Support My Blog

Friday, March 2, 2018

BUAH KIWANO - KENALI DIA

BUAH KIWANO (Cucumis metuliferus) merupakan sejenis buah yang dikategorikan sebagai buah yang pelik dan jarang dikenali dinegara kita. Buah Kiwano merupakan sejenis buah kategori melon yang mempunyai duri pada kulit luar pada buah telah masak daripada keluarga Cucurbitaceae iaitu sama dengan tanaman tembikai, timun dan sebagainya (Sila lihat foto diatas). Buah ini mempunyai nama lain iaitu Horned melon, Kiwano, African horned cucumber, Melon, Jelly melon, Hedged gourd dan juga Melano. Tumbuhan ini adalah berasal atau natif dari Kawasan Sahara di Afrika tetapi kini telah dikomersilkan dibeberapa negara seperti USA,  Italy,  Portugal, Jerman, Chlie, Auatralia dan New Zealands. Bagaimanakah buah yang berasal dari kawasan iklim panas tropika dari Sahara kini telah menjadi tanaman penting iaitu dikawasan subtropika?. Inilah yang dikatakan melalui aktiviti penyelidikan biakbaka berterusan (plant breeding) maka tidak mustahil tumbuhan berasal tropika menjadi hebat diusahakan di negara maju. Kita di Malaysia pun amat jarang dapat melihat atau pun menanam pokok Kiwano ini yang dipercayai amat berkhasiat dan mempunyai pelbagai kebaikan serta mempunyai nilai ekonomi yang agak tinggi. Buah kiwano yang masak berduri dengan warna buah oren kehijauan dimana isinya seperti jelly yang kehijauan. Buh ini mengandungi vitamin C yang sangat tinggi. Rasa buah ini sangat enak seperti rasa pada buah Delima (Punica grantum) dan buah Markisa (Passiflora endulis). Ada juga dakwa rasa buah ini kombinasi diantara Timun (Cucumis stivus)Pisang (Musa spp) dan Lime (Citrus spp)Bagi penduduk di padang Pasir Kalahari di gurun Sahara buah ini merupakan sumber air dalam makanan mereka. Sementara itu di negara Zimbabwe, buah ini dipanggil sebagai 'Gaka' atau 'Gakachika' yang dijadikan makanan sebagai salad atau sebagai penghias makanan yang dihidangkan. Buah Kiwano boleh dimakan pada semua peringkat umur. Bagaimana pun uniknya bijinya akan terkeluar dan buah pecah secara paksa apabila cukup matang. Artikel subuh ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai sejenis buah unik yang dinamakan 'Buah Kimano' untuk bacaan dan rujukkan anda pembaca blog semua.


Pokok Kiwano sama dengan pokok timun dan tembikai adalah jenis yang menjalar. Tanaman ini dibiakkan melalui biji benih yang ada dalam buah yang matang. Biji ini akan bercambah pada suhu 25 - 32 celcius tetapi akan lambat bercambah pada suhu yang sejuk sekitar 12 celcius atau terlalu panas melebihi 35 celcius. Sebaiknya dengan teknologi sedia ada biji kiwano ini disemai didalam dulang semaian yang diisikan dengan media seperti cocopeat. Apabila anakbenih mempunyai dua helai daun ia sudah bersedia untuk diubah kekebun. Sama dengan cara menana tembikai atau melon sebaiknya ia ditanam diatas tanah yang mempunyai saliran baik atau dipasang para yang sesuai. Kawasan lubang penanaman sebaiknya diberikan baja organik yang cukup serta ada sistem pengairan yang semprna. Dinegara subtropika dengan 4 musim penanaman sebaiknya dijalankan pada musim Bunga (Spring) untuk dapatkan pertumbuhan dan jadual penuaian terbaik. Pokok ii menyamai dengan jenis cucurbit yang lain akan berbunga selepas dua bulan ditanam dan akan menuai hasil selepas 3 - 3.5 bulan dengan penjagaan yang baik. Jika menggunakan sistem tanaman berpara lazimnya ia memudahkan kerja-kerja pengurusan seperti kawalan penyakit, membaja, menyembur racun dan menuai hasil tanaman. Bagaimana ditempat asal di Afrika ia ditanam diatas tanah biasa tetapi di negara maju mereka menanam buah Kiwano dengan sistem fertigasi didalam rumah hijau (greenhouse) dengan lebih komersil dan lebih produktif sertana berkualiti.


Pokok kiwano kini telah dikomersilkan di mana ia telah ditanam didalam Rumah Kaca (Greenhouse). Di Israel tanaman kiwano ditanam dalam rumah kaca dengan kepadatan 10,000 tanaman dalam satu greenhouse atau sehektar. Kaedah atau cara tanaman fertigasi daam sistem tertutup ini menjamin kualiti buah kiwano yang bebas penyakit, buah seragam dan masa pengeluaran buah kiwano yang boleh dijadualkan. Hasil direkodkan dari sistemtanaman ini mencecah sebanyak 46 metrik tan sehektar. Buah Liwano dari penanaman secara ini juga menghasilkan 60% dengan kuliti pasaran ekport di Israel. Bunga dewasa akan dihasilkan dimana ia keluar dari vein dengan warna kelopak kuning (Sila lihat foto disebelah). Bunga yang berada dikawasan terbuka akan didebungakan oleh serangga dan angin serta agen pendebungaan lain. Aa pun berdasarkan kepada pengalaman penulis melawat tanaman seperti ini didalam greenhouse, proses atau cara pendebungaan didalam struktur SPH ini adalah dengan menggunakan ''wind blower'' atau meletakkan serangga terbang seperti kelulut. Pengairan secara fertigasi dengan menggunakan ''dripper''  larutan air baja sekitar 2 liter satu jam dengan jarak tanaman adalah 0.5 meter x 0.5 meter dlam SPH. 'Pemberian air dilakukan dua kali seminggu bergantung kepada kelembapan dan umur pokok. Kaedah penanaman kowano dibawah SPH atau dibawah jaring (nettings) membolehkan ia ditanam dua kali dalam setahun dan lebih menguntungkan penanam.


Sama dengan tanaman dari keluarga Cucurbitaceae yang lain, pokok kiwano juga menghadpi masaalah serangan oleh perosak dan penyakit. Antara penyakit yang menyerang seperti Melon Mosaic Virus (MMC-V) yang boleh musnahkan tanaman atau mengeruangkan kadar pengeluaran hasil. Penyskit lain seperti Squash Mosaic Virus (SqMV) juga boleh menyerang tanaman kiwano yang menyebabkan kerosakan teruk pada tanman (Sila lihat foto disebelah). Serangan penyakiy Layu (Fusrium Wilt) juga sering menyerang tanaman kiwano ini.  Dilaporkan juga tanaman kiwano diatas tanah mudh diserang oleh cacing nematod. Serangan lain seperti Lalat Buah yang merosakan buah hampir matang juga berlaku. Bagi tujuan mengatasi masaalah ini sebaiknya pastikan menanam pokok kiwano menggunakan benih yang tahan serangan penyakit dan perosak. Laporan menunjukkan penanaman kiwano didalam SPH (greenhouse) secara fertigasi membolehkan kurang serangan Penyakir Kulapok Berdebu (Downy Mildew) dan beberapa seranga perosak yang lain. Terkini lebih banyak negara yang menanam kiwano didalam rumahhijau kerana ia menjanjikan pengeluaran lebih terjamin dan hasil buah yang lebih berkualiti.


Buah Kiwano yang masak mempunyai duri dan berwarna oren kehijauan. Buah akan matang dan sesuai dipetik selepas 30 - 40 hari daripada peringkat awal pembentukan buah (fruit set). Kehebatan buah kiwano adalah kerana ia tahan lama (long shelf life) sehingga berbulan-bulan dalam suhu biasa dlm kotak (Sila lihat foto disebelah). Jika buah kiwano disimpan dalam suhu sejuk sekitar 20 celcius ia mampu tahan sehingga lebih 3 bulan lamanya. Proses kematangan buah dari warna hijau diperingkat muda, menjadi kekuningan apabila hampir matang dan menjadi oren apabila masak ranum. Bagaimana pun penanam komersil akan memetik buah kiwano semas ia masih kekuningan dan disimpan untuk jangkamasa lama. Bagi tujuan menjadikan warna oren seragam mada ia dirawat dengan 160 ppm Ethylene selama 24 jam lamanya.  Pada masa buah masak lazimnya ia mencapai tahap kandungan gula yang optima untuk dimakan. Kaedah pasaran domestik dan eksport berbeza mengikut negara pengeluar dan juga pengimport. Sehingga kini belum ada sistem pasaran kiwano antarabangsa yang ujud. Buah Kiwano ini juga diproses untuk dijadikan pelbagai produk makanan dan kosmetik. Semuga rencana ini memberikan info berguna kepad semua pembaca anim agro tehnology. Wasllam!!!

BUAH KIWANP... ASALNYA AFRIKA...
BUAH BERDURI... HIJAU JELI ISINYA...
BERWARNA OREN... VITAMIN 'C' NYA...
MENULIS ARTIKEL... TAMBAH ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria, Bandr BAru UDA,
Tampoi, Johor Bahru, 
Johor , Malaysia.
(30 JamadilAwal 1439H)
15 Febuari 2018).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...