KACANG PUTIH BUNTONG didakwa antara jenama yang terbaik di Malaysia. demikian laporan akhbat Berita Harian yang saya tulis semula dan kupas mengenainya. Kacang Putih (Cicer arietinum) merupakan satu snek makanan ringan yang amat popular di Malaysia. Anda boleh baca artikel mengenai kacang putih yang saya tulis sebelum untuk keterangan lanjut dengan pautan (Sila klik disini). Ia lebih sesuai juga dipanggil sebagai Kacang Kuda dan di Indonesia ia dipanggil sebagai Kacang Arab. Ia juga dipanggil sebagai Chickpea dikalangan pengeluar utama kacang ini. Saya buat posting ini semasa berada di Faisalabad, Pakistan dan melihat tanaman ini ditanam di Ayub Agriculture Research Center, Faisalabad, Pakistan. Tumbuhan daripada keluarga Fabaceae ini mudah ditanam semenjak zaman dahulu sekitar 7,500 tahun dahulu yang amat kaya dengan zat protin. Kita di Malaysia tidak menanam kacang kuda atau kacang putih ini sebaliknya hanya mengimport sahaja. Kacang Putih kini di jual dalam bentuk bijirin atau ada yang telah dikisar menjadi serbuk untuk kegunaan jenis masakan. Selain itu kacang ini diproses untuk menjadi gam bagi melekatkan papan plywood dan yang tidak gunakan bahan air. Tumbuhan chickpea ini sesuai ditanam dinegara beriklim sejuk kering dengan banyak cahaya matahari diatas tanah yang mempunyai saliran baik. Kesesuaian tanah sekitar pH5.5 - 8.9 dan jika berlaku turun salji maka tanaman akan musnah. Kajian dinegara penanam kacang kuda atau kacang putih ini menunjukkan tanaman masih bertahan pada suhu sejuk -9.5 Celcius bagi varieti tertentu. Laporan juga menunjukkan tanaman ini singkat masa dengan risiko kerosakan jika berlaku perubahan cuaca dan tanaman ditenggelami air. Tanaman ini dikomersilkan di India dan beberapa negara untuk pasaran domestik dan eksport. India menghasilkan sebanyak 5.97 juta mt kacang kuda setahun yang merupakan 80% daripada pengeluaran dunia iaitu sekitar 9.0 juta mt setahun (Sumber: FAO Statistic). Negara pengeluar lain kacang kuda ini adalah Pakisatan (842,000 mt), Turki (523,000 mt (313,000 mt), Australia (310,000 mt) dan Iran (225,000 mt). Ini diikuti dengan Myanmar, Ethiopia, Mexico, Iraq dan USA. Tumbuhan yang berasal dari tenggara Turki ini disekitar Laluan Sutera terus dijadikan tanaman utamma di India. Malaysia mengimport kacang kuda ini kebanyakannya dari India. Artikel pagi Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kacang putih yang dikeluarkan dari Kampong Buntong, Ipoh, Perak yang dilaporkan oleh akhbat tempatan ini untuk dijadikan bahan rujukan tambah ilmu pembaca.
Dalam akhbat Berita Harian dengan tajuk rencana "Kacang putih Buntong terbaik di Malaysia" saya menyusuri lokasi dimana kacang ini disediakan. Berita dipetik dari Ipoh menyatakan kata orang, kacang putih terbaik datangnya dari Kampung Kacang Putih di Buntong, Perak (Sila lihat foto disebelah). Lokasi premis untuk jualan botong dan runcit serta kilang SME ini penulis blohg jumpa terletak di Jalan Sungai Parit 4, Kg Buntong, Ipoh, Perak. Kilang yang beroperasi sudah hampir 50 tahun kampung ini wujud dan daripada 50 buah keluarga yang menetap di situ dimana 40 daripadanya adalah pengusaha kacang putih yang digelar sebagai Makanan Ringan 1Malaysia. Antara produk msakanan yang dihasilkan seperti Muruku campur, pakoda, sivel, dal, aulu, poori, pakoda srilanka, omom, kadalai, kacang susu dan kerepek ubi adalah antara 50 jenis kacang putih yang boleh didapati di mana-mana kedai yang dikunjungi jika berkunjung ke kampung berkenaan. Ada juga yang menjual manisan seperti laddu, jalebi dan athirasam. Perusahaan itu amat dibanggakan oleh warga Kampung Kacang Putih. Malah kebanyakan pengusaha produk itu yang ditemui sangat berbesar hati dan bersungguh-sungguh menceritakan tentang Kampung Kacang Putih. Bagi mereka, 'kacang putih' adalah lambang dan simbol kejayaan keluarga dan masyarakat kampung berkenaan yang letaknya kira-kira lapan kilometer dari Pusat Bandaraya Ipoh. Ini kerana penduduk kampung berkenaan adalah bersaudara. Menurut seorang peniaga kacang putih yang boleh ditemui di Stesen Bas Ipoh iaitu Encik Thanggaraja Solayapan berumur 57 tahun yang merupakan penduduk perkampungan itu berasal dari kaki Gunung Cheroh, Ipoh, Perak. Ia berhampiran dengan Kuil Sri Subramaniar yang sering dikunjungi ramai penganut Hindu di Perak untuk meraikan Thaipusam.
Sejarah lama menunjukkan mereka berhijrah dari Tamil Nadu, India ke Tanah Melayu sejak abad ke-19 dan menetap di kaki gunung batu kapur itu. Kumpulan ini berjualan kacang putih secara kecil-kecilan sebagai sumber pendapatan sampingan. Cerita Thanggaraja lagi pernah berlaku satu kejadian batu kapur runtuh pada tahun 70-an menyebabkan mereka kehilangan ramai ahli keluarga dan akhirnya ditempatkan oleh pihak kerajaan negeri bagi mereka di penempatan baharu di Buntong sehinggalah sekarang. Oleh kerana perusahaan kacang putih telah lama menjadi sumber pendapatan, mereka sepakat meneruskan tradisi itu yang kekal hingga ke hari ini. Selain berjaya memelihara tradisi keluarga, mereka juga berjaya dengan membuktikan dengan menjual kacang putih, mereka mampu memberi keselesaan kepada keluarga dan menghantar anak menyambung pelajaran. Malah kini dapat pula membantu masyarakat sekitar dengan memberikan peluang perniagaan sebagai pengedar dan penjual serta peluang pekerjaan bagi yang bekerja di kilang memproses makanan ringan itu. Mereka beroperasi sudah 3 (tiga) generasi. Bagi penduduk C.Jayabalan 65 tahun yang menjalankan Perniagaan JB Buntong Kacang Putih dan Sempurna Kacang Putih nyatakan dimana bisnes keluarganya hari ini tidak lagi hanya berkisar di rumah, stesen bas, rumah ke rumah, bawah pokok dan kantin sekolah sahaja. Beliau kini telah mewarisi perniagaan kacang putih dari mendiang ayahnya dikenali dengan Chinnasamy Nadar. Jika dahulu si ayah hanya menjual kacang putih dengan menjunjung di kepala kini Jayabalan meneruskannya dengan berjualan dari rumah ke rumah. Dari berjalan kaki, Jayabalan membeli basikal, kemudian motosikal hingga akhirnya berjualan dengan van. Masa terus beredar dan atas usaha yang gigih dan berterusan bersama isterinya, G. Sagunthala, 51, beliau kini telah membuka dua buah kilang dan kedai di kawasan ini. Kini menurut Jayabalan lagi sehingga kini beliau masih mengekalkan resipi mendiang ayahnya dan bakal diwariskan pula kepada anak-anaknya kelak. Bagaimanapun menurut Jayabalan, sebagai pengusaha, beliau dan isterinya sering berusaha menghasilkan resipi-resipi kacang putih baharu. Dulu-dulu kita guna minyak kelapa. Tetapi ramai juga yang kurang suka. Tapi bila tukar kepada minyak kelapa sawit, sambutannya amat baik dan kekal hingga ke hari ini. Kena sentiasa mencuba resipi-resipi baru supaya dapat memenuhi selera pelanggan.
Daripada 40 jenis muruku dan kekacang yang dihasilkan syarikatnya, Jayabalan telah menghasilkan lima jenis resipi kacang putih baharu yang dinamakannya Star, Sivel, Kalistar, Kari Muruku dan Ramba. Terbaharu pada tahun ini syarikatnya berjaya menghasilkan Kalistar. Rasanya lebih pedas dan sedikit manis tetapi sangat rangup sehingga penulis sendiri tidak berhenti mengunyahnya (Sila lihat foto disebelah). Selain memiliki pelanggan tetap, kacang putih keluaran mereka turut laris di kalangan orang ramai yang datang berkunjung ke kampung ini. Malah pada musim-musim perayaan sama ada Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Tahun Baru Cina mahupun pada masa Deepavali dimana pendapatan kasar syarikatnya mencecah sehingga RM80,000. Menjelang Deepavali biasanya pihaknya akan membuka khemah di hadapan kilang mereka dan mengadakan promosi istimewa sempena perayaan berkenaan. Bahan Mentah mereka menggunakan kira-kira 10,000 kg hingga 15,000 kg tepung sebulan dimana Jayabalan berpendapat perniagaan tersebut tidaklah semudah seperti memakan kacang putih. Hakikatnya sebagai peniaga, beliau sentiasa perlu memastikan bahan mentah yang diperoleh adalah daripada bahan yang terbaik agar kualitinya tidak berubah. "Harga bahan mentah turun naik di pasaran. Misalnya harga kacang dal yang tidak menentu. Kebanyakan bahan mentah adalah diimport terutamanya kacang dal. Sebelum ini kita ambil dari India, kemudian permintaan yang banyak tidak dapat dipenuhi. Saya import dari Australia pula. "Tetapi disebabkan currency (mata wang) kita jatuh , kos untuk kacang dhal jadi mahal dan kini kami dapatkan dari Ukraine pula,"jelasnya yang telah mencuba pelbagai gred dan jenis kacang dhal sebelum digunakan di kilangnya.
Selain itu, beliau turut mendapatkan bekalan lada hitam secara terus daripada pengeluar lada hitam di Sarawak. Jika dahulu mereka memasak muruku dan kekacang menggunakan dapur kayu atau dapur minyak tanah, kini lebih mudah kerana penggunaan mesin dan diesel telah menggantikan tenaga manusia (Sila lihat foto disebelah). "Permintaan memang banyak, tetapi kita sering menghadapi masalah tidak cukup pekerja. Pernah juga saya ambil pekerja Indonesia dan Bangladesh, tetapi tidak kekal lama. Lebih mudah cari pekerja tempatan sambil dibantu oleh isteri dan anak-anak," luah Jayabalan dan turut memberitahu syarikatnya turut memohon Sijil Halal Jakim. Mereka adalah generasi penerus perusahaan kacang putih ini sebagai punca pendapatan. Sungguhpun perusahaan ini berskala kecil bagi sesetengah peniaga, tetapi ia turut juga menyumbang kepada ekonomi negeri dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat. Sebagai pengusaha makanan Thanggaraja, Jayabalan dan rakan-rakan yang lain tidak mahu dalam industri yang kecil ini, peniaga kacang putih terpaksa mengambil khidmat pekerja asing lantaran kekurangan tenaga kerja. Bagi menarik kumpulan muda, kaedah-kaedah pemasaran yang lebih semasa seperti penggunaan teknologi media sosial adalah antara langkah dan peluang terbaik untuk kelompok berkenaan. Dengan adanya suntikan komersial, industri Kacang Putih Buntong tentu sahaja akan lebih maju. Malah turut dijadikan tarikan kepada pelancong yang berkunjung ke Bandaraya Ipoh. Oleh itu kini anak perempuan Jayabalan, Buvaneswary, 26 tahun mengambil alih tugas meneruskan legasi keluarga mereka dan banyak membantu mengemaskinikan urusan-urusan kewangan dan pentadbiran syarikat. Buvaneswary graduan dari Kolej Unitar dalam bidang Pengurusan Perniagaan adalah kalangan generasi baharu yang mewarnai dan meneruskan legasi pengusaha kacang putih di kawasan itu. Menurut anak kedua daripada enam beradik ini, beliau sedang belajar selok-belok perniagaan itu daripada bapanya dan bersedia menghadapi cabaran di bidang perniagaan. Sudah lama saya bantu bapa. Dari kecil dah didedahkan. Sekarang dengan pengetahuan yang ada,lebih luas cara pemasaran yang boleh digunakan terutamanya melalui on-line'" jelas Buvaneswary yang turut memiliki Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat. "Kita akan cuba luaskan lagi pasaran. Jika sekarang pasaran kami adalah seluruh Malaysia, dengan kemudahan teknologi komunikasi hari ini, pasaran ke luar negara juga boleh dicapai," jelas beliau. Kini beliau turut menjadikan kejayaan beberapa syarikat kacang putih di kawasan ini yang telah mengeksport kacang putih hingga ke Singapura, Australia dan Hong Kong sebagai contoh. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!.
KACANG PUTIH...ITU GELARANNYA...
ADA MARUKU.. KACANG...SEMUANYA...
KG BUNTONG, IPOH...ITU TEMPATNYA...
MAKANAN RINGAN... OLEH KAUM INDIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Bukit Beruang, Bandaar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(14 JamadilAkhir 1439H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.