Support My Blog

Saturday, February 11, 2017

NENAS N36 (AC8) - CIRINYA

NENAS N36 (Ananas commosus) merupakan satu varieti nenas yand telah didaftarkan dengan nombor rujukkan AC7 di Malaysia. Nenas merupakan sejenis tumbuhan buah-buahan tropika yang popular ditanam di Malaysia semenjak lama dahulu. Terdapat 9 varieti nenas yang telah didaftarkan di Malaysia melalui Jabatan Pertanian untuk dikenali oleh pengusaha nenas dan pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Varieti tersebut adalah Nenas Moris (AC1), Nenas Sarawak (AC2), Nenas Gandol (AC3), Nenas Maspine (AC4), Nenas Josapine (AC5), Nenas Yankee (AC6), Nenas Moris Gajah (AC7), Nenas N36 (AC8) dan Nenas MD2 (AC9). Kawasan utama tanaman nenas adalah diNegeri Johor terutama dikawasan tanah gambut. Walau bagaimana pun industri tanaman nenas negara kini telah berkembang ke Selangor, Pahang, Perak, Kedah dan Sarawak dengan pesat terutama untuk beberapa varieti baru nenas. Kita di Malaysia beruntung kerana negara kita merupakan salah satu negara menanam nenas dengan keluasan sebanyak 16,850 hektar pada tahun 2015 yang menghasilkan sebanyak 416,100 metrik tan. Kawasan penanaman nenas di Malaysia adalah di Johor dengan Daerah Pontian (3,686 hektar), Daerah Kluang (2,950 hektar) dan Daerah Muar (1,286 hektar) pada tahun 2012 terutama penanaman nenas di tanah gambut. Buah nenas telah diperdagangkan dipasaran dunia dalam 3 jenis yang utama iaitu dalam bentuk NENAS SEGAR, NENAS KALENG (Dalam tin) dan JUS NENAS. Malaysia merupakan salah satu negara didunia yang mengekspot nenas dalam ketiga-tiga bentuk tersebut dan menduduki tangga ke 9 dalam kedudukan pengekspot nenas didunia. Singapura merupakan destinasi utama pasaran nenas segar Malaysia diikuti dengan negara-negara Timur Tengah dan beberapa negara lain. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" maklumat beberapa varieti nenas iaitu Nenas N36 (AC8) yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan anda.

Nenas N36 merupakan sejenis nenas hibrid dikenali dengan 'Hybrid 36' iaitu kacukan diantara varieti Gandul (Spanish) dengan Varieti Sarawak (Smooth Cayene) dari Peninsula Estate. Nenas N36 mempunyai berat buah diantara 1.5 - 2.0 kg sebiji dengan berbentuk kon selinder kepada bentuk selinder. Varieti N36 ini mempunyai jumlah mata pada buah diantara 130 - 180 unit yang mana matanya adalah Tidak Timbul (Sila lihat foto disebelah). Ia juga adalah jenis buah nenas yang sederhana manis dimana kandungan gula adalah antara 12 - 14% Brixs, Buah ini mengandungi asid citrik sekitar 0.6 - 0.8% dan sesuai dimakan segar atau diproses. Buah nenas N36 adalah diantara varieti nenas yang sering dikalengkan atau dimasukkan dalam tin. Ia mempunyai iai bertekstur sederhana teksturnya dan merupakan varieti yang paling sesuai untuk diproses. Nenas N36 ditanam oleh beberapa syarikat untuk tujuan diptoses dan sebahagian dimakan segar. Ia banyak ditanam di Johor dan juga di Pahang.

Melihat kepada ciri pertumbuhan pokok nenas narieti N36 mempunyai sifat pertumbuhan SEPARA MENEGAK. Ia juga mempunyai warna dominan pada permukaan atas daun iaitu MERAH (Sila lihat foto disebelah). Terdapat kehadiran antosianin pada bahagian permukaan atas daunnya dimana tahap kehadiran antosianin adalah Sederhana. Kehadiran bahan antosianin bagaimana pun ketara memanjang terutama kearah apeks. Dibahagian tepi atau margin daun lazimnya terdapat DURI yang mana duri pada varieti N36 adalah pada apeks sahaja.Susunan duri adalah tidak teratur dengan saiz duri yang besar. Duri nenas N36 tidak teratur susunannya dan ia sama warna daun iaitu Merah. Pendunkel varieti ini adalah mempunyai warna merah jambu gelap. Lazimnya kedudukan buah nenas ini adalah terlindung (Sila lihat foto dibawah). Penulis beberapa kali berpeluang membeli dan makan nenas  N36 ini semasa membuat standard benih nenas SIRIM dan mendapati ia agak popular satu masa dulu sebelum kehadiran nenas varieti baru seperti MD2. Semuga rencana ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

VARIETI NENAS N36... SUDAH LAMA...
BUAHNYA SEDERHANA...SAIZNYA...
SESUAI DIMAKAN SEGAR...MANISNYA...
SERING DIPROSES... KUALITI ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Nenas MD2 Pak Bri, 
Kg Piol, Kubang Pasu, 
Kedah, Malaysia.
(14 JamadilAwal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...