Support My Blog

Showing posts with label RACUN DI SAWAH PADI. Show all posts
Showing posts with label RACUN DI SAWAH PADI. Show all posts

Friday, February 10, 2017

RACUN DI SAWAH PADI - Part 4

PENGGUNAAN RACUN DISAWAH PADI merupakan satu amalan agronomi yang penting dalam penanaman padi. Tanaman Padi (Oryza sativa) merupakan tanaman penting yang diberikan penekanan oleh setiap negara sebagai satu 'makanan keselamatan' yang menggunakan beras sebagai makanan ruji (staple foods). Malaysia menanam padi dengan kawasan pasel padi seluas lebih 670,000 hektar setahun terutama dikawasan Jeplapang Padi Negara. Terdapat 8 jelapang padi yang telah lama beroperasi di Malaysia dan kini ditambah dengan 4 kawasan Jelapan Padi Baru (Mini Jelapan) iaiatu di IADA Pekan dan IADA Rompin di Pahang, IADA Batang Lupar, di Sarawak dan IADA Kota Belud di Sabah. Pada masa ini terdapat beberapa IADA sedia ada yang telah berjaya mengekalkan kawasan tanaman padi iaitu MADA, KADA, IADA Kerian Sg. Manik, IADA Seberang Perak, IADA Pulau Pinang, IADA Kemasin Semerak di Kelantan, IADA Barat Laut Selangor dan IADA KETARA di Terengganu. Penghasilan padi antara satu negara dengan satu negara berbeza disebabkan oleh kerana faktur pengurusan tanah, kesuburan tanah, varieti  digunakan dan tahap teknologi yang diamalkan. Kos pengeluaran padi juga semakin meningkat setiap tahun dengan peningkatan kos bahan input, kos tenaga kerja dan kerugian disebabkan oleh kerosakan tanaman. Didalam industri penanaman padi, cara penggunaan racun kimia merupakan satu amalan iaitu kaedah kovensional untuk mempastikan produktiviti dan kualiti padi terus produktif. Pada masa ini julat produktiviti padi di Malaysia amat jauh iaitu diantara serendah 1-2 mt/ha sehingga kepada 10-12 mt sehektar. Bagaimana pun purata produktiviti padi Malaysia sekitar 4.0 - 4.5 mt sehektar. Dalam artikel lain saya ada menyatakan yang jelas bahawa pendekatan alternatif untuk pengurusan perosak padi diperlukan khususnya bagi mengatasi serangan penyakit dan perosak utama padi. Artikel malam ini saya teruskan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa isu penggunaan racun dan bahan kimia dalam industri penanaman padi untuk dijadikan bacaan ringan. Artikel ini ditulis dalam 3 Siri iaitu Part 1 (Sila Klik Disini) dan Part 2 (Sila klik Disini) untuk pembacaan.

Kini penulis blog mendapati hampir di setiap negara pengeluar beras memang mempunyai peraturan-peraturan yang mengikut garis panduan antarabangsa dan melibatkan pendaftaran racun perosak hanya selepas ujian lapangan di beberapa tapak dalam tempoh sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 tahun. Data yang disediakan mengenai jenis kimia, tahap keracunan, tahap keberkesanan dan sisa baki perlu dibentangkan dan diluluskan oleh pihak berkuasa. Di negara kita Malaysia Lembaga Perlesesnan Racun Makhluk Perosak (LPRMP) merupakan badan yang mengawal segala urusan pendaftaran racun pertanian di Malaysia. Terdapat beberapa faktor utama yang terus dikaji kesan racun terhadap tahap kesihatan manusia dan hidupan lain serta isu-isu alam sekitar. Menggunakan racun kimia tidak berdaftar secara berterusan adalah satu penyalahgunaan yang perlu untuk dibenteras. Penggunaan racun tidak berdaftar ini oleh petani dianggap sebagai penyalahgunaan yang salah dari segi peraturan. Diantara sebab mungkin berlakunya isu ini adalah akibat tahap pendidikan mengenai penggunaan racun perosak yang tidak mencukupi dan pesawah ingin berusaha mendapatkan hasil lebih baik jika tanaman tidak diserang perosak atau penyakit. Terdapat juga proses penyampaian maklumat yang tidak betul yang disediakan oleh peniaga racun perosak tempatan dimana ini didapati merupakan satu perkara yang serius. Pengedar racun yang bergerak secara bersendirian ini selalu akan terus mengunjungi pesawah dengan membawa sampel-sampel racun tidak didaftar tersebut dan mendakwa semuanya sesuai diguna untuk sawah padi. 

Dibeberapa negara didapati ada masaalah didalam kawalan tentang penggunaan nama-nama dagangan pelbagai bahan aktif dalam racun yang dijual dengan nama yang sama. Terdapat beberapa jenis racun di China yang mengandungi bahan aktif yang sama dijual menggunakan lebih daripada 500 nama dagangan. Penulis juga ada mendapati yang mana kebanyakan petani dan pesawah lebih kenal akan nama dagangan daripada mengenali nama bahan aktif. Mereka akan membeli racun perosak dengan nama-nama dagangan dan mudah diingati dimana terdapat banyak kes mereka sering terkeliru diantara nama-nama dagangan yang ditulis pada label. Beberapa dasar racun perosak secara langsung dan tidak langsung mempengaruhi pengurusan perosak. Pertama ada negara-negara memberi subsidi racun perosak secara langsung kepada pesawah bertujuan untuk menggalakkan penggunaannya. Sebagai contoh adalah dimana dasar tersebut telah dilaksanakan di negara Filipina, Indonesia, Bangladesh, China, Malaysia dan banyak negara lain. Ini dilaksanakan terutamanya dalam tahun 1970-an, 80-an dan sehingga kini masih lagi banyak negara-negara yang melaksanakan dasar`tersebut. Ini kerana tanaman padi adalah tanaman penting disetiap negara yang mana jika rakyatnya meknadikan makanan nasi dan ia adalah menjadi makanan ruji. Kadar kecukupan makanan berasaskan beras dijadikan penting untuk kestabilan dalam negara dan juga dapat mengurangkan kebergantungan import. Malaysia selama ini masih mensasarkan kadar kecukupan diri (SSL) bagi beras sekitar 70% dan sedang merangka strategi dengan menubuhkan Majlis Industri Padi dan Beras Negera untuk mencapai kadar SSL kepada 80% (Sumber info: Lamanweb Kementerian Pertanian Malaysia, Febuari 2017).

Di Malaysia kita sering dengar satu skim bantuan subsidi bahan input tidak lama dulu yang dikenali sebagai Skin Dasar Jaminan Bekalan Makanan 2008 dimana ia kini terus memberikan subsidi bahan input termasuk racun untuk pesawah padi. Skim ini memang amat diperlukan oleh pesawah2 didalam negara kita untuk meningkatkan pengeluaran beras dalam negara bagi mencapai tahap kecukupan saradiri (SSL) kepada lebih 76%.  Subsidi racun adalah satu daripada bantuan yang termasuk bukan sahaja subsidi harga racun perosak tetapi juga perkhidmatan pengembangan oleh pegawai kerajaan dalam mempromosikan penggunaan bahan kimia. Ia juga berlaku di di beberapa buah negara lain. Program kredit disokong kerajaan memerlukan penggunaan racun perosak dengan idea asas bahawa penggunaannya akan mengurangkan risiko tanaman padi daripada diserang perosak dan penyakit. Kejadian serangan Bacteria Leaf Blight (BLB) di jelapang padi Selangor sebagai contoh menyebabkan pengeluaran hasil padi berkurangan pada musim utama 2016/2017. Adalah menjadi perkara biasa bagi kerajaan untuk mengekalkan belanjawan kecemasan untuk membeli racun perosak bagi edaran percuma apabila wabak berlaku atau dilaporkan. Disebabkan oleh jarak masa antara wabak dan dana bantuan tiba, racun perosak sering kali disediakan kepada petani hanya selepas wabak berakhir. Penggunaan racun kimia dan bahan sepertinya perlu sentiasa dipantau untuk mempastikan bahawa petani di Malaysia sentiasa mampu menghasilkan beras yang selamat untuk dimakan. Anda boleh juga baca artikel sebelum ini Part 1 (Sila klik disini) dan Part (Sila klik disini). Wallahualam!...
MENANAM PADI... BERAS HASILNYA...
SETIAP ORANG...NASI JAWABNYA...
BERAS BERRACUN ....SIAPA PERIKSA...
AMALAN PETANI...PENTING DIJAGA...

By,
M Anem
Room 111, Bella Vista Resorts,
Kuah, Langkawi,
Kedah, Malaysia.
(24 JamadilAwal 2434H) 
Kemaskini pada 7 Febuari 2017

RACUN DI SAWAH PADI - Part 3

Thursday, January 19, 2017

RACUN DI SAWAH PADI - Part 2

Tanaman Padi (Oryza sativa) merupakan tanaman penting yang diberikan penekanan oleh setiap negara sebagai 'makanan keselamatan' yang menggunakan beras sebagai makanan ruji (staple foods). Di Malaysia aktiviti menanam padi dengan kawasan pasel padi seluas lebih 670,000 hektar terutama dikawasan Jeplapang Padi Negara. Keluasan ini hany amampu untuk membekalkan beras neraga sebanyak 70% sementara bakinya adalah perlu diimport dari luar negara. Bers import ini pula memang kurang atau tidak dihasilkan di Malaysia seperti Beras Basmathi, Beras Wangi, Beras Organik dan sebagainya. Penghasilan padi antara satu negara dengan satu negara berbeza disebabkan oleh kerana faktur pengurusan tanah, kesuburan tanah, varieti digunakan dan tahap teknologi yang diamalkan. Negera Thailand yang digelar sebagai 'Kitchen of the world' dan 'world rice-bowl' juga tidak menghasilkan pengeluaran beras dengan produktiviti tinggi tetapi mempunyai keluasan sawah padi yang sangat kuas. Kos pengeluaran padi juga semakin meningkat setiap tahun dengan peningkatan kos bahan input, kos tenaga kerja dan kerugian disebabkan oleh sebab kerosakan tanaman. Didalam industri tanaman padi lazimnya penggunaan racun kimia merupakan satu amalan secara kovensional untuk mempastikan produktiviti dan kualiti padi terus produktif. Dalam artikel lain saya ada juga menyatakan yang jelas bahawa pendekatan alternatif untuk pengurusan perosak padi diperlukan khususnya bagi asas untuk tujuan mengatasi serangan penyakit dan perosak utama padi. Artikel malam ini saya terus menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa isu penggunaan racun dalam industri penanaman padi untuk dijadikan bacaan ringan.

Pembiakbakaan tumbuhan terutamanya dalam pembiakan baka padi kini akan menjadi lebih cekap disebabkan oleh kemajuan pembiakan molekul (Molecular breeding). Keadaan ini juga dibantu dalam menghasilkan baka yang kini berpotensi menghasilkan hasil tinggi dan tahan kepada serangan perosak atau penyakit. Keadaan ini seterusnya akan mengurangkan kos pengeluaran dengan cara atau mengurangkan aplikasi bahan input pertanian. Satu faktur dalam biakbaka padi yang perlu adalah bagi kerintangan tanaman kepada perosak serta peranan IPM. Amalan IPM akan menjadi lebih meluas dengan amalan yang lebih baik dimana kaedah penyebaran amalan IPM dipertingkatkan dengan menyebarkan maklumat kepada petani. Teknik kejuruteraan ekologi didapati boleh membantu untuk tujuan memelihara atau memulihkan perkhidmatan ekosistem bagi kawalselia perosak khususnya untuk mengurangkan kes masalah perosak dalam tanaman padi. Terdapat kaedah untuk pengurangan yang ketara dalam penggunaan racun serangga dimana ianya boleh bergantung kepada program pengawasan serentak yang kukuh bagi tujuan utama untuk mengurangkan penggunaan racun serangga.

Saya dapati polisi yang dijalankan oleh kerajaan mengenai penggunaan racun perosak dan pengawalseliaan bagi tanaman padi dikawal dengan baik. Pelbagai dasar-dasar dan peraturan-peraturan racun perosak sentiasa dipantau eplikasinya termasuk kaedah pengiklanan, penjualan, penggunaan dan peraturan dinyatakan pada label pembungkusan. Dikebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Australia, mereka mempunyai peraturan-peraturan alam sekitar dan dasar keselamatan makanan yang lebih mendalam daripada negara-negara membangun. Pada masa ini juga kebanyakan negara-negara pengeluar beras mengetatkan peraturan penggunaan racun perosak mereka secara beransur-ansur pada tahun-tahun kebelakangan ini. Pada masa dulu perkara ini bukan sesuatu yang luar biasa untuk tidak mempunyai peraturan racun perosak tanpa mengira tahap ketoksikan dan kesan terhadap alam sekitar. Berbeza pada masa sekarang dimana kita dapati kebanyakan negara-negara (sekurang-kurangnya nominal) mematuhi piawaian antarabangsa. Diantara jenis piawaian  bagi keselamatan makanan yang dibangunkan seperti oleh CODEX Alimentarius Commission FAO atau  WHO. Badan seperti ini adalah sebuah badan antarabangsa yang akan menetapkan garis panduan mengenai jumlah sisa racun perosak (Minimum residual level - MRL) yang juga dianggap boleh diterima dalam penilaian keselamatan untuk kelulusan racun perosak tertentu. Isu MRL ini juga dijadikan satu piawaian oleh sesetengah negara sebelum sesuatu produk pertanian dibenarkan dibawa masuk kenegara tersebut.

Kini saya dapati kebanyakan negara telah menggunakan klasifikasi WHO bagi tahap bahaya racun perosak. Piawaian tersebut juga menyentuh didalam menentukan bagaimana untuk mereka mengklasifikasikan dan menyekat bahan kimia tertentu. Produk syarikat atau individu akan dikelaskan dalam siri jadual iaitu mengikut ketoksikan oral atau sentuhan produk teknikal dan keadaan fizikal (pepejal atau cecair). Setiap produk jatuh di bawah salah satu daripada empat kumpulan: (Ia) Amat berbahaya, (Ib) Sangat berbahaya, (II) Sederhana berbahaya, dan (III) Sedikit berbahaya (Sila baca artikel saya berkaitan - Klik disini) . Sesetengah negara-negara pengeluar beras utama dunia juga kini telah mengharamkan racun perosak Kelas Ia dan Ib pada padi walaupun mereka membenarkan penggunaan yang terhad untuk tujuan lain. Racun perosak seperti monocrotophos, metil-parathion, azinphosmethyl dan Carbofuran adalah bahan kimia Kelas I yang biasanya digunakan dalam tanaman padi tetapi sekatan dilihat telah meningkat baru-baru ini. Kini saya mendapat tahu yang banyak bahan kimia ini masih wujud di negara-negara di mana mereka telah diharamkan atau telah pun dihadkan untuk digunaakan tetapi masih ada segelintir petani mencari jalan untuk membawa racun ini ke sawah padi. Walaupun selepas peraturan-peraturan kawalan dilaksanakan mungkin ini akan mengambil masa bertahun-tahun untuk aktiviti penguatkuasaan. Ini termasik bagaimana untuk mengambil tindakan terhadap banyak peniaga racun perosak dan petani yang mungkin lambat untuk mematuhi peraturan-peraturan ini.  Penggunaan racun disawah padi perlu dipantau dari semasa kesemasa oleh pihak berwajib. Jika sumber beras yang dimakan setiap hari oleh penduduk dunia tercemar dengan racun kimia maka siapa yang akan menanggung risikonya nanti. Pesawah dan peniaga racun akan terus menjalankan aktiviti mereka untuk mendapatkan keuntungan yang maksima. Semuga tulisan dalam anim agro technology petang ini memberi info berguna kepada semua pembaca yang meminati teknologi pertanian. Sila baca artikel 'Racun di Sawah Padi' Part 1 (Sila klik disini).  Wasallam!...
Jentuai padi di Jelapang Padi IADA KETARA.
GUNA RACUN KIMIA...DISAWAH PADI...
BANYAK DIGUNA...PERLU HATI-HATI...
TANAMAN SUBUR...HASIL MENJADI...
PERLU DIKAWAL... CARA DIPATUHI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 111, Bella Vista Resorts,
Kuah, Langkawi,
Kedah, Malaysia.
(24 JamadilAwal 1434H) 
Kemaskini artikel pada 17.1.17

Sunday, January 15, 2017

RACUN DI SAWAH PADI - Part 1

TANAMAN PADI (Oryza sativa) merupakan tanaman penting yang diberikan penekanan oleh beberapa negara sebagai 'makanan keselamatan' yang menggunakan beras sebagai makanan ruji (staple foods). Malaysia antara negara yang menanam padi dengan kawasan pasel padi seluas lebih 670,000 hektar terutama dikawasan Jeplapang Padi Negara. Penghasilan padi antara satu negara dengan satu negara berbeza disebabkan oleh kerana faktur pengurusan tanah, kesuburan tanah, varieti  digunakan dan tahap teknologi yang diamalkan. Kos pengeluaran padi juga kini semakin meningkat setiap tahun dengan peningkatan kos bahan-bahan input, kos tenaga kerja dan kerugian disebabkan oleh kerosakan tanaman dan bencana alam. Didalam industri tanaman padi, penggunaan racun kimia merupakan satu amalan kovensional untuk mempastikan produktiviti dan kualiti padi terus produktif. Tanaman padi dinegara ini adalah komoditi yang paling banyak menerima insentif daripada kerajaan untuk mempastikan tahap sara diri (SSL) beras dalam negara pada keadaan mencukupi. Kementerian petanian mensasarkan sekitar 70% kadar kecukupan beras dalam negara setiap masa sementara bakinya adalah beras yang diimport. Beras import ini terdiri daripada jenis beras berkualiti tinggi seperti Beras Wangi, Beras Pulut dan Beras Organik. Dalam artikel lain saya ada menyatakan yang jelas bahawa pendekatan alternatif untuk pengurusan perosak padi diperlukan khususnya bagi mengatasi serangan penyakit dan perosak utama padi. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa isu penggunaan racun dalam industri penanaman padi untuk dijadikan bacaan ringan.

Kita di Malaysia berterimakaseh kepada kerajaan kerana dasar pemberian insentif tanaman padi termasuk insentif baja padi, insentif harga padi, insentif pengeluaran padi, kemudahan sistem pengairan dan juga penggunaan racun perosak melalui beberapa skim. Ramai pesawah telah menikmati skim insentif ini demi menjamin pengeluaran beras mencukupi untuk digunakan oleh rakyat Malaysia. Di seluruh dunia, terdapat banyak peraturan penggunaan racun serangga dimana ia dikawal dengan cara penguatkuasaan lebih ketat terutama di beberapa negara pengeluar beras. Di negara kita juga pengurusan perosak bersepadu (IPM) kini adalah satu kaedah atau pendekatan yang telah berjaya dibangunkan supaya petani digalakkan untuk menyekat penggunaan racun perosak sehingga perosak mencapai tahap kerosakan ekonomik. Penulis blog anim agro juga mendapati terdapat beberapa tekanan oleh pihak tertentu seperti NGO, kumpulan persatuan pengguna dimana mendesak agar penggunaan racun perosak yang tinggi bagi tanaman padi dikawal atau dikurangkan. Ini berhubung  dengan kesan racun kimia itu sendiri dimana terdapat bukti-bukti jelas penggunaan racun perosak bagi kawalan serangga dan penyakit sering menjadi tidak produktif kerana kesan buruk ke atas organisma berfaedah dan keseimbangan semulajadi. Dikalangan mereka yang terlibat dengan industri pengeluaran beras saya dapati seperti petani, pembuat dasar, dan pegawai-pegawai pengembangan telah terbiasa untuk menggunakan racun perosak sebagai "ubat" bagi tujuan untuk menyembuhkan masalah perosak. Ini agak berbeza dengan sifat racun kimia itu sendiri yang mana ia sebenarnya memberikan kesan kepada alam sekitar jika tidak dikawal mengikut peraturan.

Daripada apa yang penulis blog perhatikan, iklan promosi jualan racun padi dididorong oleh motif untuk meningkatkan keuntungan terdapat beberapa syarikat-syarikat kimia melalui beberapa kempen pemasaran dan intensif. Cara kempen melalui promosi ini ada yang menjalankan atau yang diterajui oleh mereka yang pakar atau sekumpulan jurujual yang hadir dalam kawasan tanaman padi. Pada masa ini dengan perlaksanaan upah minima pekerja (RM900 sebulan di Malaysia) maka penggunaan bahan kimia lebih praktikal. Racun rumpai kini telah meluas digunakan bagi menggantikan amalan mencabut rumpai secara manual. Pada masa ini teknologi menanam dengan 'mencedung' aamat jarang dilakukan dikawasan utama penanaman padi dan digantikan dengan kaedah menanam tabur terus. Kajian saintis menunjukkan hampir semua kawasan di kawasan selatan Vietnam, Thailand, Myanmar dan Semenanjung Malaysia kaedah menanam padi adalah secara tabur terus. Kini kaedah penanaman padi dengan mencedung hanya dijalankan dibeberapa negara seperti di Indonesia (Kawasan sawah padi pergunungan dan cerun kontour), India dan juga Bangladesh. Dalam analisis ekonomi penanaman padi, keujudan rumpai adalah punca kerugian hasil tertinggi yang kronik dalam penghasilan padi. Rumpai perlu dikawal rapi bermula daripada peringkat penyediaan tanah sawah sehingga peringkat hampir menuai.

Kini teknologi dalam pendekatan IPM sering mengandungi maklumat yang terlalu intensif dimana beberapa negara amalan ini didapati telah mengamalkan kaedah inovatif dengan kos rendah. Cara memberi kempen kesedaran kepada petani dijalankan bagi menentukan ramai petani yang mengamalkan IPM dengan mesej secara berterusan. Jika di bandingkan dengan penyampaian maklumat daripada syarikat-syarikat kimia yang berulang-ulang, ianya akan lebih kerap untuk mendominasi dan menyebabkan amalan serta pendekatan kawalan IPM berkurangan. Didalam teknologi biakbaka padi, kini dapati varieti padi utama yang ditanam di kawasan yang besar masih terdedah kepada perosak atau rintangan varietal. Ini sewajarnya boleh diatasi oleh perosak walaupun kemajuan yang berterusan dalam pembiakan bagi ciri kerintangan berganda dalam varieti padi yang ditanam. Penggunaan racun serangga dengan dos yang tinggi akan mempercepatkan lagi pecahan kerintangan dalam varieti yang rintang (Pokok padi mudah diserang perosak). Terdapat laporan dibeberapa negara yang mana petani telah lama dengan menggunakan racun perosak terutamanya jenis organophosphate dan carbamate pada kadar yang kekal dominan (35% daripada semburan) memberikan kesan negatif. Kaedah kita mengurangkan penggunaan racun serangga pada tanaman padi terutamanya di peringkat awal tanaman akan menyababkan biodiversiti musuh semulajadi akan kembali. Laporan tersebut bagaimana pun disangkal oleh sesetengah pihak akan kesimpulan ini. Mereka yang sering menyangkal termasuk pembuat dasar atau polisi yang mempunyai pengaruh dalam dasar racun perosak negara dan pengeluar-pengeluar produk racun kimia. Pada masa ini kita perlu merancang untuk masa depan pengurusan perosak dalam padi agar kita dapat menjanjikan kejadian perosak dalam sawah dapat dikurangkan dan akhirnya mengurangkan penggunaan racun perosak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Sila baca artikel Racun di Sawah Padi Part 2 (Sila klik disini). Wasallam!!!.
MENANAM PADI ...TANAMAN UTAMA...
JELAPANG PADI...DIJAGA IADA MADA...
MENYEMBUR RACUN...AMALANNYA...
PASTIKAN HASIL...DIHASILKAN JUGA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Room 111, Bella Vista Resorts,
Kuah, Pulau Langkawi,
Kedah,
Malaysia.
(24 JamadilAwal 2434H) 

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...