyegarkan kulit zakar, mengelakkan berlakunya ejakulasi pramatang dan menambah nikmat ketika aktiviti melakukan hubungan intim suami isteri. Cara Urut Minyak Belacak atau pun Cara menggunakan minyak belacak dengan minyak Ikan belacak cara urut digoncang botol minyak ikan belacak dahulu sampai sebati. Kemudian ia disapukan minyak ikan belacak di sebelah atas, bawah kiri dan kanan. Sebaiknya urutlah sambil picit-picit sehingga minyak terasa agak kering (rehat sekurang-kurangnya 5-10minit). Minyak ikan belacak disapukan dengan melakukan 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam sekurangnya 2-5 minit urutan. Semuga berjaya!.



Penulis blog juga membuat lagi rujukkan pada akhbar tempatan mengenai perkara ini. Dalam testimoni tersebut yang bertajuk "Kesan urut guna minyak belacak" ianya ada menceritakan mengenai ikan dan minyak belacak. Ada pembaca akhbar yang bertanya SOALAN: "Boleh saya tahu mengenai penggunaan belacak untuk urutan? Adakah ia sesuatu yang boleh diamalkan?. Untuk pengetahuan doktor, zakar saya sihat dan tiada masalah. Cuma, saya mahu tahu jika kita mengamalkan urutan sendiri (dengan cara yang diajar)menggunakan minyak belacak ini, adakah akan memudaratkan zakar dalam jangka masa panjang?.  Sebelum ini saya mendengar ramai berkata minyak belacak bagus diamalkan untuk kesihatan zakar bagi jangka masa panjang. Adakah ia benar?. Soalan oleh Zul dari Daerah  Setiu, Terengganu. JAWAPAN: Aktiviti mengurut adalah amalan mengurut zakar dengan minyak yang diproses dari binatang yang berbentuk macam zakar seperti ular, belut, ikan linang atau binatang yang boleh mengembang seperti ikan belacak, dhab dan lintah bukan saja amalan kuno rantau Asia, malah di Amerika Selatan. Apa yang pasti, amalan urutan kepala zakar tanpa menggunakan apa-apa minyak atau losyen dapat membantu menyegarkan zakar yang mengandungi banyak urat saraf serta pembuluh darah. Oleh itu kaedah  penggunaan produk itu hanya amalan yang membazirkan duit selain daripada ia akan menyebabkan binatang itu pupusJika berlaku juga kebetulan bahan digunakan itu bertoksik atau beracun, tentu zakar anda akan bermasalah pula. Masalah ini seperti kulit menjadi gelap atau mengelupas selain terkena kurap. Jika anda nak belai zakar bagi menyegarkannya, gunakan krim mengandungi ramuan dari tumbuhan yang dikenal pasti dapat membantu menyegarkan tisu dalaman dimana ini akan memantapkan otot pengembang selain melancarkan pembuluh darah. Menggunakan krim atau minyak mengarut yang boleh merosakkan kulit atau alahan kepada tisu dalaman bukan cara bijak untuk menjaga kesejahteraan zakar. Krim atau minyak perapi untuk anggota sulit lelaki perlu dari ramuan selamat bagi menyegarkan tisu zakar dan membantu memantapkan fungsi zakar. Untuk kepastian, produk itu perlu menjalani ujian klinikal dan mendapat kelulusan pihak bertanggungjawab. Hanya selepas ujian klinikal dan kelulusan, baru ia boleh dipercayai dan digunakan tanpa was-was. Saya syorkan anda dan mana-mana pengamal krim atau minyak mengarut yang mengandungi belacak, dhab, ikan linang dan lintah supaya menghentikannya. Ia amalan sia-sia.
Semuga pembaca blog anim agro technology mendapat info berguna kali ini. Wasallam!!...
IKAN BELACAK... DILUMPUR DIA...
IKANNYA KECIL...JENIS AMPHIBIA..
DITANGKAP... MINYAK URUT JADINYA...
DIGUNA... BERGUNA ATAU SIA-SIA?..

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 530, Hotel Dorsett,
Precint 4, Putrajaya, WP,
Malaysia.
(3 Rejab 1438H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...