NENAS SARAWAK (Ananas commosus) merupakan satu varieti nenas yand telah didaftarkan dengan nombor rujukkan AC2 di Malaysia. Pendaftaran varieti nenas sebenarnya telah dilakukan dengan Jabatan Pertanian Malaysia semenrata pembangunan industri nenas dijalankan oleh agensi LPNM (Lembaga Pembangunan Nenas Malaysia) yang beribu pejabat di Johor. Nenas merupakan sejenis tumbuhan buah-buahan tropika yang popular ditanam di Malaysia semenjak lama dahulu. Terdapat 9 varieti nenas yang telah didaftarkan di Malaysia melalui Jabatan Pertanian untuk dikenali oleh pengusaha nenas dan pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Varieti tersebut adalah Nenas Moris (AC1), Nenas Sarawak (AC2), Nenas Gandol (AC3), Nenas Maspine (AC4), Nenas Josapine (AC5), Nenas Yankee (AC6), Nenas Moris Gajah (AC7), Nenas N36 (AC8) dan Nenas MD2 (AC9). Nenas Sarawak memang unik diantara varieti nenas yang didaftarkan di Malaysia kerana ia adalah dari kategori Nenas Besar. Nenas Sarawak mendapat nama kerana nenas dari Kumpulaan CAYENNE ini dahulu amat popular ditanam di negeri tersebut terutama dikawasan tanah gambut dalam sebagai tanaman penting. Penulis blog memang kenal akan nenas ini keran varieti ini memang ada ditanam di kampong penulis blog dahulu di Muar, Johor. Kalau anda melalui kampung Batu 14 , Air Hitam, Muar dahulu memang nenas varieti ni digantung disepanjang laluan utama ditei jalan sebagai hasil nenas segar. Ia merupakan nenas yang mudah ditanam tetapi mengambil masa lama untuk berbuah.
Buah Nenas Sarawak mempunyai bentuk buah yang berbentuk kon atau 'Kon Selinder' dengan bersaiz besar diantara 2 - 4 kilogram sebiji. Varieti nenas ini selalunya berwarna HIJAU JINGGA atau warna hijau gelap semasa mudanya. Buah nenas ini yang matang akan menjadi Hijau kekuningan. Ia mempunyai lebar empulur iaitu 2.0 - 2.8 cm iaitu memang besar berbanding dengan nenas moris. Ia juga mempunyai mata nenas yang ketara dengan bilangan mata diantara 100 -160 sahaja. Nenas masak mempunyai warna isi kuning keemasan atau yang agak muda adalah warna kuning pucat. Bagaimana pun tahap kemanisan ninas Sarawak diantara 14 - 17 Brixs dengan sesuai dimakan segar. Kandungan Asid Citrik pula diantara 0.3 - 1.3% iaitu sesekali ada bahagian hujung buah yang masam sedangan bahagian pangkalnya amat manis. Warna bahagian atas Braktea adalah hijau dan lazimnya mata buah tidak timbul (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog memang suka makan nenas ini kerana kemanisannya, warnanya dan aromanya yang tersendiri.
Mengenali pokok nenas Varieti Sarawak perlu melihat sifat marfologi pokok tersebut pada bahagian daun dan buahnya. Ia mempunya sulur yang separa menegak dengan daunnya adalah dominan berwarna hijau pada permukaan atas dan bawahnya. Nenas Sarawak juga menunjukkan ada kehadiran anthocyanin pada permukaan atas dengan keamatan sederhana. Sebaran anthocyanin adalah secara memanjang sepanjang tengah apeks daun. Nenas Sarawak mempunyai sifat margin atau tepi daun yang BERDURI. Sebaran duri pada margin adalah teratur dengan arah dusri yang sehala sahaja. Warna duri varieti ini lazimnya sama dengan warna daun dimana warna dominan duri adalah puth kekuningan. Tabiat pertumbuhan pokok nenas Sarawak induk atau pokok adalah menegak. Amalan agronomi tanaman nenas ini sama dengan kaedah penanaman nenas lain. Bagaimana pun penuls dimaklumkan nenas Sarawak mengambil masa lama untuk berbuah tidak seperti nenas moris dan ia juga tidak responsif terhadap penggunaan bahan pengalak (Pil ANA) untuk pembungaan. Kekurangan air menyebabkan nenas ini agak sukar berbunga dan berbuah. Semuga artikel ini memberi info kepada pembaca blog anim agro techoloagy kali ini. Wasallam!!!.
NENAS SARAWAK... BESAR SAIZNYA...
RASANYA MANIS...MASAM PUN ADA...
DI SARAWAK...NENAS PAUN NAMANYA...
ARTIKEL DITULIS ... MENGENALKANNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Bt 14, Air Hitam, Muar,
Johor, Malaysia.
(18 RabiulAkhir 1438H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.