BENIH NENAS (Ananas comosus) merupakan input asas penting dalam usaha untuk menanam nenas selain daripada keperluan input lain seperti baja, racun dan sebagainya. Benih nenas boleh didapati secara umumnya daripada Sulur Tanah (ground suckers), Sulur Udara (Aerial Suckers), Sulur Tangkai dan juga bahagian Jambul nenas (Crown). Beberapa teknik aruhan dilakukan untuk menghasilkan benih nenas seperti menggunakan bahan Cyclnillidae (pada kadar 1.6 liter sehektar (Martinez. LR, 2005) dan penggunaan bahan Chloroflurenol (pada kadar 3,750 liter sehektar). Penulis blog dapati bahan tanaman nenas daripada sulur tanah merupakan sumber benih tanaman nenas yang paling selalu digunakan kerana ianya mudah didapati, murah dan mudah untuk ianya dikendalikan. Terkini adalah benih nenas yang disediakan dimakmal iaitu Benih Kultur Tisu (tissue culture). Benih kultur tisu bagaimana pun belum disyorkan (not yet recomended) oleh Jabatan Pertanian dan LPNM untuk ianya digunakan kerana masaalah variasi Somaclonal. Variasi somaclonal adalah dimana pokok nenas yang tumbuh akan ada sedikit perbezaan sekitar 10 - 30% daripada ciri-ciri pokok induk. Teknik lain dalam menyediakan benih nenas adalah dengan melalui kaedah pembiakan dinurseri melalui Kaedah PENYUKUAN SULUR, Kaedah BELAHAN BATANG TUNGGUL NENAS dan juga Kaedah PEMOTONGAN MATA TUNAS DAUN (Leaflet bud cuttings). Pada masa rencana ini ditulis bekaln benih nenas terutama untuk varieti MD2 sangat berkurangan akibat ramai petani telah berminat dengan nenas ini yang mendapat harga baik dipasaran. Nenas MD2 merupakan jenis nenas premium dimana ia ada permintaan benih nenas mencecah jutaan benih dalam masa setahun sedangkan bekalan benihnya tidak mencukupi. Benin nernas MD2 pernah dijual doantara RM2.00 - RM2.50 satu sulur masa ini iaitu ketika lebih ramai petani minat untuk menukar kepada nenas vareieti MD2. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai temuan teknologi penghasilan benih sulur nenas secara kaedah penyukuan jambul. Inovasi ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kedah untuk nenas MD2.
Teknik pembiakan nenas melalui penyukuan sulur lazim dilakukan sebagai satu kaedah dimana sulur tanah akan dibelah 4 dahulu. Kemudan belahan ini akan diberikan rawatan dengan racun kulat seperti Benomyl dengan kepekatan 0.01% agar ia tidak rosak akibat serangan kulat. Sukur belahan ini kemudian akan disusun dalam nurseri dengan jarak 10 cm x 10 cm didalam barisan diatas batas yang mempunyai media sesuai. Apabila sulur ini tumbuh maka ianya boleh dialihkan keladang setelah ianya berumur sekitar 5-6 bulan dalam nurseri dengan saiz sekitar 30 cm tinggi (Sila rujuk rajah diatas). Kaedah ini hanya dapat memberikan 1 belahan dan akan menjadi satu unit anak benih sahaja untuk ditanam kelak. Teknologi ini telah lama dilakukan oleh pekebun kecil nenas yang kekurangan benih tanaman terutama bagi nenas varieti baru yang ingin ditanam. Teknik ini agak mengambil masa lama untuk mendapatkan benih yang banyak berbanding dengan teknik baharu yang akan dipaparkan.
Teknologi atau Teknik Penyukuan Jambul (Crown Quartering Method) telah lama juga diperkenalkan dialam industri nenas tetapi kurang popular kerana ia lambat dan jumlah jambul adalah terhad dimana lazimnya hanya ada satu jambul pada sebiji buah nenas. Bagaimana pun selain dari aktiviti penyukuan sulur kini penyukuan jambul telah berjaya menghasilkan banyak benih nenas dan prosesnya lebih cepat. Pilih jambul daripada buah nenas matang dari varieti yang terpilih dan kemudian di belah empat. Belahan jambul yang dibelah 4 tadi kemudian dirawat dengan larutan racun kulat Benlate dengan 0.01% untuk elakkan ia menjadi busuk. Kemudian keratan jambul ini akan disemai didalam nurseri dengan jarak 10 cm x 10 cm dengan susunan 5 baris setiap batas. Amalan menyembur dengan Organic Plant Booster pada kadar 15 ml/L dilakukan selepas seminggu ia disemai. Sulur mula kelihatan selepas 2 minggu semburan Organic Plant Booster dibuat. Anda boleh terus link untuk dapat membaca rencana mengenai plant booster dengan artikel saya (Sila klik disini). Sulur yang pertama dapat diambil setelah berumur 4 bulan atau 117 hari setelah disemai diladang dan ia boleh diubah ke ladang. Setiap 3.5 bulan sulur yang seterusnya akan dapat diambil menjadikan banyak sulur benih yang dihasilkan kemudian. Hasil dari penggunaan plant booster ini sebenarnya yang menjadkan teknologi penyukuan jambul amat berjaya dilaksanakan.
Hasil daripada aktiviti pemerhatian yang dijalankan di Ladang Nenas En Zulkafli dari Kg Tok Siak, Kubang Pasu mendapati teknik penggunaan Organic Plant Booster semasa menyediakan benih dan aktiviti semburan diladang nenas amat ketara kejayaannya. Antara asas temuan dalam pemerhatian ini dimana (1) Sulur yang keluar adalah lebih daripada 1 dan dijangka mencapai 4-5 sulur untuk jangkahayat pokok sehingga umur 11 bulan. (2) Tempoh pengambilan sulur hanya antara 3.5 - 4 bulan iaitu lebih cepat dari teknologi lama hampir 6-7 bulan, (3) Tempoh hayat belahan jambul dijangka sehingga 11 bulan (extended lifetime), (4) Sulur benih yang diperolehi adalah sihat dan subur, (5) Pokok nenas MD2 yang ditanam menggunakan benih ini boleh diaruh lebih awal pada umur 7 bulan dan mampu menghasilkan buah dituai pada umur seawal 12 bulan (pada keadaan tanpa rawatan biasanya ia matang pada 14-15 bulan), (6) Tangkai buah nenas yang terhasil adalah panjang, bedar dan tegap dan (7) Tempoh bunga kembang lebih cepat pada pokok benih penyukuan jambul berbanding dengan pokok daripada sulur tanah. (8) Ujud keseragaman saiz bunga dan buah pada hampir seragam dan sama besar (9) Penggunaan bahan Organic Plant Booster pada pokok nenas yang disembur setiap 2 minggu sekali menjadikan kurang serangan perosak dan penyakit pokok nenas. Penulis blog sempat berkunjung keladang En Zulkifli dimana merupakan kawasan nenas yang ditanam berkepadatan tinggi dengan amalan teknologi TEM yang dipopularkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Wasallam!!...
BENIH NENAS... FAKTUR UTAMA..
SULUR TANAH... SULUR UDARA...
PENYUKUAN JAMBUL...DI CUBA...
LEBIH CEPAT... LEBIH BERJAYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Nenas MD2 Zulkkifli,
Kg Tok Siak, Kubang Pasu,
Kedah, Malaysia.
(18 JamadilAwal 1438H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.