Nama LEMANG PERIOK KERA merupakan sejenis nama makanan tradisional yang unik dan semakin dikenali ramai. Lemang pula merupakan makanan yang disediakan untuk majlis-majlis keramaian, hari raya dan jualan dipasar malam yang enak dimakan serta harga sangat memuaskan. Lemang adalah jenis makanan berasaskan beras pulut dengan santan kelapa yang dibungkus dengan daun kelapa, daun pisang, karung periok kera, bahan plastik dan sebagainya. Kalau dahulu makanan ini hanya dimasak oleh penduduk kampong yang mudah mencari karung periok kera tetapi kini ianya telah dikomersilkan. Karung periok kera boleh didapati dengan menanam pokok periok kera dalam pasu yang digantung dikawasan keliling rumah. Pastikan memilih jenis atau varieti pokok periok kera yang betul dan mengeluarkan banyak karungnya. Bahan memasak lemang periok kera ini mudah dibeli dikedai seperti beras pulut, santan kelapa dan perisa seperti garam dan sedikit gula. Bahan-bahan ini yang dimasukkan dalam karung periok kera ini perlu dikukus dan ditoskan sehingga masak. Ia sesuai dimakan begitu sahaja kerana rasa lemak dan ramai yang memekannya dengan rendang daging, serinding atau pun sambal. Ia juga sesuai dimakan dengan ikan dan sebagainya. Dipasar malam yang ada menjual periok kera ini dijual diantara RM1.50 - RM2.00 satu biji bergantung kepada saiz dan juga kawasan. Kini makanan unik ini telah dikomersilkan dan dilaporkan dalam lamanweb dan media massa. Artikel malam Isnin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai laporan akhbar beberapa testimoni mengenai lemang periok kera untuk dijadikan bahan bacaan anda semua.
(1) LAPORAN 1:
Lemang Periuk Kera 4 Beradik popular
oleh : AZELI ALI
14 Februari 2017 12:17 AM
KULIM 13 Feb. - Pada hari raya Aidilfitri tahun lalu, Norra Abdul Hamid mengunjungi rumah rakannya, Mimi Mahmud di Batu Kurau, Perak dan dia dihidangkan sejenis makanan yang agak unik. Karung periok kera perlu dibasuh untuk membuang habuk serta kotoran. Sebaik sahaja menjamah lemang yang dimasak di dalam Periuk Kera itu, dia tertarik dengan rasanya dan beliau telah mencadangkan agar Mimi mengkomersialkan makanan itu. Bermula detik itu juga, dia mula mempromosikan lemang itu kepada rakan-rakannya yang juga tertarik dengan keenakan rasa lemang yang dimasukkan di dalam periuk tumbuhan maging ini atau nama saintifiknya Nepenthes gracilis. “Selepas merasai sendiri lemang itu, hati saya tertarik dan mencadangkan agar Mimi menjual makanan itu di sekitar kawasan perumahan kami di Kulim sebagai pendapatan sampingan. “Bermula sebagai pelanggan, kini saya turut membantu Mimi mengedarkan lemang Periuk Kera di sekitar Taiping dan Ipoh,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.
Bekas periok kera yang telah bersih ini kemudian akan diisi dengan beras pulut yang sudah direndam. Lemang Periuk Kera bukanlah asing bagi penduduk di Pantai Timur atau Melaka namun agak jarang ditemukan di sekitar wilayah utara seperti Pulau Pinang dan Kedah. Lemang ini tidak dimasak di dalam buluh dan dibakar seperti lemang biasa, tetapi pulutnya dimasukkan ke dalam tumbuhan itu sebelum dikukus selama setengah jam. Ia disusun dan dimasukkan santan yang sudah dicampur sedikit garam dan gula. Menurut Mimi, 43, dia menjalankan perusahaan itu sebagai kerja sambilan ketika hari cuti namun sambutan yang diterima amat menggalakkan saban minggu. Jelasnya, setiap minggu dia mendapatkan bekalan kira-kira 1,000 hingga 1,500 Periuk Kera yang dihantar dari Pahang oleh pembekal tetapnya di sana.
Sebenarnya lemang ini di bawah nama Lemang Periuk Kera 4 Beradik kerana ia turut diusahakan tiga kakak saya iaitu Hasiah nerumur 54 dari Cameron Highlands; Azizah, 48, di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur dan Azimah yang berumur 46 tahun dari Kajang, Selangor. Lemang periuk Kera dimasukkan dalam bekas khas untuk ditimbang sebelum dihantar kepada ramai pelanggan. “Sekarang kami juga memiliki ejen di Manjung, Perak dan Dungun, Terengganu yang membantu didalam memasarkan makanan unik ini di tempat masing-masing,” ujarnya. Ditanya proses menyediakan hidangan itu, Mimi berkata, sebaik sahaja Periuk Kera tiba dari Pahang, ia akan dibersihkan bagi membuang kotoran di dalam tumbuhan itu sebelum disimpan di dalam bekas. Periuk Kera yang siap dimasak ketika ingin digunakan, beras pulut yang sudah direndam akan terus dimasukkan dengan berhati-hati sebelum dicampur santan, garam serta sedikit gula dan dikukus. Selepas masak, lemang itu dibiarkan sejuk sebelum dibungkus mengikut pesanan pelanggan dan saya jual mengikut pakej RM30 dan RM35 bersama rendang ayam atau daging.
Selain dihantar menggunakan khidmat penghantaran sehingga ke Parit Buntar, Pulau Pinang dan Perlis, saya juga menjual kepada pelanggan yang membuat tempahan di sekitar Kulim,” katanya. Terbaharu Mimi turut memperkenalkan menu baharu iaitu nasi lemak Periuk Kera yang disediakan dengan lauk sambal ikan bilis, telur rebus dan daging goreng kunyit yang dijual pada harga RM10 untuk set dua orang. Sementara itu, Azizah yang bertugas sebagai guru di Kuala Lumpur berkata, dia menjalankan perusahaan membuat lemang Periuk Kera bagi mengisi masa terluang. Menurutnya, sebelum ini, dia begitu aktif dalam sukan tenpin boling malah pernah menjadi Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Tenpin Boling Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur namun keadaan kesihatan membataskan pergerakannya. “Selepas menjalani tiga kali pembedahan dalam tempoh 12 tahun, saya kini tidak lagi mampu aktif dalam sukan boling jadi banyak masa terluang dan diisi dengan menjalankan perniagaan lemang dan nasi lemak Periuk Kera. “Dibantu suami dan anak serta menantu, saya menyediakan juadah itu di rumah sebelum diedarkan di sekitar TTDI, Bandar Utama dan Petaling Jaya,” katanya. Mereka yang berminat untuk mendapatkan Lemang Periuk Kera 4 Beradik, boleh layari laman Facebook Mimi Mahmud atau hubunginya di talian 019-5672774. Untuk mereka yang berada di Lembah Klang, boleh hubungi Azizah di talian 017-6940021; Azimah (012-2849738); atau Hasiah di Cameron Highlands di talian 019-5473079.
(2) LAPORAN 2:
Lemang periuk kera pembuka selera
MUHAYUDIN SALLEH
8 JUN 2017
KUALA ROMPIN - Selain menjadi menu pilihan ketika Aidilfitri, juadah eksotik lemang periuk kera kini turut menjadi juadah pilihan pada bulan Ramadan. Beras pulut bersama santan yang dikukus dalam periuk kera itu sangat enak dimakan bersama rendang ayam yang sudah tentu menjadi pembuka selera ketika berbuka puasa. Berbeza dengan lemang yang dibakar dalam buluh yang biasa dijumpai hampir di seluruh negeri di semenanjung, isi lemang periuk kera lebih lembut dan memiliki aroma tersendiri. Peniaga, Maria Bahari, 56, berkata, memilih lemang periuk kera sebagai juadah jualan utama gerainya di Bazar Ramadan Kuala Rompin mendapat sambutan yang sangat baik daripada pengunjung.Pelanggan kebiasaannya akan membeli rendang ayam sekali kerana lemang itu sangat enak dimakan bersama menu berkenaan. “Kami terima maklum balas positif daripada pelanggan...ada pelanggan yang baru pertama kali cuba periuk kera ni, datang lagi beli buat kali kedua. Alhamdulillah lemang periuk kera berjaya pikat selera mereka,” katanya.
Beliau yang merupakan penduduk Merchong, Pekan itu tidak sangka ada pelanggan berbangsa Cina juga mula gemar dengan juadah itu. “Saya mula buat juadah ni dalam dua tahun lalu dan sepanjang tempoh itu saya hanya buat berdasarkan tempahan, untuk bazar Ramadan dimana ini merupakan tahun pertama. “Juadah ni popular masa hari raya saja...tak pun kalau ada majlis tertentu. Mula-mula saya risau juga kalau tak dapat sambutan. Tapi syukur sangat rezeki sentiasa ada, ramai pula orang beli,” katanya kepada Sinar Harian. Kena pandai buat adunan. Maria berkata, salah satu sebab dia menjual menu berkenaan kerana merasakan ia juadah unik dan sukar didapati. “Bulan puasa ni rasanya jarang orang jual lemang ni. Maklumlah nak buat lemang periuk kera ni agak leceh sikit sebab kena pandai buat adunannya. “Santan kena cukup-cukup, kalau tak lemang jadi keras atau tak cukup lemak,” katanya.
Setelah lebih 10 Ramadan berniaga, Maria menganggarkan sekitar 500 biji lemang periuk kera berjaya dijual sehari manakala tanggungjawab memastikan bekalan tumbuhan itu terletak pada suaminya, Mohamad Hussin, 55. Mohamad berkata, setakat ini dia masih dapat menampung bekalan periuk kera itu namun jumlahnya tidak tetap. Periuk kera lazimnya didapati di kawasan bukit dan paya. “Satu cabaran besar nak dapatkan bahan periuk kera, lagi-lagi bila kena dapatkannya setiap hari. “Setakat ni saya lega sebab setiap hari ada bekalan, untuk senangkan kerja saya...saya upah orang lain cari bekalan periuk kera selalunya cari kat kawasan bukit dan paya daerah ini,” katanya.
July 27, 2017 @ 2:01pm
LEMANG. Oh, the thought of this delicious and traditional Eid staple made from glutinous rice and coconut milk, baked in bamboo. It certainly makes me salivate. But what about lemang periuk kera? Not many would have heard of it, let alone tried it. Some of us even find it bizarre. What does it look and taste like?.. Well, lemang periuk kera uses exactly the same ingredients - glutinous rice and coconut milk. But, instead of using bamboo as the hull, it is steamed in pitcher plants. This lemang has its own unique flavour, and is typically enjoyed with delicious rendang and serunding. Endah Farida Jamaluddin, a 25-year-old housewife, accepts orders for this delicacy three times a week at her house in Negri Sembilan as she only receives the supplies of fresh pitcher plants from Pahang twice a week. “The plant has to be used immediately to prevent it from wilting and damage,” she says. To make the pitcher plant lemang is not difficult. But it’s time consuming especially when washing the pitcher. The plant’s rim and fringed wing have to be cut to make it easier to remove the dirt from the inside. Once the plant is cleaned thoroughly, a mixture of glutinous rice and coconut milk is stuffed inside the plant which is then steamed for at least 40 minutes (depending on the size).
How to make lemang periuk kera?
Step 1: Cut the rim and fringed wing of the fresh pitcher plants.
(1) LAPORAN 1:
Lemang Periuk Kera 4 Beradik popular
oleh : AZELI ALI
14 Februari 2017 12:17 AM
KULIM 13 Feb. - Pada hari raya Aidilfitri tahun lalu, Norra Abdul Hamid mengunjungi rumah rakannya, Mimi Mahmud di Batu Kurau, Perak dan dia dihidangkan sejenis makanan yang agak unik. Karung periok kera perlu dibasuh untuk membuang habuk serta kotoran. Sebaik sahaja menjamah lemang yang dimasak di dalam Periuk Kera itu, dia tertarik dengan rasanya dan beliau telah mencadangkan agar Mimi mengkomersialkan makanan itu. Bermula detik itu juga, dia mula mempromosikan lemang itu kepada rakan-rakannya yang juga tertarik dengan keenakan rasa lemang yang dimasukkan di dalam periuk tumbuhan maging ini atau nama saintifiknya Nepenthes gracilis. “Selepas merasai sendiri lemang itu, hati saya tertarik dan mencadangkan agar Mimi menjual makanan itu di sekitar kawasan perumahan kami di Kulim sebagai pendapatan sampingan. “Bermula sebagai pelanggan, kini saya turut membantu Mimi mengedarkan lemang Periuk Kera di sekitar Taiping dan Ipoh,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.
Bekas periok kera yang telah bersih ini kemudian akan diisi dengan beras pulut yang sudah direndam. Lemang Periuk Kera bukanlah asing bagi penduduk di Pantai Timur atau Melaka namun agak jarang ditemukan di sekitar wilayah utara seperti Pulau Pinang dan Kedah. Lemang ini tidak dimasak di dalam buluh dan dibakar seperti lemang biasa, tetapi pulutnya dimasukkan ke dalam tumbuhan itu sebelum dikukus selama setengah jam. Ia disusun dan dimasukkan santan yang sudah dicampur sedikit garam dan gula. Menurut Mimi, 43, dia menjalankan perusahaan itu sebagai kerja sambilan ketika hari cuti namun sambutan yang diterima amat menggalakkan saban minggu. Jelasnya, setiap minggu dia mendapatkan bekalan kira-kira 1,000 hingga 1,500 Periuk Kera yang dihantar dari Pahang oleh pembekal tetapnya di sana.
Sebenarnya lemang ini di bawah nama Lemang Periuk Kera 4 Beradik kerana ia turut diusahakan tiga kakak saya iaitu Hasiah nerumur 54 dari Cameron Highlands; Azizah, 48, di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur dan Azimah yang berumur 46 tahun dari Kajang, Selangor. Lemang periuk Kera dimasukkan dalam bekas khas untuk ditimbang sebelum dihantar kepada ramai pelanggan. “Sekarang kami juga memiliki ejen di Manjung, Perak dan Dungun, Terengganu yang membantu didalam memasarkan makanan unik ini di tempat masing-masing,” ujarnya. Ditanya proses menyediakan hidangan itu, Mimi berkata, sebaik sahaja Periuk Kera tiba dari Pahang, ia akan dibersihkan bagi membuang kotoran di dalam tumbuhan itu sebelum disimpan di dalam bekas. Periuk Kera yang siap dimasak ketika ingin digunakan, beras pulut yang sudah direndam akan terus dimasukkan dengan berhati-hati sebelum dicampur santan, garam serta sedikit gula dan dikukus. Selepas masak, lemang itu dibiarkan sejuk sebelum dibungkus mengikut pesanan pelanggan dan saya jual mengikut pakej RM30 dan RM35 bersama rendang ayam atau daging.
Selain dihantar menggunakan khidmat penghantaran sehingga ke Parit Buntar, Pulau Pinang dan Perlis, saya juga menjual kepada pelanggan yang membuat tempahan di sekitar Kulim,” katanya. Terbaharu Mimi turut memperkenalkan menu baharu iaitu nasi lemak Periuk Kera yang disediakan dengan lauk sambal ikan bilis, telur rebus dan daging goreng kunyit yang dijual pada harga RM10 untuk set dua orang. Sementara itu, Azizah yang bertugas sebagai guru di Kuala Lumpur berkata, dia menjalankan perusahaan membuat lemang Periuk Kera bagi mengisi masa terluang. Menurutnya, sebelum ini, dia begitu aktif dalam sukan tenpin boling malah pernah menjadi Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Tenpin Boling Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur namun keadaan kesihatan membataskan pergerakannya. “Selepas menjalani tiga kali pembedahan dalam tempoh 12 tahun, saya kini tidak lagi mampu aktif dalam sukan boling jadi banyak masa terluang dan diisi dengan menjalankan perniagaan lemang dan nasi lemak Periuk Kera. “Dibantu suami dan anak serta menantu, saya menyediakan juadah itu di rumah sebelum diedarkan di sekitar TTDI, Bandar Utama dan Petaling Jaya,” katanya. Mereka yang berminat untuk mendapatkan Lemang Periuk Kera 4 Beradik, boleh layari laman Facebook Mimi Mahmud atau hubunginya di talian 019-5672774. Untuk mereka yang berada di Lembah Klang, boleh hubungi Azizah di talian 017-6940021; Azimah (012-2849738); atau Hasiah di Cameron Highlands di talian 019-5473079.
(2) LAPORAN 2:
Lemang periuk kera pembuka selera
MUHAYUDIN SALLEH
8 JUN 2017
Maria menunjukkan set lemang periuk kera dan rendang
ayam manakala suaminya, Mohamad menunjukkan periuk kera
yang digantung sebagai hiasan di gerai mereka.
Beliau yang merupakan penduduk Merchong, Pekan itu tidak sangka ada pelanggan berbangsa Cina juga mula gemar dengan juadah itu. “Saya mula buat juadah ni dalam dua tahun lalu dan sepanjang tempoh itu saya hanya buat berdasarkan tempahan, untuk bazar Ramadan dimana ini merupakan tahun pertama. “Juadah ni popular masa hari raya saja...tak pun kalau ada majlis tertentu. Mula-mula saya risau juga kalau tak dapat sambutan. Tapi syukur sangat rezeki sentiasa ada, ramai pula orang beli,” katanya kepada Sinar Harian. Kena pandai buat adunan. Maria berkata, salah satu sebab dia menjual menu berkenaan kerana merasakan ia juadah unik dan sukar didapati. “Bulan puasa ni rasanya jarang orang jual lemang ni. Maklumlah nak buat lemang periuk kera ni agak leceh sikit sebab kena pandai buat adunannya. “Santan kena cukup-cukup, kalau tak lemang jadi keras atau tak cukup lemak,” katanya.
Setelah lebih 10 Ramadan berniaga, Maria menganggarkan sekitar 500 biji lemang periuk kera berjaya dijual sehari manakala tanggungjawab memastikan bekalan tumbuhan itu terletak pada suaminya, Mohamad Hussin, 55. Mohamad berkata, setakat ini dia masih dapat menampung bekalan periuk kera itu namun jumlahnya tidak tetap. Periuk kera lazimnya didapati di kawasan bukit dan paya. “Satu cabaran besar nak dapatkan bahan periuk kera, lagi-lagi bila kena dapatkannya setiap hari. “Setakat ni saya lega sebab setiap hari ada bekalan, untuk senangkan kerja saya...saya upah orang lain cari bekalan periuk kera selalunya cari kat kawasan bukit dan paya daerah ini,” katanya.
(3) LAPORAN 3:
How to Make Lemang Periok Kera.
By Aisyah Sabudin - How to Make Lemang Periok Kera.
July 27, 2017 @ 2:01pm
LEMANG. Oh, the thought of this delicious and traditional Eid staple made from glutinous rice and coconut milk, baked in bamboo. It certainly makes me salivate. But what about lemang periuk kera? Not many would have heard of it, let alone tried it. Some of us even find it bizarre. What does it look and taste like?.. Well, lemang periuk kera uses exactly the same ingredients - glutinous rice and coconut milk. But, instead of using bamboo as the hull, it is steamed in pitcher plants. This lemang has its own unique flavour, and is typically enjoyed with delicious rendang and serunding. Endah Farida Jamaluddin, a 25-year-old housewife, accepts orders for this delicacy three times a week at her house in Negri Sembilan as she only receives the supplies of fresh pitcher plants from Pahang twice a week. “The plant has to be used immediately to prevent it from wilting and damage,” she says. To make the pitcher plant lemang is not difficult. But it’s time consuming especially when washing the pitcher. The plant’s rim and fringed wing have to be cut to make it easier to remove the dirt from the inside. Once the plant is cleaned thoroughly, a mixture of glutinous rice and coconut milk is stuffed inside the plant which is then steamed for at least 40 minutes (depending on the size).
How to make lemang periuk kera?
Step 1: Cut the rim and fringed wing of the fresh pitcher plants.
Step 2: Thoroughly clean the pitcher plant.
Step 3: Place the soaked glutinous rice in the cleaned plant.
Step 4: Pour in slightly salted coconut milk.
Step 5: Carefully place the stuffed pitcher plants in the steamer and steam for 40 minutes. Upon cooked ready for consumed with Rendang.
Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
LEMANG PERIOK KERA... ENAKNYA...
BUAT SENDIRI... BELI BOLEH JUGA...
DIMAKAN DENGAN RENDANG...ADA...
BACA ARTIKEL... INGIN MENCUBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(24 JamadilAkhir 1439H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.