Support My Blog

Saturday, March 17, 2018

BENIH KULTUR TISU KELAPA - TEKNOLOGI (Part 2)

BENIH KULTUR TISU KELAPA (Cocos nucifera) kini terus menjadi perbincangan pada saintis dan ahli pembiakbaka tanaman di seluruh dunia. Tanaman kelapa kini merupakan tanaman penting dibeberapa negara sebagai salah satu sumber ekonomi di negara tersebut. Pada masa kini data menyatakan keluasan tanaman kelapa dunia adalah sekitar 61.4 juta hektar dengan negara Indonesia menanam seluas 19.1 juta hektar diikuti oleh Filipina (14.7 juta hektar), India (11.1 juta ha), Brazil (2.9 juta ha) dan Sri Lanka (2.2 juta ha) dengan jumlah pengeluaran sebanyak 61 juta metrik tan (Sumber: FAO Statistic Report, 2014). Malaysia kini hanya mempunyai sekitar 97,500 hektar kawasan tanaman kelapa pada tahun 2014. Terdapat lebih daripada 90 negara yang menanam kelapa diseluruh dunia dimana kebanyakannya adalah negara di kawasan Asia. Tanaman kelapa komersil kebanyakannya adalah dikawasan tanah pamah terutama dikawasan pesisir pantai dan kawasan berpulau-pulau dimana ia merupakan tanaman yang paling sesuai untuk diusahakan. Pokok kelapa merupakan pokok saka yang tumbuh menegak dengan jangkahayat mampu sehingga lebih 50 tahun dan masih lagi mampu mengeluarkan hasil. Ia mampu tumbuh sehingga 30 meter tinggi (98 kaki) dengan mempunyai daun dari pelepah berukuran 4-6 meter panjang dikelaskan sebagai 'pinnate leaf'. Mempunyai dua kategori pokok kelapa iaitu JENIS TINGGI (Tall variety) dan JENIS RENEK (Dwarf variety). Kacukan antara keduanya dan bersilang akan menghasilkan KELAPA HIBRID (Hybrid variety). Kelapa lazimnya akan dibiakkan dengan biji benih yang terhasil daripada pokok induk yang telah matang. Secara marfologinya setiap mayang kelapa mempunyai kedua-dua bunga betina dan jantan yang akan melakukan proses pendebungaan sendiri atau ia lakukan pendebungaan bersilang dengan pokok lain. Agen pendebungaan adalah seperti angin, seragga (lebah madu, kelulut, lebah madu, kerengga, semut, tebuan dan lain2). Hasilnya adalah buah kelapa matang yang boleh dibuat pemilihan untuk dijadikan benih tanaman kelapa atau diproses untuk ianya dijadikan makanan atau produk lain. Kini kajian dan penyelidikan terus dijalankan untuk mendapatkan benih kelapa dengan kaedah 'in-vitro propogation technique' atau mudahnya kita sebut sebagai kaedah Kultur Tisu Didik (Tissue Culture). Penulis blog sering ditanya oleh ramai petani dan rakan-rakan lain kenapa tidak boleh mendapatkan benih kelapa hibrid MATAG  dan soalan berikutknya adalah jika benih Matag boleh dikeluarkan dengan kaedah kultur tisu?. Memang sukar memberi kefahaman mengenai perkara ini. Oleh itu artikel subuh ini di Melaka saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai perkara ini untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Dalam Part 2 menyambung dari Part 1 ada beberapa proses berlaku dimana proses pertama dalam 'Somatic embryogenesis' ini untuk membentuk 'callus' daripada sel kelapa yang dikulturkan (Sila lihat foto disebelah). Callus ini terbentuk dengan proses multiplikasi sel-sel dalam media kultur dimana melalui proses dinamakan sebagai 're-differentiate' kepada embrio somatik mengikut keadaan persekitaran dan kombinasi hormon yang optima. Biasanya embrio somatik ini kemudian membentuk 'plantlets lengkap' apabila diletakan dalam disk persekitaran terkawal. Plantlet ini akan menunjukkan ciri-ciri fisiologi dan anatomi yang akhirnya akan menjadi anakbenih kelapa mengikuti apa yang berlaku dipersekitaran (acclimatization). Pada masa ini ia memerlukan persekitaran terkawal dan bersih (sanitized) untuk mengelakan daripada gangguan patogen dan mikrob yang boleh menjejaskan kualiti plantlet ini. Kadar jumlah pencahayaan juga mempengaruhi proses ini untuk menjadi benih berkualiti. Lazimnya akan ada terlalu banyak halangan (constraints) yang perlu diselesaikan dan dikaji didalam menyediakan protokol untuk menyediakan benih kelapa melalui kaedah Kultur Tisu ini (micropropogation method). Hanya ada sedikit kejayaan sahaja yang dicapai saintis sejak lama dulu dalam kes ini. Ini berbeza dengan teknologu TC untuk tanaman lain seperti TC Pisang, TC Orkid dan lain2 tanaman. Dalam kes ini proses pemilihan bahan induk pemula atau explant merupakan faktur utama untuk menjadi penentu penyelidikan pembiakan secara pembiakan mikro termasuk untuk TC kelapa. Beberapa tisu digunakan seperti dari bahagian Daun Muda, Bunga baru kembang, hujung pucuk, embrio serta plumule (didapati dari embrio matang) dan ovari yang tidak dikacuk atau ovari mandul (unfertilized ovaries) telah digunakan. Hasil kajian mendapati ovari yang mandul dari mayang kelapa belum terbuka menunjukkan hasil paling positif. Biasanya mayang kelapa akan terbuka dan bunga keluar setiap 4 minggu (sebulan sekali) dan ini memudahkan pembiakbaka mendapatkan mayang. Pada penulis blog sering menyatakan memang senang hendak kira hasil kelapa, satu bulan satu mayang atau satu tandan kelapa, kira berapa biji kelapa setiap  setandan boleh kira penghasilan sepokok dan sehektar sebulan. Senangkan mengira hasil kelapa!.


Kemudian peringkat terbit (emergence) maka berlaku dimana sel 'spathe' akan berpecah dimana ia diambil untuk dijadikan bahan tanaman pada Peringkat '0' dan tunas ke 2 dibawahnya adalah peringkat '1'  dan seterusnya. Cara ini membolehkan kutipan explant dilakukan daripada bahan induk kelapa dalam siri selangan 6 - 9 bulan lamanya. Daripada satu mayang kelapa bilangan explants bunga betina lazimnya berjumlah 30 bergantung kepada umur pokok dan varieti. Ini adalah salah permasaalahan dimana bilangan bunga betina yang mandul adalah lazimnya lebih tinggi dari yang biasa. Pembentukan callus yang baik akhirnya akan menjadi faktur penentu didalam pembiakan kaedah ini. Apa pun dilaporkan kadar variasi daripada bunga betina mandul ini adalah amat tinggi. Oleh itu perlu ada satu kaedah kutipan bunga betina mandul yang banyak secara 'vitro-culture'. Penggunaan bahan karbon aktif (activated carbon) didapati mampu untuk mengurangkan kejadian sel tisu menjadi Coklat (Browing tissue). Apa pun kajian saintis telah juga menunjukkan dimana pertumbuhan pembiakan daripada kultur tisu ini SANGAT PERLAHAN bagi tanaman kelapa begitu juga proses tumbesaran benih TC Kelapa didalam nurseri. Ini merupakan kecacatan (handicaps) yang perlu diselesaikan dalam proses pembiakan kelapa melalui Tissue Culture (TC) atau micropropogation. Memang diketahui tanaman kelapa masih perlukan penyelidikan dan teknologi lebih moden untuk dibiakkan melalui cara ini. Hanya ada beberapa negara yang mempunyai kepakaran dan juga kelengkapan peralatan untuk melakukan perkara ini seperti di Filipina dan juga di Sri Lanka. Mereka memberikan tumpuan didalam usaha membuat pembenihan kelapa melalui kaedah ini untuk sekian lama.
Artikel ini bersambung dalam Part 1, Part 3 dan Part 4 untuk dapatkan kesemua siri penulisan tajuk berkaitan. Semuga anda semua pembaca blog anim agro technology mendapat info berguna daripada rencana ini. Wasallam!!!.
MEMBUAT KAJIAN... BENIH KELAPA... 
BENIH BIJI KELAPA...ITU CARA BIASA...
CARA KULTUR TISU... BOLEJKAH DIA?...
MEMBACA JURNAL... DIRUJUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(27 JamadilAkhir 1439H)
Bersamaan 15 Mac 2018.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...