FERTIGASI GANTUNG merupakan sateknologi fertigasi yang semakin popular dikalangan penanam sayur terutama dikawasan yang mudah ditenggelami air. Fertigasi gantung adalah salah satu cabang sistem fertigasi yang ada dinegara kita selain daripada Fertigasi Terbuka (Open Fertigation), Fertigasi Tertutup dalam Struktur Pelindung Hujan- bawah SPH atau (Sheltered Fertigation), Fertigasi NFT, Fertigasi Bantal, Fertigasi Vertical, sistem Hidriponik, Aquaponik dan sebagainya. Fertigasi gantung kin menjadi pilihan ramai kerana walau pun kos permulaan untuk sistem ini agak tinggi tetapi tinjauan penulis blog mendapati ia mampu menjana pulangan lumayan. Kalau pada pringkat awal sistem fertigasi gantung hanya ditumpukan kepada jenis sayuran yang menjalar (creepers) seperti Timun (Cucumis sativus), Peria (Momodica charantia), Petola (Luffa acutangula) dan beberapa lagi tetaapi kini tekah disesuaikan untuk sayuran jenis buah pula. Antara sayuan jenis buah yang semakin sering ditanam petani komersil disekitar Kuantan, Pahang penulis dapati ianya adalah Terung Panjang (Solanum melongena), Terung Mini, Terung Bulat (Eggplants), Cili (Capsicum annum) dan beberapa lagi. Tanaman terung panjang yang ditanam di TKPM Inderapura, Kuantan telah berjaya menghasilkan hasil yang tinggi, berkualiti dan mudah untuk diselenggara (Sila lihat foto diatas). Kini tanaman cili besar juga menjadi pilihan petani untuk ditanam dengan cara Fertigasi Terbuka dan Fertigasi Gantung. Tanaman Cili adalah diantara komoditi yang mampu memberikan pulangan baik jika dijaga dengan baik dan pokok sihat serta produktif. Saya ada menulis banyaak artikel mengenai fertigasi untuk dibuat rujukkan anda semua (Sila klik disini), (Sila klik Disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini) serta beberapa lagi. Bagaimana pun asas kejayaan dalam sistem tanaman fertigasi gantung ini adalah ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk mereka mengendalikan. Selain daripada kaedah pembinaan struktur kukuh untuk menggantung polibeg dan tanaman yang berat, kemahiran untuk membancuh larutan baja set A dan Set B serta jawalan musuh dan perosak, penentuan jadual penanaman juga amat penting. Bagaimana pun artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai testimoni yang menyatakan sistem Fertigasi Gantung memberikan hasil lumayan kepada petani.
Antara faktur yang perlu diketahui oleh mereka yang hendak mulakan projek tanaman secara Fertigasi Gantung adalah Modal, Kos Tenaga, Aktiviti Agronomi dan beberapa lagi. Sebagai contoh kos tenaga kerja dan juga penggunaan racun dapat dikurangkan dimana ini sekali gus mengurangkan kos pengeluaran. Pada saya penanaman sayur secara sistem fertigasi adalah teknik yang tidak asing lagi bagi individu yang menceburkan diri dalam bidang pertanian. Kini kaedah itu bukan sahaja memberikan pulangan yang lumayan kepada petani tetapi banyak memperoleh faedah seperti dari segi tenaga kerja, kecekapan penggunaan baja dan air, mengatasi masalah tanah yang tidak subur, hasil yang lebih tinggi dan berkualiti berbanding kaedah konvensional. Pada awal 2012, Jabatan Pertanian Negeri Pahang telah mengambil satu langkah untuk penambahbaikan dengan menggalakkan penanaman melalui teknik fertigasi gantung. Teknik itu sebenarnya telah diperkenalkan pada awal 2011 oleh seorang peserta program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Pulau Manis di Jabatan Pertanian Negeri Pahang, Ramli Idrus. Beliau mendapat ilham untuk menggunakan kaedah itu bagi tujuan untuk mengurangkan kos pengeluaran yang semakin meningkat setiap tahun. Sehingga kini oun penulis yang sering meinjau kawasan tanaman tersebut dapati beliau telah mengusahakan sayur-sayuran seperti timun, terung dan kacang panjang seluas 19 hektar di kawasan TKPM Pulau Manis, TKPM Fertigasi Inderapura dan Bukit Goh, Pahang. Didapati teknik itu mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pertanian Pahang kerana mendatangkan banyak kesan positif dari sudut ekonomi, tenaga kerja dan kawalan penyakit.
Teknik fertigasi gantung merupakan satu cara penanaman menggunakan polibeg (beg plastik) yang diikat dengan tali dan digantung pada sistem para (berasaskan kayu, dawai dan tali sebagai penyokong). Sistem para perlu dipasang dengan kukuh untuk menampung polibeg yang diisi dengan media cocopeat (serbuk halus sabut kelapa) atau peatmoss (gambut) serta paip untuk pengairan dan pembajaan. Penulis blog mendapati dimana lazimnya hasil tanaman dengan cara fertigasi ganting seperti timun akan dapat dikutip awal seminggu berbanding biasa tetapi jangkahayatnya juga kurang jika dibanding dengan menanam timun secara konvensional. Kajian awal penulis menunjukkan dimana tanaman yang sesuai untuk teknik itu adalah jenis sayuran berbuah seperti timun, terung, cili, peria, kacang panjang dan petola. Kini beberapa responden yang ditemuduga penulis menyakan dimana teknik ini adalah lebuh menguntungkan. Projek yang diusahakan melalui teknik itu didapati lebih menguntungkan dan berdaya maju. Berbanding kaedah fertigasi biasa yang ditanam di atas tanah atau dalam polibeg. Bagaimana pun apa yang penting adalah kemahiran petani dan pekerja kebun satu faham akan teknologi moden ini. Ini termasuk menentukan campuran baja set A dan Set B dengan betul serta kadar saliran air baja kepada setiap tanaman didalam polibeg. Penggunaan alat EC Meter menentukan air baja digunakan serta untuk menyesuaikan kadar aplikasi baja. Ini kerana pemberian dan kekerapan serta kepekatan air baja berbeza mengikut umur tanaman, jenis tanaman, cuaca (panas atau hujan) serta beberapa faktur lain. Apa yang perlu dilakukan oleh petani atau pekerjanya adalah pemantauan kepada setiap pokok didalam polibeg penanaman.
Pada penulis semua petani yang hendak mulakan sistem tanaman fertigasi gantung tahu dan faham akan apakah sebenarnya sistem ini. Berdasarkan pemerhatian penulis, diantara kelebihan menggunakan fertigasi gantung ialah dimana sistem ini dapat mengurangkan kos tenaga kerja dari sudut kawalan rumpai, kawalan serangga perosak dan penyakit serta kerja memungut hasil. Ia juga menjadikan kerja merumpai menjadi lebih mudah kerana rumpai kurang tumbuh dan tidak menganggu tanaman. Sistem ini boleh menggunakan mesin dengan mudah dimana akhirnya ia memberikan prestasi tanaman lebih subur dan kurang penyakit. Lazimnya kadar penggunaan racun dapat dikurangkan terutama untuk pembelian racun rumpai (weedicide). Aktiviti semburan racun serangga dan kulat dapat dilakukan dengan cekap dan efisien menggunakan jentera penyembur yang sesuai terus kepada tanaman. Lazimnya hasil tanaman dapat dipungut dengan mudah dan cepat kerana kedudukan polibeg yang lebih tinggi bagaimana pun ada kekeliruan dimana ada petani yang mendakwa dimana jangka hayat tanaman lebih lama tetepi ramai juga yang dakwa jangkahayat tanaman lebih singkat. Apa pun ia sebenarnya bergantung kepada jenis tanaman, jenis campuran baja dan kadar serangan penyakit serta perosak. Bagaimana pun secara keseluruhannya, kos tenaga kerja dan racun kimia dapat dikurangkan sehingga 50 peratus berbanding penanaman secara fertigasi biasa. Hasil timun dapat dikutip awal seminggu berbanding biasa dan jangka hayat ekonomi tanaman dapat dipanjangkan tujuh hingga 10 hari berbanding penanaman secara konvensional. Sistem ini dapat memberi pulangan maksimum kepada petani iaitu jangka hayat tanaman lebih panjang (kerana kurang serangan penyakit bawaan tanah dan keseluruhan pokok mendapat cahaya matahari) seterusnya menjanjikan peningkatan hasil sehingga 30 peratus. Teknik itu sangat sesuai diaplikasikan di kawasan tanah yang bermasalah seperti keadaan geografi tanah yang rendah dan mudah dinaiki air serta tanah yang kurang subur seperti tanah bris dan lain-lain. Petani yang mengusahakan tanaman di kawasan yang kerap berlaku banjir sangat digalakkan untuk mencuba teknik itu kerana ianya tidak menjejaskan keadaan fizikal mahupun kualiti hasil dan dapat menjamin jumlah pengeluaran hasil yang berterusan. Penggunaan mekanisasi ladang yang sesuai, kos pengeluaran akan dapat dikurangkan dengan berkesan dan seterusnya meningkatkan pendapatan petani. Semguga tulisan hari ini memberikan maklumat yang boleh dirujuk anda semua. Wasallam!!!...
TANAMAN FERTIGASI.... PELBAGAI NAMA....
FERTIGASI GANTUNG... ANTARA JENISNYA...
POKOK MENJALAR... BERBUAH PUN DIGUNA...
MENULIS ARTIKEL.... JELAS MEMBACANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 409, Hotel Federal,
Kangar, Perlis, Malaysia.
(10 JamadilAwal 1438H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.