Support My Blog

Thursday, February 23, 2017

DURIAN BELANDA - HEBAT KHASIATNYA



BUAH DURIAN BELANDA (Anona muricata Linn) kini merupakan  sejenis buah-buahan tropika yang semakin popular kerana kehebatan khasiatnya. Ramai dikalangan petani kmersil, usahawan malahan syarikat berskala besar mula  menanam durian belanda di malaysia apabila mengetaui akan harga pasaran dan permintaan yang amat tinggi masa kini. Penulis sendiri yang telah menulis lebih daripada 25 artikel mengenai tanaman durian belanda telah sedikit sebanyak mengenali akan teknologi dan amalan agronomi tanaman durian belanda ini. Kalau dahulu teknologi pendebunggan kurang dikaji tetapi terkini telah ada inovasi menggunakan alatan 'Muricata Shaker' yang dicipta oleh Jabatan Pertanian Johor dan memenangi Anugerah Khas  Perdana inovasi pada MAHA 2016 daripada Perdana Menteri Malaysia. Buah durian belanda adalah kerabat buahnya ini berasal dari Amerika (sekitar Peru, Mexico dan Argentina). Di Indonesia nama buah daun belanda adalah dengan panggilan 'Sirsak'. Buah ini sesuai dimakan segar, diproses menjadi jus minulan atau kordian dan sebagainya. Kini daun sirsak telah dituai dan diproses untuk dijadikan 'TEH DAUN DURIAN BELANDA'. Teh dengan persijilan MY Organic ini diberi jaminan bebas racun dan didakwa amat baik diambil bagi mendapatkan kandungan bahan anti kansernya. Rencana pada subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis lagi akan kehebatan buah durian belanda untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan.

Dalam beberapa penulisan saintifik, dilaporkan buah durian belanda yang mendapat permintaan tinggi dikalangan pengguna adalah buah yang baik untuk kesihatan. Ini disebabkan ia didakwa mengandungi nutrisi dan khasiatnya untuk kesihatan terutama untuk mengawal kejadian barah (kanser). Buah durian belanda terdiri dari 67.5% bahagian isi atau daging buah, 20% kulit buah, 8.5% biji buah dan 4 % lagi adalah bahagian inti buah (Sila lihat foto disebelah). Selain daripada kandungan utama adalah air dan bahan utama yang terbanyak adalah karbohidrat. Salah satu jenis karbohidrat pada buah ini adalah gula Glukos dan Fruktosa dengan kadar 81.9% - 93.6% dari keseluruhan jumlah kandungan gula. Seterusnya Vitamin merupakan komponen yang paling dominan pada buah durian belanda adalah vitamin C iaitu sekitar 20 mg per 100 gram daging isi buah. Kajian saintis mendapati keperluan Vitamin C seorang setiap hari sekitar 60 mg seorang akan dapat dipenuhi hanya jika mengambil sebanyak 300 gram daging isi buah durian belanda. Selain itu kandungan bahan mineral yang cukup dominan adalah Posforan (P) dan Kalsium (Ca). Kajian dimaknal menunjukkan kandungan P sekitar 27 gram dan kandungan Ca sebanyak 14 setiap 100 gram isi buah. Kalau sekilogram dijual sekitar RM18.00 - RM20.00 dipasaran runcit bermakna amat banyak bahan mineral, karbohiderat dan keperluan vitamin dapat dipenohi oleh mereka yang mengambilnya setiap hari.

Kedua bahan unsur mineral tersebut penting untuk pembentukan rangka tulang dimana iasangat berguna untuk membentuk tulang yang kuat serta menghindari masaalah kes Osteoporosis. Keunggulan buah durian belanda memang terletak pada kadar Sodium (natrium) yang rendah iaitu sekitar 14 mg per 100 g tetapi ia amat tinggi bahan Potasium (P) dan Kalium iaitu sebanyak 278 mg per 100 gram isi buah. Perbandingan kalium dan natrium yang tinggi ini memang sangat menguntungkan dalam usaha pencegahan penyakit tekanan darah tinggi (hypertension). Selain komponen zat permakanan didakwa buah durian belanda juga sangat kaya akan komponen lain seperti SERAT (Fiber). Kandungan serat dalam durian belanda (dietary fiber) mencapai 3.3 g bagi setiap 100 gram iai daging buah. Kini telah banyak testimoni mengenai bahagian daun durian belanda yang didakwa amat baik mencegah kanser dengan menjadikannya kepada ;Teh daun durian belanda'.  Bagaimana pun semua pokok durian belanda yang ingin diproses untuk dijadikan teh semestinya mendapat persijilan MyOrganic dahulu. Ini bagi mengelakkan petani menggunakan bahan kimia dimana untuk dijadikan daun teh memang tidak dibolehkan. Teh daun durian belanda yang segar dipetik, dikeringkan, dikisar dan seterusnya dibungkus mengikut kaedah GMP. Ramai yang membeli daun teh ini kerana ia dilaporkan memberikan aroma yang amat enak dan menyegarkan apabila diminum.


Antara manfaat Buah Durian belanda atau Sirsak bagi tujuan kesihatan termasuk mencegah kanser, melancarkan buang air kecil (kencing), menjaga kesihatan tulang, menambah tenaga, merawat sakit kepala (migrain) dan mencegah Anemia. Pertama didakwa dimana buah durian belanda mampu mencegah masalah dan Mencegah Barah (Cancer). Ini kerana terdapat bahan dinamakan sebagai Annonaceous acetogenins iaitu bahan fitokimia yang terdapat dalam daun, biji dan batang pokok dan bahan ini berperanan dalam menangani serangan kanser dan virus. Penyelidikan yang dijalankan mendapati dimana bahan Annonaceous acetogenins pada isi durian belanda mampu membunuh sel-sel ganas kanser pada 12 jenis kanser. Antara jenis kanser yang berkesan dirawat seperti kanser kanker payudara, kanser usus besar, kanser prostat, kanser paru-paru dan beberapa jenis kanser lagi. buah durian belanda berkhasiat untuk melancarkan buang air kecil (kencing). Dengan mengambil jus buah durian belanda dilaporkan dapat dijadikan sebagai ubat semasa pesakit mengalami 'rasa sakit' ketika buang air kecil. Selain itu juga dapat megatasi 'Haematuria' iaitu kes dimana bercampurnya sel darah putih dalam urin dan juga merawat penyakit hati ringan. Ke 3 kehebatan khasiat durian belanda adalah dimana ia didakwa menjaga Kesihatan Tulang. zDidapati kandungan Posforus dan Kalsium dan beberapa bahan mineral lain seperti tembaga dapat membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang sehingga tulang badan pemakannya akan kuat dan mencukupi keperluan bahan nutrisinya.

Makan buah durian belanda akan mampu Menambah Tenaga (Energy). Ini kerana mereka yang keletihan selepas bekerja kat dinasihatkan untuk mengambil buah durian belanda dan memakannya. Selain daripada bau dan aromanya yang segar, buah ini yang mengandungi bahan Thiamin yang berguna untuk meningkatkan energi. Apabila ia diserap makan pamakannya akan mempunyai 'mood' yang lebih baik untuk meneruskan aktiviti hariannya. Apa yang hebat mengenai khasiat durian belanda adalah dimana didakwa berkempuan untuk Merawat Migrain. Buah ini mengandung bahan Riboflavin atau Vitamin B2 yang dikenal sangat berkesan untuk meredakan sakit kepala seperti migrain. selain itu buah durian belanda mampu Mencegah Anemia berdasarkan kepasa kandungan zat besi (Fe) dalam buah ini yang dipercaya efektif meredakan gejala anemia yang boleh menyerang tanpa mengira waktu. Mengambil buah belanda sebagai makanan rutin membolehkan seseorang itu akan selalu sihat asalkan ia berkemampuan membelinya atau mempunyai kebun sendiri. Selain itu penulis blog gembira untuk berkongsi maklumat mengenai Khasiat Biji Buah Durian belanda. Setiap buah mempunyai banyak biji berwarna hitam dengan saiz agak besar. Jika disemai biji ini akan tumbuh dan boleh dijadikan benih tanaman. Biji ini didakwa mengandung zat emesis yang dapat digunakan untuk mengurangkam kes-kes seperti mual dan muntah. Begitulan kupasan rencana dalam anim agro technology kali ini untuk rujukkan pembaca semua. Wasallam!!!...
DURIAN HIJAU... DURIAN BELANDA....
BERKHASIAT... KANSER ANTARANYA...
HARGA MAHAL... MUDAH TANAMNYA...
BACA ARTIKEL... MULA SUKA AKAN DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Mesra, Bandar Raub,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(30 RabiulAkhir 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...