KELAPA (Cocos nucifera) mempunyai 3 jenis kategori iaitu mengikut kumpulan iaitu KELAPA TINGGI, KELAPA RENEK dan KELAPA HIBRID. Tanaman kelapa secara komersil dan tradisional dilakukan semenjak lama dulu dan kelapa adalah tumbuhan daripada keluarga Arecaceae. Ia juga merupakan jenis tanaman yang penting dibeberapa negara termasuk di Malaysia. Indonesia merupakan negara yang paling luas menanam kelapa dengan keluasan melebihi 3.8 juta hektar diikuti dengan Filipina seluas 3.6 juta hektar. Malaysia hanya mendudukki tempat ke 10 sebagai pengeluar kelapa dunia dengan kapasiti sebanyak 670,000 biji setahun dimana ujud kawasan tanaman kelapa seluas 85,700 hektar (Sumber: Laporan ststistik, Jabatan Pertanian Malaysia 2016). Antara kawasan utama tanaman kelapa masa kini adalah dipantai barat Semenanjung Malaysia seperti di Perak, Selangor dan Johor serta di Sabah dan Sarawak. Melihat kepada situasi ini ianya menunjukkan bahawa tanaman kelapa adalah amat signifikan dengan kawasan berpulau-pulau yang dikelilingi dengan laut. Tanaman kelapa dikelaskan sebagai serba guna atau pun 'Tree of Life' kerana semua komponen daripada tanaman kelapa boleh digunakan. Penggunaan perkapita kelapa di Malaysia sekitar 17-18 biji seorang setahun dimana bekalan kelapa tempatan adalah tidak mencukupi untuk kegunaan kilang. Malaysia mengimport sekitar 85 - 120 juta biji kelapa setahun daripada negara jiran iaitu Indonesia melalui beberapa buah pelabuhan yang telah ditentukan. Pengimportan kelapa tua biji ini dikawal oleh kerajaan melalui MoA dengan kuota import tahunan. Kebanyakkan kelapa yang diimport tersebut adalah dari jenis kelapa tinggi dalam bentuk tuah kelapa tanpa sabut (Kelapa bulat) untuk kegunaan kilang. Kerajaan Malaysia telah mengumumkan dimana tanaman kelapa dijadikan sebagai Sumber Kekayaan Baru dan perlu dimajukan dengan pelan tindakan yang lebih tersusun. Perdana Menteri semasa membuat pembentangan Bajet 2018 ada menyatakan dimana sebuah lembaga baru menggabungkan Kelapa dengan Nanas akan diujudkan. Ini membolehkan kedua-dua industri tersebut dijangka akan lebih terjamin penengeluarannya dan juga pendapatan petani. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai nilai ekonomi 3 jenis kelapa iaitu Kelapa Matag, Kelapa Rendah Merah (Malayan Red Dwarf - MRD) dan Kelapa Rendah Kuning (Malayan Yellow Dwarf - MYD) sekadar dijadikan bahan rujukkan. Anda juga boleh membuat pautan dalam blog ini mengenai pendapatan daripada tanaman kelapa berbanding dengan kelapa sawit (Sila rujuk disini) sebagai panduan anda semua.
ANALISA EKONOMI... TANAMAN KELAPA....
TIGA JENIS KELAPA...SAWIT PUN ADA...
MEMANG JELAS... YANG UNTUNG MANA...
MENULIS ARTIKEL... PENGALAMAN ADA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(4 Mac 2018).
Kelapa Varieti Matag merupakan jenis kelapa yang paling banyak mendapat permintaan daripada petani. Kelapa Matag mempunyai 3 varieti iaitu Matag Hijau (CN13), Matag Oren (CN14) dan Matag Gold (CN15) iaitu jenis kelapa Hibrid yang sama dari segi potensi pengeluarannya. Pengalaman penulis blog yang pernah terlibat terus dalam industri ini mendapati kelapa MATAG adalah kacukan hasil daripada Kelapa Tagnanan dan Kelapa Renek Merah (MRD) atau Kelapa Renek Kuning (MYD) di beberapa pusat pengeluaran benih Jabatan Pertanian dan swasta. Bagi menanam varieti ini benih tulin MATAG F1 mesti dibeli dari pihak yang ada jaminan iaitu Jabatan Pertanian. Terkini harga runcit dipasaran benih matag F1 yang tulin sekitar RM56.00 sepokok sedangkan harga Jabatan Pertanian sekitar RM15.00 sahaja. Kepadatan tanaman kelapa Matag 178 pokok sehektar atau sekitar 72 pokok seekar (Sila rujuk foto disebelah). Pokok kelapa matang mampu menghasilkan sebanyak 140 biji sepokok setahun atau sekitar 24,920 biji sehektar setahun (Purata potensi sebanyak 25,000 biji sehektar setahun) dengan amalan agronomi yang baik. Purata berat buah adalah 0.5 kg sebiji dimana air kelapa berada didalamnya mempunyai kemanisan sekitar 4.09 darjah Brix. Purata tebal isinya adalah sekitar 12-40 mm dimana ia merupakan kelapa yang pelbagai guna. Penelitian penulis dibeberapa lokasi yang telah menanam dan telah menghasilkan kelapa Matag ada mendapati dimana harga kelapa tua jenis ini dijual diantara RM1.20 - RM1.40 sebiji. Kelapa tua lazimnya matang dan sesuai dikutip hasilnya selepas setahun. Ini menjadikan anggaran ekonomi pendapatan kasar setahun kelapa Matag adalah dalam julat diantara sebanyak RM29,904.00 - RM34,888.00 sehektar setahun. Dikira semula dimana anggaran pendapatan kasar bulanan penanam kelapa Matag sekitar RM2,492 - RM2,907 sehektar sebulan. Bermakna kalau petani menanam seluas 2 hektar (5 ekar) beliau akan dapat pendapatan kasar diantara RM4,984 - RM5,814 sebulan. Pendapatan tersebut hanya diperolehi selepas pokok matang dan aktiviti pertanian intergrasi seperi menanam sayuran, nanas, tanaman kontan, ternakan boleh dilakukan sebelum pokok matang. Buah Kelapa Matang muda yang dipetik pada umur 7-8 bulan pula mendapat pasaran baik dimana ia dibeli dengan harga RM1.20 - RM2.50 sebiji. Air kelapa matang sesuai dijadikan minuman air kelapa dan 'coconut shake' yang popular. Sebiji kelapa matag boleh dibuat beberapa gelas air minuman.
Kelapa Renek Merah (CN4) merupakan jenis kelapa yang cepat berbuah iaitu 3-4 tahun selepas ditanam. Ia adalah kelapa bukan hibrid dimana benihnya boleh didapati dari pokok induk MRD yang telah disahkan oleh Jabatan Pertanian melalui akreditasi SPBT (Skim Pengesahan Bahan Tanaman). Harga benih ini yang dijual oleh Jabatan Pertanian sekitar RM6.00 sepokok dan keperluan benih adalah sebanyak 272 pokok sehektar atau sebanyak 110 pokok seekar (0.4 ha). Walau pokok jenis kelapa rendah ini memberikan saiz buah kecil sedikit iaitu purata berat 0.32 kg sebiji tetapi setiap pokok mampu menghasilkan sebanyak 150 biji kelapa sepokok setahun (Sila lihat foto disebelah). Ini menjadikan potensi pengeluaran kelapa MRD adalah sebanyak 40,800 biji sehektar setahun. Kelapa MRD mempunyai air kelapa dengan tahap kemanisan sekitar 5.5 darjah Brix (lebih manis dari kelapa Matag) dengan ukuran ketebalan isinya sekitar 11.22 mm. Bagaimana pun isipadu air kelapa MRD sedikit hanya sekadar satu gelas sahaja. Harga ladang kelapa MRD sekitar RM1.10 - RM1.35 sebiji dimana ini lazimnya memberikan anggaran pendapatan kasar petani sekitar RM 44,880 - RM 55,080 sehektar setahun. Jika dikira pendapatan bulanan sekitar RM3,740 - RM 4,590 sehektar sebulan. Analisa ekonomi ini juga penulis blog dapati ia menunjukkan bahawa menanam Kelapa MRD lebih menguntungkan daripada menanam kelapa Matag secara keseluruhannya. Ini kerana selain kos benih yang rendah, potensi pengeluarannya tinggi tetapi juga cepat berbuah.
Kelapa Renek Kuning (MYD - CN5) adalah merupakan jenis kelapa yang cepat berbuah iaitu 3-4 tahun selepas ditanam. Ia adalah kelapa bukan hibrid dimana benihnya boleh didapati dari pokok induk MYD yang telah disahkan oleh Jabatan Pertanian melalui sistem akreditasi SPBT (Skim Pengesahan Bahan Tanaman). Harga benih ini yang dijual oleh Jabatan Pertanian sekitar RM6.00 sepokok dimana kadar keperluan benih adalah sebanyak 272 pokok sehektar atau sebanyak 110 pokok seekar (0.4 ha). Walau pokok jenis kelapa rendah ini memberikan saiz buah kecil sedikit iaitu purata berat 0.35 kg sebiji tetapi setiap pokok mamu menghasilkan sebanyak 150 biji kelapa sepokok setahun. Ini menjadikan potensi pengeluaran kelapa MYD adalah sebanyak 40,800 biji sehektar setahun (Sila anda lihat foto disebelah). Kelapa MYD mempunyai air kelapa dengan tahap kemanisan sekitar 6.1 darjah Brix (lebih manis dari kelapa MRD dan Kelapa Matag) dengan ukuran ketebalan isinya sekitar 11.54 mm. Harga ladang kelapa MYD sekitar RM1.10 - RM1.35 sebiji dimana ini memberikan anggaran pendapatan kasar petani sekitar RM 44,880 - RM 55,080 sehektar setahun. Jika dikira pendapatan bulanan sekitar RM3,740 - RM 4,590 sehektar sebulan. Analisa ekonomi ini juga penulis blog dapati ia menunjukkan bahawa menanam Kelapa MYD lebih menguntungkan daripada menanam kelapa Matag dan kelapa sawit. Pokok ini juga amat cantik jika ditanam sebagai pokok hiasan disekeliling rumah dan disepanjang jalan kerana warna buahnya yang terang amat sesuai untuk landskap.
Sumber: Bahagian PTIF, Jabatan Pertanian Malaysia,
Putrajaya (Mohd Anim dan Christopher J.B.), 2016
Berapakah pulangan penanaman kelapa berbanding dengan tanaman lain masa kini?. Itu merupakan satu persoalan penting yang ingin dibincangkan untuk mempastikan aktiviti menanam kelapa ini diterima petani sebagai satu pilihan bidangusaha yang memberikan pulangan terbaik. Jadual diatas menunjukkan bagi tanaman KELAPA SAWITyang kepadatannya adalah 160 pokok sehektar yang akan memberikan hasil sebanyak purata 2.5 tan/ ha/ sebulan atau pun produktiviti sebanyak 30 mt /ha/ tahun. Jika harga buah kelapa sawit dikira sekitar RM500 satu metrik tan maka jumlah pendapatan kasar adalah seitar RM1,250.00 sebulan. Bagaimana pun harga buah kelapa sawit turun sehingga RM350 satu metrik tan dan pernah mencecah sehingga RM700 satu metrik tan dahulu. Bagaimana pun lazimnya penanaman kelapa sawit oleh pihak estet adalah dalam jumlah keluasan yang besar. Jika penulis blog hendak dibandingkan dengan tanaman KELAPA PANDAN (Aromatic coconut) dengan No daftar CN6 dimana jumlah kepadatan tanaman adalah sebanyak 250 pokok sehektar dan ianya memberikan hasil sekitar 2,500 biji sehektar sebutlan atau lingkungan 30,000 biji sehektar setahun. Tinjauan penulis blog menunjukkan purata harga ladang biji kelapa pandan muda adalah RM1.20 sebiji. Ini memberikan pendapatan dari penanaman kelapa pandan sebanyak RM36,000 sehektar setahun atau purata sekitar RM3,000 sebulan iaitu lebih tinggi daripada pendapatan kasar bulanan kelapa sawit (perbezaan lebihan sebanyak RM1,242 sehektar sebulan). Pendapatan ini didapati lebih tinggi dengan penanaman kelapa sawit (Lebihan sebanyak RM1,758 sehektar sebulan). Berdasarkan kepada fakta diatas penanaman kelapa sama ada Kelapa matag, Kelapa MRD, Kelapa MYD dan Kelapa Pandan memberikan didapati pulangan lebih tinggi. Analisa ekonomi ini bagaimana pun mungkin berubah dari semasa kesemasa. Tinjauan penulis diladang kelapa matag di Pontian dan Batu Pahat yang menjual Buah Kelapa Matag Muda untuk diambila air kelapa muda didapati jauh lebih menguntungkan penanam kelapa matag. Ini kerana buah kelapa matag muda dijual dengan harga sehingaa RM1.50 - RM1.70 sebiji kerana saiznya yang lebih besar dimana ia ada mengandungi air kelapa lebih banyak selain keenakan airnya yang tidak kurang hebatnya. Tinjauan penulis yang dibuat dibanyak tempat yang menjual produk Coconut Shake dan Air Kelapa didapati dimana penjual lebih sukakan kelapa matag muda untuk tujuan komersil ini.Semuga tulisan ini menjadi bahan rrujukkan rasmi kepada semua pembaca yang mengikuti tulisan saya. Artikel ke 4,651 ini diharap memberi info berguna kepada anda semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...ANALISA EKONOMI... TANAMAN KELAPA....
TIGA JENIS KELAPA...SAWIT PUN ADA...
MEMANG JELAS... YANG UNTUNG MANA...
MENULIS ARTIKEL... PENGALAMAN ADA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(4 Mac 2018).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.