JAGUNG MANIS (Zea mays) merupakan sejenis tanaman singkat masa yang amat popular ditanam di Malaysia setiap tahun dimana ia mampu menjana pendapatan lumayan. Jagung merupakan tanaman yang ditanam berasal dari kawasan asal di sungai Balsas Lembah berada di Mexico Selatan sebagai tanaman makanan utama waktu itu/ Kajian mendapati terdapat sehingga 12% bahan genetik di dapati dari Zea mays ssp. mexicana melalui introgression. Pada masa ini penanaman jagung manis kebanyakannya adalah dari jenis kacukan atau hibrid yang diimport dari luar negara. Keluasan penanaman jagung di Malaysia sekitar 6,300 - 6,800 hektar CHE setiap tahun dimana hampir 90% adalah daripada varieti Jagung Manis Hibrid. Kawasan pengeluaran utama jagung manis di Malaysia adalah di Johor, Selangor, Perak dan Pahang. Di Johor sahaja mampu menghasilkan lebih 35% daripada bekalan jagung manis untuk pasaran tempatan dan eksport. Eksport utama jagung manis segar adalah ke Singapura. Jagung manis juga kini dijadikanan makanan snek yang popular menjadi produk 'cup corn' yang dijual di pusat membeli belah dan gerai di lebuhraya. Syarikat seperti Nelson diantara yang syarikat yang mempelopori produk berasaskan jagung manis cup corn terkenal di Malaysia. Sila baca artikel berkaitan (Sila klik disini). Persoalannya adalah menanam jagung manis ini menguntungkan?. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kosting tanaman jagung untuk dijadikan panduan semua.
Penanaman jagung manis perlukan sistem amalan agronomi yang sesuai untuk mendapatkah hasil optima. Penyediaan Tanah bagi tanaman jagung manis boleh ditanam dibanyak jenis tanah di negara ini. Tanah yang tidak terlalu masam (pH 5.5-6.5) dan juga mempunyai saliran yang baik adalah sesuai untuk tanaman ini. Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 25 cm. Tabur dengan kapur sekiranya pH tanah didapati rendah. Biasanya sebanyak 2.5 tan metrik kapur bagi setiap hektar kawasan adalah memadai. Kapur hendaklah digaul ke dalam tanah. Sekiranya penanaman dijalankan berterusan adalah disyorkan supaya kapur ditabur setahun sekali pada kadar 1 tan metrik sehektar setahun. Bagi tanah-tanah yang mudah terendam air batas perlulah dibuat. Keperluan Biji Benih sebanyak 10 kg diperlukan bagi setiap hektar kawasan. Seperti menanam jagung manis lain, petani-petani disyorkan supaya mendapat bekalan biji benih jagung Supersweet Kuning daripada pembekal-pembekal yang sah seperti Jabatan Pertanian. Petani-petani juga dinasihatkan supaya mendapatkan benih-benih baru setiap kali menanam. Menanam dilakukan dengan merendam biji benih dalam air biasa selama 1 jam untuk memudahkan percambahan. Biji benih kemudian digaul dengan racun kulat seperti thiram dan terus di tanam ke ladang. Gunakan tali yang telah ditanda dengan jarak tanaman yang disyorkan untuk memudahkan kerja menanam. Buat lubang untuk biji benih dengan menggunakan tugal. Masuk 1 atau 2 biji benih dan tambus. Pengairan dikebun dengan sistem renjis boleh digunakan. Sekiranya kawasan bergantung kepada air hujan sebaiknya menanam rancangkan supaya masa penanaman adalah bertepatan dengan musim hujan setempat. Aktiviti pembajaan dengan menggunakan baja sebatian 15:15:15 sebanyak 400 kg digunakan sebagai baja asas. Jenis baja tambahan sebanyak 130 kg urea ditabur 30-35 hari selepas menanam. Kawalan Rumpai tanaman jagung pada peringkat awal pertumbuhan adalah sangat penting. Racun pracambah seperti Atrazine digunakan sebaik sahaja baja asas dibubuh. Rumpai yang tumbuh, kemudiannnya boleh dikawal secara manual. Hasil dapat dipungut 68-72 hari selepas ditanam. Hasil yang boleh dipasarkan ialah sebanyak 26,000 hingga 40,000 tongkol sehektar (bergantung pada kesuburan tanah dan pengurusan tanaman).
Dalam satu laporan akhbar tempatan dilaporkan penanaman jagung manis mampu menjana pendapatan lumayan. Ini dijalankan oleh beberapa petani di Negeri Kedah sebagaimana laporan akhbar tersebut. Memetik kenyataan Pegawai Pertanian Alor Setar Mohd Sharif yang menerangkan kepada ahli KATKB mengenai tanaman jagung manis sambil diperhatikan Johari (tiga dari kiri). Permintaan tinggi terhadap jagung manis kini telah mendorong penduduk Kampung Pering, Kodiang, Kedah mengusahakan tanaman itu secara serius. Melalui Koperasi Asas Tani Kedah Berhad (KATKB), projek pertanian jagung manis membabitkan keluasan 47.3 hektar itu menjadi punca pendapatan penduduk berkenaan selain tanaman padi dan getah. Pengerusinya, Johari Yahaya, 68, berkata dimana koperasi yang ditubuhkan sejak tahun 2002 kini telah pun memberi peluang kepada ahlinya menambah pendapatan. Ia kemudian berkata setakat ini terdapat 40 peserta projek tanaman jagung manis yang diusahakan sekitar kawasan itu dengan hasil pengeluaran bagi 0.4 hektar adalah sebanyak lima tan. Kampung Pering terkenal sebagai desa utama pengeluar jagung manis yang juga sebuah desa seimbang dan mampan dari segi pembangunan serta mempunyai semangat perpaduan tinggi dalam kalangan masyarakatnya.
Kelompok mereka memberi tumpuan meningkatkan hasil projek tanaman jagung manis yang menjadi punca pendapatan utama ramai penduduk dikampong ini. Sebenarnya selain dari tanaman padi beberapa langkah proaktif dilakukan supaya peningkatan luas tanaman jagung dapat dijalankan secara meluas bukan saja tertumpu pada kawasan kampung semata-mata, tapi merentasi kawasan luar. Projek kelompok ini memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekali gus menambah punca pendapatan masing-masing. Tanaman Jagung manis yang dihasilkan di ladang terbabit dibahagikan kepada gred A bagi berat melebihi 320 gram setongkol, Gred B (280 gram hingga 320 gram) dan Gred C (kurang 280 gram). Penentuan gred jagung manis ini diterimpakai oleh pembeli dan pemborong pasar malam yang sering datang untuk mendapatkan bekalan. Tanaman ini mengeluarkan hasil selama tiga musim dalam setahun dengan setiap musim memerlukan 65 hingga 70 hari untuk dipetik. Sebenarnya dalam penelitisan penulis blog mendapati dimana jagung memerlukan cuaca panas namun jika terlalu panas ia boleh mendatangkan kesan kepada mutu tanaman. Walaupun proses penanaman jagung manis tidak rumit tetapi kemahiran asas dalam pengurusan tanaman perlu betul. Jabatan Pertanian sering memberikan khidmat nasehat kepada kumpulan ini setiap masa dalam aspek teknikal dan pengurusan tanaman jagung manis.
JAGUNG manis yang dikumpulkan akan digredkan sebelum dihantar kepada pemborong atau dihantar ke kilang untuk diproses. Paling penting dalam aktiviti penanaman jagung manis adalah mengenai kawalan serangga bagi mengeluarkan hasil terbaik. Kawasan ladang juga perlu bersih kerana rumput yang panjang dan semak menyebabkan pokok kurang subur serta hasil berkurangan. Kini setongkol jagung bagi gred A dijual dengan 70 sen, gred B dijual dengan 40 sen dan gred C pula dijual dengan 25 sen. Ketua Kelompok Jagung Manis Kampung Pering iaitu Ku Senang Ku Ahmad berumur 51 tahun juga berkata selain projek tanaman jagung manis, KATKB turut membina sebuah kilang memproses kordial jagung di Kodiang sebagai alternatif perniagaan. Pasaran diperluaskan ke seluruh negara melalui media sosial dan pasar raya bagi mengembangkan perniagaan KATKB. Mereka kini mempunyai lebih 20 pekerja sepenuh masa dan separuh masa untuk mengendalikan kilang berkenaan. Alhamdulilah, kordial jagung ini mendapat permintaan menggalakkan kerana keenakan rasanya. Mereka yang berminat mendapatkan maklumat lanjut berkenaan tanaman dan kordial jagung boleh menghubungi melalui Facebook KATKB. Semuga artikel ini memberi info relevan kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!..
JAGUNG MANIS... TANAMAN UTAMA...
MUDAH DIPASARKAN... ADA HARGA...
KATKB BERUSAHA... BERSAMA-SAMA...
MENJADI CONTOH... DUIT DIJANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Pering, Kodiang,
Kedah, Malaysia.
(12 JamadilAwal 1438H)
JAGUNG manis yang dikumpulkan akan digredkan sebelum dihantar kepada pemborong atau dihantar ke kilang untuk diproses. Paling penting dalam aktiviti penanaman jagung manis adalah mengenai kawalan serangga bagi mengeluarkan hasil terbaik. Kawasan ladang juga perlu bersih kerana rumput yang panjang dan semak menyebabkan pokok kurang subur serta hasil berkurangan. Kini setongkol jagung bagi gred A dijual dengan 70 sen, gred B dijual dengan 40 sen dan gred C pula dijual dengan 25 sen. Ketua Kelompok Jagung Manis Kampung Pering iaitu Ku Senang Ku Ahmad berumur 51 tahun juga berkata selain projek tanaman jagung manis, KATKB turut membina sebuah kilang memproses kordial jagung di Kodiang sebagai alternatif perniagaan. Pasaran diperluaskan ke seluruh negara melalui media sosial dan pasar raya bagi mengembangkan perniagaan KATKB. Mereka kini mempunyai lebih 20 pekerja sepenuh masa dan separuh masa untuk mengendalikan kilang berkenaan. Alhamdulilah, kordial jagung ini mendapat permintaan menggalakkan kerana keenakan rasanya. Mereka yang berminat mendapatkan maklumat lanjut berkenaan tanaman dan kordial jagung boleh menghubungi melalui Facebook KATKB. Semuga artikel ini memberi info relevan kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!..
JAGUNG MANIS... TANAMAN UTAMA...
MUDAH DIPASARKAN... ADA HARGA...
KATKB BERUSAHA... BERSAMA-SAMA...
MENJADI CONTOH... DUIT DIJANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Pering, Kodiang,
Kedah, Malaysia.
(12 JamadilAwal 1438H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.