Antara beberapa kelebihan Fertigasi Gantung adalah dimana ia dapat mengurangkan kos tenaga kerja dari sudut kawalan rumpai, kawalan serangga perosak, penyakit serta kerja memungut hasil. Kerja merumpai menjadi lebih mudah kerana rumpai kurang tumbuh, boleh menggunakan mesin dengan mudah, tanaman lebih subur dan kurang penyakit. Selain itu penulis blog juga dapati penggunaan racun dapat dikurangkan, semburan racun serangga dan kulat dapat dilakukan dengan cekap serta efisyen menggunakan jentera penyembur yang sesuai. Kemudian hasil dapat dipungut dengan mudah dan cepat kerana kedudukan beg semaian yang lebih tinggi serta jangka hayat tanaman lebih lama. Oleh itu penulis buat kesimpulan awal dimana secara keseluruhan kos tenaga kerja dan racun kimia dapat dikurangkan hingga 50 peratus berbanding penanaman secara fertigasi biasa. Daripada beberapa lot penanam sayur dengan kaedah fertigasi Gantung di projek Taman kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang dikelolakan oleh Jabatan Pertanian didapati hasil timun dapat dikutip awal seminggu berbanding biasa dan jangka hayat ekonomik tanaman dapat dipanjangkan tujuh hingga 10 hari lebih lama berbanding penanaman secara konvensional.
Sistem ini didakwa dapat memberi pulangan maksimum kepada petani di mana jangka hayat tanaman lebih panjang (kerana kurang serangan penyakit bawaan tanah dan keseluruhan pokok mendapat cahaya matahari), seterusnya menjanjikan peningkatan hasil hingga 30 peratus. Teknik ini sangat sesuai diaplikasikan di kawasan tanah yang sering dilanda beberapa masaalah seperti keadaan geografi tanah yang rendah dan mudah dinaiki air serta tanah yang kurang subur termasuk tanah bris. Petani yang mengusahakan tanaman di kawasan yang kerap berlaku banjir sangat digalakkan mencuba teknik ini memandangkan ia tidak menjejaskan keadaan fizikal mahu pun kualiti hasil malah dapat menjamin pengeluaran hasil yang berterusan. Kini dengan menerusi penggunaan mekanisasi ladang yang sesuai kos pengeluaran dapat dikurangkan dengan berkesan dan seterusnya meningkatkan pendapatan petani. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang fertigasi gantung, orang ramai boleh membaca tulisn saya dalam anim agro technology atau lain-lain sumber rujukkan. Dalam lawatan lain penulis lawat tanaman peria katak dengan cara fertigasi gantung. Mungkin tidak ramai yang menggemari peria katak kerana beranggapan isinya pahit. Bagi mereka yang tahu khasiatnya pasti tercari-cari herba berkenaan. Peria katak selain dibuat ulam, boleh juga dimasak dan dijadikan jus minuman. Ia dikatakan penawar penyakit kencing manis.
Bagaimana pun tinjauan penulis blog dalam lawat kebun usahawan muda iaitu En Saipul Nizam berumur 37 tahun babru-baru ini telah menjadikan tanaman peria katak sebagai salah satu komponen utama ladangnya yang keseluruhan berkeluasan 0.68 hektar. Beliau turut menanam rock melon, cili besar, cili api, sayur kailan, halia, timun, petola dan kacang panjang yang dijalankan secara giliran selain mengikut permintaan pasaran. Tanaman peria katak mengambil masa antara empat hingga lima bulan sebelum dituai dan ia mudah ditanam sekiranya menjaga pembajaan serta dapat mengatasi serangan serangga perosak. Beliau telah pun menggunakan kaedah fertigasi gantung untuk menanam peria katak ini. Ia lebih mudah kerana beg semaian tidak diletakkan pada bahagian bawah sekali gus memudahkan penjagaan. Peria katak ini perlu disemai dalam tempoh dua bulan hingga ia bercambah. Kemudian anak pokok peria katak ini dipindahkan ke dalam beg semaian,” katanya yang ditemui di ladangnya di Kebun Cili Off Jalan Mapetra, Sungai Lui, Batu 24 Hulu Langat, Selangor. Menceritakan cerita pembabitan awal beliau dalam pertanian pada tahun 2012, Saipul Nizam mengakui sebelum ini tiada asas pertanian dan tidak berminat langsung dalam bidang berkenaan. Beliau asalnya memang tiada asas pertanian hingga satu hari mak saya beritahu pakcik saya mengusahakan tanaman cili centil hingga memberikan hasil lumayan. Dorongan keluarga telah meyakinkan dia untuk membuat perubahan dalam diri kerana tidak mahu saya bekerja makan gaji. Saya menyahut cabaran mak untuk berjinak-jinak dalam pertanian. Kemudian dia buat uji kaji sendiri dengan menanam cili api sebanyak 200 beg semaian menggunakan kaedah fertigasi di belakang rumah dengan modal permulaan RM1,000 yang pernah bekerja dihotel di ibu kota dulu.
Sebenarnya beliau tidak menyangka langkah permulaan membuahkan hasil apabila semua tanaman cili api yang diusahakannya itu berjaya. Disepanjang tempoh tanaman cili itu, saya mempelajari selok- belok penjagaan dan pembajaan supaya dapat mengatasi masalah sekiranya ingin menanam dengan skala lebih besar suatu hari kelak. Beliau seronok dapat jual cili api itu dengan RM10 sekilogram. Ia menjadi pembakar semangat untuk meneruskan projek pertanian ini. Kini selepas melihat dimana sebanyak 200 beg semaian cili berjaya mengeluarkan hasil, telah berambah dari 1,000 kepada 7,000 beg semaian. Saipul Nizam berkata, sejak kejayaan menanam pokok cili, dia kemudian nekad berhenti kerja di sebuah hotel dan menubuhkan syarikat Pertanian Global Berkembar Enterprise serta menyewa tapak ladang di Hulu Langsat sebagai projek perintis. Dari situ dia mula menanam pelbagai jenis tanaman dan yang terbaru peria katak. Harga ladang bagi peria katak saya jual sekitar RM3 sekilogram sementara harga pasaran antara RM4 hingga RM6 sekilogram. Kini beliau sedang mencari syarikat pengeluar jus herba atau mana-mana pihak yang ingin mendapatkan peria katak untuk dibekalkan terus kepada mereka sekali gus dapat menanam peria ini secara berterusan. Bapa kepada tiga anak itu mempunyai dua pekerja tetap turut menyediakan kursus pertanian serta khidmat pemasangan tanaman fertigasi. Melihat kepada kejayaaan positif usahawan muda in penulis blog anim agro technology percaya teknologi penanaman sayur dengan Fertigasi Gantung amat sesuai dimasa akan datang. Diharap artikel ini mempu memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!...
FERTIGASI GANTUNG...CARA BERTANI...
POLIBEG DITANAM... GANTUNG TINGGI...
LARUTAN AIR BAJA...SENTIASA DIBERI...
POKOK TAHAN LAMA...HASILNYA TINGGI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 217, Hotel Jerantut Hill,
Jerantut, Pahang,
Malaysia.
(17 JamadilAwal 1438H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.