PENGGUNAAN RACUN DISAWAH PADI merupakan satu amalan agronomi yang penting dalam penanaman padi. Tanaman Padi (Oryza sativa) merupakan tanaman penting yang diberikan penekanan oleh setiap negara sebagai satu 'makanan keselamatan' yang menggunakan beras sebagai makanan ruji (staple foods). Malaysia menanam padi dengan kawasan pasel padi seluas lebih 670,000 hektar setahun terutama dikawasan Jeplapang Padi Negara. Terdapat 8 jelapang padi yang telah lama beroperasi di Malaysia dan kini ditambah dengan 4 kawasan Jelapan Padi Baru (Mini Jelapan) iaiatu di IADA Pekan dan IADA Rompin di Pahang, IADA Batang Lupar, di Sarawak dan IADA Kota Belud di Sabah. Pada masa ini terdapat beberapa IADA sedia ada yang telah berjaya mengekalkan kawasan tanaman padi iaitu MADA, KADA, IADA Kerian Sg. Manik, IADA Seberang Perak, IADA Pulau Pinang, IADA Kemasin Semerak di Kelantan, IADA Barat Laut Selangor dan IADA KETARA di Terengganu. Penghasilan padi antara satu negara dengan satu negara berbeza disebabkan oleh kerana faktur pengurusan tanah, kesuburan tanah, varieti digunakan dan tahap teknologi yang diamalkan. Kos pengeluaran padi juga semakin meningkat setiap tahun dengan peningkatan kos bahan input, kos tenaga kerja dan kerugian disebabkan oleh kerosakan tanaman. Didalam industri penanaman padi, cara penggunaan racun kimia merupakan satu amalan iaitu kaedah kovensional untuk mempastikan produktiviti dan kualiti padi terus produktif. Pada masa ini julat produktiviti padi di Malaysia amat jauh iaitu diantara serendah 1-2 mt/ha sehingga kepada 10-12 mt sehektar. Bagaimana pun purata produktiviti padi Malaysia sekitar 4.0 - 4.5 mt sehektar. Dalam artikel lain saya ada menyatakan yang jelas bahawa pendekatan alternatif untuk pengurusan perosak padi diperlukan khususnya bagi mengatasi serangan penyakit dan perosak utama padi. Artikel malam ini saya teruskan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa isu penggunaan racun dan bahan kimia dalam industri penanaman padi untuk dijadikan bacaan ringan. Artikel ini ditulis dalam 3 Siri iaitu Part 1 (Sila Klik Disini) dan Part 2 (Sila klik Disini) untuk pembacaan.
Kini penulis blog mendapati hampir di setiap negara pengeluar beras memang mempunyai peraturan-peraturan yang mengikut garis panduan antarabangsa dan melibatkan pendaftaran racun perosak hanya selepas ujian lapangan di beberapa tapak dalam tempoh sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 tahun. Data yang disediakan mengenai jenis kimia, tahap keracunan, tahap keberkesanan dan sisa baki perlu dibentangkan dan diluluskan oleh pihak berkuasa. Di negara kita Malaysia Lembaga Perlesesnan Racun Makhluk Perosak (LPRMP) merupakan badan yang mengawal segala urusan pendaftaran racun pertanian di Malaysia. Terdapat beberapa faktor utama yang terus dikaji kesan racun terhadap tahap kesihatan manusia dan hidupan lain serta isu-isu alam sekitar. Menggunakan racun kimia tidak berdaftar secara berterusan adalah satu penyalahgunaan yang perlu untuk dibenteras. Penggunaan racun tidak berdaftar ini oleh petani dianggap sebagai penyalahgunaan yang salah dari segi peraturan. Diantara sebab mungkin berlakunya isu ini adalah akibat tahap pendidikan mengenai penggunaan racun perosak yang tidak mencukupi dan pesawah ingin berusaha mendapatkan hasil lebih baik jika tanaman tidak diserang perosak atau penyakit. Terdapat juga proses penyampaian maklumat yang tidak betul yang disediakan oleh peniaga racun perosak tempatan dimana ini didapati merupakan satu perkara yang serius. Pengedar racun yang bergerak secara bersendirian ini selalu akan terus mengunjungi pesawah dengan membawa sampel-sampel racun tidak didaftar tersebut dan mendakwa semuanya sesuai diguna untuk sawah padi.
Dibeberapa negara didapati ada masaalah didalam kawalan tentang penggunaan nama-nama dagangan pelbagai bahan aktif dalam racun yang dijual dengan nama yang sama. Terdapat beberapa jenis racun di China yang mengandungi bahan aktif yang sama dijual menggunakan lebih daripada 500 nama dagangan. Penulis juga ada mendapati yang mana kebanyakan petani dan pesawah lebih kenal akan nama dagangan daripada mengenali nama bahan aktif. Mereka akan membeli racun perosak dengan nama-nama dagangan dan mudah diingati dimana terdapat banyak kes mereka sering terkeliru diantara nama-nama dagangan yang ditulis pada label. Beberapa dasar racun perosak secara langsung dan tidak langsung mempengaruhi pengurusan perosak. Pertama ada negara-negara memberi subsidi racun perosak secara langsung kepada pesawah bertujuan untuk menggalakkan penggunaannya. Sebagai contoh adalah dimana dasar tersebut telah dilaksanakan di negara Filipina, Indonesia, Bangladesh, China, Malaysia dan banyak negara lain. Ini dilaksanakan terutamanya dalam tahun 1970-an, 80-an dan sehingga kini masih lagi banyak negara-negara yang melaksanakan dasar`tersebut. Ini kerana tanaman padi adalah tanaman penting disetiap negara yang mana jika rakyatnya meknadikan makanan nasi dan ia adalah menjadi makanan ruji. Kadar kecukupan makanan berasaskan beras dijadikan penting untuk kestabilan dalam negara dan juga dapat mengurangkan kebergantungan import. Malaysia selama ini masih mensasarkan kadar kecukupan diri (SSL) bagi beras sekitar 70% dan sedang merangka strategi dengan menubuhkan Majlis Industri Padi dan Beras Negera untuk mencapai kadar SSL kepada 80% (Sumber info: Lamanweb Kementerian Pertanian Malaysia, Febuari 2017).
Di Malaysia kita sering dengar satu skim bantuan subsidi bahan input tidak lama dulu yang dikenali sebagai Skin Dasar Jaminan Bekalan Makanan 2008 dimana ia kini terus memberikan subsidi bahan input termasuk racun untuk pesawah padi. Skim ini memang amat diperlukan oleh pesawah2 didalam negara kita untuk meningkatkan pengeluaran beras dalam negara bagi mencapai tahap kecukupan saradiri (SSL) kepada lebih 76%. Subsidi racun adalah satu daripada bantuan yang termasuk bukan sahaja subsidi harga racun perosak tetapi juga perkhidmatan pengembangan oleh pegawai kerajaan dalam mempromosikan penggunaan bahan kimia. Ia juga berlaku di di beberapa buah negara lain. Program kredit disokong kerajaan memerlukan penggunaan racun perosak dengan idea asas bahawa penggunaannya akan mengurangkan risiko tanaman padi daripada diserang perosak dan penyakit. Kejadian serangan Bacteria Leaf Blight (BLB) di jelapang padi Selangor sebagai contoh menyebabkan pengeluaran hasil padi berkurangan pada musim utama 2016/2017. Adalah menjadi perkara biasa bagi kerajaan untuk mengekalkan belanjawan kecemasan untuk membeli racun perosak bagi edaran percuma apabila wabak berlaku atau dilaporkan. Disebabkan oleh jarak masa antara wabak dan dana bantuan tiba, racun perosak sering kali disediakan kepada petani hanya selepas wabak berakhir. Penggunaan racun kimia dan bahan sepertinya perlu sentiasa dipantau untuk mempastikan bahawa petani di Malaysia sentiasa mampu menghasilkan beras yang selamat untuk dimakan. Anda boleh juga baca artikel sebelum ini Part 1 (Sila klik disini) dan Part (Sila klik disini). Wallahualam!...
MENANAM PADI... BERAS HASILNYA...
SETIAP ORANG...NASI JAWABNYA...
BERAS BERRACUN ....SIAPA PERIKSA...
AMALAN PETANI...PENTING DIJAGA...
By,
M Anem
Room 111, Bella Vista Resorts,
Kuah, Langkawi,
Kedah, Malaysia.
(24 JamadilAwal 2434H)
Kemaskini pada 7 Febuari 2017

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.